9 September 2026

Kelab Kerjaya Ke Akuaria KLCC

Seperti dijanjikan ke Akuaria Lawatan Kerjaya STEM dunia perikanan. Saya share kertas kerja 

 

1.0          PENGENALAN 

 

Kelab Kerjaya di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan membantu pelajar memahami diri sendiri dari segi minat, bakat dan potensi dalam merancang masa depan. Kelab ini memberi pendedahan awal tentang pelbagai bidang kerjaya serta laluan pendidikan yang boleh dipilih selepas tamat sekolah. Melalui aktiviti seperti ceramah kerjaya, ujian personaliti, lawatan sambil belajar dan perkongsian bersama profesional, murid dapat memperoleh maklumat yang lebih jelas tentang dunia pekerjaan. Selain itu, kelab ini turut membantu murid membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan membuat keputusan yang lebih tepat berkaitan kerjaya. Secara keseluruhannya, Kelab Kerjaya menjadi platform penting untuk membimbing murid agar lebih bersedia dan berwawasan dalam menentukan hala tuju masa depan mereka.

 

2.0          MATLAMAT 

 

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang peluang kerjaya dalam bidang berkaitan marin, pelancongan dan pengurusan akuarium. Melalui lawatan ini, murid dapat memahami tugas sebenar profesional seperti ahli biologi marin, penjaga akuarium dan pegawai konservasi. Selain itu, lawatan ini juga membantu murid mengaitkan pembelajaran di dalam kelas dengan situasi sebenar, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan hidupan laut dan alam sekitar. Secara tidak langsung, program ini dapat memupuk minat murid terhadap bidang sains serta memberi inspirasi dalam membuat pilihan kerjaya pada masa hadapan.

 

3.0     TEMPAT, TARIKH DAN MASA

      

Tempat: Akuaria, Suria KLCC, Kuala Lumpur pada  9 September 2026

 

4.0       SASARAN : 40 orang murid  

 

Bil

Perkara

Bilangan Guru

Bilangan Murid

i)

Jumlah bilangan guru dan murid di sekolah

86

1,142

ii)

Bilangan guru/murid yang mengikuti program

4

40

iii)

Baki bilangan guru dan murid yang tidak mengikuti program

82

1,102

 

 

          

5.0      OBJEKTIF

 

Objektif program ini adalah untuk:

 

1. Meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran sosial dan komunikasi pelajar.

2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai bidang kerjaya khususnya dalam sektor marin, pelancongan dan sains.

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

 

Output

Memberikan pendedahan kepada murid secara langsung tentang bidang kerjaya di lokasi lawatan.

Outcome

Murid lebih jelas tentang hala tuju kerjaya yang diminati.

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN 

 

 

7.1 Sumber Kewangan;


7.2 Anggaran Perbelanjaan


 

  

8.0      AHLI JAWATANKUASA

 

          Pengerusi                  : Puan Hadilah Binti Abd Hamid

        Pengetua

            

          Naib Pengerusi 1     : Encik Zullzailah Bin Zakaria

        Penolong Kanan Kokurikulum

         

           Penyelaras              : Nurhaiza Binti Che Mat

                Ketua Guru Penasihat Kelab Kerjaya

 

 

          SENARAI TUGAS AJK KERJA 

AJK Kertas Kerja Dan

Surat Menyurat

Perhubungan

Nurhaiza Binti Che Mat

 

Menyediakan kertas kerja dan surat menyurat program

AJK Jurugambar

/ OPPR

Norfaizah Binti Mohamad

 

Menyediakan laporan dokumentasi/OPPR  

 

AJK Pendaftaran Dan

Pengangkutan

Loh Chin Ying

 

Mengambil pendaftaran murid dan mengagihkan murid ke dalam bas dan mengira bilangan murid.

  

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN           

9.1      URUS SETIA 

- Unit Bimbingan dan Kaunseling

     -    Kelab Kerjaya

  

              9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

 

Masa

Aktiviti

11.30 pagi

Bertolak dari SMK Seri Bintang Selatan ke Akuaria KLCC

12.00 t/h  

Tiba di Akuaria KLCC

Aktiviti lawatan dalam Akuaria KLCC

 

3.00 petang

Bertolak dari Akuaria KLCC ke SMK Seri Bintang Selatan

3.30 petang

Tiba di SMK Seri Bintang Selatan, WPKL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO 

             

Risiko 

  

Punca 

Penyelesaian 

Tanggungjawab 

Masalah pengangkutan rosak

Masalah teknikal

 

 

Menunggu pengangkutan

alternatif  

Ketua rombongan

 

  

 

 

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN 

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

 Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Kokurikulum

            

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

  

  

 

12.0     PENUTUP 

  

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif  


 

 

 

 

 

 

Telegram Channel