Total Pageviews

31 January 2021

Intervensi Unit Kaunseling Secara Bersemuka, Online Dan Offline: Januari 2021


Hari ini saya buat summary apa yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari ini. Saya berkongsi aktiviti kami, diharapkan follower saya geng guru bimbingan dan kaunseling  dapat win win sama -sama berkongsi apa yang dijalankan agar lebih banyak idea dapat dijana maklumlah intervensi secara online dan offline ini memerlukan kemahiran ICT juga untuk sampai ke anak-anak. 

Saya buat laporan dalam bentuk infografik untuk ditebar ke group KSIB dan group telegram ibu bapa untuk pengetahuan mereka apa yang dijalankan oleh UBK kami.


Kes semakin hari semakin naik terutama KL dan Selangor maka tidak hairanlah kehadiran murid di KL dan Selangor adalah ketiga yang terendah di Malaysia ini. Serba salah ibu bapa maklumlah tinggal 20 hari lebih je nak Spm dengan kesihatan anak yang paling diutamakan. Ada yang tidak membenarkan anak untuk ke sekolah lagi..

Kita mencuba selagi mampu selagi terdaya...
Semoga yang baik baik sahaja untuk kita semua

Bye Januari
Mercun dah berdentum dentum 
CNY is coming...



29 January 2021

Cara Menulis erekod Kaunseling Minggu 1 Dan 2

 

erekod adalah sesuatu yang baru untuk majoriti guru kaunseling. Saya sudah setahun menggunakan erekod dengan versi yang lain maka terkial kial jugalah cara nak key in dalam erekod yang diseragamkan satu malaysia ini.

penataran juga telah dijalankan tetapi biasalah rasa macam faham tetapi bila dah start sekolah bertubi tubi guru kaunseling tanya nak tagging apa nak tulis macam mana. tak cukup tanya kat whatsapp yang call pun ada takpe selagi boleh layan kita layan. pertanyaan dari guru kaunseling negeri lain pun ada maka saya tanpa malu malu share sahaja lah erekod saya ini. 

Bila share macam ini baru GBK lain dapat tgk apa yang nak di key in. Macam macam versi yang GBK faham dalam key in erekod ini. Rasanya lepas sebulan atau dua bulan masing masing semakin faham bagaimana nak key in.


Ada ayat yang tergantung dalam erekod ini sebab paparan nya begitu. Ni cara saya menulis , jika ada keraguan di mana mana boleh hubungi JU masing masing ye. Maklumlah selagi tak share contoh sebenar selagi tu kurang faham.








Jumaat yg berkat
Semoga murah rezeki penyumbang sarapan pagi











25 January 2021

UBK SMK Cheras: Dominasi Simposium HEM Peringkat WPKL



Alhamdulillah terlaksana juga impian murid murid yg dapat anugerah kemenangan di Simposium HEM JPWPKL memperolehi sijil kemenangan mereka untuk dijadikan kenangan. 

Antara kejayaan di bawah UBK
1) Ikon Inspirasi Guru Kaunseling Cemerlang WPKL
2) Ikon SLAD Kuala Lumpur
3) Penarafan 5 bintang PRS Cemerlang
4) Johan Komik PPDa
5) Naib Johan Video Kreatif PPDa
6) Naib Johan Motivasi Inspirasi
7) Naib Johan Video Kreatif ILHAM
8) Ketiga  Pidato PPDa
9) Johan Video Kreatif PPDa dibimbing oleh guru PPDa dgn 3 ahli kumpulan PRS.

Kebangsaan
Ikon SLAD SMK Cheras menerima RM 500 untuk pencapaian peringkat kebangsaan

Video Kreatif Transformasi Minda PPDa mendapat RM 300 tempat ke6 sagu hati. 

Penghargaan lain SMK Cheras perolehi peringkat Kuala Lumpur
1) Anugerah 3 bintang pengurusan PPDa 
2) Penyertaan Ikon KPJ tempat kedua
3) Penyertaan Ikon Pengawas peringkat KL 

         Masih PKP....                                                    Jalan yang lenggang





























Pengurusan PPDa 3 bintang

Cikgu Mas Atikah pengurusan PPDa 3 bintang 


Anugerah Ikon Inspirasi Guru Kaunseling Cemerlang . Penghargaan juga buat sekolah mendapat sijil




Ikon Ikon sekolah bersama guru pembimbing. 







Johan pertandingan komik JPWPKL


Johan Video Kreatif PPDa












Naib Johan Video Kreatif PPDa