30 May 2020

Rakaman Slot Via Kaunselor: TV Pendidikan

Rakaman Slot Via Kaunselor: TV Pendidikan

Hari yang dinanti setelah sebulan mendapat projek ini. 
Rakaman slot Via Kaunselor di Bukit Tiara. Giliran saya yang pertama, datang seawal pukul 7.50 pagi. Seramai 5 orang guru kaunseling sahaja yg terlibat dan majoritinya sampai 3 kali tarikh rakaman adalah kaunselor organisasi dari KPM. 
Haaa..bermekap tebal dgn jurusolek profesional. Bab ni best haha..

Lepas tu, rehersal jap dengan setting studio bilik rakaman. Nampaknya kena tukar setting tudung huhu ada jalur biru so tembus cahaya sebab studio ni guna blue screen. 
so kita belit belit stail lain tak bagi nampak warna biru di tudung. Baju pun masuk dalam bagi nampak comei gituww. 

Sebelum masuk studio. Antara perkara penting yg perlu diingatkan:
Ni saya copy peringatan En Pilus kpd anak anak buah:
1. Berlatih menyampaikan info dengan tenang dan tidak perlu kejar masa bagi mengelakkan banyak kesilapan
2. Beri perhatian kepada nota, koma dan perenggan. Berhenti 1-3 detik
3. Intonasi bahasa harus cantik, jelas dan teratur
4. Hari ini berlatih depan cermin sehingga betul2 mantap
5. Skrip sudah ada dalam kepala(diingat)
6. Skrip, backdrop, power point Adakah SUDAH diserahkan  kepada penerbit? Tindakan Cikgu Subhi
7. Esok datang awal di bilik latihan tempoh hari. Sebelum pukul 7.45 pagi untuk solekan awal. Solekan awal di rumah. BSTP akan touch up. 
8. Cermin mata elakkan silau cahaya (pakai contact lens/cermin mata multi-coated)
9.Baju elakkan warna biru dan seangkatan dengannya
10. Elakkan tudung nipis dan terurai tepi supaya cahaya biru xtembus.




Orait dah rehersal, apa lagi ..kena start la. Masa ni ada seorang lagi artis yg masuk..rupanya bantu bahasa isyarat. Berhadapan dengan saya dan dia menggunakan skrip saya dan suara saya untuk bahasa isyarat tersebut. 
Sebab itu saya tidak boleh bercakap laju. Kena ada sela 2 hingga 3 detik dan baru bersambung. 

Oh depan saya ada dua kamera, saya kena pandang jari pengarah tersebut..kamera 1 atau kamera 2 yg close up. Atas kamera itu ada skrip saya yang dikawal oleh seorang juruteknik. So kalo agak agak lupa skrip, jeling sahajalah skrip atas kamera tu. 
So action! Haa sekali jalan je...siap tanpa cut dari penerbit..hahaha bagi semangat terus kat guru kaunseling lain supaya jalan terus!! 


Jom tengok belakang tabir cara mereka bekerja dan saya share skrip saya untuk tally dgn grafik dan kamera yg bergerak. 

Dah selesai.apalagi...bergambar sakan adalah wajib meraikan settle juga set penggambaraan ini. 

Terima kasih kepada semua yg sudi membantu melancarkan program rakaman hari ini. Buat BPSH En Saiful dan En Pilus dan yg mencadangkan nama saya, buat En Azli dan En Fauzi yang membantu rehersal saya dari prarakaman lagu membantutkan kelajuan saya agar sesuai dengan kelajuan yg dikehendaki penerbit..stress saya nak memperlahankan kelajuan saya bercakap hihi. 
Terima kasih Subhi dan Padali yang membantu memurnikan grafik. Terima kasih kak Azita, Eza dan Kak Faizah yg sama sama saling menegur. 

Syawal Ke 6
#rayadirumah
#rayaPKPB




















23 May 2020

Kad Raya UBK SMK Cheras

Kad Raya UBK SMK Cheras

Assalammualaikum
Esok raya...yeah yeah


Sejak PKP bermula, saya mula berjinak jinak belajar pelbagai jenis aplikasi. Selalunya kalau kat sek bab buku program saya tak pernah sekali pun jadi AJK atau AJK kain rentang...haa nampak tak kat situ betapa saya memang tak pandai design atau buat apa sahaja berkaitan poster atau kain rentang atau buku program. Sebab tu agaknya tak terpilih ..jauh di sudut hati mujurlah sebenarnya hihi. 

Nasib pun selalu menyebelahi dapat partner yg pandai design. 
Tapi sejak PKP mcm mcm jenis app antaranya Canva...senang nya klik klik klik siap...tadaaa.
Kalo tak...!! nak buat camni takdalah Nurhaiza yg dapat buat  hihi. Mau stress 10 hari ntah ntah berminggu sbb godek sana sini tak menjadi. 


Okey raya tahun baru 2020 ni berbeza sungguh. 
#kitajagakita
#rayanormabaharu
#rayadalamrumah

Banyak betul mcm mcm hashtag. 
Semoga kita semua dilindungi dari terkena wabak COVID 19 ni. 


Kebetulan hari lahir partner saya Rozinani Awang, partner yg paling setia dgn saya  haha 13 tahun dah bersama di sini. 
Semoga Rozi murah rezeki, diberkati dan diberikan ketabahan melalui hari hari yang mendatang dengan positif. 
We love you...hug..untuk Rozi


Rendang ayam dan
 rendang organ dalaman in the making
Ketupat palas on the way...tq Kak Mai
Lontong on the way..tq Siti




22 May 2020

Video Ucapan Hari Raya Dari PRS SMK Cheras

Video Ucapan Hari Raya Dari PRS SMK Cheras

Hari ini saya sebarkan video ucapan Hari Raya dari team PRS saya untuk warga SMK Cheras.
Terima kasih kerana sudi membuat video ini dgn kreativiti anda semua..cikgu sangat menghargainya.
Boleh klik link di bawah:)



Happy Birthday Nurfarzana ;
Macaroni cheese bakar from you
Ayam bakar ala Kenny Rogers from me


21 May 2020

Borang Keberhasilan Guru Kaunseling: Penilaian Pertama Tahun 2020

Borang Keberhasilan Guru Kaunseling: Penilaian Pertama Tahun 2020



Mesyuarat Pengurusan di sekolah hari ini yang ke 7.  Melibatkan 7 orang Pentadbir. 
Antara isunya ialah borang keberhasilan. Nampaknya tahun ini banyak juga keberhasilan yang perlu digugurkan... hmm 5 item juga yang digugurkan dan dua keberhasilan yang dipinda. 

JIka anda follow blog saya, saya dah update borang keberhasilan ini pada awal tahun, dan untuk penilaian pertama yang perlu dihantar sebelum 1 Jun 2020 ini, saya membeleknya dan mendapati ada yang perlu dipinda, ada yang perlu digugurkan.  Nak tambah, huhu tak berani nak letak lagi dalam keadaan yang ketidakpastian ini. Biarlah pinda dan gugur sahaja. Yang ada 9 kekal ini pun nak cuba capai Kpi. 

                     
Mengapa kena pinda? Sebab musim pkp ini sudah tentu nak capai Kpi tu kena memadai dengan suasana semasa. 

Yang saya gugurkan ialah intervensi yang memerlukan aktiviti berjadual sepanjang tahun ini, maka dalam keadaan sekarang gugurkan adalah perkara terbaik. Kalau kekalkan dan tidak berhasil menjalankannya, apa gunanya dikekalkan? 

KIra punya kira...skor 2 sahaja yang baru saya dapat untuk penilaian pertama. 

Ingat ye keberhasilan kita yang create berdasarkan apa yang ingin kita lakukan dalam tahun semasa. 






BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KEBERHASILAN TAHUN 2020

NAMA PYD
NURHAIZA BT CHE MAT
GRED JAWATAN

NO.K.P.

TEMPAT BERTUGAS
SMK CHERAS
JANTINA
PEREMPUAN
JAWATAN
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
BIDANG TUGAS
NO
SASARAN KERJA
PENILAIAN PERTAMA
PENILAIAN AKHIR
MELEBIHI SASARAN
CATATAN

1
Mencapai KPI sesi kaunseling individu 5 kali dalam 5 hari dan satu kelompok dalam satu minggu
50


 PINDA: KPI PKP DALAM 2 MINGGU
Memastikan 100% murid dalam sistem SSDM mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
50



Memastikan 80% murid yang menerima sesi kaunseling mencapai kesejahteraan diri dan peningkatan disiplin diri

50



 PENINGKATAN SAHSIAH
 4

Memastikan semua ahli PRS menerima sijil peringkat bongsu yang dijalankan di sekolah
GUGUR


GUGUR

5
Memastikan semua murid terlibat dalam Program Amalan Guru Penyayang
50



PENINGKATAN DISIPLIN 
6
Memastikan 80 % murid kategori kes rayuan semula ke sekolah masih kekal bersekolah dan meningkat peratus kehadiran ke sekolah melalui program SPOT Butterfly
GUGUR


GUGUR
7
Memastikan 80% murid ponteng tegar tahun 2019 (penerima amaran 2 dan 3) meningkatkan kehadiran pada tahun 2020 melalui intervensi Zoom In Murid
GUGUR


GUGUR
8
Memastikan 100% murid kes ponteng kelas Ting 5 menjalankan intervensi bersama guru kaunseling dan 80% berjaya menurunkan kadar ponteng kelas
50




 PSIKOSOSIAL
9
Memastikan 100% murid dalam saringan 1 Minda Sihat yang mendapat skor teruk menerima intervensi bimbingan dan kaunseling
20


PINDA: MURID TING 5 SAHAJA

10
Memastikan 90% murid dalam saringan 1 Minda Sihat melepasi tahap sederhana di akhir saringan 3 selepas intervensi
GUGUR


GUGUR

 KERJAYA
11
Memastikan 100% murid Ting 5 yang memperolehi skor IKK rendah mendapat intervensi kaunseling dan berjaya meningkatkan skor IKK selepas intervensi
50




12
Memastikan 100% murid Ting 3 menerima intervensi Inventori Minat Kerjaya selepas menjalankan psikometrik
50




 INOVASI/
13
Menghasilkan kajian tindakan berkaitan dengan
GUGUR


GUGUR
KAJIAN TINDAKAN

murid berisiko keciciran sekolah (rayuan semula)
14
Menghasilkan inovasi berkaitan dengan perkembangan kerjaya
20





BILANGAN SASARAN YANG DINILAI
9



JUMLAH MARKAH
390



PENCAPAIAN
43.00



SKOR
2



PENILAIAN PERTAMA
PENILAIAN KEDUA
PP1


PP2


PYD







Happy Birthday Along 😊



 

Telegram Channel