28 May 2021

RIMUP Sambutan Hari Raya Aidilfitri Secara Dalam Talian

RIMUP Sambutan Hari Raya Aidilfitri Secara Dalam Talian




Link untuk menonton https://youtu.be/Y1vpSbZOb1M dan link kuiz juga disediakan untuk markah penyertaan dan pencapaian murid murid bagi perjumpaan kelab dan persatuan yang ke 7/2021.
 


Aktiviti ini sepatutnya dijalankan hari Khamis...yeah masalah teknikal kerana banyak banyak video yang diupload ada satu video murid ada copyright yang kena block oleh youtube. Panik jap cikgu maklumlah dah dua hari susun bahan. Dari pagi Khamis lagi masih collect dan edit bahan -bahan pertandingan RIMUP Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama cikgu teknikal iaitu Cikgu Nafsah. Kami bercadang tak live memandangkan suasana PKP di KL dan Selangor ini. Dari rumah masing masing kami susun bahan untuk buat secara rakaman sahaja. 

Bila dah uplaod, youtube block wahhh stress mencanak A terus hahaha. Call sana call sini..dan last sekali kami tunda hari Jumaat untuk keluarkan video dan trim semula. 

Maka itulah cerita sebenar kekalutan saya hari Khamis selaku penyelaras selaku pengurus majlis:)

Jumaat rakam semula rumah Cikgu Nafsah pula yang on off internet maka ada beberapa video yang lag yang menyebabkan dari segi kualiti mmg saya mengaku kurang memuaskan. 

Takpe pengalaman berguna untuk program secara dalam talian ini.

Tahniah kepada semua pemenang!



Total lockdown 1 Jun 2021...akhirnya diumukan 

25 May 2021

Koleksi Pertandingan Video Sekolah Menengah #TerimaKasihCikguKL

Koleksi Pertandingan Video Sekolah Menengah #TerimaKasihCikguKL




hari ini sambung tengok video terima kasih cikgu KL kategori sekolah menengah pula. Yang menengah ni video masing masing memang bergaya. Hari ni meeting dengan urusetia panel pertandingan video kreatif ucapan Hari Guru Sambutan Hari Guru WPKL . Dapat keputusan hari ini semoga yang menang berpuas hati..tahniah in advance. Yang tak menang ..bukan tak bagus ye. Tahniah dah buat yang terbaik


Saya share link video kreatif sekolah sekolah yang masuk pertandingan ini. boleh jadikan rujukan tahun hadapan untuk persembahan hari guru peringkat sekolah secara dalam talian. Ni separuh sahaja yg saya share ..yang lain lain boleh cari guna hashtag yang diberi

Selamat menonton


Pagi yang cerah...matahari bersinar                                                                                                            Seminggu tak hidupkan enjin...jom ler kita





SMK (P) Air Panas



SMK Bandar Tasik Selatan

SMK Sungai Besi


Kolej Ting Enam Pudu Jaya

SMK St John

SMK Zon R1 Wangsa Maju


SMK Taman Desa

SMK Setapak Indah

SMK Seri Bintang Selatan

SMK Puteri Titiwangsa


SMK Jinjang

SMK Desa Tun Hussin Onn


SMK Jinjang

SMK Cheras KL


SMK Bangsar





























24 May 2021

Pemenang Pertandingan Video Keselamatan Siber Peringkat JPWPKL 2021

Pemenang Pertandingan Video Keselamatan Siber Peringkat JPWPKL 2021

 

Mendapat perkhabaran gembira Jumaat lepas yg video keselamatan siber yang UBK hantar sebanyak dua video, dua dua mendapat tempat untuk peringkat negeri. Kami tunggu result dari kebangsaan pula kerana setiap negeri menghantar tiga pencalonan untuk setiap kategori.


Hari ini saya nak share link video -video yang tersenarai dalam pemenang peringkat WPKL. Oleh kerana setiap sekolah layak menghantar dua video maka saya cari link nama sekolah pemenang di youtube. Yang mana dapat search link tu, saya kongsi di sini. Hopefully video yang sama yang menang pertandingan ini. 


Tahniah pemenang semua. Video video ini saya jadikan koleksi untuk saya gunakan dalam sesi pengajaran celik jenayah siber atau etika siber atau pemantapan sahsiah slot UBK 

sangat menarik..

If there is no struggle, there is no progress





Kategori Sekolah Rendah Tahap 1

https://www.youtube.com/watch?v=cuYm58d6o4c (SK Intan Baiduri Tahap 1)


https://www.youtube.com/watch?v=0XQNi0_0F-Y (SK Setapak)




Kategori Rendah Tahap 2








https://www.youtube.com/watch?v=uPVxQsKZMTQ (SK Taman Melati)



Kategori Sekolah Menengah Rendah:




https://www.youtube.com/watch?v=KF3C8gzs3Uk (SMK Wangsa Maju Seksyen 2)


https://www.youtube.com/watch?v=RHXU9VNARn8 (SMA Majlis Agama Islam WPKL)




Kategori Menengah Atas: 


https://youtu.be/a77fgczBXyY (SMK Cheras)





https://youtu.be/-G2BfhNEkl0  (SMK Cheras)




Kategori Pendidikan Khas 

https://www.youtube.com/watch?v=9hFsCbHehtY (SK (1) Batu Empat, Jalan Ipoh

Kategori Pendidikan Khas







Puasa sunat Syawal on...



23 May 2021

Kolesi Pertandingan Video Sekolah Rendah  #TerimaKasihCikguKL

Kolesi Pertandingan Video Sekolah Rendah #TerimaKasihCikguKL






Buntang mata juga scroll satu satu 50 video sekolah rendah ni. Macam macam kreativiti. Saya share 16 video di entri blog ini untuk rujukan kemudian hari. Antara yang kretaif dan boleh dijadikan panduan untuk murid murid yang menyertai pertandingan ini. Tahun ini sambutan hari Guru diadakan pelbagai jenis pertandingan. Saya dengan dua orang lagi team Majlis Guru Cemerlang KL terlibat sebagai AJK untuk pertandingan  video uacapan Hari Guru kategori sekolah rendah ini. 

Selamat hari Guru rakan -rakan WPKL


Happy birthday Rozinani
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat 



SJKC Jalan Davidson


SK Convent 1 Bukit Nenas

SK Segambut Makmur

SK Seri Bintang Selatan


SJK T St Joseph


SK Batu Muda

SK Bukit Bandaraya


SK Convent Sentul 2

SK Jalan Gurney 1


SK La Salle 1 Jinjang


SK Taman Bukit Maluri

SJKC Jinjang Tengah 2

sjkc Lai Ming


SJK C Nan Yik Lee Rubber

SJKT Flatcher

SJKT Sungai Besi


SK Tun Hussein Onn



SK Taman Segar













22 May 2021

Kelab Kerjaya: Pertandingan Poster Raya Bersama Kuih Raya Kegemaran

Kelab Kerjaya: Pertandingan Poster Raya Bersama Kuih Raya Kegemaran

 

Selamat Hari Raya! Rayakan sebulan...


Hari ini selak selak tengok bahan bahan pertandingan untuk Kelab Kerjaya iaitu sesi fotografi dan menyatakan mengapa anda berminat dengan kuih raya tersebut. Dateline kami lanjutkan seminggu selepas raya, walaupun tugasan diberi dari Ramadhan sebelum cuti sekolah lagi. Tagging untuk tugasan perjumpaan ke 6 bagi aktiviti kelab. saya merupakan penyelaras pertandingan RIMUP Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan kertas kerja saya share sehari sebelum raya. 

Norma baharu sambutan raya dalam PKP ni, maka pelbagai pertandingan kita create untuk murid murid dapat menghayati dan menghormati kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita.


Saya kongsikan biskut raya masing masing dan kenalah gurunya juga yang share gambar dulu barulah yang lain -lain masukkkkk.:)


Selamat Hari Lahir Farzana

Breadmaker for your wish :)












21 May 2021

SPM Ulangan 2021: Tahun terakhir format KBSM

SPM Ulangan 2021: Tahun terakhir format KBSM


Jom anak anak yang dapat result suam -suam kuku atau gagal terus dalam BM, Sejarah yang menyebabkan anda tidak mendapat kelayakan sijil SPM. Jom repeat paper...sementara format masih lagi dalam bentuk KBSM iaitu subjek yang anda belajar sewaktu zaman sekolah dulu. So bolehla masih ingat lagi asas yang diajar. 

Jika tangguh lagi....makin banyak yang kena belajar sebab format baru dan kena belajar semula teknik menjawab soalan yang baru untuk KSSM. Kena ambil kelas tambahan la pula ye. 

Pendaftaran secara online sahaja...duduk rumah diam -diam walau PKP buat online tak perlu ke PPD atau Jabatan untuk urusan pendaftaran.

Klik sini

Mengapa perlu menduduki SPM Ulangan? Saya share di entri blog saya ini dan sesi soal jawab untuk rujukan
Sila klik link di bawah


Jangan pikir 100 kali....sila daftar ye. Roger cikgu jika ada soalan. Tiada istilah terlambat dalam hidup ini, jangan banding dengan rakan sebaya yang dah ke depan sana. Atau memperlekehkan kawan yang sama je nasib dengan kita atau ke belakang dari kita walau lulus semua subjek SPM.  Impian kita berbeza, semangat yang penting mencari jalan dan peluang selagi terdaya. Mana tau...ada rezeki lebih baik di hujung sana .

Berita baik di pagi Jumaat
Naib Johan dan Ketiga Pertandingan Video Kreatif Cakna Siber

First dose vaksin mak...semoga dimudahkan





o











 

18 May 2021

Tabung Bantuan Aman Palestine: Solidariti Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan

Tabung Bantuan Aman Palestine: Solidariti Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan

 


Hari ini saya ke Tanjung Malim, menguruskan urusan tukar tandatangan akaun bendahari MGKK. Yang saya nak kongsikan ialah mengenai perbincangan anara YDP MGKK dan Setiausaha MGKK mengenai solidariti Majlis Guru Kaunseling Negeri untuk semua negeri yang bersetuju dengan agenda MGKK untuk mengutip sumbangan bagi Tabung Aman Palestine. YDP menghubungi pegawai in charge negeri masing masing untuk mendapatkan maklumat dan berbincang mengenai tabung ini.

Semua nombor akaun berpusat walaupun kepelbagaian jenis poster atau orang yang perlu dihubungi.
Solidariti dari majlis Guru Kaunseling setiap negeri. Nota transaksi sama ada APMGKK , APMGKKL atau terpulang pada negeri masing masing untuk meletakkan apa pada nota transaksi asalkan ada MGK tu untuk kami tracking berapa banyak sumbangan dari ahli ahli MGK seluruh negeri. 

kami akan lancarkan dan membantu mempromosikan Tabung Aman Palestine ini.
Semoga dapat membantu meringankan beban saudara kita di sana. 


Happy birthday Along
Semoga yang baik baik memayungi hidup dan sihat. Semoga dijauhkan dari COVID 19


YDP MGKKL yang boleh dihubungi : Cikgu Mohd Azni



16 May 2021

#terimakasihcikgu: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru

#terimakasihcikgu: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru

 


Mood melayan ucapan Hari Guru pula hari ini. Bedesup desup mesej dari family, kawan kawan baik, kawan kawan dalam group telegram dan whatsapp,rakan rakan sekerja .

Big event dalam seminggu iaitu Hari Raya dan Hari Guru

Saya menganjurkan pertandingan ucapan selamat Hari Guru bagi menyahut Gerakan Masa: Terima Kasih Cikgu yang dilancarkan April lalu. Video yang paling kreatif dihantar untuk pertandingan ke peringkat negeri dan selebihnya ini adalah pemenang peringkat sekolah.

Jadi hari ini saya kongsikan antara ucapan ucapan Hari Guru yang dilaksanakan oleh murid dalam group telegram guru guru SMK Cheras bagi memeriahkan suasana Hari Guru yang secara rasminya disambut 16 Mei setiap tahun. Namun tahun ini, seperti tahun lepas ditangguh ditangguhkan sambutannya hingga ke satu tarikh yang sesuai. 

Terima kasih buat semua yang sudi wish saya. 
Tahun ke 21 perkhidmatan dalam perguruan, semoga motivasi semakin meningkat untuk membina kemenjadian murid . 

Salam Syawal ke 4 
Puasa Sunat...on












12 May 2021

Kertas Kerja Pertandingan RIMUP Sambutan Hari Raya Normal Baharu 2021

Kertas Kerja Pertandingan RIMUP Sambutan Hari Raya Normal Baharu 2021

 


Hi semua tengah busy merendang dan memasak ke tu untuk makan makan esok sambutan Hari Raya. 
Semoga Ramadhan yang dilalui memberi makna dan dirahmatiNya.

Saya share kertas kerja yang dianjurkan oleh UBK saya dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah dalam memastikan aktiviti sambutan Hari Raya diteruskan setiap tahun. Tahun ini dengan normal baharu dan secara dalam talian tetapi pelbagai aktiviti telah dirancang dengan ganjaran baucer duit raya untuk pemenang menebusnya di koperasi sekolah.

KERTAS KERJA

 

PERTANDINGAN RIMUP KECERIAAN

 

SAMBUTAN HARI RAYA NORMAL BAHARU SECARA DALAM TALIAN

 

 

 

1.0         PENGENALAN

 

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah. Memandangkan sambutan raya tahun ini dalam perintah kawalan pergerakan dan tahun kedua menyambutnya dalam suasana perintah kawalan pergerakan. Oleh itu Sambutan Hari Raya mengikut normal kebiasaan baharu secara dalam talian diusahakan untuk keceriaan Syawal yang disambut secara sederhana . Aktiviti yang melibatkan tema Hari Raya yang disertai oleh semua peringkat dari kelas peralihan hingga ke tingkatan lima. Ia juga melibatkan pelbagai kaum di sekolah yang dijalankan secara dalam talian. Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

 

 

 

2.0     MATLAMAT

 

Semua warga sekolah hormat menghormati perayaan kaum yang berbeza di Malaysia dan

 

bersama –sama mengambil cakna sambutan perayaan yang diraikan.

           

           

3.0        TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :

 

19 Mei 2021 secara  youtube

 

                                         

4.0       SASARAN

 

            Semua warga sekolah

 

 

 

5.0     OBJEKTIF

 

            1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-

menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.

2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama

lain walaupun berlainan agama dan bangsa.

3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

 

         

 

6.0       KPI

 

Output

Terdapat kerjasama antara kaum dalam persatuan sewaktu menjalankan tugasan masing- masing

 

Outcome

Murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi sambil memupuk perpaduan kaum dan menceriakan suasana Hari Raya.

 

 

7.0     ANGGARAN KEWANGAN

 

Sumber Kewangan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Sumber

 

Kos

 

Jumlah

1.

Pemenang

Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

Kelima

Bantuan Kokurikulum

 

RM 50 x 17 pasukan

RM 40 x 17 pasukan

RM 30 x 17 pasukan

RM 20 x 17 pasukan

RM 10 x 17 pasukan

 

RM 850

RM 680

RM 510

RM 340

RM 170

2

Penyertaan Pertandingan 5 unit yang terbanyak

Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

Kelima

 

 

Bantuan Kokurikulum

 

 

RM 150 x 1 pasukan

RM 130 x 1 pasukan

RM 100 x 1 pasukan

RM 80 x 1 pasukan

RM 60 x 1 pasukan

 

 

 

RM 150

RM 130

RM 100

RM   80

RM   60

3

Bahan Pertandingan 5 unit yang terbaik Johan

Naib Johan

Ketiga

Keempat

Kelima

 

 

 

Bantuan Kokurikulum

 

RM 150 x 1 pasukan

RM 130  x 1 pasukan

RM 100 x 1 pasukan

RM 80 x 1 pasukan

RM 60 x 1 pasukan

 

 

RM 150

RM 130

RM 100

RM   80

RM   60

 

Jumlah

 

 

RM 3,590

 

 

 

 

Sumber Perbelanjaan

 

 

Bil

 

Perkara

 

Sumber

 

Jumlah

1.

RIMUP Hari Raya

Bantuan Kokurikulum

RM 3,590

 

Jumlah

 

 

RM   3,590

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               :          Encik Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)

          Timbalan Pengerusi :         Puan Saleha Binti  Ali (PK Kokurikulum)

           Naib Pengerusi                  :Puan Marhaniza Binti Mahmod(PK HEM)

                                         :          Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir & Kurikulum)

          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Binti Che Mat

          Naib Setiausaha      :         Cik Hufaidah Bt Zakaria

         

1

Kelab Bahasa Melayu

 

 

1. Menganjurkan pertandingan video mendeklamasi sajak atau syair Hari Raya durasi 2 hingga 3  minit untuk ahli kelab

( berkumpulan tidak lebih 4 orang)

 

      2. Menyerahkan nama pemenang kepada

          AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil

          dan hadiah.

2

Kelab Bahasa Inggeris

 

 

 

1. Menganjurkan pertandingan video mendeklamasi sajak Hari Raya dalam Bahasa Inggeris durasi 2 hingga 3  minit untuk ahli kelab ( berkumpulan tidak lebih 4 orang)

2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

3

Kelab Bahasa Cina

 

 

1. Menganjurkan pertandingan video bercerita dalam Bahasa Cina dengan kreatif durasi 2 minit kepada ahli kelab mengenai budaya sambutan Hari Raya di kawasan perumahan murid ((berkumpulan tidak lebih 4 orang)

 

 

2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

4

Kelab Pengguna

 

 

1.Menganjurkan pertandingan video bercerita durasi 2 minit dengan kreatif kepada ahli kelab mengenai promosi menjadi pengguna yang bijak berbelanja untuk persiapan Hari Raya ((berkumpulan tidak lebih 4 orang)

2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

5

Kelab Komputer & ICT

 

 


       1.  Menganjurkan pertandingan kepada semua ahli kelab iaitu aktiviti mencipta poster infografik ucapan Hari Raya kepada warga sekolah (secara berpasangan)

       2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

6

Kelab Interact

 

       1.  Menganjurkan pertandingan kepada semua ahli kelab iaitu aktiviti mencipta poster infografik ucapan Hari Raya kepada warga sekolah (secara berpasangan)

      

        2. Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah..

      

7

Kelab Kerjaya

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

Puan Nurazlina Bt Che Omar

Puan Rozinani Bt Awang

 

 

       1. Menganjurkan pertandingan fotografi ke  

           kepada semua ahli kelab iaitu gambar ahli

           bersama kuih raya yang digemari dan tulis   

           mengapa anda menyukainya (penyertaan   

           secara berkumpulan tiga orang sahaja).    

    Minimum seorang ahli wajib berada dalam

    gambar.

 

2.  Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

8

Kelab Fotografi/Redaksi

 

Hazmer bin Mamat

Noor Syaheera binti Hamdan

  

 

    1. Menganjurkan pertandingan fotografi ke  

       kepada semua ahli kelab iaitu gambar ahli

       bersama makanan tradisional Hari Raya

       yang digemari dan tulis mengapa anda menyukainya (penyertaan secara  .  berkumpulan tiga orang sahaja). Minimum 

     seorang ahli wajib berada dalam gambar.


2.   Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

9

Kelab pencegah Jenayah

 

 

      1. Menganjurkan pertandingan video  2           minit kepada semua ahli kelab mengenai

           Sambut raya mengikut SOP (berkumpulan antara 3-4 orang


2.       Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

10

Kelab Doktor Muda

 

 

 

 

1.     Menganjurkan pertandingan video  2 minit kepada semua ahli kelab mengenai ucapan Hari Raya secara kreatif kepada    warga sekolah (berkumpulan antara 3-4 orang)

2.   Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

11

Kelab Katering

 

 

1)   Menganjurkan pertandingan tik tok (berkumpulan tidak lebih 4 orang) tidak lebih 2 minit mengenai cara menyediakan satu menu juadah Hari Raya

2)    Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

12

Persatuan Rukun Negara

 

 

 

 

·       1)     Menganjurkan pertandingan tik tok (berkumpulan tidak lebih 4 orang) tidak lebih 2 minit mengenai persiapan  menyambut Hari Raya

2)     Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

13

Kelab STEM

 

 

1)     Menganjurkan pertandingan tik tok (berkumpulan tidak lebih 4 orang) tidak lebih dua minit mengenai persiapan menyambut Hari Raya

2)     Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah

14

Kelab Budaya Dan Muzik

 

 

 

 


1.     Menyediakan persembahan murid secara rakaman selama 4 minit 

2.     Menganjurkan pertandingan menyanyi lagu raya dalam kalangan ahli secara kumpulan tidak lebih 6 orang secara rakaman video kurang 3 minit Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah..

15

Kelab Seni Visual

 

 

 

1.    Menganjurkan pertandingan Poster infografik (berpasangan) dalam kalangan ahli  mengenai suasana Hari Raya dengan SOP Covid 19

2.    Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

16

Kelab Pencinta Alam

 

 

1.    Menganjurkan pertandingan Poster infografik dalam kalangan ahli  mengenai suasana Hari Raya dengan SOP Covid 19

 

2.       Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah.

17

Kelab Agama Islam

 

 

1.    Menganjurkan pertandingan rakaman video berdurasi 2-3 minit mengenai aktiviti murid dalam bulan Ramadhan (contoh tadarus, solat terawih, suasana berbuka puasa)

 

2.    Membuat rakaman video aktiviti penghayatan sahsiah sepanjang Ramadhan di sekolah durasi 5 minit  

 

3.     Menyerahkan nama pemenang kepada AJK Sijil Dan Hadiah untuk penyediaan sijil dan hadiah..

 

 

18

AJK e-Sijil Dan Hadiah

1.     Cik Hufaidah Bt Zakaria

2.     Puan Usha

3.     Puan Faiza Binti Mamat

 

19

AJK Pengurusan Bahan Dan Teknikal Youtube

1.     Puan Nafsah Bt Mohd Shah

2.     Puan Murni Bt Mat Jali

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Unit Kokurikulum


9.2     TENTATIF PROGRAM

 

            2.00 petang                : Ucapan aluan pengerusi majlis

                                                : Ucapan aluan pengetua

                                                : Video Aktiviti Bulan Ramadhan: Kelab Agama Islam

                                                : Video Ucapan Hari Raya : Kelab Doktor Muda

                                                : Poster Infografik Ucapan : Kelab Komputer Dan Kelab Interact

                                                : Video Deklamasi Sajak/ Syair Hari Raya : Kelab BM

                                                : Video Deklamasi Sajak : Kelab BI

                                                  Tik Tok Menu Masakan Hari Raya : Kelab Katering

                                                : Fotografi Menu Hari Raya: Kelab Fotografi & Kelab Kerjaya

                                                : Video Bercerita Perayaan Hari Raya:Kelab Bahasa                                             Cina                   

                                                : Tik Tok Sambutan Raya: Kelab STEM dan Kelab Rukun                                         Negara

                                                : Video Sambut Raya  Belanja Berhemah : Kelab Pengguna

                                                : Poster Infografik Hari Raya : Kelab Seni & Pencinta Alam

                                                : Video Sambut Raya Dengan SOP: Kelab KPJ

                                                : Persembahan Kelab Budaya Dan Muzik

            3.30 petang                 : Bersurai

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal sewaktu live youtube

Bahan bahan yang banyak yang perlu dimasukkan sewaktu live youtube

Menghantar bahan bahan rakaman dan disusun terlebih dahulu sebelum muncul live

AJK Teknikal

 

 

11.0     PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk

perpaduan dalam kalangan murid

 

Disediakan oleh,

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                        

 

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

 

 

 

Diluluskan oleh,

 

 

 (Jamil Bin Jamaludin)




Mood merendang on...

Mood ketupat palas tak on.....

Hi jiran jiran jom tukar tukar menu


 

 

 

 

 

Telegram Channel