Showing posts with label sistem DeKS. Show all posts
Showing posts with label sistem DeKS. Show all posts

6 June 2016

Blog Admin Sistem Dashboard e- Kaunselor Sekolah: Rujukan GBK Yang Berminat

Blog Admin Sistem Dashboard e- Kaunselor Sekolah: Rujukan GBK Yang Berminat

                                  

                                                     Sila klik link ini dekssystem.blogspot.my


Bagi yang masih berminat untuk mengetahui apa itu sistem dashboard kaunselor sekolah, maka atas inisiatif pencipta sistem ini iaitu Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat maka satu blog khas mengenai sistem ini telah diwujudkan. Selain mempunyai site tutorial bagaimana menjalankan sistem ini bagi yang berminat sebelum menempahnya untuk kegunaan sekolah anda. Di blog ini juga diupload entri mengenai sekolah -sekolah yang telah menggunakannya dan perkembangan sistem dashboard ini yang diupload oleh Cikgu Padali semata-mata untuk memudahkan guru kaunseling lain yang berminat menggunakannya. Selain itu juga ia digunakan untuk memudahkan interaksi antara guru-guru kauneling yang telah menggunakannya. Setakat ini sebanyak 22 buah sekolah yang telah menggunakan sistem D'e-KS ini.


Dalam blog ini mengenai
- Pengenalan sistem D'e-KS ini
- Tutorial sistem S'e-KS ini klik blog khas ini juga tutorialsistemdeks.blogspot.my
- Cara pembinaan sistem dekssystem.blogspot.my/p/blog-page.html?m=1

Semoga bermanfaat untuk semua guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia. 

Laman utama Cara pembinaan sistem dekssystem.blogspot.my/p/blog-page.html?m=1


Laman utama mengenai tutorial sistem D'e-KS
Tutorial sistem S'e-KS ini klik blog khas ini juga tutorialsistemdeks.blogspot.my


Laman utama blog mengenai pengenalan sistem D'e-KS

Salam 1 Ramadhan
Ya Allah ! Jadikanlah puasaku sebagai puasa
Orang yang benar-benar berpuasa
Dan ibadah malamku
Sebagai ibadah mereka yang benar-benar beribadah malam
Jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai
Hapuskanlah dosaku
Wahai Tuhan sekelian alam
Ampunilah aku
wahai pengampun para pendosa

19 May 2016

Pembentangan Kumpulan Inovatif Kreatif PAKAR Kepada Guru

Pembentangan Kumpulan Inovatif Kreatif PAKAR Kepada Guru






Hari ini Kumpulan Inovatif Kreatif saya membentangkan kepada guru-guru mengenai perlaksanaan inovasi kami iaitu e-klien untuk murid, guru dan ibu bapa. Di bawah e-klien guru terdapat beberapa perkara yang mereka boleh lakukan seperti e-rujukan murid kepada kami, e- mesyuarat iaitu surat menyurat mesyuarat dan sebagainya. Kami meminta maklumbalas untuk penambahbaikan sistem ini.







Selamat menunaikan umrah Ida
Semoga selamat pergi dan kembali

10 May 2016

Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras (KIK 2016)

Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras (KIK 2016)

Perjumpaan pertama Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras untuk berbincang mengenai projek inovasi. Saya bercadang untuk menyertai pertandingan KIK ini yang baru pertama kali diperkenalkan oleh JPN WPKL untuk guru-guru. Tawaran ini hanya terbuka untuk ahli Majlis Guru Cemerlang WPKL dan setiap guru cemerlang yang telah menghadiri kursus KIK ini pada bulan Mac yang lepas diminta membina team kumpulan inovatif kreatif di sekolah masing - masing dan menjalankan projek. Guru cemerlang tersebut perlu menjadi ketua KIK untuk team inovasi mereka di sekolah masing - masing. Kami diberi peluang untuk membina team kami sendiri. Saya bergabung dengan guru cemerlang Kimia sekolah saya iaitu Puan Sharin untuk membina team KIK kami di sekolah. Saya bercadang mempertaruhkan inovasi sistem e- Klien pula yang dibina atas kepakaran Cikgu Padali. Melalui kombinasi 4 orang guru kaunseling, saya juga menjemput 3 orang lagi guru iaitu Puan Sharin Hanum selaku guru cemerlang Kimia yang juga bertindak selaku fasilitator untuk kami menjalankan KIK mengikut prosedur dan storyboard yang betul...huhu ini kerana sewaktu kursus KIK Mac lepas saya hanya sempat berkursus pada hari pertama manakala pada hari kedua saya terpaksa ke JPWP untuk slot ceramah saya bersama guru kaunseling dan guru bimbingan WPKL sewaktu Seminar Guru Bimbingan Kaunseling WPKL 2016. Kedua, Puan Norliza Borhan iaitu penyelaras VLE - Frog untuk bergabung kepakaran melalui sistem blog dan e-klien dan akses melalui VLE Frog, Puan Nafsah Mohd Shah iaitu guru kelas aliran agama yang pakar dalam multimedia dan pernah mendapat anugerah guru inovasi sewaktu Sambutan Hari Guru untuk menyediakan multimedia yang berkesan.

Kami belum memilih nama kumpulan untuk projek KIK kami ini tetapi kami bercadang mengagihkan kerja berdasarkan kepakaran kami iaitu Cikgu Padali sebagai pembina sistem utama, saya dalam mengendalikan sistem blog, Raudzah mengendalikan inventori kaunseling secara online, Rozinani dalam berurusan dengan ibu bapa secara online selaku penyelaras KSIB, Pn Nafsah menyediakan multimedia, Puan Sharin menyediakan storyboard dari mula hingga akhir manakala Puan Norliza Borhan menginegrasikan sistem dengan VLE Frog.


Pertandingan Bahas Hari Guru??
Huhuhu pinangan diterima..ahaks












27 April 2016

Lawatan Penandaaras Ke SMK Cheras Dari Guru Kaunseling PPD Tangkak, Johor.

Lawatan Penandaaras Ke SMK Cheras Dari Guru Kaunseling PPD Tangkak, Johor.





Habis sahaja slot saya membimbing bengkel pengurusan guru kaunseling baru WPKL anjuran Unit HEM WPKL di Padang Tembak pukul 10.30 pagi, saya rushing ke sekolah memandangkan rombongan guru kaunseling Johor sudah tiba dari pukul 9.15 pagi. 

Lawatan penandaras seramai 36 orang guru kaunseling dan seorang pegawai PPD Tangkak yang mengetuai rombongan ini di sini. Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami. 

Tentatif program sepanjang hari ini ialah 
Ucapan aluan Penolong Pengarah Kaunseling JPN WPKL - En Rofii Hussin
Ucapan aluan Pegawai Kaunseling PPD Tangkak - Puan Ropiah
Ucapan aluan PK HEM SMK Cheras - Puan Chong Moi Lian

Taklimat sistem Deks: Johan Inovasi Kaunseling Bahagian Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2015 oleh Encik Che Mohamad Padali

Taklimat program Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah : Tempat Kelima Peringkat Akhir Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling di Simposium Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan 2015 oleh Puan Nurhaiza Bt Che Mat

Pertukaran cenderamata antara murid

Lawatan ke bilik kaunseling SMK Cheras

Semoga berjumpa lagi!


Bersama exguru kaunseling PPD Pudu sebelum bertukar ke PPD Tangkak
Slot taklimat saya
Terima kasih Puan Ropi
Key In sistem e-pelawat
Terima kasih kepada Pengerusi MGK PPD Tangkak
Sila key in sistem e-pelawat di sini
Rombongan PPD Tangkak
Ucapan Aluan PPD Tangkak
Ucapan Aluan PK HEM
Ucapan Aluan En Rofii
My excoursemate zaman 1997 -2000

Don't ignore the effort 
Of a person who tries to keep in touch
It's not all the time
Someones care

30 March 2016

 Sistem Dashboard e Kaunselor Sekolah Untuk Sekolah PPW Pudu

Sistem Dashboard e Kaunselor Sekolah Untuk Sekolah PPW Pudu



                                        

Hari ini saya dan partner saya ke SMK Seri Bintang Selatan untuk program taklimat sistem D' eKS kepada sekolah sekolah terpilih di PPW Pudu. Sistem inovasi ini dilebarkan ke sekolah sekolah terpilih di PPW Pudu iaitu SMK Orkid Desa, SM Agama WPKL, SMK Aminuddin Baki, SMK Cochrane, SMK Seri Bintang Selatan. Sekolah yang memohon tempahan dengan bayaran ialah SMK Seri Bintang Utara dan SM Teknik WPKL. Cikgu Padali memberikan taklimat mengenai sistem ini dan saya membantu dari segi amali perlaksanaan sistem ini. Pegawai kaunseling PPW Pudu iaitu Encik Rohaidatul Akmal dan Pegawai Kaunseling Unit HEM JPWPKL iaitu En Rofii juga hadir bersama untuk sesi taklimat sistem ini

Tahniah
Penerima APC 2015
Semoga kalian terus cemerlang

24 March 2016

Perlaksanaan Key In Minda Sihat Melalui Sistem Dashboard Kaunselor Sekolah

Perlaksanaan Key In Minda Sihat Melalui Sistem Dashboard Kaunselor Sekolah


Paparan ini akan terbuka...dan murid boleh key in
Key In UJian DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak dari semalam berakhir hari ini mengikut giliran kelas yang telah diaturkan oleh saya. Dengan adanya inventori ini dalam sistem dashboard kami, maka giliran kelas untuk menghabiskan kedua -dua soalan ini dan terus mendapat jawapan kurang 30 minit sahaja. Berbeza dengan tahun sebelumnya, pengurusan memberikan kertas soalan, memeberikan arahan pentadbiran soalan, selepas menjawab soalan pengiraan skor ditadbir, menjelaskan skor yang diperolehi dan kemudian mengutip semula kertas menyebabkan setiap sesi hampir 45 minit hingga sejam bergantung kepada kelas . Dan tugas tambahan guru kaunseling pula untuk key in skor setiap murid dalam data untuk rumusan keseluruhan mengikut format yang diberikan oleh KPM. 

Namun demikian, dengan sistem ini.. murid hanya perlu hadir ke makmal komputer dengan layout inventori ini telah terpampang pada komputer. Mereka hanya perlu key in dan untuk mendapatkan penjelasan skor hanya membuka email mereka yang disertakan bersama maklumat peribadi mereka yang telah menyatakan skor yang diperolehi oleh mereka. Di pihak guru pula, tidak perlu keyin skor dalam borang lagi kerana secara automatiknya semua data ini akan tersusun catik seperti format yang dikehendaki untuk penghantaran ke JU MInda SIhat PPW atau JPN. Mudah bukan ? 

Tutorial Prosedur Murid Key In Data MInda Sihat
Buka blog ubksmkcheraskl dan klik pada icon site e-klien
Kemudian, Klik pada icon e-intervensi
Klik pada ujian minda sihat dan ujian gaya daya tindak
Paparan ini akan terbuka...dan murid boleh key in


                                         DI PIHAK GURU KAUNSELING PULA. 
Habis sahaja satu kelas, saya sudah boleh menganalisa data untuk setiap kelas terebut. Mudahkan? Saya hanya membuka blog sisatem dashborad kami pula untuk melihat hasil key in murid.


Klik icon  laporan keseluruhan, then ke icon 2016
Kemudian klik pada data
KLik pada icon Rumusan Minda Sihat
Wah  dah dapat data macam format borang Minda Sihat KPM


Headache 
Strok haba ..? :(


 

Telegram Channel