10 April 2017

Modul REST untuk  Terapi Seni Ekspresif

Modul REST untuk Terapi Seni Ekspresif


Slot yang dikendalikan oleh Dr Rafidah Kastawi yang dijemput khas untuk slot Ekspresif  Seni Terapi. Slot yang dijalankan pada hari pertama Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling WPKL  2017 di Bukit Kiara.
Kami diperkenalkan dengan Modul REST ialah modul ekspresif terapi menggunakan tanah liat, melukis, mewarna, membina kolaj. Menggunakan model kaunseling Khan untuk 3 tahap iaitu tahap permulaan, tahap penerokaan dan tahap tindakan. Sesi kaunseling menggunakan teori kaunseling humanistik Rogers dan creative connection dari Natalie Rogers. 

Kelebihan Terapi Tanah Liat
- Menyediakan proses penyembuhan dan transformasi pengalaman yang menyakitkan
- Seseorang boleh meluahkan dan menenangkan perasaan terhadap sesuatu isu 
- Menyediakan persekitaran dan ruang yang selamat untuk melegakan pemikiran dan perasaan yang terpendam, tingkah laku dan taniat yang boleh merosakkan diri

Ekspresif Seni Terapi mengenal pasti corak tingkah laku seseorang, tindakan dalam penyelesaian masalah dan sebagainya. Pengendali terapi ini perlumengenal pasti kelebihan dan kekuatan diri, kreativiti , berilmu dan mempunyai kemahiran dalam psikologi dan kaunseling. Terapi ini bersifat self healing iaitu mengubah pemikiran, mengubah tabiat, pemahaman yang lebih bermakna, pembetulan terhadap jalan hidup dan stay sihat dengan hubungan spiritual dijaga

Ekspresif Art ini merupakan modaliti dari Visual Art seperti melukis, mewarna dan bermain tanah liat, pergerakan muzik, psikodrama, bermain pasir, menulis dan berpuisi.

Kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman ini dgn aktiviti yg menyeronokkan. Aktiviti yg boleh digunakan oleh guru kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling. Slot yg dikendalikan oleh Dr Rafidah juga menyegarkan dari awal hingga akhir walau slot dijalankan selepas mkn tengah hari..:) 

Bagi guru bimbingan dan kaunseling yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul ini, boleh menghubungi Dr Rafidah Kastawi di facebooknya 


Thanks Rozi as a driver to
Bukit Kiara :)














9 April 2017

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2017

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2017








Tahniah kepada PRS Tahap Bestari yg berjaya menggalas tugas menjalankan aktiviti Kursus PRS. 

Saya share di sini kertas kerja PRS





Tahun ni program dijalankan 2 hari 1 malam.  Sekolah bimbingan jalinan kasih bersama 4 org muridnya join bersama untuk program.ini. Tahun ni saya selit 3 modul sekali jalan iaitu PRS Sulung, Bongsu dan Muda. Tapi time team building dan kelompok ice breaking dan kumpulan, kumpulan PRS akan bergabung senior dan junior untuk mengeratkan silaturrahim antara mereka agar keserasian bekerja yg lebih baik.  

8 April 2017

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Cheras 2017

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Cheras 2017

Hari Anugerah Cemerlang diadakan hari ini dgn menjemput Tuan Rofli selaku Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan untuk merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah.Saya Bertugas selaku AJK Dokumentasi yg mengambil gambar untuk laporan dokumentasi dan ini antara gambar yg saya sharekan

Tahniah Wong Hao Wen selaku penerima Anugerah Pengetua,
Tahniah Ain Zafika Bt Rozali penerima Anugerah NILAM


Anugerah pelajar cemerlang SPM  yg mendapat SPM lebih dari 6A,

Anugerah Pelajar Cemerlang PT3 yg memperolehi lebih dari 6A,

 panitia yg berjaya mengekalkan peratus lulus dan meningkatkan peratus kelulusan murid dalam SPM

Anugerah Peningkatan GPMP Tertinggi Peringkat JPWPKL iaitu Seni Reka Tanda dan Rekacipta. Tahniah.

Anugerah Khas Pengetua








Anugerah NILAM 2016:Ain Zafika









































Tahniah Farietz


 

Telegram Channel