30 April 2021

Majlis Pelantikan Ketua Dan  Penolong Ketua Tingkatan 2021

Majlis Pelantikan Ketua Dan Penolong Ketua Tingkatan 2021

 


Sempat juga menyelit tarikh 22 April lepas diadakan majlis pelantikan ketua dan penolong ketua tingkatan di dewan sekolah. Tapi tak mcm tahun tahun lepas selepas pelantikan JK Majlis Ketua Tingkatan kami akan berbengkel selama 2 jam . 

Namun musim COVID 19 yg masih berlegar legar ni, kami hanya menjalankan majlis pelantikan JK Majlis Ketua Dan Penolong Ketua Ting dan disusuli dengan majlis pelantikan. Bengkel akan dijalankan secara dalam talian sahaja  


















Keberkatan Jumaat
Penutup April yang mendamaikan

29 April 2021

 Anugerah Kehadiran Terbaik Tahun 2020

Anugerah Kehadiran Terbaik Tahun 2020

Tahniah anak anak yang hadir ke sekolah tahun lepas hadir penuh dan sehari tidak hadir ke sekolah sepanjang tahun lepas. Ini kerana anak anak ini baru datang bersemuka pada bulan April maka kami menjalankan acara ini pada minggu ini. 

Semoga anak anak gigih hadir ke sekolah dengan SOP dan norma baharu dan terima kasih ibu bapa yang sudi dan yakin untuk menghantar anak anak ke sekolah

Salam Nuzul Quran
Bonding with kids

28 April 2021

Pengagihan Bubur Lambuk Peringkat Sekolah

Pengagihan Bubur Lambuk Peringkat Sekolah


Aktiviti pengedaran bubur lambuk dijalankan oleh panitia agama Islam. Sumbangan dari PIBG sekolah. Maka kami mengadakan pengagihan hari ni sempena Nuzul Quran esok. 
Team UBK turun padang dengan praktikal kaunseling juga untuk aktiviti pengedaran bubur lambuk ini. 

Selamat datang Reshima dan Noni 😊
Happy birthday Fiqah..hazelnut cake for berbuka :)

25 April 2021

 Pelantikan Bendahari Kehornat Majlis Guru Kaunseling Malaysia

Pelantikan Bendahari Kehornat Majlis Guru Kaunseling Malaysia


amanah di bulan Ramadhan. 

Teringat pada tahun 2019, apabila KL jadi tuan rumah Mesy Agong Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan. YDP  bertanya adakah saya sudi dilantik selaku Bendahari MGKK ...memandangkan Bendahari Kehormat ketika itu sudah bertugas sebagai bukan guru kaunseling lagi. Dengan baik saya menolak kerana jawatan saya selaku Timbalan Pengerusi Majlis Guru Kaunseling KL. sudah menuntut saya komitmen yg tinggi dengan pihak luar sekolah. 

Namun tahun 2021 apabila Mesy Agong Majlis Guru Kaunseling WPKL telah dijalankan bulan Mac lepas, team kami Majlis Tertinggi yg sudah berkhidmat hampir 4 tahun melepaskan jawatan kpd team yg baru . Sebaik sahaja saya left group , YDP MGKK menghubungi saya untuk menimbangkan semula pelantikan selaku Bendahari Kehormat Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan. 

Sejujurnya saya menerima pelantikan ini dengan beberapa soal jawab yg dijawab dengan baik oleh YDP dan saya juga tidak menyangka YDP masih lagi sudi bertanya untuk menawarkan jawatan ini selepas 2 tahun lepas beliau bertanya. 

Pelantikan saya juga disaksikan oleh pegawai BPSH KPM En Saiful dan ahli Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan yg terdiri dari YDP MGK negeri negeri lain. Alhamdulillah permulaan yg baik apabila melihat sokongan dari ahli kelurga MGKK sendiri. Dan yg paling penting bagi saya apabila Bendahari Kehormat MGKK yg telah berkhidmat 9 tahun ini memberikan kepercayaan kpd saya utk menggantikan tempat beliau. Beliau meninggalkan dokumen dokumen yg cukup lengkap untuk saya menghadamnya dalam 3 hari ni di Penang. 
Semoga urusan saya dimudahkan. 

Kajang - Penang
Tumpang lalu ye Alor Pongsu :)
Einstein Hotel Penang.





24 April 2021

Anugerah Sahsiah Terpuji

Anugerah Sahsiah Terpuji

Assalammualaikum semua
Dalam waktu pembelajaran disekolah on dan off ni, teruskan  amalkan sahsiah terpuji masing masing. Buat kerja sekolah yg diminta,hadir dalam kelas online guru guru , membuat aktiviti yg diarahkan , menyertai aktiviti kokurikulum online dan sebagainya. Semoga lebih ramai yg mendapat status anugerah terpuji 😊
LADAP skpmg2
Ramadhan ke 12
 

Telegram Channel