24 December 2013

Travel to Kandy- Nuwara Eliya , Sri Lanka


Day 3
Pagi yang nyaman
Hujan yang turun
Menambahkan kedinginan pagi

Terjaga pukul 3 waktu tempatan dan tak boleh tidur dah sebab dah terbiasa hari kerja terjaga antara 4.30 hingga 5 pagi kat rumah so apalagi melayan bunyi bunyi unggas di hutan dan mula mengemas. Pukul 7 kami mula berposing di sekitar hotel berlatarbelakangkan gunung ganang yang berkabus. Subhanallah memang cantik. Breakfast kami pagi ini dengan jus orange yang sangat sedap, pancake, roti dan telur omelette. 
Trip kami pagi ini ke kuil yang terbesar di Sri Lanka iaitu Sri Dalada Maligawa. Kami dah beratur untuk memasuki kuil itu sebelum kami diarahkan untuk membuka tudung jika ingin masuk ke dalam kuil. Apalagi tak dapatlah kami melihat suasana di dalam kuil itu. Sementara menunggu driver kami yang masuk ke dalam kuil itu, kami ke bank untuk menukar duit dan bank tidak mahu menerima duit Malaysia untuk ditukarkan. Kenala kami cari money changer sahaja. Suasana di sekitar kuil memang meriah dengan gerai yang menjual bunga bungaan dan peralatan sembahyang. Selain itu kami juga kerap disapa oleh penjual jalanan yang menjual fridge magnet dan lukisan. Dihadapan kuil ini terletak hotel yang tertua iaitu hotel Queen's. 

Kemudian kami bersiar di kawasan Tasik Kandy yang terletak betul betul di tengah bandar Kandy yang sibuk. Aras air ini lebih tinggi dari aras jalan bandar itu sendiri. Tidak dibenarkan aktiviti memancing tetapi pengunjung boleh menyewa bot untuk menikmati keindahannya. Kemudian kami ke Isini Gems Kandy. Di sini kami diberikan penerangan mengenai cara pembuatan batu batu permata. Mula mula kami dibawa menonton tayangan video mengenai latar belakang Sri Lanka yang terkenal dengan pengeluaran batu permata terutama sekali Blue Sapphire selama 5 minit dan cara batu permata ini diperolehi dan diproses. Kemudian kami di bawa melawat kilang pembuatan iaitu cara batu permata diproses sehingga menjadi batu permata untuk dijual. Setelah itu barulah kami ke showroom dan menyaksikan keindahannya dan kecantikan batu permata dengan mata rambang...wah what a lovely precious stone they have ..ruby the most stone that i admire!!! Dari sini kami ditunjukkan dengan precious stone seperti Blue Sapphire yang terkenal dan Alexandrian batu permata yang termahal. Wah berangan kejapla kalau ada rantai tangan dari batu batu ruby yang cantik..warghhh semoga impian jadi kenyataan satu hari nanti :). Disini saya belajar mengenai jenis jenis batu precious stone dan semi precious stone. Kemudian kami menuju ke kedai sari dan mencuci mata melihat kecantikan sari. 

Kemudian kami ke Gamini Gems dan seperti di kilang gems sebelum ini, kami diberikan taklimat dan ke kilang pembuatan stone. Kemudian kami dibawa ke showroom batu permata di situ. Bezanya dengan Isani Gems ialah disini showroom tidak mempamerkan barang kemas seperti di Malaysia atau seperti di showroom Isani tetapi upon request..ni yang malas nak cuci mata. Kemudian kami ke kedai cenderamata The Kandayans Arts and Crafts Industrial Centre yang terletak di Peradeniya Road untuk membeli cenderamata berupa fridge magnet, key chain, t shirt. Disini pelbagai jenis cenderamata budaya Sri Lanka dengan hasil ukiran dan hasil lukisan dijual. Setelah itu kami singgah ke kedai kain untuk membeli kain sari. Pukul 3 petang kami menuju ke Nuwara Eliya dan berhenti di Masjid yang terletak di daerah Gampola dan di sini kebanyakan masyarakat beragama Islam. Perjalanan dari Kandy ke Nuwara Eliya mengambil masa 6 jam. Tiba di sahaja di daerah Nuwara Eliya, pemandangan cantik tanah tinggi dan gunung ganang. Perjalanan semakin mencabar dengan selok belok yang curam. Kemudian kami berhenti di kilang memproses teh iaitu Glenloch Tea Factory. Disini kami dibawa melawat kilang dan ditunjukkan cara pokok teh diproses menggunakan tenaga manusia dan mesin. Oleh kerana kilang ini sudah ingin ditutup maka tiada pekerja yang bekerja waktu ini dan staf memberi penerangan dengan cepat. Yang menarik disini ialah peringatan kepada pengunjung agar tidak memberi tips kepada para pekerja tetapi menyerahkan tips di dalam kotak yang disediakan. Setelah itu kami ke pusat jualan teh untuk mencuba minuman teh yang disediakan. Disini juga dijual pelbagai jenis perasa teh untuk dicuba. Setelah membeli beberapa kotak teh kami sempat lagi berposing di sekitar kilang teh ni berlatarbelakangkan tanah tinggi Nuwara Eliya yang cantik. 

Kemudian kami terus ke pekan Nuwara Eliya . Perjalanan dari kilang teh ini ke hotel hampir sejam juga dan mencabar mabuk perjalanan saya. Saya memang mempunyai masalah setiap kali menaiki bas atau kereta melalui tempat tinggi seperti itu kerana mudah mabuk dengan jalan yang bengkang bengkok. Apalagi lepas jenuh tahan muntah, saya pun tak tahan dan meminta driver berhenti untuk muntah kerana mabuk dan perut pun dah masuk angin akibat lewat makan. Bayangkan dah pukul 8 waktu tempatan dan makanan terakhir yang saya makan ialah heavy breakfast pukul 8 pagi tadi. Tiba di pekan ini, hujan mula turun. Kami hampir menggigil menahan kedinginan cuaca sejuk Nuwara Eliya ditambah pula dengan hujan yang turun. Kali ini kami menikmati makan malam di Restoran Milano yang agak berpatutan harganya. Maklumlah malam Krismas memang ramai orang di sini. Kami memesan nasi goreng seafood 3 pinggan memandangkan sepinggan nasi goreng terlalu banyak untuk dihabiskan seorang diri, air mineral, 2 air coke berjumlah 1793 rupee. Setelah makan kami berjalan jalan dan bershopping di gerai jualan ala Downtown yang menjual jaket, dan pakaian yang sesuai untuk dipakai di kawasan sejuk. Pelbagai jenis jenama dengan harga yang memuaskan boleh didapati. Disini terlalu banyak pengemis dan mereka dengan mudahnya merapati pelancong untuk meminta derma. Setelah itu kami check in di Glenn Fall Inn yang agak selesa dengan berlatarbelakangkan kebun sayur. 

Cuaca sangat sejuk saya hampir tidak dapat melelapkan mata kerana tidak sangka kawasan ini sangat sejuk dan menambahkan lagi suffer tu bila setokin tebal tertinggal entah ke mana kemungkinan besar di hotel Kandy. Walaupun baju hampir 3 pasang dipakai, tetapi tapak tangan dan tapak kaki saya benar benar tidak dapat menahan kesejukan.

Di hadapan kuil terbesar di Kandy




Melihat proses membuat gem di kilang Isani Gems



Demo bagaimana masyarakat dahulu mencari gems