14 March 2015

SPM Serendah 3 kredit dan Gagal :Institusi Untuk Dituju

Apakah SPM yg dikategorikan berpencapaian rendah? Jika pelajar mendapat keputusan SPM dibawah 5 kredit iaitu maksimum 4 mata pelajaran sahaja yg mendapat keputusan C ke atas maka dikategorikan pencapaian rendah kerana tidak layak mengisi borang matrikulasi dan UPU untuk universiti dan sepenuh masa di politeknik premier dan mendapat tempat untuk pengajian diploma kerana syarat am ialah 5 kredit. Begitu juga dengan universiti swasta juga memerlukan minimum 5 kredit dan majoriti pengajian diploma peringkat kolej juga memerlukan 5 kredit. Hanya beberapa kolej swasta sahaja menawarkan kelulusan 3 kredit peringkat diploma bergantung kepada kursus yg ditawarkan. Oleh itu adakah peluang untuk pelajar tersebut menyambung pengajian telah tertutup?

Antara tempat tempat yg masih lagi mengambil pelajar kelulusan rendah untuk menyambung pengajian ialah:
1) Institut Teknikal Jepun-Malaysia
klik di sini Laman Web Rasmi JMTI 
klik di sini Portal 1Malaysia Training Centre
Tempat ini menawarkan kursus di peringkat diploma dengan 4 kredit sahaja iaitu BM, Matematik, subjek berteraskan Sains dan satu mata pelajaran lagi. Bahasa Inggeris juga perlu lulus. Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik, komputer, elektrik, pembuatan,pemesinan jitu

2)Institut Latihan Perindustrian
klik di siniLaman Rasmi Institut Latihan Perindustrian
klik di sini Permohonan Ke ILP

Menawarkan kursus peringkat sijil teknologi. Berkelulusan SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains/ Teknikal.

3) Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC
klik di sini Kursus di ADTEC
Tempat ini menawarkan diploma yang memerlukan kredit dalam 3 mata pelajaran sahaja terutamanya bahasa melayu, matematik dan satu subjek sains atau teknikal. Dan perlu lulus Bahasa Inggeris.
Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan kimpalan, pembuatan, jaminan kualiti, polimer, seramik,rekabentuk produk industri, automotif, minyak dan gas, pengeluaran automotif, elektrik, elektronik, telekomunikasi, penyejukbekuan dan penyaman udara, mikroelektronik, mekatronik, komputer, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, penyelenggaraan kapal terbang.

## Ketiga - tiga program 1 - 3 di atas merupakan program di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan yuran percuma dan makanan percuma sepanjang pengajian. Malah elaun diberikan secara bulanan.

4) Institut Kemahiran Belia Negara
klik di sini senarai IKBN
Pusat ini juga menawarkan kursus 3 kredit untuk kursus diploma, ada kursus peringkat sijil  juga untuk yang hanya lulus SPM dan ada juga yg menawarkan kursus sijil setakat tamat ting 5 yg bermakna jika anda tidak lulus SPM pun anda boleh memohon kursus tersebut. Institut ini memerlukan 3 kredit bagi diploma tetapi BM jika mendapat lulus sahaja pun boleh dan 3 kredit mesti dari Matematik, subjek Sains/ teknikal/vokasional dan satu dari mata pelajaran lain.
### Program dibawah Kementerian Belia dan Sukan ini juga menawarkan yuran pengajian percuma dan elaun makanan percuma. Elaun bulanan juga diberikan.

5) Politeknik Metro
klik di sini laman rasmi politeknik
Tempat ini menawarkan diploma dengan 3 kredit pada Matematik, Satu subjek elektif sains atau vokasional atau teknikal, satu mata pelajaran lain, lulus BM, BI dan Sejarah bergantung kepada kursus yg ditawarkan.

6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA
7) Kolej Profesional MARA
klik di sini permohonan online

Dibawah MARA dan kelulusan SPM dengan tiga kredit iaitu BM, Matematik, subjek Sains/ teknikal/ vokasional dan lulus BI untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA dengan kursus kemahiran perindustrian dan kejuruteraan dan lain-lain peringkat diploma.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

8) Kolej Polytech MARA (KPTM)
klik di sini Website Kolej Poly-Tech MARA

Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.


9) Kolej Komuniti

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sijil kemahiran malaysia sepenuh masa dengan kelulusan SPM. Manakala kursus untuk jangka pendek juga ditawarkan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa lulusan akademik.
Pembiayaan pendidikan peringkat sijil melalui tabung kemahiran dan bantuan kementerian.

10) Latihan Separa Perubatan-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
klik di sini borang online latihan separa perubatan KKM
Kelayakan dua kredit dan empat subjek lulus termasuk Bahasa Melayu mengikut subjek tertentu untuk kursus tertentu. Mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains/Sains Tulen diberi keutamaan. Elaun semasa berkursus akan dibayar.

11)Giat MARA
klik di sini Laman Web Giat MARA
klik di sini Senarai Kursus Di Giat MARA
klik di sini Lokasi Giat MARA
klik di sini permohonan online ke Giat MARA
Ditawarkan kepada Bumiputera, elaun diberikan dan pengajian peringkat sijil kemahiran menggunakan konsep modular. Kelayakan tau membaca dan menulis. Ini bermakna pelajar yg gagal SPM juga boleh memohon. Pembelajaran hands on, employer skills. Latihan percuma dan elaun bulanan diberikan.

12) Institut Kemahiran MARA
Kelulusan kursus yang ditawarkan serendah bumiputera yg lulus Bahasa Melayu sahaja dan mempunyai sijil SPM.sehinggalah ke kursus peringkat kejuruteraan yang menawarkan lulus SPM dengan kelulusan pada Bahasa Melayu, kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik.
klik di sini permohonan online


13) Institut Kemahiran Baitulmal
klik di sini institut kemahiran baitulmal
Bagi pelajar Islam yg mempunyai pendapatan keluarga kategori asnaf dan miskin serta setakat lulus atau tidak lulus SPM. Kursus yg ditawarkan memerlukan pelajar ini berumur 18 tahun ke atas dan akan memperolehi elaun bulanan yg agak banyak berbanding institut kemahiran lain. Kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, kursus penyajian makanan, kursus rekaan fesyen, kursus seni lukis dan seni reka, kursus teknologi binaan bangunan

14)Institut Latihan Pertanian
klik di sini Laman Web Latihan Kemahiran Pertanian

Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,
Yang penting lulus SPM dan mempunyai satu kredit sahaja pada mata pelajaran elektif yang berkenaan seperti di bawah untuk permohonan kemasukan.

Kursus Sijil Pertanian
  1. 17-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPM(V) atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)  dan
  4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan
  5. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie.
  6. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  7. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Kos pengajian, penginapan, makan dan minum adalah dibiayai sepenuhnya olehkerajaan. Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM330.
Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200/bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250/bulan untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Manakala elaun bagi Latihan Industri adalah RM300/bulan.



SIJIL KEMAHIRAN PERTANIAN

Sila klik di sini Jabatan Pertanian Malaysia
Mengikut tahap iaitu tahap 1, tahap 2, tahap 3, tahap 4
Permohonan tahap 1 serendah kelulusan UPSR.
Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,

Di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang dan
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

15) Malaysia Automotive Institute
klik disini http;//mai.org.my/v3
Agensi di bawah MITI yang bukan berasaskan keuntungan. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun tanpa kelulusan peringkat SPM. Ia menawarkan kelulusan serendah UPSR bagi program IPC.

Technician/ Operator 
IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi, autonomous maintenence dan kawalan kualiti. Para pelatih yang berminat tiada bayaran dikenakan kerana IPC bukan kursus berasaskan keuntungan. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Makan minum disediakan secara percuma, penempatan disediakan .Kelas diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu. 


Latihan industri selama 4 bulan. Bulan pertama dengan elaun RM200 manakala pada bulan kedua terus mendapat gaji dan EPF.Gaji minimum sebanyak RM900 dengan bayaran percuma asrama. Makan minum percuma bergantung kepada tempat latihan. Selepas disahkan jawatan dalam sebulan, gaji akan naik.  Lulusan MAI mempunyai sijil yang diiktiraf oleh CIDB. Pelatih akan menerima sijil yang diiktiraf dari MAI dan JPK.

16) Politeknik klik disini Permohonan Politeknik
Menawarkan kursus pra diploma politeknik sama ada pra sains atau pra perdagangan. Terbahagi kepada 3 iaitu
Mutiara - Program Menggilap Impian Anak Muda (MUTIARA) yang terbuka kepada semua.
MDWF - Mengubah Destini Warga Felda dengan hanya pemohon warga Felda seperti anak atau cucu peneroka, anak pentadbir felda atau anak kakitangan felda induk/ kerajaan sahaja
MDAIM - Mengubah Destini Anak India Malaysia yang terbuka kepada anak-anak kaum India.
Asrama disediakan beserta yuran pengajian, yuran asrama dan yuran pelbagai. Bagi pemohon dibawah MDWF dan MDAIM tambahan kemudahan iaitu diberi wang saku RM 250 sebulan.

Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester
Pra diploma sains akan mengikuti diploma kejuruteraan elektronik atau mekanikal manakala pra diploma perdagangan akan mengikuti diploma akauntasi, pemasaran, perniagaan, setiausaha

17) INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. Tempoh 5 semester termasuk 1 semester untuk latihan industri. Berumur 17 - 21 tahun dan lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus.  Yuran pengajian RM 200 setiap semester, yuran kemudahan RM80 setiap semester dan lain -lain yuran RM85 satu semester. Yuran yang murah setiap semester. Permohonan melalui laman web www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=16806. . Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


18) UiTM - program MDAB ( Mengubah Destinasi Anak Bangsa)
Kursus pra diploma perdagangan: 6 bulan sebelum ke diploma
Lulus SPM dan mendapat 3 pujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik , BI, SEjarah

Kursus pra diploma sains: 6 - 12 bulan sebelum layak ke diploma
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, lulus Sejarah, kepujian Matematik/Add Math, lulus Bahasa Inggeris dan lulus salah satu mata pelajaran Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains Tambahan

Klik link http://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Kemudahan: Pengecualian yuran pengajian, kemudahan asrama dan elaun bulanan

19)Kolej swasta yg menawarkan dioloma 3 kredit SPM dan memasuki diploma melalui bantuan PTPTN. Senarai kolej swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia boleh dirujuk di
klik di sini senarai kolej swasta yang ada akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia
Berhati -hati apabila merujuk ke kolej swasta pastikan kelulusan kursus yang mempunyai akreditasi. Pelajar perlu memohon PTPTN dan ada pembiayaan PTPTN yang 100 peratus dan ada yang tidak 100 peratus. Ini bermakna pelajar perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kos yuran pengajian.

Berikut merupakan panduan sahaja. Namun saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biarlah bermula dengan sijil dulu, dengan sijil itu pengalaman dan bakat diketengahkan untuk mengorak langkah yg lebih besar...iaitu  Menjadi pekerja industri yg mahir dalam bidang pengkhususan masing masing.
Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian  terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yg diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus dibidang perindustrian.  kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains/ teknikal/ ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran -kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan dalam industri.

Begitu juga konsep Unit Pengambilan Institusi MARA,  seperti Kolej profesional MARA dan Kolej Politek MARA kursus -kursus diploma bertaraf universiti cuma kelayakan syarat am untuk masuk diterima dengan minimum lebih rendah iaitu 3 kredit bergantung kepada kursus yang diambil. Jika anda teliti kursus -kursus tersebut adalah kursus -kursus pengurusan, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain yang ditawarkan juga di IPTA dan IPTS cuma bezanya ia dikendalikan oleh Unit Pengambilan MARA. Tajaan MARA diberikan kepada yang layak. Elaun yang diberikan juga dibawah MARA. Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA menawarkan kursus kemahiran dalam perindustrian, kejurteraan dan lain-lain.

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pula  membantu menawarkan kursus untuk pelajar 3 kredit sahaja dalam SPM. Dengan ini membantu pelajar tersebut berpeluang menyambung pengajian.
Bagi pelajar yg gagal SPM atau lebih rendah dari 3 kredit dalam SPM, kemahiran yg diajar dalam bentuk modular iaitu satu modul by satu modul secara hands on lebih memudahkan mereka untuk menerima pembelajaran dan menyiapkan modul by modul dan menerima sijil juga sijil by sijil setiap kali dpt menyiapkan satu modul. Mereka boleh menyambung pengajian ke tahap sijil kemahiran 2/ 3 dan 4 setelah dapat menyiapkan semua modul.

Bagi pusat latihan yang menawarkan SKM tahap 1/2/3 yang penting jika anda berjaya ke SKM tahap 4 ia dah menyamai taraf diploma kerana tahap 4 merupakan diploma kemahiran. yang penting anda mengetahui potensi diri anda sendiri..kemanakah hala tuju anda dengan keputusan SPM anda. 

Beach and sunset
A beautiful place
To clean my head
A superb view
To clear my mind
Hello PD :)

667 comments

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 667   Newer›   Newest»

Nak tanya kalau saya nak study course business tetapi kelulusan spm saya tiada cradit? Adakah saya diterima masuk ke college?

Kelulusan SPM mesti 3 kredit subjek minimum untuk diploma dan minimum 1 kredit subjek untuk sijil ke kolej. Laluan kursus berbentuk akademik berbeza dgn laluan kursus kemahiran yg lebih hands on. Kerana itulah course business masih memerlukan kredit dalam beberapa subjek tertentu.

Askum . Kak saya nak bertanya . Katakanlah result spm saya 6b2c. Manakala result math saya teruk . Apa yang saya harus lakukan ? Kena repeat paper ke? Course apa yang sesuai dengan result saya jika saya taknak repeat paper math? Terima kasih.

Result spm 6b2c dah boleh melayakkan kamu untuk mengikuti matrikulasi dan program universiti bergantung kepada aliran yang kamu ambil. Jika matematik kamu c ianya masih kredit dan layak memohon univeristi. Jika D atau gagal lebih baik anda repeat paper tu sahaja memandangkan result yang lain dah ok untuk apply intake berikutnya ke universiti. Jika anda tidak mahu mengulang, anda boleh memohon kursus untuk aliran berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan kursus kemahiran.

Askum tumpang tanya kalau saya nak mohon kos kimpalan dgn satu keputusan 1credit tp gagal spm. Adakah layak? Kolej mana yg patut dimohon?

Kamu.boleh memohon ke Giat Mara atau Kolej Komuniti.

Asalamualaikum.sy nak bertanya math saya teruk.result yang lain ok.jika saya nak memohon diploma kejururawatan perlukah saya repeat paper math.

kelulusan diploma kejururawatan memerlukan 5 kredit termasuk Matematik. Kamu boleh mengulang kertas Matematik SPM.

Assalamualaikum...saya hanya mendapat 6 kredit tetapi mat and bi saya e..saya sering gagal rayuan..kemana ptut saya pgi?

Salam. Result anda 6 kredit tetapi subjek penting iaitu matematik dan Bi tidak kredit menyebabkan anda tidak dapat ditawarkan ke UPU dan matrikulasi atau diploma di kolej yang menuntut kredit Matematik. Apa yang anda boleh lakukan sama ada mengulang paper Matematik dan Bi atau memohon kursus di dalam list di entri ini yang hanya memerlukan kelulusan lulus Matematik dan menepati kelayakan untuk mengambil serendah pra diploma. tetapi selepas itu kamu masih lagi boleh menyambung ke peringkat lebih tinggi. Ia bergantung kepada minat kamu pula terhadap kursus kursus yang ditawarkan di entri ini untuk murid yang gagal SPM atau tidak kredit Math dan BI.

Assalamualaikum cikgu. Saya merupakan pelajar lepasan spm 2012 dengan 6 kredit termasuk bm, bi, math, pendidikan islam, sejarah dan add math. Tetapi saya tidak berjaya menghabiskan diploma kejuruteraan awam di sebuah kolej mara. Ke manakah saya patut memohon untuk sambung belajar?

Kelayakan 6 kredit membolehkan awak menggunakan result SPM tersebut untuk menyambung ke peringkat diploma. Mungkin diploma kejuruteraan agak tough untuk kamu memandangkan subjek elektif sains lain kamu tidak mendapat kredit. Oleh itu anda memilih subjek diploma yang lebih sesuai. Tawaran pengajian di UPU Awam biasanya meletakkan syarat sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran elektif perlu kredit berbanding 1 sahaja yang kamu perolehi. Oleh itu kamu boleh mencuba semua tempat dalam list entri blog ini di peringkat diploma menggunakan result SPM kamu dengan membuat homework mengenai syarat umum dan khusus.

Sy tkda spm tp ada sijil skm giat mara, blh ke sy melanjutkan plajaran ke peringkat strusnya dengan menguna sijil skm?

Sy tkda spm, cuma ada sijil giat mara, blh ke sy lanjutkan pelajaran ke ikm? Layak ke?

IKM masih memerlukan penuntutnya kelulusan di peringkat SPM. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran untuk institusi yang menawarkan kemahiran bagi yang gagal dalam SPM. Ini kerana kemahiran juga ada tahap 1 hingga 4 yang setara dengan aliran akademik diploma dan ijazah. Jangan berhenti menuntut ilmu. Cuba semua di entri blog ini institusi untuk lepasan SPM yang gagal. Anda boleh gunakan sijil Giat MARA untuk kursus yang setara

Assalamualaikum..saya dalam dilema.. saya daripada diploma ukur bahan saya mendapat 8a 1 d..dan d adalah bi..saya kurang minat dgn course saya..dan boleh ke saya ambil bidang yg saya minat dalam pendidikan/ perniagaan tetapi bi saya hanya lulus..bila dgree nnt dia tengok spm juga ke?

Assalamualaikum.sye,spm bm x kredit pernah join ikm hasil bantuan org dalam tp kurgnya kehadiran dlm mata pelajaran keusahawanan dan pendidikan islam membuatkan sye x layak mengikuti konvokesyen,sye masih nak menuntut ilmu untuk memperbaiki hidop sye,agak2nya ada x peluang pendidikan utk sye m'perbaiki lagi kesilapan sye...nak tahu

Cikgu tak pasti kamu sudah dalam semester berapa. Pendapat cikgu, jika kamu tidak minat tetapi kamu masih survive dalam diploma tersebut, kamu teruskan hingga habis kerana kamu boleh menyambung ke peringkat ijazah melalui lulusan diploma ukur bahan walaupun kamu ingin menyambung ke pendidikan/perniagaan kerana majority syarat untuk ke ijazah ialah lulusan diploma tanpa melihat BI kamu sewaktu SPM.Semoga ia menjadi nilai tambah kepada skill kamu sewaktu memohon pekerjaan.

Tahniah jaxk kerana masih bermotivasi untuk meneruskan pengajian. Semangat perlu untuk menggerakkan diri memohon peluang yang ada. Kamu boleh memohon kemasukan ke tempat yang memerlukan serendah gagal SPM untuk kemasukan ke sijil atau pradiploma dengan merujuk tempat dalam list entri blog ini menggunakan sijil SPM kamu. Cuma bagi kes kamu, kamu kena double check pada syarat tambahan maksimum umur yang diterima masuk kerana dari masalah yang diutarakan kamu adalah SPM sesi 3-4 tahun yang lepas.

Assalamualaikum, saya sedang mendduki spm pada masa ini, saya rasakan math saya teruk dan JIKA math saya tidak lulus tetapi saya masih punyai 5 kredit adakah saya diterima masuk mana mana U terutamanya UiTM ? Dan bidang apa patut saya pilih ? Terima Kasih Admin :)

Saya baru lepas praktikal di semester 5 dan akan habis diploma inshaAllah tahun dpn..untuk ke dgree pula..

Tahniah dah semester ke 5 walaupun dalam keadaan anda tidak berminat dengan kursus anda..kekalkan motivasi untuk menghabiskan satu semester lagi. Anda tidak perlu menunggu majlis graduasi kerana slip transkrip setiap semester boleh digunakan untuk memohon ke ijazah.

Kepada yang sedang menduduki peperiksaan SPM tu, cikgu harap kamu boleh fokus dengan peperiksaan SPM yang masih berlangsung sekarang. Jangan risau memikirkan Matematik kamu yang telah lalu hingga menjejaskan mood kamu untuk mata pelajaran yang lain. Cikgu akan bimbing kamu bila kamu contact semula cikgu dengan result sebenar kamu nanti. Semoga kamu berjaya!

Anak saya langsung tak mahu belajar, sekarang berumur 15 tahun dan x bersekolah. Di mana saya boleh hantar untuk mendapatkan kemahiran.

salam sejahtera kak. saya baru habis diploma kemahiran mekatronik dan ingin menyambung ijazah di unversiti tempatan tetapi kebanyakan uni tidak mengambil pelajar diploma kemahiran. nak tanya kak tau mana mana uni yang ambik pelajar diploma kemahiran ke? terima kasih

Salam puan. Program kemahiran berbentuk modular iaitu menghabiskan satu modul untuk meneruskan ke modul seterusnya ialah program yang ditawarkan di GIat MARA dan Kolej Komuniti yang sesuai untuk anak puan. Apabila anak puan sudah berumur 18 tahun , lebih banyak pilihan tempat kemahiran yang tidak memerlukan sijil SPM dan sijil kemahiran dari Kolej komuniti dan Giat Mara boleh digunakan untuk melanjutkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dalam kursus yang setara dan menawarkan pembiayaan secara percuma atau membuat permohonan baru dengan kursus yang baru. Namun oleh kerana had kelayakan minimum ialah 18 tahun maka tempat yang sesuai buat masa kini ialah Giat MARA atau Kolej Komuniti.

Salam sejahtera dik. Laluan akademik dan kerjaya untuk murid lulusan program kursus kemahiran berbeza dengan kursus yang bukan kemahiran iaitu kursus akademik. Ini kerana sijil kemahiran tahap 3 setara dengan diploma akademik manakala sijil kemahiran tahap 4 dan kursus kemahiran lanjutan setara dengan ijazah akademik. Cuma bezanya ialah satu kemahiran dan satu lagi akademik. Oleh kerana itulah hampir semua universiti tempatan tidak menawarkan program ijazah untuk lulusan kemahiran diploma kemahiran kerana syarat kemasukan ke ijazah berbeza dengan syarat kursus kemahiran tahap 4 yang setara ijazah di institut kemahiran. Namun graduan dari kemahiran adalah setara dengan graduan akademik yang penting kemahiran anda di tempat kerja.

Kalau dpt semua kredit tapi gagal dlm satu subjek sains boleh dpt masuk poli x?

Hi danesh. mendapat 5 kredit ke atas dan subjek sains gagal masih layak memohon politeknik bergantung pula kepada pakej elektif SPM yang lain yang kamu ambil untuk memohon kursus yang bersesuaian dengan mata pelajaran elektif yang mendapat kredit

Kalau nak mohon kejuteraan mekanikal macam mana ya cikgu? Saya baca kelayakan tu tapi kurang faham!

Cikgu lebih suka jika kamu dapat listkan senarai subjek SPM yang kamu ambil terlebih dahulu dan it's okey jika tidak mahu menyebut dari sekolah mana. Cikgu andaikan kamu dari kelas sains tulen Bio/Fizik/Kimia/Add Math kelulusan SPM sebagai contoh.
Syarat kemasukan diploma kejuruteraan mekanikal di poli untuk lepasan SPM memerlukan 5 kredit iaitu wajib dari Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, satu lagi dari pakej elektif kamu ambil. Jadi jika kamu gagal Fizik tapi kredit dalam Bio atau Kimia maka kamu boleh lagi layak memohon kursus tersebut. 2 lagi mata pelajaran yang perlu kredit ialah mata pelajaran selain dari yang telah berada dalam kiraan wajib diatas iaitu BI/Sej/2 mata pelajaran elektif yang lain
Syarat wajib tambahan ialah: Lulus Sejarah bagi pemohon SPM 2013 dan ke atas dan gred E bagi BI.
Ini bermakna jika dapat 5 kredit tapi gagal BI atau Sejarah tidak layak memohon berbanding pemohon yang gagal Fizik.

I have read ur posting and it helps me explaining situations to my students. Thanks.

Thanks. Hopefully it will be a useful guideline :)

Salam saya nak tanya pendapat.. Skrg ni sya ada sjil skm thap 3 bidang multimedia dan sya juga mmpunyai sijil giatmara bidang animasi.. Taun 2010 spm 2 krdt sains,seni.. Llus semua.. Jadi skrg ni saya buntu tok sambung diploma.. Saya tidak tahu nak masuk kolej mana.. Sya banyak sijil.. Cuma memberi cadangan tok saya sambung diploma..

Asalamualaikum...cikgu saye dah lulus pemohonan ikbn peringkt dip selame 3 tahun,,,then tahun ni jugak saye amek skm level 3,,perlu ke saye mohon tahun hadapan untk tahap 4 selame setahun atau saye ulang belajar dari level 1 dan stay selame 3 tahun???


Salam yasmin. Jika kamu mempunyai sijil dari Giat MARA dalam bidang animasi dan multimedia kamu boleh memohon diploma multimedia di Kolej Polytech MARA. Namun demikian, Kolej Polytech MARA mempunyai kursus multimedia di lokasi tertentu. Kamu juga boleh memohon di kolej swasta utuk kursus multimedia dan mendapat PTPTN jika dari kolej komuniti dan politeknik. Namun jika pembiayaan sendiri tidak ada masalah. Jika dari kolej kemahiran lain dengan sijil SKM untuk ke diploma di kolej swasta, anda perlu memohon syarat -syarat dari PTPTN terlebih dahulu untuk status kelayakan memohon pinjaman PTPTN.

Jika telah tamat sijil pertanian SKM Tahap 4,pelajar boleh teruskan pengajian? Jika boleh,pelajar akan teruskan pengajian ke diploma atau ijazah sarjana muda?

Salam Zamaz, cikgu ingin memberikan kamu dua situasi untuk kamu berfikir dan membuat pertimbangan terbaik. Pertama mengenai apakah kursus yang kamu ambil sekarang? Apakah kursus tawaran diploma yang kamu dapat? Adakah ia kursus yang sama ?

Jika kamu melanjutkan skm tahap 4 selama setahun sahaja lagi dan kemudian menyambung keperingkat lebih tinggi ataupun bekerja dengan gaji asas graduan skm tahap 4, gaji ialah setara graduan diploma lanjutan . Dengan ini anda telah menjimatkan masa pengajian sepenuh masa anda. Sewaktu bekerja anda akan menambahkan lagi input pengetahuan dengan skill baru dengan kursus pendek atau melanjutkan pengajian untuk menambahkan skill yang mana dalam tempoh 2 tahun anda akan menjadi senior.

Atau anda menyambung diploma selama 3 tahun lagi dan selepas itu, bekerja dengan gaji permulaan yang rendah sikit berbanding dengan 2 tahun pengalaman kerja jika menyambung di skm 4. Namun demikian jika anda mendapat tawaran diploma yang berlainan dengan SKM sekarang, anda sudah mempunyai nilai tambah kemahiran dan prospek kerjaya lebih luas berbanding dengan satu skill kursus sahaja yang ada. Dengan prospek kerjaya yang lebih luas anda mempunyai pilihan pilihan untuk menimbangkan kerjaya yang memberikan kepuasan dari segi gaji dan skop kerja.

Bagi graduan sijil kemahiran pertanian, laluan melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bidang pertanian juga lebih baik dan diiktiraf kerana keunikan kursus pertanian ini sendiri ..sebenarnya selepas anda tamat sijil kemahiran tahap 3 laluan seterusnya ialah diploma kemahiran (tahap 4) dan diploma kemahiran lanjutan (tahap 5) jika anda masih lagi melanjutkan pelajaran ke institusi kemahiran. Namun jika anda ke IPTA sijil kemahiran tahap 4 itu perlu dipatuhi syarat kemasukan contohnya ke UPM sama ada boleh dipertimbangkan untuk terus ke ijazah atau sebaliknya.

salam. cikgu saya nak tanya. saya cuma dapat seni c math d bm, pd, ss saya dpt e. kolej mana yg saya boleh sambung study cikgu.

Nampaknya dari list kamu, kamu hanya mempunyai kredit dalam satu subjek sahaja iaitu seni. Kamu boleh memohon kolej komuniti dan Giat MARA yang menawarkan lebih banyak pilihan kemahiran tertakluk kepada minat kamu. Jika cenderung kpd automotif kamu boleh memohon MAI kursus IPC dan jika kepada pertanian memohon sijil kemahiran pertanian.

Assalaualaikum cikgu ,, sya nak tanya , klau misalnya sya dpat semua kredit dan gagal dlam kimia , adakah sya layak memohon matrikulasi?

Subjek kimia adalah antara subjek yang dipertimbangkan kelulusannya untuk ke matrikulasi. Jika anda mendapat D sekali pun untuk kimia, anda akan ditawarkan ke matrikulasi perakaunan. Anda boleh memohon rayuan untuk ke matrikulasi sains apabila mendapat pengesahan tawaran. Atau anda memohon untuk rayuan program matrikulasi sains 2 tahun. Namun demikian, permohonan ke UPU masih terbuka luas dengan pelbagai kursus sains kerana hanya 1 subjek elektif sahaja yang gagal.

Okay cikgu , jd sya msih ada peluang utk ikut program sains d mna2 tmpat lah ye d universiti dan sya juga brpeluang utk msuk matriks dlam aliran sains jika sya membuat rayuan . Terima kasih ye cikgu . Assalamualaikum ..

Waalaikummussalam..
Memohon rayuan tidak semestinya menjanjikan tempat. Oleh itu kamu perlu memohon kepelbagaian tempat seperti universiti , politeknik, institusi di bawah MARA seperti GMI, MFI. Semoga berjaya!

assalamualaikum cikgu. saya nk tanya saya dapat spm seni c. math d. bm , ss, pd e. kat mne yg salah blh sambung study ye. dn kos apa yg sesuai dng saya ?

jadi saya kena jumpa org to ke atau isi borang ye cikgu. saya nk ambil kos perdagangan ?


Bagi pertanyaan daripada Ohh Awak.. kamu perlu mengisi borang terlebih dahulu untuk mendapatkan tawaran belajar di sana. Bagi murid yang mendapat satu kredit sahaja dalam SPM, kursus dalam bentuk kemahiran. Perdagangan tidak ditawarkan kerana ia lebih kepada akademik. Cikgu berharap kamu boleh melayari GIAT MARA, Kolej Komuniti dan institut kemahiran pertanian atau automotif dan check setiap kursus yang ditawarkan yang sesuai dengan minat kamu.

Salam Anuar, kes kamu seperti pertanyaan daripada Ohh Awak.Cuma dengan 1 kredit SPM, maka institusi kemahiran yang boleh menawarkan tempat kepada kamu. Kursus yang sesuai bergantung kepada minat kamu terutama apabila kamu telah membuat psikometrik minat kerjaya dan lihat kecenderungan kamu ke arah kursus yang mana.Setiap institusi kemahiran Giat MARA, kolej komuniti, institusi kemahiran Baitulmal, institusi pertanian, institusi automotif ialah pilihan -pilihan yang boleh dipertimbangkan.

salam cikgu. cikgu sy skrg sedang mengambil sijil sejuk beku (aircond) di ILP. saya akan tamat pada hujung tahun hadapan. Saya teringin sangat untuk further study (diploma) di IPTA dan sebolehnya bidang yang berkaitan sebab saya difahamkan saya akan boleh transfer kredit nanti. Jadi cikgu, please help and give me options. regards. thank you.

Salam cikgu. Sy ni sudah berkahwin dan ade 2 org anak. Sy ambil kursus dip tek. pembuatan di polimas jitra. Sy tidak menamatkan pengajian. Untuk makluman cikgu.. Sy dpt menjalani latihan industri dan berjaya menyiapkan projek semesta akhir. Sy terpaksa menambah semester disebabkan jadual yg bertindih dan terpaksa gugurkan subjek semasa dan terpaksa menambah semester lg. Sy menamatkan pengajian pada semester ke-8 yg hanya ade 2@3 modul. Sy tertekan dan mohon untuk berhenti. Sy terpaksa tambah semester hanya sebab aturan jadual. Masalah ini berlarutan bermula dgn 1 modul repeat... Sy terpaksa drop 2 modul semasa... Ade pensyarah kata pelajar diploma yg berhenti pengajian tetapi berjaya menjalani Latihan industri dikira layak mendapat sijil kerana syarat utk menjalani Latihan industri ialah pelajar mesti selesai modul peringkat sijil. Minta pencerahan.

assalamulaikum kak...sy nak tanye...kolej ap yg sesuai untuk bidang oil and gas under kerajaan???....sy just ada 4 kredit...

kepada Well Bob..sijil kemahiran ILP boleh digunakan untuk memohon kursus kemahiran di IPTA seperti di politeknik untuk diploma.

Salam hariz haidar. Keunikan sijil kemahiran ialah ia mengandungi tahap kemahiran tertentu. Diploma kemahiran ialah sijil tahap 4. Jika kamu tidak bergraduan dalam diploma, tetapi sijil atau modul kamu akan dipertimbangkan sehingga sijil tahap 2 atau sijil tahap 3 bergantung kepada silibus yang telah kamu lengkapkan pada tahap tersebut. Apabila kamu menyambung pelajaran di tempat lain atau kamu bekerja kamu boleh menggunakan sijil kemahiran tahap 3 tersebut. Sewaktu kamu bekerja, kamu boleh mengambil kursus jangka pendek untuk ke tahap 4.


Kepada Arman:
Dengan 4 kredit SPM anda boleh memohon diploma dalam bidang tersebut iaitu di ADTEC. Tempat ini menawarkan diploma yang memerlukan kredit dalam 3 mata pelajaran sahaja terutamanya bahasa melayu, matematik dan satu subjek sains atau teknikal. Dan perlu lulus Bahasa Inggeris.
Namun jika syarat mata pelajaran yang perlu kredit seperti diatas kamu tidak ada, maka kamu boleh memohon ILP atau IKBN untuk kursus di peringkat sijil.

assalamulaikum.. kluarga sy ketogeri biasa² je. sy minat psal fesyen. klauu nak masuk kursus rekaan fesyen. tpi math sy gagal . bole ke? sy nak daftar di tumpat giatmara.

Matematik gagal boleh memohon kursus rekaan fesyen. Giat MARA Tumpat sedang membuka permohonan untuk kemasukan Jan-Jun 2016. tarikh tutup pada 30 Disember 2015. Anda boleh menghubungi tempat tersebut.

Salam cikgu ,sye cme ade 2 kdt spm ,sye nak amik bidang kimpalan boleh ke cikgu ? Kat mne tmpt yg boleh sye mohon untok amik bidang kimpalan ?
Mohon pendapat dari cikgu

Salam Syahir. Anda Boleh memohon peringkat sijil SKM kimpalan di ILP, IKBN, IKM atau Kolej Komuniti

assalamualaikum. saya nak tanya. kalau markah addmath dan subjek sains saya tidak memberansangkan, let's say i get C or D for those subjects, adakah ia akan menganggu kalayakan saya untuk menyambung pelajaran dalam bidang bahasa inggeris ? dan apakah bidang di universiti selain bahasa inggeris yang ditawarkan selain tesl ?

Sekiranya yg gagal spm (bm d) tapi kredit english bagaimana ?

Salam, Jika mata pelajaran elektif mendapat C ialah kredit dan masih lagi layak memohon untuk kemasukan ke tempat -tempat pengajian tinggi bertaraf uiversiti. Jika mendapat D, tetapi ada lagi mata pelajaran elektif yang mendapat kredit ia tidak menjejaskan permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang bahasa Inggeris sekurang-kurangnya permohonan ke kolej.

Salam enyra,
BM dengan keputusan D bermakna anda lulus BM dan layak mendapat sijil SPM. Jadi anda masih lagi boleh menyambung pengajian anda dalam bidang kursus yang meletakkan syarat minimum BM lulus.

Slam ckgu..sya nk tnya pndpt ckgu..bru2 ni sya ada memohon di kolej negeri campus chedang n9..menawarkn krusus diploma kemahiran kulinari slma 3 thun di bwah jbtn kmntrian sumber manusia dn pinjaman tajaan ptpk elaun sara diri rm400(sbuln)... adakh sya terima krusus tersbut atau menolaknya?...dlm delima..

Salam,
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kursus selepas SPM ialah
1) minat. Jika anda memohon cikgu mengandaikan anda berminat, jika tidak anda memang dalam persimpangan.
2) Adakah kursus yang ditawarkan adakah mendapat pengiktirafan atau kelayakan dari MQA.
3) Adakah Kursus tersebut menawarkan pinjaman. Sila teliti pinjaman tersebut sama ada pinjaman boleh ubah atau pinjaman tetap. Jika belajar separuh jalan apakah implikasi terhadap denda, pinjaman atau sebagainya. Jika mendapat dua tawaran yang setara, tempat yang manakah memberikan elaun dan pembiayaan secara percuma atau dengan bayaran yang berpatutan dengan kualiti yang sama. Ini kerana program kemahiran adalah antara program yang mendapat tajaan penuh dari pelbagai agensi kerajaan. Jika kolej swasta pula, mendapat kemudahan pinjaman yang diuruskan oleh pihak kolej.
4) kemudahan yang diberikan dari segi penginapan dan pelajaran jika berjauhan dari tempat tinggal.Adakah perlu mencari sendiri atau disediakan dengan kadar bayaran atau percuma?
5) Dapatkan maklumat mengenai alumni graduan kolej tersebut dengan kursus yang sama. Adakah pihak kolej membantu sewaktu mencari tempat praktikal dan apakah antara pekerjaan graduan kursus tersebut.

Anda boleh mencari maklumat mengenai perkara -perkara ini dengan bertanya sendiri dengan pihak pengurusan, google maklum balas orang lain mengenai kursus tersebut di kolej itu agar anda mendapatkan gambaran yang lebih baik sama ada menerima atau menolak dengan alasan yang tidak mengecewakan anda sendiri.
Apabila murid berada di dalam persimpangan antara tempat melanjutkan pelajaran dan kursus yang ingin diambil sesuai dengan kelayakan yang ada, inilah perkara penting yang dapat membuatkan murid memilih satu keputusan terbaik dalam bidang yang ingin diceburi.

Assalamualaikum cikgu,saya calon spm 2016..Saya ambil perinsip perakaunan..Sekiranya saya gagal addmath dan prinsip perakaunan yang mana saya boleh pergi?? atau tiada peluang melanjutkan pelajaran??

Assalamualaikum,saya calon spm 2016.. Sekiranya saya gagal prinsip perakaunan dan addmath dan hanya lulus matematik..Bolehkah saya ke institut kemahiran?? Atau ada yang pilihan lain??

assalamualaikum akak.. saya dpat 5b 3c 3d.. spm2012.. aliran sains msih blum dpat twaran.. kepujian dlm b.melayu math dan sejarah.. mnakala kredit bi.. bidang apakah sy layak memohon.. adakah sy layak memohon mdab.. bilakah tarikh dibuka semula utk program mdab uitm.. dan brapa lamakah tempoh pengajian.. mohon pencerahan..

Kepada pelajar sekolah,
Bagi mata pelajaran elektif, add math dan prinsip akaun jika anda gagal tetapi ada satu mata pelajaran elektif lagi yang anda mendapat kredit anda masih layak memohon pengajian untuk melanjutkan pelajaran di institusi kemahiran dan juga yang bukan institusi kemahiran jika anda mendapat 3 - 5 kredit mata pelajaran lain termasuk satu lagi elektif. Tetapi jika lulus Matematik dan kurang 3 subjek yang mendapat kredit , anda boleh memohon ke institusi kemahiran.
walaubagaimanapun cikgu suka nak mengingatkan anda bahawa tahun 2016 kamu masih mempunyai masa yang panjang untuk fokus satu subjek seperti prinsip Perakaunan untuk target sekurang-kurangnya mendapat kredit mulai dari sekarang.Ini kerana murid ting 4 yang mendapat kelulusan cukup makan pencapaian markah bagi Add Math dan akaun di ting 4 sudah mula membayangkan kebimbangan di SPM 2016. Anda akan mula tension untuk catch up dua dua subjek berat ini. Jika anda tidak mampu fokus dua subjek ini, cuba fokus satu subjek untuk mendapat kredit sekurang-kurangnya untuk kelayakan permohonan ke IPTA .

Salam Fatin,

Dengan kelulusan anda, anda boleh memohon bukan sahaja di UitM , malah untuk Politeknik dan Unit Pegambilan ke Institusi MARA iaitu institusi di bawah MARA seperti list di atas dengan pelbagai jenis kursus sama ada diploma atau pra diploma. Cikgu mengandaikan subjek 3d SPM itu ialah subjek mata pelajaran elektif yang menyebabkan permohonan UPU kamu tidak mendapat tawaran pada ketika itu. Namun kamu boleh memohon secara berasingan tempat -tempat yang cikgu nyatakan tadi dan melihat panduan syarat umum dan syarat khas untuk kursus -kursus yang kamu boleh mohon dengan kelayakan kamu. Setelah itu kecilkan lagi pilihan pada setiap tempat tersebut untuk kursus yang anda berminat untuk mempelajarinya. Jangan hanya memohon pada satu tempat sahaja. MDAB UitM akan membuka permohonan Januari nanti tetapi biasanya bidang yang ditawarkan ialah pra diploma dan keutamaan kepada ibu bapa di bawah pendapatan 3k. Semoga berjaya!

adakah institusi mara dan politeknik hnya menawarkan pengajian kemahiran shja ckgu? bgi program mdab,, adkah permohonan bru dibuka atau pendaftaran pljar pra dip pda januari nnti

Salam Fatin, permohonan MDAB pra diploma akan dibuka pada Januari iaitu pemohon baru. Kamu boleh direct ke laman web UiTM. Permohonaan ke politeknik dan institusi dibawah MARA bukan sahaja terhad kepada kemahiran bahkan juga program pengurusan perniagaan, kewangan, kejuruteraan dan program sains dan lain-lain lagi

salam cikgu,jadinya saya boleh sambung ke diploma,dengan adanya sijil giat MARA?? walaupun spm saya 2 kredit?? yang lain lulus sahaja..

Salam Yasmin,
Untuk menyambung peringkat diploma, kelayakan ialah sijil kemahiran atau SPM. Murid yang mendapat 5 kredit dan menepati syarat umum dan syarat khas boleh meneruskan ke diploma selepas SPM. Tetapi dengan kelulusan kamu yang mendapat 2 kredit sahaja dan lulus SPM membolehkan kamu meneruskan pengajian ke peringkat diploma TETAPI jalannya jauh sedikit iaitu mengambil pengajian peringkat sijil atau pradiploma terlebih dahulu. Sijil kemahiran ini adalah Kelayakan yang akan digunakan untuk syarat kemasukan atau setara ke peringkat diploma walaupun kelulusan anda SPM 2 kredit dan lulus semua subjek.

Salam sya ambil pada tahun 2011 tapi maths sya tidak credit hnya skadar llus sahaja, jika saya repeat paper maths pada tahun 2016 ni, ada ka sya msti mngambil kesemua subjek yg sya ambil masa spm d 2011 atau saya blh mengambil kertas maths sja ?

Kamu boleh mengambil paper Math sahaja untuk diulang dan sila update dengan Lembaga peperiksaan kerana kamu perlu mendaftar diri untuk subjek yang diulang khas untuk murid yang mengulang BM atau Math atau kedua-duanya. Peperiksaan khas untuk Subjek ini diulang biasanya dalam bulan Julai atau Ogos.Kamu tidak perlu mengambil kesemua subjek KECUALI terdapat kursus yang kamu sangat berminat untuk menceburinya dan ada beberapa subjek yang menjadi penghalang untuk ke kursus tersebut, maka kamu boleh mengambil semula peperiksaan SPM. Jika kamu mengambil semua subjek semula kamu akan menduduki peperiksaan SPM diulang pada tarikh peperiksaan SPM tahun semasa.

Assalamualaikum cikgu,sye aini amik sains kejuruteraan,nk tnye jika sye gagal 3 subjek elektif iaitu addmath,fizik,kimia,dan math sye hnya D,Bi c,yg lain semua lulus kemanakah tempat yg sesuai utk sye smbung blja .
Terima kasih

Salam saya ingin bertanya saya aliran sastera ingin mengambil pengurusan perladangan iaitu orange atasan adakah dapat walaupun saya tak mengambil subjek biologi dan subjek sains Yang lain tetapi saya mengambil sains asas?

Salam aini..
Dari pernyataan kamu menunjukkan bahawa kamu mempunyai satu kredit sahaja iaitu C untuk Bahasa Inggeris. kamu boleh memohon institusi kemahiran iaitu sijil kemahiran malaysia di kolej komuniti, giat mara, automotif di MAI, pertanian di institut pertanian, IKM, Institut kemahiran Baitulmal. Walaubagaimanapun jika anda tidak berminat dengan kursus -kursus kemahiran tersebut atau pilihan kedua ialah kamu boleh mengulang SPM kamu dengan memfokuskan kepada 6 subjek wajib sahaja dan 1 elektif kejuruteraan yang anda lulus untuk mendapatkan kredit yang lebih baik sekurang-kurangnya 3 kredit untuk menceburi kursus yang bukan berorientasikan kemahiran.

Kursus pengurusan ladang boleh diambil oleh murid sastera. Mata pelajaran eletif bagi murid sastera untuk melayakkan permohonan ke kursus tersebut boleh dirujuk pada syarat kemasukan di UiTM, UPM, Institut Pertanian atau di Kolej Universiti Agrosains Malaysia. Mata pelajaran Sains hendaklah kredit degan syarat khas yang lain yang berbeza antara institusi tersebut.

Assalamualaikum cikgu.tahun dpn sy spm.sy nih angan2 nk study luar negara sy nk ambil course agriculture. sy angan2 nk study dkat curtin university australia.
Sy dh check kt lman web universiti tuh ada course agriculture utk postgraduate. Apa syarat kelayakan n cara utk memohon study ke situ lepas spm? Andai kata sy dpt straight A+ , prlu ka sy msuk f6/mna2 program diploma dahulu?(Maaf cg tggi melangit harapan sy nihh, just nk tahu je). Subjek elektif utk spm nih hanya sains pertanian,ict dan add math.so, sy xleh masuk matrik kan?..
Mohon penjelasan dan pencerahan drpd cg sbb minda sy x brapa nk jelas dgn suma nih cg 😄
T.kasih cg.
Maaf sbb bnyk yg sy soal, tp tlg cg😃

assalamualaikum cikgu, saya ada diploma teknologi elektrik kuasa...saya start dari bawah,dari sijil sampai diploma...tapi saya ada persoalan adakah saya layak untuk sambung ke peringkat seterusnya kerana result spm saya ada satu gagal..yang gagal itu pulak bi..mintak pendapat cikgu..

sepupu saya baru habis pt3 dan result tak ade A . yg ade B , F dgn D je . yang mana lagi bagus . patut masuk kolej vokasional atau teruskan je ambil spm tapi masuk ikbn selepas tamat spm . mohon beri penerangan mana yang lebih bagus

Salam syafiqah. Result pt3 tak sama dengan result pmr sari aspek pengiraan merit untuk membolehkan seseorang murid itu ke sekolah sains, kolej vok atau mata pelajaran elektif yang diplih di sek men harian sekali pun. Ini kerana result PMR, kita akan menilai kualiti pembelajaran murid dari PMR sahaja manakala bagi pt3 syarat kemasukan ke sesuatu tempat untuk memilih mata pelajaran elektif yang sesuai berdasarkan gabungan markah peperiksaan berpusat PT3 dan markah PBS. Cikgu tidak dapat memberikan penilaian yang mana bagus kerana markah sebenar setiap subjek pt3 dan band PBS bagi setiap mata pelajaran tidak diperincikan. Walau tidak mendapat A, tetapi gabungan Math dan sains serendah C/C dengan band 4 PBS juga layak diletakkan di kelas sains. Malah dalam kes khas, gabungan c/d dalam Math dan sains bagi pt3 dan band 4 bagi PBS subjek berkenaan serta psikometrik cenderung ke arah sains juga dibenarkan layak ke aliran sains. Oleh itu cikgu memerlukan markah PT3, markah PBS dan skor psikometrik untuk dibimbing memilih mata pelajaran elektif yang sesuai.

Salam azman.

Cikgu ucapkan tahniah walaupun mula dari bawah tapi cita-cita untuk memajukan diri sentiasa membara sehingga sijil ke diploma dan masih lagi ingin ke peringkat lebih tinggi! Alhamdulillah. Dari
Diploma teknologi elektrik kuasa anda boleh menyambung ke tahap 5 dan seterusnya ke ijazah. walaupun anda mendapat gagal untuk mata pelajaran BI di peringkat SPM tapi syarat ke tahap 5 atau setara ijazah memerlukan pemohon tamat tahap 4 dengan jayanya atau sudah memperolehi diploma. walaubagaimanapun suka cikgu sarankan kepada anda, bahawa kursus yang anda ambil ini adalah antara kursus demand yang hanya orang yang mahir sahaja diterima bekerja. Dengan prospek kerja yang luas terutama apabila anda berada satu tahap yang lebih tinggi cikgu sarankan anda mengulang paper BI SPM. Kamu hanya mengulang paper itu sahaja dan mengambil kursus intensif Bahasa Inggeris sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Jika mendapat result kredit, ia merupakan nilai tambah untuk anda dalam persaingan memohon tawaran pekerjaan.

Salam nur,
Oleh kerana pakej mata pelajaran elektif anda sains pertanian, ICT dan Matematik Tambahan ia agak membataskan anda untuk memasuki asasi sains dan matrikulasi kerana majority yang ditawrkan ialah subjek wajib Fizik, KImia, Add Math dan satu lagi subjek sama ada Bio/ ICT. Oleh itu peluang asasi ialah
anda boleh memohon AUSMAT yang ditawarkan di IPTS iaitu australian matriculation (AUSMAT) atau SAM south australian matriculation dan melanjutkan pelajaran ke Australia sewaktu ijazah sarjana muda. namun kos pengajian agak mahal kerana pembiayaan sendiri atau mencari tajaan.

Atau anda boleh melanjutkan pelajaran dalam diploma dan seterusnya ijazah di universiti tempatan dan menjalankan postgraduate peringkat Master di oversea dengan geran penyelidikan university, atau memohon tajaan dengan pengalaman dan kelulusan anda.

Assalamualaikum tumpang tanye kalau nk keje dgn oil & gas(offshore),institusi mne sye nk msuk???

Salam cikgu . Saya dapat D dalam bahasa melayu masa spm 2013 dan skrg saya belajar di ikm dan baru saja sem 2 dan saya mengambil kursus kimpalan . Bila saya habis belajar di ikm boleh ke saya sambung belajar di kktm untuk ke peringkat diploma perlu ke saya repeat spm untuk kreditkan bm saya ?

Salam suhaimi.

program KKTM meletakkan syarat walaupun untuk pelajar skm tahap 2 untuk ke diploma dari ikm tetapi kelulusan BM mestilah kredit sewaktu SPM . Namun saya tidak pasti jika anda boleh membuat rayuan dengan syarat -syarat khas. contohnya ada institusi perlu mendapat kredit BM sebagai syarat kemasukan tetapi membenarkan pelajar memasuki kursus tersebut walaupun tidak kredit BM dengan syarat khas sebelum bergraduat, perlulah kredit dalam BM atau Math yang mana cikgu rasa ia sangat berisiko kerana anda tidak dibenarkan bergraduan kerana sehingga tamat kursus anda masih lagi tidak bergraduan jika BM masih tidak kredit. Anda boleh memohon ke politeknik untuk diploma kemahiran kerana syarat kemasukan meletakkan BM serendah wajib lulus dan bukan kredit. Anda boleh memohon walaupun anda dari IKM dengan memohon dibawah lepasan SKM. Selain itu, anda juga boleh memohon mana-mana institusi kemahiran lain dengan menggunakan SKM yang meletakkan syarat khas yang setara dengan sijil SPM anda. Walaubagaimanapun tidak salah jika anda ingin mengulang paper BM untuk mendapatkan kredit bagi nilai tambah sijil SPM anda di kemudian hari

ouh..klu begitu lbh baik sy mlnjutkan plajaran pringkat ijazah d universiti tmpatan dahulu kan? ..hmm..trima kasih ats jwpn cg :) sy appreciate sgt cg..smoga Allah mmbalas jasa baik cg.

Salam abdul haqim

Untuk memasuki kursus berkaitan dengan oil and gas sama ada di ADTEC, ILP atau IKBN. Jika di terengganu, anda boleh memohon di Kolej KETENGAH. Yang penting sewaktu kursus dijalankan sama ada sewaktu praktikal atau di dalm loji pemprosesan sebenar, anda hendaklah komited dan menujukkan skill yang bersungguh untuk diterima bekerja dengan pengalaman yang ada walaupun sewaktu praktikal.

saya gagal spm dan saya tak ada sijil spm. apa yang patut saya masuk?

Jika anda tidak mempunyai kelulusan dalam SPM, anda boleh memulakan langkah dengan mengisi permohonan untuk memasuki aliran kemahiran. Antara pilihan - pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:

1) IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi di MAI,

2)Memohon di Jabatan Pertanian Malaysia dengan sijil kemahiran pertanian untuk Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,

3)bidang kejuruteraan elektrik, kursus penyajian makanan, kursus rekaan fesyen, kursus seni lukis dan seni reka, kursus teknologi binaan bangunan di Institut kemahiran Baitulmal

4) Institu Kemahiran Belia Negara
5) Giat MARA
6) Kolej Komuniti
Pilihan 4 - 6 ini menawarkan pelbagai kursus untuk calon yang tamat ting 5 tetapi gagal SPM. Sila rujuk laman web mereka untuk memilih kursus yang sesuai

as salam cikgu...saya ada kawan cina yang habis sekolah sehingga darjah 6.adakah dia layak untuk mengikuti sebarang kursus yang ditawarkan seperti pemasangan air cond?

As salam cikgu adik sy mpy skm tahap 2 dr segi kolej & tiada spm..di mana adik sy layak utk smbung pengajian..mac 2016 cukup umur 18 thn.pd pendapat cikgu adakah adik sy lebih baik spm terlebih dahulu..

Salam nurnadeha, murid Cina boleh mengikuti program di institusi yang meletakkan syarat kemasukan warganegara Malaysia . Ini bermaksud kawan anda boleh memohon kecuali agensi di bawah MARA atau Baitulmal. namun syarat kemasukan yang membataskan permohonan kawan anda ini krana tamat darjah 6 sahaja dan anda tidak menyatakan umurnya sekarang. Kursus pemasangan aircond bagi kolej komuniti memerlukan kelulusan SPM. Cikgu mencadangkan anda melayari agensi swasta yang menawarkan kursus kemahiran pemasangan aircond dengan bantuan tabung kemahiran.

Jika tiada spm dan sudah mempunyai skm tahap 2, adik kamu layak memohon pengajian skm tahap 3 dan 4 mengikut kursus yang diceburinya kerana permohonan berdasarkan skm boleh digunapakai oleh mana -mana institusi yang tidak meletakkan syarat asas wajib mempunyai SPM. Kebiasaanya murid yang sudah meninggalkan alam persekolahan agak sukar menerima teori teori akademik tanpa masuk ke kelas formal. namun jika masuk ke sekolah formal pula, mereka mempunyai konsep kendiri yang agak rendah kerana faktor umur dan menyesuaikan semula dengan setting sekolah yang menyebabkan masalah lain pula yang timbul. Kekuatan adik anda ialah program kemahiran, teruskan melanjutkan ke program kemahiran hingga tamat tahap 4. Adik anda boleh mengambil peperiksaan SPM dengan mata pelajaran yang teras sahaja sebagai calon persendirian apabila dia bersedia dan bermotivasi utnuk menerima mata pelajaran tersebut.

Salam, saya nak tnya, spm sya dpat 5 kredit tapi mats sya hnya dpat D, tiada subjek yg sya gagal, sya nak tnya adaka saya masih berpeluang mngambil dploma dlam bdang oil and gas ?? klau blh d mna ka universitinya ?? trima kasih ☺☺.

Salam
Anda mendapat 5 kredit tetapi dengan kelulusan D Matematik iaitu tidak mendapat kredit menghadkan peluang ke diploma bidang oil dan gas yang memerlukan kelulusan kredit dalam Matematik oleh pelbagai institusi. walaubagaimanapun anda boleh memohon Institut Latihan Perindustrian untuk peringkat sijil oil dan gas kerna kelulusan SPM dengan satu kredit sahaja dan lulus Matematik sebelum menyambung ke peringkat diploma.

Assalamualaikum cikgu, sy pelajar tingkatan 4 tahun ini dn baru shj mendpt keputusan pt3 bulan lepas. Hasil keputusan pt3 sy (3A dn Matematik E) sekolah tlh meletakkn sy di dlm aliran kelas sains pertanian (subjek pelajaran adalh BM, BI, Sej, Agama, Matematik, Sains Pertanian, Geografi). Sy tdak dpt masuk ke aliran kelas yg belajar Ekonomi Asas. Sy sungguh kecewa kerana sy tak minat Sains Pertanian. Sekiranya sy tetap trus belajar utk ambil spm tahun 2017 nnt, bidang apakh yg blh sy ambil di peringkat ijazah / diploma hasil drpd kombinasi subject yg sekolah sy beri ini dn di ipta mana serta apakh kriteria kelulusan yg diperlukn oleh ipta tersebut.

Salam amirul

Dengan kelulusan pt3 Matematik E , agak sukar untuk pihak sekolah menawarkan kursus mata pelajaran elektif Ekonomi Asas. Ini kerana kombinasi mata pelajaran elektif ini juga melibatkan pengiraan. Dari pernyataan masalah anda cikgu andaikan anda berminat dengan bidang pengurusan, pemasaran dan kewangan.

Walaubagaimanapun, cikgu harus mengingatkan anda bahawa mata pelajaran elektif yang anda ambil iaitu sains Pertanian dan Geografi mempunyai kelebihannya tersendiri. Anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam diploma pengurusan perniagaan malahan dengan subjek pertanian membolehkan anda melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengurusan, kewangan seperti yang ditawarkan di IPTA iaitu UiTM malahan program diploma usahama dengan Kolej Polytech MARA (KPTM) dan Institut Profesional Baitulmal.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

Kolej Polytech MARA (KPTM)
Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.

INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus. Y Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


Politeknik
Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester

Oleh kerana anda berminat dengan IPTA maka cikgu menyenaraikan IPTA dan setaraf dengannya untuk kamu lihat bagaimana banyaknya peluang untuk kamu dengan syarat mana-mana mata pelajaran elektif yang anda ambil asalkan syarat umum sama ada 5 kredit dan ada yang srendah 3 kredit dengan kombinasi mata pelajaran elektif apa sahaja. Selain itu banyak lagi tempat -tempat yang boleh kamu teroka selepas SPM nanti yang menawarkan yuran yang berpatutan terutama sekali di IPTS.

Semoga anda terus bersemangat untuk menghabiskan lagi 2 tahun usia di bangku sekolah dengan terget pencapaian akademik yang baik terutama sekali Matematik

hello . nak tanya kalau dpt 6kredit tpi sains tulen tu tak kredit mcm mna ? tak boleh apply spa8 ?

Assalamualaikum cikgu, saya ambil spm dlm bidang perdagangan dan seni pada tahun 2011. Saya mendapat keputusan BM B, BI D, P. ISLAM C+, SEJARAH D, SAINS C, SENI C+, PERDAGANGAN E dan MATH G. 4 credit, 3 lulus dan 1 gagal. Apakah kelayakan saya, di mana tmpt yg saya boleh memohon sambung belajar, atau patutkah saya mengulangi semula subjek yg gagal atau sekadar lulus. Apa langkah yg bagus untuk saya cikgu. Saya sedang bekerja, skrg baru saya teringin untk sambung bljr. Harap cikgu boleh guide saya, trimas.

Assalam cg,andai kata keputusan bi dan salah 1 subjek sains saya dlm spm baru2 ni hanya sekadar lulus sja,saya masih layak x untuk diterima ke matriks,IPT atau mana2 kolej dlm aliran sains atau kejuruteraan? Sbb saya agak risau dngn 2 subjek tu

Salam, bagi membalas pertanyaan dari anda yang mengambil SPM thun 2011. Jika anda tidak berminat dengan kursus kemahiran, anda boleh mengulang subjek Mateatik untuk mendapatkan kredit kerana kemasukan diploma.

dari pernyataan kamu, cikgu rasa kamu berumur 22 tahun pada 2016. halangan terbesar kamu ialah Matematik dan BI yang tidak mendapat kredit yang membataskan kamu untuk melanjutkan pelajaran ke diploma bahagian pengurusan. namun biasanya permohonan ke pra adalah layak tetapi anda perlu double check pada syarat umur pula untuk kemasukan ke tahap pra diploma yang berbeza antara institusi.
Jika anda berminat dengan kemahiran, anda boleh memohon ke kolej komuniti, ILP, Institut Pertanian, manakala automotif pula di MAI tanpa perlu mengulang sijil SPM anda.

Salam Buat anda yang menunggu keputusan SPM
Cikgu andaikan kamu adalah pelajar aliran sains dari statement anda yang mengatakan jika salah satu subjek sains saya lulus. Ini bermakna anda masih lagi boleh memohon ke universiti kerana biasanya minimum ialah 5 kredit. namun universiti akan meletakkan syarat kredit BI. Oleh itu jika BI kamu setakat lulus kamu boleh memohon ke institusi MARA seperti politek MARA, Institut Profesional Baitulmal
malah ke politeknik dalam aliran sains atau kejuruteraan

Salam cikgu, nama sy haqi, sy sedang membantu kawan sy yg ada masalah utk smbung blja di mana. Umurnya 22 tahun, result spm tak berapa bagus dan terus masuk blajar di sebuah kilang yg memberikan sijil. Skrang ni kawan sy dah ada skm level 2 automobile. Masih bekerja di kilang yang sama. Dia ingin berhenti dan sambung beljar. Di mana dia layak memohon utk sambung belajar? Sy harap cikgu dapat membantu sy. Terima kasih.

Bagi soalan dari "nak tanya kalau dpt 6kredit tpi sains tulen tu tak kredit mcm mna ? tak boleh apply spa8"

Bagi soalan ini, kebanyakan kursus spa8 ialah kursus berkaitan dengan cabang perkidmatan kesihatan dan perubatan. Oleh itu pemohon yang mempunyai kredit dalam sains diutamakan. walaupun anda mendapat 6 kredit tapi semua subjek sains seperti Fizik Kimia Biologi tiada yang kredit iaitu lulus dan gagal adalah lebih sukar untuk mendapatkan tempat berbanding pemohon aliran bukan sains tulen yang mendapat Sains kredit iaitu A/ B/ C bersama kombinasi subjek lain yang menepati syarat umum.

Salam Haqi,

Jika kawan anda sudah mempunyai skm tahap 2, dia boleh menyambung di ILP dan IKBN di bahagian automotif. namun dia perlu memohon menggunakan skm tahap 2 dan apabila diperakui kesahannya kawan anda boleh melanjutkan kursus di sana. Cikgu tidak pasti dengan ayat anda result SPM tidak berapa bagus sbb jika dia layak mendapat sijil SPM dan mempunyai sijil SPM dengan kombinasi skm tahap 2 , peluang ke tempat lain juga terbuka.

Assalamualaikum. Sye akan mengambil spm tahun ni dan aliran sains tulen. Sye berminat dengan bidang hortikultur yg berkaitan tanaman. Kat mane tempat yg sesuai utk apply bidang ni? Dan ape yg perlu sye skor utk apply course ni?

UPM adalah tempat terbaik dalam bidang hortikultur sama ada dalam bidang diploma malah UPM juga mempunyai kursus asasi pertanian selama setahun sahaja untuk terus menyambung ke peringkat ijazah. Bagi asasi perlu cemerlang dalam mata pelajaran elektif sains tulen selain subjek teras. Bagi diploma sekurang kurangnya syarat khas 2 subjek elektif seperti Bio atau Kimia mendapat kredit yg baik.

Assalammualaikum. Result saya take memuaskan Dan saya perlukan nasihat. Saya nak Tanya. Kalau bm D. BI E. Sejarah c. Perdangangan D. Math G. Tassawur Islam A. Pendidikan Islam A. Pendidikan seni B.Sains E. Tapi saya minat sangat nak sambung belajar dalam akademi. Umur saya dah 20. Dalam bidang mane yang layak? Terima kasih.

Askum cikgu. Saya pelajar kolej vokasional. Saya baru dapat result semester 4. Saya lulus semua subjek akademik dan vokasional. Tapi saya gagal bahasa melayu. Maksudnya saya gagal terus dan tahap kelulusan saya sekarang ialah PMR. Mintak cikgu cadangkan tempat dimana saya boleh lanjut pelajaran. Saya masih berminat untuk belajar lagi.

Salam Nurul Atika, anda mempunyai 3 kredit yang membolehkan anda memohon kursus tertentu di Kolej Polytech MARA. Batasan anda untuk memohon tpt lain ialah killer subjek anda iaitu Math gagal. Sekurang-kurangnya jika anda lulus, peluang anda lebih cerah ke tempat lain dengan kursus yang lebih pelbagai.Jika ada kelapangan masa, ambil semula subjek BM dan Math untuk memperbaiki result anda di samping memohon kolej yang menerima 3 kredit.

Salam kepada bekas penuntut kolej vokasional,
Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Selagi anda bermotivasi selagi itulah anda perlu berlari. Cikgu perlu tau kursus apakah yang anda ambil di KV dan kursus apakah yang anda berminat untuk dipelajari. Setakat manakah kelulusan anda pada subjek kemahiran tersebut pada semester 4. Cikgu anda cuba membantu memberikan gambaran yang lebih baik mengenai peluang anda selepas ini jika anda dapat memberikan info tersebut

Salam cg. Sye pelajar aliran sains dan calon spm 2016. Since last year, sye berminat sgt dgn bidang hortikultur. Soalannye, subjek ape yg perlu sye skor utk ambik bidang ni ?

Biologi dan Kimia subjek elektif jika ingin masuk terus ke peringkat diploma. Tetapi jika kamu dapat lulus cemerlang dalam SPM boleh bermula dengan asasi pertanian setahun sahaja dan jika ke matrikulasi semua mata pelajaran elektif perlu mendapat kredit yang baik kerna termasuk dalam pengiraan meritokrasi. Lebih baik kamu skor kepada semua subjek elektif tersebut jika mahu ke matrikulasi dan asasi hanya memakan masa setahun sahaja dan terus ke ijazah hortikultur

Nk tnya blh tak plajar lepasan sijil kolej komuniti smbung pringkat diploma di universiti awam selain drpd politeknik?

Saya lepasan diploma politeknik bidang perakaunan..grad dgn cgpa 3.45..sudah 2 thun bkerja sbgai kerani akaun dan staf audit.boleh ke saya memohon kursus tenaga pengajar vokasianal (vto) dengan bidang yg menyimpang jauh dr perakaunan..minat nak jadi tenaga pengajar..layak ke memohon upsi ?

Assalamualaikum cikgu..sy pelajar Kolej Vokasional tapi sy berhenti di Tahun 4 dan tidak menamatkan pengajian untuk dapatkan Diploma Tahun 3 ..Saya ada Sijil SVM.. Institut pengajian mana yang saya boleh pohon untuk sambung belajar..Sekian terima kasih

Jika kamu masih ingin meneruskan ke tahap skm 3 dan 4, kamu boleh memohon kursus tersebut di mana - mana list di atas yang menerima pemohon kelayakan skm tahap 1 dan 2 yang setara. Oleh kerana anda tidak menjelaskan kursus apakah yang anda ambil sekarang, anda perlu melihat syarat umum terlebih dahulu sama ada memerlukan SKM semata-mata atau memerlukan juga kelulusan dalam SPM. Jika anda ingin bertukar ke kursus selain dari skm yang anda ada sekarang anda perlu bermula dengan skm tahap 1 tanpa kelayakan SPM.

Salam asmadie,

Untuk pengetahuan kamu, lulusan UPSI bukanlah 100% jaminan anda akan menjadi tenaga pengajar kerana ia adalah open market yang tiada jaminan anda akan berkhidmat di Kementerian Pendidikan. Anda boleh memohon tenaga pengajar di kolej -kolej swasta atau menjadi tutur dengan kelayakan diploma dan pengalaman kerja anda. Namun jika anda melanjutkan pelajaran ke tahap ijazah di tempat selain UPSI juga peluang lebih baik untuk menjadikan anda tenaga pengajar di sekolah swasta atau pusat tuisyen.
Berkenaan dengan vto saya kurang arif tentang perkara ini, tetapi bagi kursus kemahiran adalah menjadi kelaziman anda mempunyai sijil kemahiran atau sijil akademik yang berkenaan dengan kursus tersebut dan tidak menyimpang dengan kelayakan yang anda ada pada sijil sijil anda dengan permohonan kursus lain yang anda tiada pengiktirafan dari segi sijil kelayakan.

Assalamualaikum cikgu.. Result stpm(2014) saye 1.67 spm(2012) 3 kredit shj. Bm sc dan perdangan.Dimana patut saya smabung belajar ye? Nak tnye program mdab uitm ada had umur ke nak mohon?

Salam shafieq, 3 kredit membolehkan anda memohon kolej politeknik namun cikgu tidak pasti bagaimana dengan gred Matematik anda. Ini kerana jika Matematik gagal, semakin terhad peluang untuk ke kursus berkaitan dengan akademik. Dari pertanyaan kamu mengenai MDAB dan kamu juga pernah menduduki STPM, cikgu mengandaikan anda tidak berminat dengan kursus kemahiran. Oleh itu anda boleh memohon
UiTM, Kolej Politech MaRA, politeknik, UiTM MDAB, institut baitulmal. MDAB tidak mempunyai had umur dan anda boleh memohon bila -bila masa apabila online program ini ada di portal UITM.


Buat pertanyaan ini pada 17 januari yang saya termiss memberikan respon
"Nk tnya blh tak plajar lepasan sijil kolej komuniti smbung pringkat diploma di universiti awam selain drpd politeknik?"

Dalam pemahaman cikgu, lulusan kolej komuniti diiktiraf untuk melanjutkan ke peringkat diploma pula di univerisiti terutama kursus yang berkaitan dengan akademik kerana antara syarat lain ialah lulusan sijil yang setara diiktiraf syarat ke diploma. malah IPTS juga mengambil penuntut kolej komuniti dan layak memohon PTPTN. Namun demikian, syarat ke universiti biasanya syarat umum akan melihat kembali sijil SPM kamu dan memrlukan kredit dalam beberapa mata pelajaran kamu selain dari sijil kolej komuniti itu sendiri.

As salam.... saya nak tnya ckgu... saye pljr thun akhir kv... jika saya lulus dn dpt dvm.. adakh diploma sye lyk untuk smbung ipta/s dgn dvm

Assalamualaikum . Cikgu , saya nak tanya sedikit . Saya baru lepas menduduki ujian SPM baru-baru ini . Andaikata saya mendapat keputusan 6C1E (sejarah E dan subjek lain semua C termasuk 1 subjek elektif iaitu geografi) . Bolehkah saya menyambung belajar dalam sektor oil & gas ataupun elektronik ?

Salam amin. Dengan 5 kredit anda boleh menyambung dlm oil and gas mahupun elektronik

Salam Ckg...sy pelepasan spm..sy berminat dengan kerja sprti offshore...tpi sy xthu course ap yg ptut sy amik n kelulusan spm utk bidang ni ap je..tq

Kerja yang berkaitan dengan offshore memang sesuatu yang berkaitan dengan oil and gas atau oseanografi. Jika kamu mendapat kelulusan yang cemerlang atau di tahap yang baik kamu boleh melanjutkan pelajran untuk terus menjadi engineer/ technician/ researcher di bidang tersebut. Namun jika sebaliknya kamu perlu mengambil kursus kemahiran yang mana kerjanya lebih hands on.

Assalam cikgu,
saya ambil 5 subjek teras, akaun, sains, matematik tambahan untuk spm. adakah saya layak untuk diploma dalam bidang kejuruteraan memandangkan saya tiada basic dalam physics? boleh cikgu cadangkan bidang yg boleh saya ambil di universiti?

Salam
Jika lepasan.SPM untuk masuk ke bidang kejuruteraan di universiti adalah sukar kerana kelulusannya memerlukan murid aliran sains dgn kombinasi fizik atau kimia. Namun demikian anda boleh memohon politeknik,institut kemahiran MARA atau kolej kemahiran tinggi yg menawarkan kursus kejuruteraan dengan pakej 1 shj elektif Sains yg memadai dengan diploma kejuruteraan.

Assalamualaikum cikgu.. Result stpm(2014) saye 1.67 spm(2012) 3 kredit shj. Bm sc dan perdangan. Matematik lulus dpt E .subjek lain semua lulus. Dimana patut saya sambung belajar ye? Saya ade dapat tawaran untuk smbung ijazah dri MSU, Kuim, Kuis, ipts2 yg lain. Patut ke saya terima? Atau mohon kemahiran mcm adtec, jmti, ilp, ikbn atau yg lain2. Selain tu layak ke untuk saya memohon pinjaman ptptn atau mara dgn result stpm saya untuk smbung di peringkat ijazah ? Harap dapat mmbantu. Terima kasih cikgu ��

Jika anda mendapat tawaran ijazah, lebih baik kamu go through dulu kursus apa yang ditawarkan dan jika ia sesuai dengan kelulusan dan minat kamu, tiada sebab bukan untuk ditolak. Cikgu faham kebanyakan murid yang melanjutkan pelajaran akan bergantung kepada PTPTN. PTPTN akan memberikan kelulusan pinjaman kepada sekurang-kurangnya 3 kredit untuk SPM. bagi pemohon STPM cikgu tidak berapa pasti kerana kelayakan 3.0 untuk pemohon diploma politeknik yang ingin menyambung ke ijazah di IPT manakala MARA pula meltakkan syarat sekurang-kurangnya 2.0 CGPA. Jika anda memohon kemahiran, anda boleh memohon kemahiran peringkat diploma dengan 3 kredit anda dengan pembiayaan dan bantuan penuh kerajaan atau MARA atau agensi kemahiran tersebut menggunakan sijil akademik anda sekarang. Jika laluan kemahiran lebih mudah untuk anda kerana mendapat tempat dan pembiayaan dan kursus yang diikuti lebih cerah halatujunya, cikgu tau anda pasti boleh menimbangkan yang terbaik untuk anda

Assalamualaikum..saya nak tanya satu soalan.saya lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang sains agroteknologi(akuakultur) dari universiti awam..saya ingin menjadi tenaga pengajar atau pendidik berdasarkan kelulusan akedemik saya..Ada tak mane-mane kolej or institusi yang memerlukan tenaga pengajar or pendidik berdasarkn kelulusan saya tersebut..Harap puan dapat membantu saya..Terima Kasih

Salam Hafiz. Kamu boleh memohon ke pusat tuisyen dan sekolah persendirian untuk subjek teras seperti Sains, BI, BM. Manakala di kolej swasta dengan kelayakan ijazah membolehkan kamu memohon untuk mengajar subjek umum wajib seperti BI kepada student sijil dan diploma. Jika anda memohon lebih lanjut ke kolej kemahiran pertanian atau institusi berkaitan dengan pertanian , anda boleh memohon utk jawatan tutor. Anda boleh menghantar resume anda ke setiap kolej dan institusi yang berkaitan walaupun mereka tidak mengiklankan jawatan kosong. Jika ada rezeki anda di situ, anda boleh ditawarkan kerja sebagai parttime terlebih dahulu. Suka untuk cikgu ingatkan kepada pembaca bahawa, zaman sekarang ialah zaman persaingan. Dengan resume yang baik dari segi pencapaian akademik iaitu lebih tinggi CGPA anda lebih cerah harapan anda dengan sokongan sijil kokurikulum dan aktiviti luar anda. Semoga anda berjaya.

Assalamualaikum. Nak tanya.. sya dri sek tahfiz, saya amik aliran sains tpi xde eksperimen yg dilakukan. Patut ke saya pindah ke sekolah yang lagi better?

Salam sharifah, dilemma murid dari sekolah tahfiz apabila ingin ke aliran perdana agak sukar juga untuk sekolah menempatkan mereka di dalam kelas yang sesuai kerana walaupun kamu belajar subjek teras tetapi silibusnya tidak lengkap. Oleh kerana itu, sekolah tahfiz juga mempunyai pelbagai pakej. Ada yg pakej lengkap seperti aliran perdana dan plus tahfiz. Ada yg 3 subjek sahaja dan tahfiz. Oleh kerana itulah, pilihan yang tepat perlu diambil sewaktu berada di ting 4 terutama apabila anda sudah perlu memilih aliran untuk SPM. Ini kerana cikgu sering berhadapan dengan kesukaran murid tahfiz yang bertukar aliran perdana sewaktu di ting 5 kerana ingin mengambil SPM pula. Tetapi oleh kerana tidak mempunyai asas yang cukup di ting 4, mereka akan keciciran dan gagal SPM. Oleh itu, jika murid tahfiz ingin melanjutkan ke aliran tahfiz juga selepas 17 tahun, lebih baik mereka stay di aliran tahfiz juga. Jika mereka berminat dengan akademik tetapi dalam masa yang sama ingin mengambil aliran tahfiz, maka pilihla institusi yang menawarkan pakej lengkap akademik dan tahfiz agar apabila anda mengambil SPM anda layak ke Universiti awam. Jika pakej yang ditawarkan tidak lengkap akademiknya, ia bermakna institusi itu lebih cenderung melatih murid ke arah aliran agama dan tahfiz semata-mata. Jadi cikgu harap awak boleh membuat pertimbangan yang sewajatnya dari penjelasan ini.

Assalamualaikum,,cg.. Sy humairaa.. Nk tanya.. Sy amat meminati subjek matematik.. Dan bidang ape yg bleh sy pilih untk msuk uni nnti??

Salam, cg..Sy azlin.. Sy ingin mnduduki STAM pada thun ini..adakah bleh sy nk apply msuk u nnti dngn result spm slps mndduki STAM?

Salam azlin. kamu boleh menggunakan result SPM untuk memohon ke UPU tetapi jika kamu menduduki STAM dan mendapat keputusan yang baik lebih baik kamu menggunakan keputusan STAM kerana kamu boleh memohon ke ijazah sarjana muda berbanding lulusan SPM yang memohon ke diploma. Cuma dalam kes apabila keputusan STAM tidak begitu memuaskan barulah murid menggunakan sijil SPM untuk memohon melanjutkan pengajian walaupun ini bermakna mereka perlu berkorban masa selama 3 tahun pula demi mendapatkan tempat melanjutkan pelajaran.

Salam humaira.
Selain dari kursus yang berkaitan langsung dengan matematik, kamu boleh memohon statistik, kursus yang berkaitan dengan saham dan kewangan.

Stpm aliran agama ada sains ke cikgu?

Cg. Btol ka skrang ni kan,pihak u akan mngambil plajar2 mngikut kputusn spm semsa?

Assalamualaikum..ckgu..nak tnya adakah mana2 uitm yg mnyediakan jurusan dploma pnjagaan awal kanak-kanak bagi pelajar lpasan spm?

Assalamualaikum..ckgu nak tnya adakah mna2 uitm yg mnyediakan diploma jurusan pndidikan awal kanak kanak bagi lepasan spm??

Salam sharifah, setau cikgu aliran agama dan sains ada untuk murid SPM sahaja. Pakej STPM sama ada jurusan agama atau jurusan sains . Kamu perlu memilih Salah satu sahaja dan tidak ada penggabungan sains agama STPM seperti peringkat SPM.

Tidak benar dakwaan mengenai pihak u mengambil pelajar tahun semasa SPM sahaja. Oleh kerana itulah wujud kategori pelajar yang memohon ke U iaitu tahun semasa dan juga bukan tahun semasa.

Diploma penjagaan awal kanak -kanak ditawarkan melalui kolej bersekutu yang mempunyai usahasama dengan UiTM

Assalamualaikum,cg.. Sy anis..Contoh lh kan, sy isi upu then pilihan prtama sy adalh asasi sains di uia lpas tu x dapt.. Adakah pihak uia akn tukar kos kita yg lain ke klau x dpt yg asasi sains? Dan kekal ke di uia?

Ok cg.. Terima kasih :)

Salam anis. Jika pilihan pertama tidak ditawarkn, pilihan ke 2 kamu hingga ke 12 akan dipertimbangkn mengikut meritokrasi jika layak. Jika anda menandakn menerima jika ditawarkn ke kursus lain, anda dpertimbgkn ke kursus lain yg tiada dlm pilihan 1 hingga 12 anda. Jika anda tidak mendpt mana mana tawaran, anda boleh membuat rayuan k UPU. Universiti pd pilihan 1 tidak akan menukar ke kursus yg lain jika anda tidak mendapat tawaran ke kursus pilihan 1.

Assalamualaikum cikgu saya nak tumpang tanya,saya minat teknologi komputer tapi result spm saya 3b2c1d1e1g tapi math saya gagal perlu kah saya repeat paper tu?

Salam hilmi. Lebih baik kamu repeat paper math itu dan cuba mendapatkan kredit. Ini krn walau repeat paper tp gred kredit Math berguna utk memohon kursus yg kamu minati sama ada di peringkat awam dan swasta.

Assalamualaikum ckgu..saya siti.. blh ckgu brikan sdikit info mcam mna nak jdi guru pnddikan khas bagi lepasan spm? Pusat pngajian mana yg perlu saya prgi n bdang apa yg patut saya ambil??

Salam, saya lepasan spm tahun 2014. Saya melanjutkan pelajaran ke Pra-U tetapi berhenti semasa Sem 2 kerana mempunyai masalah sikit. Sy punya result SPM 3A, 3B, dan 3 tak kredit iaitu D - Fizik dan kimia manakala G - Addmath. Sy ingin bertanya, layakkah dgn result mcm ni nak melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti? Paling2 pun UiTM? Atau layakkah utk ambil Pra-Dip? Bolehkah lepasan SPM yg dh lama memohon?

Salam Sha,
Upu masih mengambil calon spm lepasan 2014. Dengan result tersebut, kamu boleh memohon pra diploma sains. Pra diploma sains terdapat di uitm, politeknik malah di agensi berkanun lain seperti MARA. Malahan result kamu boleh ke peringkat diploma d peringkat agensi lain spt Institut Baitulmal, MARA. Selain itu di institut latihan pula result kamu melayakkan utk mengikuti kursus diploma.

Salam Siti. Laluan untuk menjadi guru skrg adalah terhad berbanding 5 thn lepas lepas. Kamu boleh memohon di UPSI tetapu ia bukan jaminan tamat sahaja anda akan diposting menjadi guru pend khas. Anda juga boleh memohon guru secara online refer program PPISMP yg kursusnya diadakan di IPG. Tempat yg terhad menyebabkan persaingan sengit dan hanya yg mendapat 6A dipertimbangkn. Semoga anda berjaya

Maaf ye. Sy tercicir nak beri respon ni. Ya dvm kamu layak utk sambung beljar terutama di institusi berasakn kemahiran juga

assalamualaikum, sy nk bertanya , tahun ni sy berumur 17 , dan tahun ni juga sy akan menduduki SPM , tetapi sy sudah ada sijil SKM tahap 2 , sy ingin memohon ILP , cikgu rse dapat masuk atau tidak ? atau sy perlu mengambil SPM terdahulu , sebab sy bace dekat online , die tulis , KELAYAKAN SPM , jadi saye keliru kat situ .. boleh tolong menjelelaskan kepada sy ?

Salam
ILP memerlukan kelayakan SPM bermaksud syarat minimum ialah lulus SPM. Anda perlu mempunyai sijil SPM. Walaupun anda sudah mempunyai SKM tahap 1 dan 2, apabila result SPM anda pd bulan Mac 2017 nanti diperolehi dan anda lulus SPM anda boleh memohon terus ke tahap SKM tahap 3 jika syarat umum dan khas dipenuhi. Semoga berjaya

ASSALAMUALAIKUM CIKGU .
sy nak tanya pendapat cikgu antara 3 pilihan ini yang mana paling bagus patut sy ambil
1 : Dip pentadbiran islam
2,: Dip pengurusan sumber manusia
3 : Dip kaunseling

Assalam, saya nak tanya permohonan kemasukan ke ikbn memerlukan kita memohon pinjaman ptpk ke? Dan bagaimana cara untuk saya memohon? Mohon penjelasan sebab saya masih baru.

Salam shamimy. Antara 3 pilihan itu ada kekuatan masing masing. Jika anda mengambil no 1 ia spesifik utk organisasi yg berteraskan Islam dimana peluang kerjaya lebih kpd yg beragama Islam manakala no 2 lebih luas skop kerja dan ada persaingan dgn pelbagai kaum di negara ini. No 3 lebih spesifik dan bertaraf pra profesional dengan latihan tertentu. Namun prospek kerja sbg kaunselor terlatih agak terbatas jika tidak menyambung ke peringkat ijazah.
Dari segi personaliti no 1 dan 2 memerlukan individu yg mempunyai karaktor yg mesra dgn org lain atau ekstrovert, kemahiran komunikasi yg baik.
Cikgu tidak dapat memilih mana paling baik utk anda kerana cikgu tidak mengenali personaliti anda dan minat kerjaya anda. Namun diharapkan penerangan di atas membantu anda dalam memilih kursus yg betul

Cikgu minta maaf kurang arif mengenai pinjaman ptpk. Namun apa yg cikgu tau secara asasnya apabila bergelar penuntut ikbn,pegawai ikbn akan membantu anda dalam urusan dokumentasi permohonan pinjaman.

Assalamualaikum cikgu,saya nak Tanya jikalau result spm kita teruk sangat2 kemana boleh kita sambung (daripada calon spm 2015)

Salam cikgu. Boleh saya tanya.. Boleh ke mohon kos automotif jika saya tidak amik physic chemis bio dan addmath masa spm? Kelakayan ape yg dia mahukan untuk mohon kos automotif ni ye cikgu?

Assalamualaikum, Cikgu.. kalau underwater welding kat mana nak mohon..?? saya masih baru lagi...:)

Anda masih boleh memohon kursus automotif walaupun anda bukan aliran sains. Mata pelajaran wajib ialah Sains dan Matematik Teras selain dr BM dan Sej yg wajib lulus. Jika anda mendapat kredit yg baik boleh terus ke ijazah manakala jika ada yg gagal dan tidak cukup kredit ke sijil kemahiran.

Maaf..jika mendapat kredit yg baik boleh terus ke diploma..typing error tadi. Bukan ke ijazah.

Tinggal lagi 2 hari je lagi result akan keluar. Pastikan result anda dapat dulu dan maklumkan kpd cikgu result sebenar anda untuk cikgu berikan bimbingan. Atau jika result gagal anda boleh refer institusi yg telah cikgu post di sini utk murid gagal SPM menyambung belajar

Mohd Syazwan delete March 01, 2016

Assalamualaikum cikgu, saya adalah pelajar SPM 2015. Bukanya berputus asa tapi saya tahu saya akan gagal. Sebenarnya saya sangat x suka belajar sepanjang zaman persekolahan. Dari kecil lagi saya memang x suka benda SPM ni, tapi saya percaya saya boleh berjaya walaupun gagal SPM. Disebalik semua kemalasan dan kegagalan, saya amat berminat dan berkebolehan dalam hal Komputer dan Memasak (memasak ni memang semua orang pandai, kebolehan saya dalam memasak ni biasa je tapi saya minat) Saya paling suka bab komputer ni, aku minat benda komputer ni sejak kecil hanya sebab GAME, aku cuba kenal part part pc, bila pc rosak, aku baiki. Dan sekarang banyak benda yang aku boleh buat dalam pc. Minta pencerahan cikgu, apa harus saya buat. Terima kasih banyak banyak cikgu :)

Salam cikgu, saya dapat keputusan 1a 2b 4d 1g. Saya lepasan spm(vokasional) 2012. A dandanan rambut, B p.moral dan persolekan, D sejarah, science , mtematik dan bm, G bi. Kemanakah tempat yang sesuai untuk saya sambung belajar lagi . Terima kasih cikgu .

Kalau kamu yakin kamu akan gagal maka kamu boleh memohon kursus kemahiran berkaitan dgn memasak dan sijil untuk kursus pendek untuk membaiki PC. Jika kamu dpt 3 kredit kamu boleh kursus IT berkaitan dgn game yg biasanya ditawarkan di kolej swasta

assalam cikgu..result spm 2015 anak saudara saya:
bm dan agama B+
sains dan sejarah A-
maths dan bi C
acc C+
eko D

apakah kursus yang sesuai memandangkan sains dan sejarah dpt bagus...
mohon pandangan cikgu..
tk

salam..saya dapat 8A 3B dlm spm 2015..dan semua B tu adalah subjek sains..bio,phy,chem..pada pendapat cg,apakah laluan yg sesuai untuk saya memandangkan saya minat bidang kejuruteraan..bolh x cg detailkan semua kursus yg boleh saya ambil dan institusinya..terima kasih

Cikgu saya nak tanya jika math saya gred e to yg lain semua c dan ke atas bagaimana saya nak sambung dalam politeknik

Assalamualaikum cikgu , saya adalah pelajar spm 2015 , saya hanya mendapat 4kepujian . Iaitu bm , agama ,sains , dan ekonomi asas . Saya minat dalam bidang kulinari . Kemana harus saya memohon ye ? Boleh minta tolong berikan information .

assalammualaikum cikgu saya nk bertanya result spm saya hanya dapat A dlm matematik sejarah dan tasawur islam manakala subjek bi addmath kimia dan fizik saya dapat D dan kredit dalam matapelajaran biologi ....kemanakah saya perlu pegi untuk menyambung pelajaran saya? dan kos apekah yg layak dengan result yg saya dapat ??

Assalamualaikum,saya pelajar spm 2015.Saya dpt 4 kredit tpi gagal matematik?Adakah saya tak layak utk masuk mana2? patut ke saya ulang kertas matematik? saya mmg tak mahir dlm matematik sejujurnya saya tidak minat.

assalamualaikum cikgu , result saya 2B+ 2C+ 1c 1D 1G......layak tak saya mohon upu? yang B+ subjek pendidikan islam dan tasawwur islam , 2c+ tu sains dan pendidikan visual , yang c bahasa melayu , D tu sejarah , G tu mathematics..layak tak saya mohon upu atau poli?

This comment has been removed by the author.

Salam cikgu. Saya dpt kptsn 2A-1B+2B 2C(subj kimia&fizik) 1E(bio) 1D(addmath). Adakah saya layak @ berpeluang untuk melnjutkan pengajian ke poli atau upu ataupun matrikulasi yg sudah saya mohon? Option utama saya ialah pendidikan, ekonomi(kewangan&perbankan) dan juga kejuruteraan? Jika cikgu mempunyai idea yg lebih baik tentang u yg setaraf dgn kptsn sya amat saya hargai jika ckg nyatakan :)

Jika saya mendapat D bagi subj addmath dn E bagi subj bio dan C bagi subj kimia dn fizik adakah saya layak untuk ke matrikulasi? Adakah saya patut tukar matrik sains kpd matrik akaun ? Saya peroleh 2A-2B1B+ bagi subj teras .

salam kak...saya lepasan spm2015 saya bru dpt result ari nie....
saya cuma dpt 4 kredit ja....2B 2C ...saya nk masuk poli...tp Maths Dgn Bi saya D ...adakah saya patut repeat atau ad permohonan untk result cm saya??

Assalamualaikum, saya baru dapat result tadi..lain2 matapelajaran ok cuma math je gagal..perlu ke saya mengambil semula kertas math? Kalau nak masuk uitm perlu kredit math ke?
Ada bidang2 di uitm yang tidak memerlukan lulus math?

Salam shafiq. Tahniah krn mendapat result yg cemerlang. Kamu boleh mengambil matriks sains, asasi sains, diploma kejuruteraan sama ada melalui UPU. Atau memohon institusi MARA yg mana permohonannya mll dibawah unit pengambilan MARA. Semoga berjaya

Salam cikgu....saya dpt 1a+math,1a-bm,1b+bi,2b sej n p.islam,1c+ addmt,3c fizik,bio,kim....cikgu rasa saya boleh tak nak masuk universiti dgn result macamtu?ataupun kalau cikgu ada cdagn lain untuk saya trus blajr..

Jika matematik setakat lulus anda boleh memohon pra diploma sama ada sains atau perdagangan

assalamualaikum cikgu...saya baru dpt keputusan pagi tadi...saya dpt 5 kredit dan 3 lulus.saya dari bidang sastera..saya berminat masuk bidang kemahiran..saya berminat ambil bidang enginering tapi mostly bidang enginering semua nak math kredit tapi result math saya lulus sahaja..bagaimana saya perlu buat?adakah saya perlu repeat paper math..

Assalamualaikum,saya baru sahaja dpt result spm tdi pagi ... saya mndpt 4 kredit 3D 1G .. English saya fail .. adakah saya patut mengulang kertas BI? Dn adakah dgn mmperoleh 4 kredit .. saya dpt masuk ke tingkatan 6? Saya harap cikgu mmbalas komen saya ..

Anda mendapat 4 kredit tapi memandangkan anda gagal Matematik..anda boleh mencuba kursus kemahiran di institut kemahiran. Tetapi anda perlu mengenalpasti kemahiran apa yg paling anda minati sama ada automotif, katering, welding dsb.

Salam. Bagi result kamu ni pakej elektif untuk mendapat tempat di matriks adalah tipis. Kursus politeknik boleh dipohon dan institut profesional baitulmal atau institut profesional MARA untuk option utama

Pihak matrikulasi sendiri yg akan menawarkan kursus akaun jika kursus sains tidak layak untuk anda. Walau bagaimanapun ia masih tertakluk kepada subjek elektif anda dan bukanlah subjek teras semata mata.

Kamu boleh mencuba memohon pradiploma politeknik. Kerana syarat 3 kredit dgn lulus utk Math dan BI. Walaubagaimanapun jika berminat dgn kursus yg bukan kemahiran, anda boleh mencuba institusi di bawah MARA setaraf politeknik metro utk memilih kursus. Jika berminat dengan kemahiran, anda boleh memohon setaraf diploma kemahiran kerana Math anda masih lulus

Salam cikgu,sya baru dpt kputusan spm tdi..sya cuma dpt 4credit..math dan sejarah pla D..bi sya gagal..ada kha sya prlu repeat..atau apakha sya dpt mohon masuk ikbn..atau ilp..

Assalamualaikum,macam mana ye result saya 7 credit tapi saya lemah dalam subjek bi dan math? Keseluruhan subjek sy lulus,yang mana universiti @ kolej yang sesuai untk sy masuk.Sy dari kelas tasawwur.Bidang mana ya yang sesuai untk sy?

Assalamualaikum cikgu sy cuma dpt 5 kredit 2B 2C+ 1C. Sy minat bidang ICT & pengurusan dan teknologi pejabat tp math dng bi dpt E tmpt mnakah yg hendak sy tuju ????

salam cikgu . saya baru mendapat results spm harini dan sangat teruk . saya buntu nk sambung belajar kemana . harap cikgu boleh tolong saya . results saya 3A (bahasa melayu , sejarah , pendidikan islam) , 3C (bahasa inggeris , mathematics , kejuruteraan elektrik ) , 1D (lukisan kejuruteraan) , 2E (fizik , kimia ) , gagal (addmaths) . tolong saya cikgu :(

assalamualaikum kak . saya lepasan spm 2015 . saya ade sdikit masalah . saya dapat 5A dalam subjek (bm , sj, agama , math modern dan addmath ) . selain itu, saya juga dpt B dlm kimia , c+ dlm fizik , C dalam biology . tpi bi sye dpt D . syarat kelayakan sya sangt terhad untuk masuk uitm @ unieza kerana bi sye hanya lulus . jdi mcm mne yer ? ape pandangan akk ? sya sgt down skrg ni :,(

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 667   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel