Salam semua!
Salam penuh kekenyangan...
Salam penuh kekenyangan...
Hari ni ada mesy agong GBK Pudu plus jamuan akhir tahun tetapi diadakan lebih awal iaitu pd bulan September sbb nak kejar due date pengerusi Kak Hasni yg nak bersalin pada mid Oktober!
Tahun ni..saya ditugaskan untuk menjadi penyelaras projek jln jln so saya plan ke Krabi, Thailand..but tak ramai dpt join. I hate to cancel the programme that i well plan before. So i just proceed to make it happen!
Then for arrange end year party mmg aku volunteer la ..kat Cruise Putrajaya kerana memikirkan projek jalan-jalan yang kurang mendapat sambutan, so saya plan jamuan akhir tahun di tempat yang agak special dan terus terpikir Cruise Putrajaya dgn bajet RM 88 seorang... Capai target 57 org join! kerana hampir semua orang tidak pernah menikmati lunch di cruise ini. Dan memang itu kapasiti maksimum untuk pekej kami public cruise-lunch bagi sebuah cruise untuk aktiviti lunch sambil belayar.
Masa meeting dengan rasminya aku dilantik sebagai pengerusi guru kaunseling pudu sesi 2014 dan 2015 yg baru. Thank you for the support! I really appreciate..but then it come with full responsibility.13 tahun jadi kaunselor..dgn 6 tahun pegang jawatan dlm board JK GBK Pudu. Setahun sebagai naib setiausaha, 2 tahun sbg setiausaha, 3 tahun sebagai juruaudit aku rasa aku boleh lepas dari sebarang jawatan selepas tu kerana bilangan guru kaunseling yg semakin bertambah di Pudu. Tahun tahun selepas tu, saya hanya bertindak sbg penyelaras antara projek mega zon tapi mmg tak sangka selepas 7 tahun tak berada dlm board AJK kena pilih jadi pengerusi pulak ! Terpilih sbg Pengerusi Wilayah Pudu means automatik join board guru kaunseling Kuala Lumpur. Maybe inila hikmahnya tak dpt further study next year kerana khidmat aku diperlukan dan aku akan busy double triple for the next 2 years.
#statement pujuk hati sendiri tak dpt further study!!
Bilik menunggu Cruise memang sangat selesa sambil rasa macam nak terlena menunggu cruise tiba. Saya hanya perlu membayar baki deposit bayaran pakej public lunch - cruise di kaunter dan urusan sangat mudah kerana pegawai pemasaran yang deal dengan saya sejak awal lagi membantu pengurusan menjadi cepat. Kami perlu berada di situ sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pukul 1.00 kerana pada pukul 1.00 cruise akan bergerak. Menjejakkan kaki ke dalam cruise, kami dilayan dengan baik oleh kapten dan seorang jurupandu yang petah bercakap sambil menerangkan pelbagai tempat menarik yang kami lihat sepanjang belayar.
Kami meraikan Pn Song Cheng Ing guru kaunseling yang telah bersara di Zon Pudu dan saya sangat terharu di atas kesudiannya hadir menerima jemputan kami. Ini kerana Pn Song antara guru kaunseling terawal dan kami telah bersama hampir 14 tahun bersama. Banyak moment suka duka bersamanya dan antara senior yang saya hormati.Dengan kemudahan PA Sistem yang baik, urusan menjadi mudah dan Puan Song dijemput untuk memberikan ucapan.
Setelah itu, makanan dihidang secara buffet dengan pakej makanan yang menyelerakan. Cuaca agak panas terik di luar tidak menghalang kami untuk naik ke atas dek dan bergaya sakan ! Dengan angin yang bertiup agak kuat..huhu memang saya antara yang tidak tahan panas ...cepat-cepat turun bila bergambar lebih kurang 15 minit di atas dek.Pemandangan Putrajaya memang memukau dari dalam cruise..dan kami mencuci mata melihat banglo mewah Lim Kok Wing dan Tun Dr Mahathir selain dari pelbagai rekaan unik banglo mewah yang lain. Terlalu pesat pembangunan Putrajaya, banyak bangunan dibina.
Iye..apabila kita seronok ..memang cepat terasa masa berlalu dah 1 jam 30 minit pelayaran kami. Hopefully semua orang enjoy hari ini.