11 August 2024

Kertas Kerja Kem Kepimpinan 2024



 PENGENALAN

Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pengawas Pusat Sumber, AJK Koperasi Sekolah , AJK Pembimbing Rakan Sebaya  dan AJK Skim Pinjaman Buku Teks merupakan organisasi yang diwujudkan bagi membantu pengurusan sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam bidang kepimpinan masing -masing. Pemimpin murid ini perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah. Oleh kerana itu, Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid perlu dijalankan untuk melengkapkan modul latihan kepimpinan di samping menjalinkan kerjasama yang baik antara lima badan utama sekolah iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, koperasi, ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan AJK SPBT. Jika kejelekitan antara pasukan pemimpin sekolah adalah baik, maka mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai satu pasukan  yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.

 

2.0          MATLAMAT

 

Meningkatkan kepimpinan AJK Kepimpinan murid dengan meningkatnya pengukuhan    guru dan mengurangkan aduan mengenai tugas AJK Pemimpin Murid yang kurang efisien.

 

 

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

 

          Tarikh : 10-11 Ogos 2024

          Hari     : Sabtu hingga Ahad

         Tempat  : SMK Seri Bintang Selatan


4.0        SASARAN

120 orang murid :

Tingkatan 1 hingga 4 yang terdiri daripada PRS, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, AJK SPBT Murid dan AJK Koperasi Murid

 

5.0      OBJEKTIF

 

Dengan adanya program ini:

1.              Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.

2.              Pemimpin sekolah dapat dilatih dalam pengurusan organisasi kepimpinan masing – masing..

3.              Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kepimpinan masing-masing dalam tugasan yang diberi.


6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

 

OUTPUT

100% peserta pemimpin murid  berkomunikasi dan pengucapan awam untuk meningkatkan keyakinan diri.

 

OUTCOME

 

Peningkatan kepimpinan peserta AJK murid menguruskan organisasi masing – masing dengan berkesan dan lebih baik dan mendapat pengukuhan dari guru penasihat kepimpinan murid.

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

 

         

ANGGARAN PERBELANJAAN:

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

 

JAWATANKUASA INDUK

 

Penasihat                                           : Norlela Binti A Wahid

                                                              (Pengetua SMK Seri Bintang Selatan)

Pengerusi                                          : Sabidara Binti Mahmud

                                                           ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

                                                           :  Zam Zam Bin Abdul Aziz

Naib Pengerusi I                                   (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras                                           : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

                                                       

 

BIL.

AJK PELAKSANA

BIDANG TUGAS

1.

Setiausaha

 

 

Noriani Binti Abd Mutalib

 

1.       Membantu penyelaras program

2.       Menyenaraikan barang keperluan yang perlu dibawa oleh peserta

3.       Menyediakan surat-surat yang perlu kepada pihak yang terlibat

4.       Mengedarkan surat kebenaran ibubapa

2.

Bendahari

Pn Chua Sim Bee

 

Naib Bendahari

   Pn Norfaizah Binti Mohamad

 

 

1.       Menguruskan hal kewangan

2.       Mengumpulkan bayaran peserta

3.       Menyediakan anggaran perbelanjaan

4.       Menyerahkan bayaran kepada penyelaras mengikut jumlah peserta

5.       Menyediakan laporan kewangan dan diserahkan kepada setiausaha

3.

Pendaftaran

Pn Loh Chin Ying (K)

 

  Pn. Nor Mazlina binti Othman  

  Pn. Husna binti Zahri (Pengawas)

 

 Pn Chai Sheau Feng (SPBT)

 Pn Noor Fariza binti Marzuki (AJK Koop)

1.         Memberi borang kepada murid yang ingin menyertai Kem

2.         Menyiapkan    senarai    nama    peserta untuk diserahkan kepada setiausaha

3.         Mengutip yuran penyertaan dari peserta dan

menyerahkannya kepada bendahari


 

4

Peralatan/Fotografi

En Francis Wa Wee Lee (K)

  Pn Siti Nur Fatin binti Jaafar

1.       Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan

2.       Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan baik dan mencukupi

3.       Mengambil gambar peristiwa di sekitar kawasan kem dan aktiviti

4.       Menyerahkan    gambar-gambar kepada               AJK dokumentasi

5.       Menyediakan laporan dan diserahkan kepada setiausaha.

5.

Kebajikan dan Keselamatan

 

 

Lembaga Pengawas:

  En. M Ravinthiran a/l P Muthoo

  Dr. Chun Cheng Chuan

 En Khairul Nizam Bin Anuar

  En Azam Muzafar bin Ahmad Mokhtar

 

  AJK Koperasi:

Pn Noriani binti Abd Mutalib

  En. Abdul Rasyid bin Zakaria

 

  PSS:

Pn. Nur Alia Akillah Binti Anwar

Pn. Aimi Athirah Binti   

  Muhammad Amin

 

 

SPBT:

Pn Syifaa' Binti Mohd Razif

Pn Fatin Nabilah binti Mohmad Sukry

 

1.       Menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua peserta sepanjang kem

2.       Memastikan peserta sentiasa menjaga disiplin dan keselamatan sepanjang kem

3.       Memastikan peti pertolongan cemas mempunyai alatan yang mencukupi

4.       Menyediakan giliran guru bertugas setiap hari

5.       Menyediakan laporan dan diserahkan kepada setiausaha.

 

6.

 Sijil

  Pn Nor Naeimah binti  Rohaimi (Koperasi dan SPBT)

 Pn. Noorasyikin binti Harun

 (PSS )

  Pn. Husmazurain binti Che Hussien  

  (Pengawas)

Pn Wan Nur Sakinah binti Abdul Halim

(Sijil AJK)

 

1.       Menguruskan sijil peserta dan diedarkan kepada peserta seminggu selepas perkhemahan

2.       Menyediakan keperluan peralatan untuk majlis penyampaian sijil

3.       Menyediakan laporan dan menyerahkan kepada setiausaha.

7

Bacaan doa

 

 En Muhammad Hafiz bin Mohamed  

 Din

 

 

 

1.         Mendapatkan doa dan mencari pengawas untuk bacaan doa

2.         Menyediakan laporan dan menyerahkan kepada setiausaha.

8

Dokumentasi Dan Penilaian Program

 

Pn Robiatuadawiah binti Ab Halim (K)

  Cik Sandra Chee Siew Fung

Pn. Atiq Anis binti Aziz

Cik Nurfarahatiqah binti Mohd Salleh

 

1.         Membuat        catatan       aktiviti      

2.         Mengumpul semua dokumen yang berkaitan untuk disusun

3.         Menyediakan laporan dokumentasi untuk simpanan sekolah

4.         Menyerahkan dokumentasi yang lengkap kepada setiausaha untuk tindakan selanjutnya

 

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

 

          9.1      URUS SETIA

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan

 

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

 

 

HARI 1

10.8.2024

 

AKTIVITI

7.30 pagi

Sarapan pagi

8.00 pagi

Taklimat/Ice Breaking

9.00 pagi

LDK Tinggi Rendah (pengurusan masa)

10.30 pagi

Tugas Dan Tanggungjawab

11.30 pagi

Garisan Hati

1.00 t/hari

Rehat / Makan Tengahari / Solat

2.00 petang

Debat Parlimen

4.00  petang

Bersurai

 

HARI 2

11.8.2024

AKTIVITI

7.30 pagi

Senaman Padi / Sarapan

8.40 pagi

Agin  Ribut Taufan (keyakinan)

9.40 pagi

Menara Pangsa (Semangat Juang)

10.40 pagi

Koboi  (Fokus)

11.20 pagi

Penilaian Dan Rumusan

11.30 pagi

Majlis Penutup & Penyampaian Sijil

Bertolak Pulang

12.00 tgh hari

Makan Tengah hari

12.30 t/hari

Bersurai

 

 


10.0    PENGURUSAN RISIKO

         

Risiko

 

Punca

 

Penyelesaian

Tanggungjawab

Berlaku kemalangan sewaktu aktiviti dijalankan

Kecuaian

 

Membawa peti kecemasan ke kem dan guru pengiring membawa murid untuk rawatan

Guru pengiring

 

 

 

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

           Borang Pemantauan Program Oleh Penolong HEM

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif . Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ihsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

 

 

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh



 

 

 

 

 

 

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan HEM,

SMK Seri Bintang Selatan

 

Tarikh

 


 

Telegram Channel