31 October 2020

Kaunseling Pesakit/ Penjaga Orang Yang Sakit

Kaunseling Pesakit/ Penjaga Orang Yang Sakit


klik link ini untuk tontonan rakaman tajuk tersebut terutama 2jam terakhir rakaman facebook ini 

Salah satu sebab saya teruja dengan tajuk Webinar Marathon PERKAMA ini

*PROGRAM MARATHON WEBINARS ON KINDNESS 2O2O ICCE IIUM*
_Kaunseling Ke arah Kesejahteraan Masyarakat_. Link rakaman ini mempunyai dua slot iaitu

*🌹 (SLOT 1)🌹*
📌9.00 - 11.00 pagi
*SLOT 1- COUNSELING & KINDNESS TO THE ELDERLY*
_Kaunseling & Kebaikan Menyantuni Warga Emas_

*Panel 1:*
*Prof. Dr. Zuria Mahmud*
*(Mantan Ahli Akademik UKM, Kaunselor Berdaftar dan Ahli PERKAMA International)*

*Panel 2:*
*Dr Norzizi Zulkafli*
*(Ketua Pusat Pengajian Teater, Fakulti Filem & Animasi UITM kampus puncak perdana Selangor & Pelakon)*

*Moderator:*
*Fatin Munirah Bt Maarof*


*🌹(SLOT 2 )🌹*
📌11.15 - 12.45 tengah hari
*SLOT 2- COUNSELING & KINDNESS TO THE SICK*
_Kaunseling & Kebaikan Kepada Yang Sakit_

*Panel 1:*
*Mr Lee Boon Hock*
*(Kaunselor KKM)*

*Panel 2:*
*Dr Rosemaliza Mohd Kamalludeen* 
*(Pensyarah, Kulliyyah Pendidikan, UIAM)*

*Moderator:*
*Nur Syahidahawa Bt Shamsol Kamal*

Entri blog ini lebih kepada tajuk slot 2 iaitu saya bertindak selaku support buddy best friend saya yang menjaga anak yang sakit kritikal. Saya perlu mengetahui bagaimana saya boleh berperanan dengan lebih baik untuk membantu sokongan emosi rakan saya. Namun slot ini rupanya mengajar saya perkara perkara lain seperti bagaimana Kita boleh berperanan menjaga orang yang sakit maklumlah ibu bapa saya Makin tua dan semakin uzur, bagaimana mengendalikan emosi orang yang menjaga orang yang sakit.

5 peringkat iaitu 
denial
anger
bargaining
depression
acceptance
tapi mana mana peringkat boleh datang dahulu tanpa ada urutan yang seragam. Fahami peringkat tu untuk berperanan dengan lebih baik sebagai Kaunselor orang yang sakit . 

Bye Oktober
Thank you for the best memory
Our biggest victory for UBK history

30 October 2020

IKON Inspirasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang Sekolah Menengah Peringkat Kuala Lumpur 2020

IKON Inspirasi Guru Bimbingan Dan Kaunseling Cemerlang Sekolah Menengah Peringkat Kuala Lumpur 2020

 



Bulan Oktober memang sentiasa menjadi bulan favourite saya..menuai hasil. Kerana pattern setiap tahun UBK kami akan menerima pengiktirafan. 

Oleh itu bila waktu pkp COVID ini, saya beranggapan tak boleh nak kekalkan lagi KPI tu lagi


Tapi kalau dah rezeki....Simposium HEM Kuala Lumpur diadakan secara dalam talian hari ini. 

Saya dianugerahkan dengan Ikon Inspirasi Guru Kaunseling Cemerlang Kuala Lumpur..satu anugerah terindah bak kata partner saya sempena bulan kelahiran saya Oktober maka saya dihadiahkan anugerah tersebut hihi...

Dengan yakinnya apabila kategori ini diiklankan, saya tidak mengisi apa apa borang. Saya lebih sibuk menguruskan pertandingan murid ada 13 kategori yang kami masuk...dan dateline back to back. Strategi mewajibkan pembimbing rakan sebaya menyertai sebanyak mungkin untuk markah pajsk mereka. Hinggalah dateline semua pertandingan, boss peringkat negeri menelefon saya memaklumkan bahawa mereka tidak menemui borang saya. Bertambah terkejut apabila saya memaklumkan saya menghantar borang borang untuk pertandingan murid sahaja. 

Bagi saya untuk anugerah guru ini, jika memang rezeki itu untuk saya...maka akan bergolek juga tawaran atau dimudahkan urusan untuk saya memperolehinya.

Rupanya benar, memang mudah betul laluan untuk saya memperolehi anugerah Ikon yang pertama diwujudkan oleh Jabatan pendidikan  Kuala Lumpur ini. 

Allahuakbar...alhamdulillah. 

Terima kasih kepada orang -orang di luar sana selain dari lingkungan ahli keluarga, warga SMK Cheras, 

Kekuatan adalah dari warga SMK Cheras sendiri iaitu pentadbir yang menyokong, guru -guru yang memberikan kerjasama dan positif, pibg dan ksib yang memberikan komitmen. Maka yang berat menjadi ringan dan yang ringan semakin dimudahkan. 

Terima kasih kepada follower blog dan page rasmi facebook saya yang menyebabkan saya sentiasa update dari semasa ke semasa apabila melihat trafic blog saya sentiasa ada permintaan untuk dibaca maka ilmu yang baik disebarkan, saya berharap doakan saya untuk sentiasa sihat, dapat menyebarkan ilmu sebagai satu dari sedekah jariah saya untuk diamalkan. 

Terima kasih kepada semua guru -guru kaunseling Kuala Lumpur khususnya dan di luar KL amnya, yang sentiasa menyokong saya. 


Jumaat yang berkat..


28 October 2020

Webinar Ceramah Kesejahteraan Minda Guru Guru Di Sekolah JAWI Kuala Lumpur

Webinar Ceramah Kesejahteraan Minda Guru Guru Di Sekolah JAWI Kuala Lumpur

Hari ini saya dijemput menyampaikan ceramah untuk tajuk Kesejahteraan Minda kepada guru guru agama sekolah sekolah di bawah Jabatan Agama Islam KL. Memandangkan situasi sekarang KL masih bersambung perintah kawalan pergerakan maka dijalankan secara dalam talian. Ini merupakan siri ke3 saya menyampaikan ceramah kesejahteraan minda ini untuk JAWI Kuala Lumpur. Jom tonton webinar ini. Agak terkilan pula bila tengok rakaman semula, saya tersalah setting slaid power point menyebabkan apa yang tak perlu show di balik tabir tershow la pulak...pengalaman oh pengalaman padahal dah banyak kali berstream..dugaan betul

Boleh klik link diyoutube ini. https://youtu.be/Zlt7iU7Wkhk



Salam Maulidur Rasul..
Salam Maghrib.


27 October 2020

TS25: Modul Tool Kit 5.2 dan 5.3 Refleksi Dan Amalan Terbaik

TS25: Modul Tool Kit 5.2 dan 5.3 Refleksi Dan Amalan Terbaik


Hari kedua bengkel refleksi TS25 kami perlu menjalankan aktiviti refleksi dan penilaian terhadap pembentangan sekolah kohort 1 iaitu SMK Convent Jalan peel yang merupakan penandaaras TS25 di Kuala Lumpur. Setelah itu tool kit refleksi mengenai kekuatan , kesesuaian yang boleh dipraktikan di sekolah dan juga cadangan penambahbaikan perlu dinilai dan diupload dalam padlet TS25. 

Sekolah saya mengambil tajuk kajian tindakan dan profiling murid dan guru untuk refleksi amalan yang dijalankan dalam meningkatkan kualiti guru. 

Kedua dua amalan ini diletakkan di bawah UBK SMK Cheras iaitu profiling suara murid manakala kajian tindakan dan amalan terbaik oleh saya selaku ketua unit.

Simpan sini kerana ada tugasan yang berkaitan nanti



Alhamdulillah 
Achieve his target..
Trial SPM 2020 
 

Telegram Channel