7 June 2020

Projek Cakna Cherasian & NGO; Live To Love (M)



Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni kerjasama strategik antara SMK Cheras dengan NGO Live To Love (M) untuk sumbangan kpd 56 orang murid dan 11 keluarga pekerja pembersihan oleh NGO Live To Love . 

Terima kasih kepada guru Wong Mun Yee yang menjalinkan rancangan strategik ini untuk direalisasikan. 

Bermula pukul 9.00 pagi kami menjalankan tugas unyuk pendaftaran, mengambil suhu setiap orang yg masuk ke dalam premis sekolah, mengambil jarak sosial. 

Murid datang secara bergilir dan terus balik ke rumah setelah mengambil makanan.  

Bahan bahan satu set berharga RM 80 diedarkan seperti beras, minyak masak, telur, gula, tepung, maggi, susu, kacang merah bertin, sos tiram, kacang dal bertin dan bawang. Tidak lupa juga tisu tandas. 

Kesemua keluarga hadir dan hanya satu keluarga sahaja yg dijalankan Ziarah Cakna utk menyumbang kerana tidak dapat hadir ke sekolah masalah pengangkutan. 

Usaha ini akan diteruskan minggu hadapan dengan sasaran lain pula. 



Red velvet SR & PH
For her beloved niece
Tq Mama for the treat











 

Telegram Channel