Bagan Serai - Kajang
Another 7 hours on the road :(
Another 7 hours on the road :(
Sesuatu yang membosankan bila 
duduk diam diam redah jem. So apalagi saya mula draf isi tajuk 
pelancongan untuk pertandingan menulis surat 1Malaysia mengenai 
pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia. Saya bercadang untuk 
menulis mengenai pulau pulau di Malaysia yang pernah saya pergi dengan 
fokus utama pengalaman membawa student ke Pulau Sibu 2011, Pulau 
Perhentian 2012, Pulau Redang 2013 dan pengalaman sendiri ke Pulau 
Tioman 2001, Pulau Redang 2002,  Pulau Perhentian 2002, Pulau Kapas 
tahun 1998 dan 2013. Pulau Pangkor tahun 1994/95 rasanya dan 2007 serta 
Pulau Langkawi tahun 2012. Bila bercakap pasal pulau ni mulalah track 
semula gambar gambar pelancongan lepas untuk mengingati semula 
pengalaman lalu.
Pulau
 Perhentian adalah destinasi pelancongan PRS pada tahun 2012. Kami 
memohon jasa baik unit kokurikulum wpkl untuk urusan sebagai jurulatih 
dan meminjam peralatan skuba dan snorkeling. Selain dari ahli PRS yang sememangnya aktif dalam kokurikulum, kami juga membawa pelajar lain yang aktif dalam kokurikulum. Oleh kerana program ini memerlukan bajet yang besar, UBK selaku penganjur dan Cikgu Padali selaku penyelaras membuatkan program ini pakej dua dalam satu. Selain dari aktiviti kami yang selalu membawa PRS keluar ke tempat -tempat menarik, kami menjadikan kem ini sebagai kem kejurulatihan asas selam skuba dan aktiviti air di bawah aktiviti kokurikulum.
Tempat penginapan http://www.watercoloursworld.com highly rekemen kerana kemudahan yang disediakan untuk aktiviti pantai jika kami tidak ke laut. Selain dari itu, makanan yang disediakan sentiasa mempunyai stok yang cukup dan makanan yang memenuhi tekak masing-masing dari atas kapal lagi setiap kali selepas snorkelling.