1 May 2025

Kertas Kerja Pelantikan PRS Tahun 2025

 





1.0          PENGENALAN

Pemimpin Sekolah Unit HEM iaitu Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Skim Pinjaman Buku Teks dan AJK PA Sistem merupakan badan kepimpinan Hal Ehwal Murid  yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Menyumbang kepada program Pembangunan sahsiah dan disiplin murid di sekolah maka PRS juga sebagai agen guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid. Program –program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dibantu oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Peranan PRS adalah setiap hari iaitu menyambut kedatangan murid di pintu pagar dari pukul 6.50 pagi hingga 7.20 pagi . Mereka juga bertugas di bilik kaunseling selama sejam mengikut jadual bertugas bagi PRS sewaktu balik sekolah, bertugas untuk mengedarkan makanan untuk projek cakna rezeki, bertugas selaku fasilitator program-program sekolah, mengadakan sambutan hari lahir dan membantu dalam menganjurkan program –program murid. AJK SPBT pula membantu dalam menguruskan buku -buku teks semua murid dari aspek pengagihan buku teks, pengumpulan buku teks dan menguruskan buku teks dalam keadaan baik agar dapat digunakan dari tahun ke tahun berikutnya. AJK PA Sistem pula menguruskan teknikal dari aspek bunyi dan teknikal agar program-program di sekolah  dapat dijalankan dengan berkesan.


                            

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan penampilan, keyakinan diri dan penghargaan kendiri untuk menjalankan tugas dengan berikrar di hadapan warga sekolah untuk menjalankan amanah sebaik mungkin


3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 22 April 2025

 

4.0        SASARAN

38 orang murid Pembimbing Rakan Sebaya, 45 orang AJK SPBT, 6 orang AJK PA Sistem

         

5.0      OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

1.               Melantik pemimpin sekolah dan mengesahkan perlantikan dalam upacara

rasmi sekolah  

           2.          Mengiktiraf peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin murid dengan penganugerahan sijil pelantikan dan penghargaan


6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Melantik pemimpin sekolah untuk diperkenalkan kepada warga sekolah dan 100 peratus  dapat diperkenalkan secara rasmi kepada warga sekolah.

Outcome

Penghargaan kepada pemimpin murid yang bersama-sama memainkan peranan dalam  meningkatkan ketrampilan masing- masing dalam usaha menjaga penampilan dan ikon pemimpin murid.

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber

PCG Kaunseling                     : RM 304.00

           

            Perbelanjaan                           :

            Makanan                                 : RM 8.00 x 38 orang PRS

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                  : Puan Norlela Binti A Wahid 

                                           Pengetua

          Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud

                                            PK Hal Ehwal Murid

          Naib Pengerusi 1     : Puan Ummi Kalthum Bin Haji Mohd Rais

                                            Penolong Kanan Kokurikulum

          Naib Pengerusi 2       :Puan Mardiana Binti Md Noor

                                             Penolong Kanan Pentadbiran

                                        

           Penyelaras              : Nurhaiza Binti Che Mat

          Penolong Penyelaras: Noraini Binti Abd Mutalib

          SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Multimedia

Luqman Hazim Bin Mohd Hilmi

Nurhaiza Binti Che Mat

Francis Wa Wee Lee

Mengambil gambar pemimpin murid untuk paparan slaid multimedia

AJK Teks Pengacara Majlis

Siti Nur Fatin binti Jaafar

Menyediakan teks pengacara majlis

AJK Teks Ucapan Pengetua

Dan Bacaan Doa

Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan teks ucapan pengetua dan teks bacaan doa

AJK Ikrar Murid

Fatin Nabilah binti Mohmad Sukry

Muhammad Hafiz bin Mohamed Din

Menyediakan ikrar murid untuk perkhidmatan HEM dan Koperasi

AJK Buku Program

Chai Sheau Feng

Menyediakan buku program majlis pelantikan pemimpin sekolah

AJK Sijil

Norfaizah Binti Mohamad

Syifaa' Binti Mohd Razif

Aimi Athirah Binti Muhammad Amin

Wan Nur Sakinah binti Wan Abdul Halim

Menyediakan sijil dan menyampaikan sijil pemimpin

AJK Penyusunan Murid

Loh Chin Ying

Chai Sheau Feng

Nurmala Binti Nawi

Sandra Chee Siew Fung

Noraini Binti Abd Mutalib

Noor Fariza Binti Marzuki

     Memastikan susunan pemimpin murid dalam penyampaian sijil dan ikrar

AJK Banner Digital dan PA Sistem

 

Muhammad Nazrin bin Rosnan

Menyediakan banner digital untuk dipaparkan di tapak perhimpunan.

AJK Jurugambar

/ OPPR

Mohamad Fadhlan Bin Ab Rahman

Nor Naeimah binti Rohaimi

Loh Chin Ying

Menyediakan laporan dokumentasi/OPPR

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUS SETIA

                     Unit Bimbingan dan Kaunseling

                     Unit SPBT

                     Unit PA Sistem

                     Unit Koperasi

                                     

                        

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

            7.30 pagi         : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

                                  : Bacaan Doa

            7.33 pagi         : Penyampaian sijil penghargaan PRS Ting 5

     Penyampaian sijil pelantikan AJK PRS  

   :Penyampaian sijil pelantikan AJK PA Sistem                                

            7.55 pagi            : Penyampaian sijil pelantikan AJK SPBT

           8.05 pagi          : Bacaan ikrar AJK Kepimpinan HEM

          8.10 pagi          : Penyampaian sijil pelantikan AJK Koperasi

                                   : Bacaan ikrar

          8.20 pagi         : Ucapan Perasmian Oleh Puan Pengetua

          8.30 pagi          : Sesi fotografi

         

          8.50 pagi           : Bersurai

10.0    PENGURUSAN RISIKO

            

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal sewaktu program

Masalah teknikal

Menyediakan mikrofon dan  teknikal tambahan

AJK PA Sistem

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

 Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif

Disediakan oleh:

Disemak oleh:



(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh:

KERTAS CADANGAN 

PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN HEM DAN AJK KOPERASI

 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025

_________________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

  Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN HEM DAN AJK KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025

                     Atau

      Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN HEM DAN AJK KOPERASPERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025

Ulasan :-

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________



( NORLELA BINTI A WAHID )

Pengetua

SMK Seri Bintang Selatan

 

Telegram Channel