31 October 2013

Our teamwork..Anugerah Kokurikulum

Our teamwork..Anugerah Kokurikulum


Our spirit..our teamwork
The main reason for the recognition

Anugerah HEM, sukan dan kokurikulum 2013.
Mendapat anugerah pencapaian terbaik pelajar dalam kategori kelab selama 3 tahun berturut - turut dan anugerah guru pembimbing terbaik kategori kelab selama 3 tahun berturut. Terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Abdul Halim Musa yang mengiktiraf sumbangan kami . Walaupun tahun tahun sebelum ini banyak kejayaan yang telah dicipta oleh unit kaunseling , tidak pasti mengapa kami tidak diiktiraf dalam majlis anugerah koko. Adakah kami geng guru kaunseling yang tidak terlibat secara langsung dgn kegiatan kokurikulum padahal kami ditugaskan menjaga kelab kerjaya dan kelab PROSTAR. Hanya apabila Encik Halim dilantik sebagai PK Kokurikulum sejak 3 tahun lalu, barulah usaha kami ini diiktiraf.

30 October 2013

Kursus PRS 2012

Kursus PRS 2012


Done ! 
Operasi Buka Kotak.

Imbas balik Kursus PRS 2012 yang diadakan di sekolah selama 2 hari 1 malam. Pinjam khemah dari Unit Kokurikulum atau khemah persendirian untuk dijadikan tempat tidur. Batch fasilitator terdiri dari PRS Ting 5 tahun ini yang sangat kreatif dan gila -gila untuk aktiviti teambuilding. Perancangan yang teratur hingga setiap aktiviti memang nampak well organise oleh AJK. 

Aktiviti terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kursus PRS yang dikendalikan sepenuhnya oleh PRS senior tingkatan 5 dan Kursus Peningkatan PRS yang dikendalikan oleh guru kaunseling sewaktu aktiviti LDK. Sebelum aktiviti saya akan melatih semua fasilitator yang mengendalikan kursus dengan modul LDK yang sebenar. AJK yang dilantik pula akan membentuk kumpulan perbincangan dan akan merujuk kepada saya jika ada apa-apa perkara yang dilarang atau yang saya kurang setuju. Disini saya melatih pelajar ini mengendalikan sendiri aktiviti dari A hingga Z. Dari pendaftaran hinggalah ke waktu bersurai. 

Waktu malam pula, sebagai ganjaran saya menempah BBQ untuk mereka memandangkan fasilitator dan AJK biasanya tidak boleh tidur dan mempunyai kawalan disiplin waktu malam. Jadi bolehla mengisi masa dengan aktiviti makan makan pukul 12.00 malam itu. 

Aktiviti team biuilding pula antara kreativiti batch ini mencipta permainan -permainan baru yang menarik dan lari dari kebiasaan aktiviti team building sebelum ini. Bagi saya Kursus PRS lebih baik dijalankan selama 3 hari 2 malam kerana ia dapat menjelekitkan ahli. Jika ahli mempunyai bonding yang baik, maka aktiviti berjalan lancar dan mereka akan dapat berfungsi sebagai satu team yang baik walaupun berlainan kelas. Hubungan junior dan senior yang baik juga dapat memberikan mereka mentor yang berguna untuk mereka merujuk bagi apa sahaja masalah.

i.

















 




26 October 2013

Remaja & Cinta & Cita - Cita

Remaja & Cinta & Cita - Cita


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah, namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok......
 Hari ni selaku penceramah untuk program Kem Puteri Islam peringkat Zon Pudu yang diadakan di SK Desa Tasik. Sekolah ini tidak mempunyai dewan yang tertutup. Semua program dijalankan dalam dewan terbuka. Dah lama tak menyampaikan ceramah kepada guru -guru dari sekolah lain yang turut mengikuti ceramah saya dari mula hingga akhir. Walaupun sebagai guru pengiring, tetapi mereka mengikuti aktiviti slot bersama saya..well..Butterfly in my stomach!
Memandangkan saya perlu menggunakan power point, kami terpaksa menggunakan kelas yang diubahsuai. Ini kerana dewan terbuka tidak sesuai untuk saya menggunakan power point kerana masalah teknikal. Apabila berada di dalam kelas, saya rasa pelajar - pelajar ini semakin dekat dengan saya dan mudah menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan mereka. Set induksi siapa remaja? Then ceramah mengenai remaja dan cinta
Teka apa yang sedang mereka lakukan? Saya memberikan inventori Gaya Bercinta.dan bersungguh pelajar ini memberikan respon kepada inventori ini. Saya hanya membimbing mereka mengenai kesimpulan setiap respon yang mereka berikan menunjukkan jenis - jenis percintaan. Gaya bercinta persahabatan, cinta romatik, cinta permainan, cinta logikal, cinta kepunyaan dan cinta pengorbanan. Bagi yang mempunyai couple, cepat je merespon. Bagi yang tiada tu, saya hanya meminta mereka membayangkan kerana yang penting saya akan mengulas setiap gaya bercinta yang diperolehi untuk panduan mereka di masa akan datang... .

Sesi penghargaan dan sesi penutup. Terima kasih daun keladi. Terima kasih jemput saya ye

21 October 2013

History On My Birthday

History On My Birthday

On my birthday
I enjoy velvet cake for breakfast,
Lumut cake for lunch and
special chocolate cake for dinner
With full of love 

Today is a special day..create my own history.
Not only today is my birthday, but today i have to attend and chair the meeting for jawatankuasa guru kaunseling zon pudu held at my school for the first time as a president.
Dunno what to expect but i try to rearrange our  organisation to make it better and introduce a new policies. Alhamdulillah my idea get full support from the members and just wait and see how efficient this new policies and management will progress.
I have to prepare my physical and mind for the next  2 hectic years.

After meeting, i have a lunch with my colleague. while chating with them, my student have arrange lakonan yg sgt berkesan to provoke my anger. After i scold them, they bought me a suprise cake...suddenly i cannot control my tears. i really touching coz i just scold them..

Thank you my friend to arrange this party.






20 October 2013

Team Building di Agrotek Garden Resort

Team Building di Agrotek Garden Resort

Selamat pagi!

Semalam attend LDK dan jamuan akhir tahun di Agrotek Garden Resort, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Program ini dijalankan  dengan kerjasama dari AJK LDP dan AJK Kelab Guru.
Bagi slot sukaneka dan team building dikendalikan sepenuhnya oleh UBK. Macam macam lokasi yg kami plan dan jauh sikit di Port Dickson sana tetapi at the end selepas mengambil kira bayaran dan tajaan dan kesesuaian masa, kami mengadakan program berdekatan sedikit. Tempat ni..sangat cantik binaan dan landskapnya. Pakej sukaneka dan makanan tengah hari ialah rm88 dengan kemudahan pengelola sukaneka dengan 10 jenis aktiviti, air kordial sepanjang sukaneka,  karaoke, 2 chalet untuk persalinan dan makan tengah hari dengan pelbagai menu serta dewan makan yg eksklusif untuk satu satu group dengan kemudahan PA sistem dan setting meja VIP.

Aktiviti team building dijalankan dalam bentuk sukaneka. Kami plan mengadakan 10 jenis sukaneka tetapi oleh kerana kekurangan masa hanya 9 sukaneka dijalankan. Pertandingan sukaneka dijalankan dalam bentuk pertandingan antara rumah sukan sekolah. Pilihan sukaneka ditetapkan oleh pihak resort dan kami memilih 10 permainan

Antara aktiviti sukaneka itu ialah-

lari sambil mengepit bola
lari dalam guni
lari dalam guni sambil menyepak bola
mummy wrap
pancing tin
terompah gergasi

Bila bercakap mengenai perangai cikgu cikgi ni....memang asyik ketawa bila melihat true colour masing masing. sporting habis bagi yg memberikan komitmen tu.Aktiviti air yg paling mencuit hati semua orang dan terbaik..

Mengisi air dalam paip yg mempunyai lubang dan misi untuk mengeluarkan bola ping pong dari paip tu dengan ahli perlu menutup lubang tersebut agar air tidak memancut keluar sewaktu ketua mengisi air.

Wrestling titi ..game perempuan je. Ahli perlu menolak jatuh ahli kumpulan lain dengan cara mencuit atau menggeletek. Game ni memang sangat funnnnn..dan pasukan Perdana johan! Pasukan rumah sukan sendiri..ahaks tak sangka.

Memasukkan pasir sungai ke dalam botol di mana ahli perlu menyelam untuk mengambil pasir dan memasukkan ke dalam botol.

Selepas penat ketawa dan penat fizikal bersukaneka..kami pun mkn tengah hari sambil Kelab Guru pula yang mengelolakan aktiviti seterusnya.

At the end..hopefully everybody happy..dan sekiranya ada kekurangan di mana mana pihak penganjur memohon maaf.



 

Telegram Channel