Total Pageviews

23 July 2017

Sambutan RIMUP Hari Raya Sekolah








Semalam sekolah mengadakan Rumah Terbuka Badan Beruniform RIMUP Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah.
Tahun ini sekali lagi saya selaku penyelaras. Dengan merealusasikan program ini, saya telah mengadakan 4 program secara serentak.
1) Program sambutan perayaan dibawah program dasar Guru Penyayang unit HEM di mana murid rasa dihargai apabila pihak sekolah me
2) Program RIMUP rancamgan integrasi murid untuk perpaduan disekolah yg berbilang kaum. Program RIMUP under kokurikulum yg direalisasikan melalui agihan rumah terbuka untuk setiap badan beruniform.
3) Program DWEN iaitu dasar warga emas negara. Satu program under HEM. Kami menjemput 3 org guru yg telah berpencen dan pernah menyumbang bakti di sekolah. Mereka diraikan sbg tetamu terhormat dan menerima sijil penghargaan dan buah tangan dari pihak sekolah. Mereka juga dijemput selaku juri untuk pertandingan.
4) Program KSIB kumpulan sokongan ibu bapa dimana aktiviti KSIB sbg juri persembahan dan membantu dalam menyediakan juadah untuk khemah murid atau jamuan ibu bapa di dewan.
Maka dgn adanya program Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Beruniform peringkat sekolah semalam, maka saya sudah dapat menyediakan 4 laporan aktiviti untuk 4 subtajuk yg berbeza.
Program ini juga mendapat kerjasama yg baik dari Jabatan Penerangan Bandar Tun Razak kerana pegawai penerangannya iaitu En Norisham sudi untuk merasmikan majlis tersebut. Terima kasih kpd team gimik perasmian yg menarik walau sketsa pendek. Gimik tentang perjalanan ke kampung halaman dan bersua dgn keluarga tercinta.
Selepas perasmian VIP melawat booth dan khemah untuk jamuan makan. Tahun ini kami mengadakan rumah terbuka badan beruniform yg bermaksud setiap badan beruniform ditentukan menunya dan diberikan peruntukan kewangan oleh pihak sekolah untuk menyediakan menu tersebut. Antaranya ialah
1) pengakap dgn meehon sup
2) kadet polis dgn laksa
3) PKBM dgn aneka air
4) KRS dgn spagetti
5) Puteri Islam dgn nasi lemak/ nasi goreng
6) Silat dgn spagetti
7) Kadet Bomba dgn nasi impit/lemang dan rendang ayam serta kuah kacang.
8) Pandu Puteri dgn menu yg sama spt Kadet Bomba
9) PBSM dgn hot dog dan nugget
Semua murid dibenarkan mengambil apa sahaja makanan dari gerai gerai tersebut seperti konsep rumah terbuka dan tidak terhad makan digerainya sahaja. Tahun lepas jika ahli PBSM maka murid hanya dibenarkan makan di booth PBSMnya sahaja. Menarik kan konsep tahun ini lebih memuaskan hati banyak pihak dan lebih terurus.
Pelbagai pertandingan bagi memeriahkan majlis diadakan seperti
Pertandingan rumah terbuka paling ceria
Pertandingan rumah terbuka paling mesra
Pertandingan persembahan terbaik
Pertandingan kehadiran ahli paling tinggi
Pertandingan pakaian bertema terbaik bagi kategori perempuan dan lelaki
Pertandingan seni kerabu terbuka kpd murid, ibu bapa dan guru.
Pertandingan kolaj untuk 3 hingga 12 tahun
Result penuh setiap pertandingan boleh rujuk entri post semalam.
Bagi DWEN pula, pengetua berbesar hati menyerahkan sijil kepada Pn Latipah yg telah bersara, Pn Tan Nyok Moi dan Pn Chua . Sijil penghargaan dan token. Mereka diraikan seperti VIP.
Terima kasih kpd PIBG dan KSIB yg menaja makanan ibu bapa dan guru. Semoga ukhwah terjalin erat.

Host hi tea For my bff
Quality time for our gathering









































































No comments: