Total Pageviews

14 August 2020

Kertas Kerja Meningkatkan Motivasi Dan Kematangan Kerjaya Murid Tingkatan 5

 


KERTAS KERJA

MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEMATANGAN KERJAYA

MURID TINGKATAN LIMA

SMK CHERAS

 

 

1.0          PENGENALAN

 

Murid –murid calon SPM adalah kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan pada awal tahun hadapan. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, selama tiga bulan tidak ke sekolah sudah tentu ada emosi yang terjejas. Bukan itu sahaja, subjek akademik juga tidak dapat berjalan lancar.Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk meningkatkan lagi semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Program pembugaran emosi kerap dijalankan hampir setiap hari persekolahan. Saringan minda sihat juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan minda semua murid tingkatan lima. Oleh itu program yang dijalankan ini memberikan input berdasarkan senarai semak keperluan murid terhadap akademik untuk pihak sekolah merangka intervensi yang sesuai dan bimbingan mengenai teknik relaksasi sewaktu belajar. Bimbingan mengenai kematangan kerjaya juga disampaikan mengikut keperluan kelas berdasarkan analisa kematangan kerjaya yang telah dijalankan.

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan motivasi belajar murid  untuk peperiksaan  SPM dengan kematangan kerjaya yang jelas dan meningkatkan minda yang sejahtera

.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh  : 13 Ogos 2020 di Dewan SMK Cheras

 

4.0        SASARAN

200 murid Ting 5 di SMK Cheras

        

5.0      OBJEKTIF

1)         Mengenal pasti keperluan murid dalam akademik melalui senarai semak keperluan murid dalam bidang akademik

2)         Murid diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat meningkatkan kematangan kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas SPM

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Murid mengetahui mengenai kelemahan mereka dalam akademik dan pengetahuan kematangan kerjaya

Outcome

Murid dapat meningkatkan motivasi dalam akademik untuk mencapai hala tuju kerjaya selepas SPM

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          TS25                                 :                                                             = RM 400

         

          Perbelanjaan

          Makanan                 RM 2 x 200 orang                                             = RM 400

         

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               : Encik Jamil Bin Jamaludin

                                            Pengetua

          Naib Pengerusi       :Cik Lee Swee Ching

                                          Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Penyelaras SPM     : Puan Farah Hanum Binti Ramli

 

SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Dokumentasi

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan dokumentasi program

AJK Penilaian

 

Puan Rozinani Binti Awang

 

 

 

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     13 Ogos 2020: Khamis:

 

7.30 – 9.00 pagi                          : 5 Alpha/ 5 Beta / 5 Gamma

 

                        9.00 – 10.30 pagi                        : 5 Al Biruni/ 5 Ar Razi

 

10.30 – 12.00 tengah hari          : 5 Al Farabi/ 5 AlKhawarizmi/

 

12.00 – 1.30 tengah hari              : 5 Ibnu Sina/ 5 Ibnu Rusyd

 

 

Tentatif Program:

 

10 minit           : pengurusan masuk ke dewan

 

5 minit             : Ucapan aluan pengerusi majlis

 

10 minit           : Senarai semak keperluan murid dalam akademik

 

15 minit           : Slot bicara pengetua

 

15 minit         : Analisa skor kematangan kerjaya murid berdasarkan profil  

  murid dan kelas

 

30 minit         : Intervensi kematangan kerjaya melalui pengetahuan

                       domain sikap dan domain kecekapan yang perlu dipenuhi

 

5 minit           : pengurusan murid keluar dewan

 

 



10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kelewatan

 

Disiplin murid

Memanjangkan slot sebagai masa untuk pergerakan murid

Puan Nurhaiza

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik

 

Disediakan oleh,      

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                            

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

 

Diluluskan oleh,

 

 

 

          (Jamil Bin Jamaludin)



             Thank you for the wish

All the wish become doa

When you wish good things for others

Good things come back to you

This is the law of nature


 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           


12 August 2020

Bengkel Kesejahteraan Minda Untuk Guru KAFA

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua follower









2 hari ini saya berada di JAWI , pusat Islam KL. mengendalikan bengkel kesejahteraan mental untuk ketua guru KAFA Kuala Lumpur. 15 minit sahaja dari sekolah tetapi berpusing -pusing nak sampai sini. TV Al Hijrah rupanya di sini juga .


Saya mengendalikan slot 4 jam bagi setiap sesi selama dua hari dengan sasaran berbeza antara hari pertama dan kedua. Saya menyusun slot saya dengan

pengenalan kesihatan mental

Saringan Ujian DASS

Mengenal pasti tahap DASS

Slot Definasi, Tanda-Tanda Stress

Slot Definasi, Tanda Tanda Kebimbangan

Slot Definasi Dan Tanda-Tanda Kemurungan

Ujian Gaya Daya TIndak

Gaya Daya Tindak Dan Menanganinya

Teknik Grounding

Teknik Self Talk

Teknik Berfikir positif Menggunakan Skripositif diri Dan Jurnal Harian

Teknik Berfikir Rasional

Teknik Meditasi

Yang manisnya apabila slot ini saya dapat bekerjasama dengan kakak saya yang membantu saya untuk teknik meditasi. Sejak mengambil pencen awal dari jawatan di sebuah organisasi terkenal , banyak masa terluang . Memegang title kaunselor berdaftar juga, bolehlah kami bekerjasama dalam perkhidmatan menolong ini.

Semoga perkongsian ini dapat membimbing guru guru menangani kesejahteraan mental dengan berkesan. 

Berkali kali saya tegaskan mengenai Hidupkan Hari Anda iaitu bagaimana kita perlu 0menghidupkan hari dengan jiwa yang bukan kekosongan, kesunyian dan kesedihan.

Jangan biarkan diri terjerumus ke arah kemurungan kerana ia menyebabkan anda tidak dapat berfungsi sebagai hamba Allah, sebagai ahli keluarga , sebagai pekerja 


Sister's bonding

Thank you sis..
















9 August 2020

Intervensi Menangani Tingkah Laku Mencederakan/ Membunuh Diri




Senarai Semak Keperluan Murid yang diedarkan kpd semua murid untuk tujuan mengenal pasti keperluan murid dalam kebiasaan baharu. 

Antara item yg ditanya adalah saya tidak akan mencederakan diri saya walaupun saya kusut dgn masalah yang menimpa saya. 

Bagi soalan ini, ia adalah petunjuk kepada kecenderungan murid untuk membunuh diri. 

Pelbagai idea untuk mencederakan diri. Antaranya yg biasa kita dengar minum ubat batuk , telan panadol berlebihan , mengelar pergelangan tangan. 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendedahkan, daripada kira-kira 5.5 juta remaja, seorang daripada 5 anak muda mengalami kemurungan.

Tingkah laku bunuh diri dlm kalangan remaja iaitu 13 hingga 17 tahun iaitu anak anak di sekolah menengah menunjukkan peningkatan prevalen idea nak bunuh diri dari 7.9 % pd 2012 kepada 10% pada 2017.
Prevalen Merancang membunuh diri meningkat dari 6.4% pd 2012 kepada 7.3% pada 2017 dan cubaan membunuh diri 6.9%pada 2017 berbanding 6.8%

Pelbagai cara rupanya murid mencederakan diri jika kusut dgn masalah mereka seperti
1. mengelar anggota bahagian lain dgn pisau kerana pergelangan tangan mudah dilihat
2. ada yg memelihara haiwan dan membiarkan haiwan itu mengigit gigitnya agar rasa sakit 
3. ada yg menumbuk numbuk dinding dan lantai hingga berdarah tangan
4. ada yg menarik narik rambut 
5. ada yg menelan segala jenis ubat berlebihan

Semua aktiviti dilakukan dalam keadaan yg sedar dan ini membimbangkn kerana idea ini ke arah membunuh diri 

Oleh itu kenal pasti simptom murid, ikuti intervensi yang boleh digunakan.  Bpsh mengeluarkan panduan untuk guru kaunseling menangani kes ini



 PANDUAN MENANGANI KES BUNUH DIRI
SEBELUM
a)    Memberi maklumat umum berkaitan kes bunuh diri & kesihatan mental
-                  Brosur
-                  Poster
-                  Ceramah
                                        Contoh
o           Modul Ingat Sebelum Kena
o           Nilai-nilai murni,
o           Keagamaan
o           Kasih-sayang

                     -        Bengkel
                                        Contoh
o   Modul Keremajaan
o   Program Minda Sihat –KKM
o   Program Saya Selamat (PS The Children)

-                  Taklimat
o   Semasa perhimpunan
o   Program Orientasi

-                  Pameran
o    Kebajikan Masyarakat
o    Kesihatan
o    Polis

·                 Mengenalpasti tanda-tanda awal kes
-                  Perubahan fizikal
-                  Perubahan emosi
-                  Perubahan tingkah laku
-                  Luahan perasaan
-                  Saringan minda sihat – Soal Sel

SEMASA
a)          Menenangkan suasana
b)          Menenangkan mangsa
c)          Memberi bantuan awal kecemasan
d)          Hubungi pengurusan sekolah
e)          Hubungi 999 Talian kecemasan
f)            Hubungi penjaga
g)          Kawalan keselamatan tempat kejadian

SELEPAS
a)      Mangsa masih hidup
o        Laksanakan program intervensi
o        Perbincangan dengan ibu bapa
o        Sesi kaunseling dan pemantauan berterusan
o        Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN

b)      Mangsa meninggal dunia
o       Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN
o        Bimbingan kelompok untuk warga sekolah
o       Maklumat sebenar untuk komuniti setempat
o       Ziarah ke rumah keluarga mangsa




 SENARAI SEMAK MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI
BIL
PROSES KERJA
TINDAKAN
(/)
CATATAN
1
Mengenal pasti  klien  yang  mempunyai  tanda-tanda awal gejala bunuh diri melalui tingkah laku, ekspresi muka, kecederaan fizikal  dan perubahan emosi  luar biasa ataupun maklumat rakan-rakan klien dan warga sekolah


2
Berjumpa dengan klien  berkenaan dan menjalankan Saringan Minda Sihat  untuk mengkategorikan tahap kes klien.


3
Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi terhadap klien mengikut tahap yang telah dikategorikan.


(i) NORMAL
Melaksanakan program pendidikan kesihatan dan tindakan susulan.


(ii) RINGAN
Meningkatkan kemahiran klien dengan Kemahiran Daya Tindak melalui sesi kaunseling
Tangani Stres, Kawal Marah
Penyelesaian masalah
Asertif
Berfikiran Positif
Komunikasi Berkesan


(iii) SEDERHANA
Mendedahkan teknik relaksasi kepada klien melalui sesi kaunseling
Latihan Pernafasan
Senaman Bahu dan Leher
Urutan Bahu dan Leher
Terapi Muzik
Terapi Aroma


(iv) SERIUS
Perbincangan dengan pengetua sekolah berdasarkan analisa yang diperoleh dan memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk dirujuk kepada psikiatri di hospital.



4

Merekod hasil bimbingan dan kaunseling dengan klien dan laporan difailkan.


















 Happy birthday Farietz

Semoga tercapai impian