1.0 PENGENALAN
Pemimpin Sekolah Unit HEM iaitu Pembimbing Rakan Sebaya, AJK Skim Pinjaman Buku Teks dan AJK PA Sistem merupakan badan kepimpinan Hal Ehwal Murid yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Menyumbang kepada program Pembangunan sahsiah dan disiplin murid di sekolah maka PRS juga sebagai agen guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid. Program –program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dibantu oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Peranan PRS adalah setiap hari iaitu menyambut kedatangan murid di pintu pagar dari pukul 6.50 pagi hingga 7.20 pagi . Mereka juga bertugas di bilik kaunseling selama sejam mengikut jadual bertugas bagi PRS sewaktu balik sekolah, bertugas untuk mengedarkan makanan untuk projek cakna rezeki, bertugas selaku fasilitator program-program sekolah, mengadakan sambutan hari lahir dan membantu dalam menganjurkan program –program murid. AJK SPBT pula membantu dalam menguruskan buku -buku teks semua murid dari aspek pengagihan buku teks, pengumpulan buku teks dan menguruskan buku teks dalam keadaan baik agar dapat digunakan dari tahun ke tahun berikutnya. AJK PA Sistem pula menguruskan teknikal dari aspek bunyi dan teknikal agar program-program di sekolah dapat dijalankan dengan berkesan.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan penampilan, keyakinan diri dan penghargaan kendiri untuk menjalankan tugas dengan berikrar di hadapan warga sekolah untuk menjalankan amanah sebaik mungkin
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 22 April 2025
4.0 SASARAN
38 orang murid Pembimbing Rakan Sebaya, 45 orang AJK SPBT, 6 orang AJK PA Sistem
5.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk:
1. Melantik pemimpin sekolah dan mengesahkan perlantikan dalam upacara
rasmi sekolah
2. Mengiktiraf peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin murid dengan penganugerahan sijil pelantikan dan penghargaan
6.0 KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
Melantik pemimpin sekolah untuk diperkenalkan kepada warga sekolah dan 100 peratus dapat diperkenalkan secara rasmi kepada warga sekolah. |
Outcome |
Penghargaan kepada pemimpin murid yang bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan ketrampilan masing- masing dalam usaha menjaga penampilan dan ikon pemimpin murid. |
7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Sumber
PCG Kaunseling : RM 304.00
Perbelanjaan :
Makanan : RM 8.00 x 38 orang PRS
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Norlela Binti A Wahid
Pengetua
Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud
PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1 : Puan Ummi Kalthum Bin Haji Mohd Rais
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 2 :Puan Mardiana Binti Md Noor
Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras : Nurhaiza Binti Che Mat
Penolong Penyelaras: Noraini Binti Abd Mutalib
SENARAI TUGAS AJK KERJA
AJK Multimedia
|
Luqman Hazim Bin Mohd Hilmi Nurhaiza Binti Che Mat Francis Wa Wee Lee |
Mengambil gambar pemimpin murid untuk paparan slaid multimedia |
AJK Teks Pengacara Majlis |
Siti Nur Fatin binti Jaafar
|
Menyediakan teks pengacara majlis |
AJK Teks Ucapan Pengetua Dan Bacaan Doa |
Nurhaiza Binti Che Mat
|
Menyediakan teks ucapan pengetua dan teks bacaan doa |
AJK Ikrar Murid |
Fatin Nabilah binti Mohmad Sukry Muhammad Hafiz bin Mohamed Din
|
Menyediakan ikrar murid untuk perkhidmatan HEM dan Koperasi |
AJK Buku Program |
Chai Sheau Feng
|
Menyediakan buku program majlis pelantikan pemimpin sekolah |
AJK Sijil
|
Norfaizah Binti Mohamad Syifaa' Binti Mohd Razif Aimi Athirah Binti Muhammad Amin Wan Nur Sakinah binti Wan Abdul Halim
|
Menyediakan sijil dan menyampaikan sijil pemimpin |
AJK Penyusunan Murid
|
Loh Chin Ying Chai Sheau Feng Nurmala Binti Nawi Sandra Chee Siew Fung Noraini Binti Abd Mutalib Noor Fariza Binti Marzuki
|
Memastikan susunan pemimpin murid dalam penyampaian sijil dan ikrar |
AJK Banner Digital dan PA Sistem
|
Muhammad Nazrin bin Rosnan
|
Menyediakan banner digital untuk dipaparkan di tapak perhimpunan.
|
AJK Jurugambar / OPPR |
Mohamad Fadhlan Bin Ab Rahman Nor Naeimah binti Rohaimi Loh Chin Ying
|
Menyediakan laporan dokumentasi/OPPR |
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit SPBT
Unit PA Sistem
Unit Koperasi
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
7.30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
7.33 pagi : Penyampaian sijil penghargaan PRS Ting 5
Penyampaian sijil pelantikan AJK PRS
:Penyampaian sijil pelantikan AJK PA Sistem
7.55 pagi : Penyampaian sijil pelantikan AJK SPBT
8.05 pagi : Bacaan ikrar AJK Kepimpinan HEM
8.10 pagi : Penyampaian sijil pelantikan AJK Koperasi
: Bacaan ikrar
8.20 pagi : Ucapan Perasmian Oleh Puan Pengetua
8.30 pagi : Sesi fotografi
8.50 pagi : Bersurai
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Masalah teknikal sewaktu program |
Masalah teknikal
|
Menyediakan mikrofon dan teknikal tambahan |
AJK PA Sistem |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan Tarikh : |
(SABIDARA BINTI MAHMUD) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Bintang Selatan Tarikh: |
KERTAS CADANGAN
PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN HEM DAN AJK KOPERASI
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025
_________________________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH
|
Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN HEM DAN AJK KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025
Atau
|
Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN HEM DAN AJK KOPERASPERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025
Ulasan :-
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________
( NORLELA BINTI A WAHID )
Pengetua
SMK Seri Bintang Selatan