15 November 2026

Taklimat Pemilihan Aliran Kepada Murid Ting 3 Dan Ibu Bapa

Taklimat Pemilihan Aliran Kepada Murid Ting 3 Dan Ibu Bapa

Taklimat pemilihan aliran Ting 4 telah dijalankan minggu lepas dgn UBK menjemput guru guru mata pelajaran memberikan sinopsis ringkas mengenai keperluan untuk subjek subjek tersebut.
Kemudian disambung dgn taklimat kepada ibu bapa secara dalam talian untuk memaklumkan dasar sekolah mengenai penempatan murid di Ting 4.
Supaya ia dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan sewaktu pemilihan aliran Ting 4. 



Program Pasca UASA ; Unlock Your Potential

Program Pasca UASA ; Unlock Your Potential

Hari ni jadi tokey fun fair iaitu makanan minuman Karnival Koperasi  oleh AJK Koop dan pengusaha booth . Sambil makan minum, team pentas yg dikendalikan oleh UBK dan PRS menganjurkan Unlock your potential.  Dua mingu promosi dijalankan oleh PRS untuk mendapatkan peserta yg dapat mempamerkan apa sahaja bakat. oh ya PRS juga buka kaunter claim hadiah birthday untuk penggal kedua.
Antara bakat membuat dan mengedit video Deepavali


1.0            PENGENALAN

Program Unlock Your Potential merupakan satu program pembangunan potensi diri yang dirancang bagi membantu murid mengenali kekuatan, bakat dan kebolehan diri masing-masing. Program ini memberi penekanan kepada pembentukan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kepimpinan, pemikiran positif serta motivasi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Melalui pelaksanaan program ini, murid akan diberi peluang untuk meneroka potensi diri, membina keberanian mencuba sesuatu yang baharu dan meningkatkan keupayaan diri agar dapat menjadi individu yang lebih yakin, berdaya saing serta mempunyai hala tuju yang jelas. Setiap murid mempunyai potensi dan keistimewaan tersendiri. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang masih belum menyedari kelebihan diri, kurang keyakinan dan tidak berani mengetengahkan kebolehan yang dimiliki. Sehubungan itu, program ini dirancang sebagai satu inisiatif untuk mencungkil potensi murid melalui aktiviti yang menarik, interaktif dan bermakna. Program ini diharapkan dapat membantu murid membina kepercayaan terhadap kemampuan diri serta berani melangkah ke arah kecemerlangan.

 

2.0       MATLAMAT          

Melahirkan murid yang mengenali potensi diri, mempunyai keyakinan yang tinggi, berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah diri.

 

Bakat wusyu
Aerodance

  3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT       

Tarikh                : 13 November 2026

Masa                  : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat             : SMK Seri Bintang Selatan

 

Tutorial make up

 4.0       SASARAN                                    

             Semua murid SMK Seri Bintang Selatan

 

Nyanyian
Main drum

 

5.0       OBJEKTIF

Di akhir program,

  1. Murid dapat mengenali dan menghargai potensi serta kelebihan diri.
  2. Peningkatan keyakinan dalam berkomunikasi dan berinteraksi pada murid.
  3. Murid mempunyai sikap positif dan berani mencuba perkara baharu.

 

Membina model kereta
menyanyi dan bermain gitar

 6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Murid -murid dapat dicungkil potensi diri mempersembahkan pelbagai bakat yang ada.

Outcome

Tidak terhad hanya murid tertentu sahaja yang sering membuat persembahan malahan kepada lebih ramai pilihan bakat yang boleh diketengahkan.

 

                                Menyanyi            

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN


 

 

 

 

 

 8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

            AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                       :             Puan Hadilah binti Abdul Hamid

Naib Pengerusi 1         :             Puan Ummi Kalthum binti Haji Mohd Rais

Naib Pengerusi 2         :             Puan Mariana binti Zaini

Naib Pengerusi 3         :             Encik Mohd  Zullzailah bin Zakaria

Setiausaha                    :             Puan Nurhaiza binti Che Mat

1

AJK Pendaftaran

Puan Loh Chin Ying

Mempromosikan penyertaan murid melalui Kumpulan kelas Whats App dan Telegram kelas.

2

AJK Persembahan & Teknikal

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menguruskan murid -murid yang membuat persembahan

3

AJK Peralatan

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan peralatan dan prop yang diperlukan oleh persembahan

4

AJK Makanan

Puan Loh Chin Ying

Menguruskan kupon makanan dengan JK Koperasi sekolah untuk murid-murid yang membuat persembahan

5

AJK Teknikal

Muhammad Nazrin Bin Rosnan

Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik

6

AJK Disiplin

Azham Bin Abas

Muhammad Izzwan Alif Bin Rosdee

Azam Muzaffar Bin Ahmad Mokhtar

Menyediakan kawalan disiplin murid sepanjang program berlangsung

7

AJK Pengacara Majlis

Puan Norfaizah Binti Mohamaad

Melatih murid untuk pengacaraan majlis

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

             Persembahan Kumpulan

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            Unit Bimbingan dan Kaunseling

          

 

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

   Jumaat

11.30 pagi- 12.30 tengah hari

Ucapan pengacara majlis

Persembahan

Bersurai

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal

PA Sistem yang tidak berfungsi dengan baik

Ada PA Sistem yang lain yang dapat alternatif jika kerosakan pada PA Sistem utama

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

 



12 November 2026

Ceramah Hala Tuju  Kerjaya  STEM

Ceramah Hala Tuju Kerjaya STEM

Dijemput ke SMK P Bandaraya untuk memberikan ceramah mengenai STEM. Objektif murid seawal Ting 1 tahu mengenai kepentingan. STEM dan seterusnya berusaha untuk kekal mengambil aliran STEM di Ting 4 dan target hala tuju kursus selepas SPM di Ting 5 . 
Guna modul kapal terbang kertas, menara tertinggi , profiling murid dan hala tuju kerjaya STEM. Cakap pasal hala tuju, talk anda chalk lagi selesa huhupenuh white board
Jangan drop senang senang jika rasa tak mampu. Usaha lebih sikit .jika drop sistem tak dapat baca pakej dan jejaskan peluang ke IPT walau anda mendapat 7A 

11 November 2026

Keberhasilan Akhir Guru Kaunseling 2026

Keberhasilan Akhir Guru Kaunseling 2026




Done hantar keberhasilan Akhir pada PK HEM. 
Plan aktiviti utk 2027 dan next buat takwim pula . 




10 November 2026

Day 1: Program Majlis Guru Cemerlang KL ke Tawau, Sabah.

Day 1: Program Majlis Guru Cemerlang KL ke Tawau, Sabah.


Dari ETS Putrajaya ke KLIA 

Hari ini 6 Nov join MGC program komuniti flyyy ke Tawau Sabah untuk program 4 hari 3 malam program MGC bersama di Tawau Sabah. Kami menggunakan agen Wanago di KL. Sangat mudah berurusan. Ada 15 ahli rombongan yang turut serta. Program yang dirancang dari Feb 2026. Oh ada seorang GC dari Selangor join juga. Tq Shima 


Dari KLIA Transit menaiki Firefly ke Tawau pada pukul 4.40 tapi pukul 5 lebih baru kami fly. Mujurlah tak cancel flight dahla minggu ni setiap petang hujan lebat .

Sampai Tawau dah gelap. Naik van ke Semporna adeh sejam juga. Van gerak dalam kegelapan melalui kampung then sampailah kami di penginapan berdekatan dengan jeti .

Sipadan Inn 2 .Sangat dekat dengan jeti. Yang penting bersih. Okey check in untuk satu malam di sini dah pukul 11 malam.

Ok laparrr last mkn roti pukul 3 petang. 

Maka Kami jalan kaki ke Anjung Seafood Mengadap laut. Sangat meriah waktu malam. Saya Order udang lipan goreng garam hihi. Rasanya memang sedap bolehlah nak buat rasa rasa. Bila goreng isinya sikit je

Yeah tiba juga di airport Sabah pukul 10.30 malam

Bergerak dari airport Tawau ke Semporna Sabah . 
 

Telegram Channel