29 April 2017

Slot Eksplorasi Kasih untuk LDP

Slot Eksplorasi Kasih untuk LDP



Tahun in projek LDP sekolah kami  ke Langkawi dgn tema Eksplorasi Kasih. Selesai sahaja sukan tahunan yg berakhir pada pukul 11.00 pagi, kami rushing bersiap untuk menaiki bas yg menunggu dihadapan sekolah untuk terus ke Subang Airport menaiki Firefly. Pengalaman pertama saya menaiki Firefly dan flight ni comel sedikit saiznya berbanding flight lain yg pernah sy naik.

Geng guru kaunseling ditugaskan mengendalikan aktiviti untuk sejam setengah bagi bengkel guru pada hari pertama di Hotel Grand Continental Langkawi pada pukul 9 hingga 10.30 malam. Maka saya menggunakan modul Kasih Guru untuk tujuan penetokaan kendiri dan konsep kendiri yg positif. 
Slot 1 sentuhan ajaib mengenai menyentuh setiap peserta lain yg sama jantina dan memberikan kata kata positif dan penghargaan kpd org tersebut dlm bentuk bulatan besar. Slot dalam.bentuk mass besar dan bermula org pertama mengucapkan kata kata tersebut kpd org disebelahnya sehingga org terakhir dan slot ini berakhir setelah org terakhir dlm kelompok itu disentuh oleh orang pertama yg memulakan penghargaan tersebut.


Untuk slot kedua,aktiviti diadakan ialah Takhtaku. Bagi aktiviti ini terdapat 3 kumpulan. Dalam setiap kumpulan, ahli kumpulan perlu menulis kata kata positif berkenaan dgn setiap ahli kumpulan tersebut. Setelah itu, ada seorang ahli kumpulan perlu duduk di kerusi tersebut. Ahli kumpulan lain membacakan segala yg positif berkenaan dgn ahli kumpulan yg duduk di takhta itu. Ahli kumpulan akan bergilir gilir duduk di kerusi tersebut. Ia membantu meningkatkan konsep kendiri positif.

Slot seterusnya urutan stress untuk mengajar guru guru bagaimana membuat urutan stress untuk menenangkan fizikal yg stress. 
Setelah itu kami menyambut hari jadi guru bulan April dgn nyanyian dan memotong kek.

Floating is my best theraphy
calm my mind
For a hectic month


































28 April 2017

Hari Sukan SMK Cheras 2017

Hari Sukan SMK Cheras 2017

Hari sukan hari ini saya bertugas selaku penjaga masa. Tahun ni Wira mendapat johan dan Waja tempat kedua. kami Perdana mendapat tempat ke tiga tahun ni tetapi yeah johan perbarisan setiap tahun dah hampir 3 tahun.

Tahniah kpd team rumah Wira johan rumah sukan,Waja kedua dan Perdana ketiga.

#happy birthday Afiqah

































 

Telegram Channel