Total Pageviews

5 January 2014

Kertas Kerja Majlis Makan Amal Jubli Emas SMK Cheras 2014



First weekend 2014

Projek besar dan selaku pemerhati PIBG dan berada di dalam board ini hampir 14 tahun maka saya diperlukan untuk membantu setiausaha PIBG draf kertas kerja untuk perlaksanaan projek mega PIBG. Kertas kerja ini telah mula di draf pada Oktober 2013 lagi dan dari semasa ke semasa di edit hinggalah pada awal tahun ini belum nampak tanda tanda agresif perlaksanaan akan dijalankan. 




1.0               1.0      PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan pada tahun 2014 genaplah 50 tahun penubuhan sekolah ini. Bersempena 50 tahun penubuhan SMK Cheras pihak PIBG bersama-sama pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Majlis Makan Malam Amal bertujuan untuk menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan SMK Cheras. Pada masa yang sama diharap majlis ini dapat mengumpul sejumlah dana bagi menampung perbelanjaan pembangunan sekolah demi kebaikan warga SMK Cheras.  Selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, peranan PIBG perlu diperkasakan seperti dalam inisiatif Sarana Ibu Bapa. PIBG perlu memainkan peranan secara lebih aktif dan bersepadu dalam memastikan visi dan misi sekolah tercapai. Adalah menjadi hasrat PIBG untuk membantu membangunkan sekolah ini dari segi kemudahan fizikal serta aktiviti kecemerlangan murid dalam akadenik, ko-kurikulum dan pembentukan akhlak. Sehubungan itu, PIBG bercadang untuk menganjurkan Majlis Amal Makan Malam PIBG 2014 untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai projek-projek yang dirancang. Hasil sumbangan daripada majlis ini diharapkan akan dapat menaik taraf pelbagai prasarana bagi kemudahan dan keselesaan murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi melahirkan generasi modal insan yang bertaraf dunia.


2.0       MATLAMAT

Matlamat Majlis Amal Makan Malam PIBG SMK Cheras adalah untuk menambah dana PIBG bagi membantu pihak sekolah untuk membiayai dan menaik taraf pelbagai kemudahan dan prasarana sekolah serta membantu pihak sekolah untuk membiayai aktiviti akademik dan ko-kurikulum murid.





3.0       OBJEKTIF

Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Cheras ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif  berikut :
3.1  Menambah dana tabung PIBG.
3.2  Menceriakan surau, bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas dan papan-papan kenyataan.
3.3  Menaik taraf dan menceriakan tandas murid.
3.4  Menaik taraf keceriaan taman-taman yang sedia ada
3.5  Menaik taraf kawasan tapak perhimpunan, gelanggang permainan dan dewan serbaguna
3.6  Menaik taraf kawasan  padang sekolah
3.7  Meningkatkan kecemerlangan murid melalui program-program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
3.8  Mewujudkan kerjasama antara warga SMK Cheras, PIBG dan masyarakat setempat.


4.0            TARIKH DAN MASA :

24 Mei 2014 (Sabtu) jam 8.00 malam

5.0            TEMPAT

Dewan Keris Mas , SMK Cheras


6.0       TETAMU KEHORMAT

Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ali Alhabshee


7.0            ATUR CARA MAJLIS

7.30 mlm                    :  Pendaftaran
8.30 mlm                    :  Ketibaan Tetamu Kehormat
                                    Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
8.45 mlm                    :  Nyanyian Lagu Negaraku
                                    :  Bacaan Doa
                                    :  Ucapan Penasihat Majlis Makan Malam Amal
                                       Tuan Haji Juahir Bin Mondakir
                                      Pengetua SMK Cheras
                                      
              :  Ucapan Pengerusi Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Cheras
                                       Yang DiPertua PIBG SMK Cheras
                                       Tuan Haji Mohd Yusoff Bin Kotok  

                                    :  Ucapan Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras

                                    :  Majlis Makan Malam Amal
                                       Persembahan 1/Cabutan Bertuah
                                       Persembahan 2/Cabutan Bertuah
                                       Persembahan 3/Cabutan Bertuah
                                       Persembahan 4/Cabutan Bertuah
                                       Penyampaian Cenderamata
                                       Sesi Bergambar

10.30malam         :  Majlis Bersurai


8.0       AHLI JAWATANKUASA  INDUK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG

Penaung                      :           Datuk Syed Ali Alhabshee
                                              Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras

Penasihat                    :           Tuan Haji Juahir Bin Mondakir
                                              Pengetua SMK Cheras

Pengerusi                    :           Tuan Haji Yusoff Bin Kotok
                                              Yang Dipertua PIBG SMK Cheras

Timbalan  Pengerusi     :            Dato’ Dass
                                               Naib Yang Dipertua PIBG SMK Cheras
                       
Setiausaha                :           Puan Nor Haizad Bt Mohd Taharim                                     Bendahari                   :           Pn. Nafsah Bt Mohd Shah                 
                                                                                                                                             
·         AHLI  JAWATANKUASA PELAKSANA ( KETUA )

2
AJK SAMBUTAN / PROTOKOL /
PN SHARIN HANUM BT ABD RAHMAN
3
AJK PUBLISITI DAN BACKDROP
EN CHE MOHAMAD PADALI BIN CHE MAT
4
AJK HIASAN DAN PERSIAPAN TEMPAT
PN MURNI YATI BT MASARI 
5
AJK BUKU PROGRAM
PN SITI HAJAR BT HAMZAH
6
JURUACARA MAJLIS
PN NOOR ALAMIYAH BT ZAKARIA
8
AJK SIARAYA
EN. BALA  SEGAR A/L MUNIANDY
10
AJK PENDAFTARAN / GOODY BAGS
PN. NORLELA BT KAMARUDDIN
11
AJK JAMUAN
PN. NORAZLINDA BT ABD RAZAK
12
PEMBACA DOA
EN. MOHD NASRUN BIN AHMAD
13
AJK MULTIMEDIA
PN. NORLIZA BT. BORHAN
14
AJK PERSEMBAHAN MURID / ALUMNI
PN UMI SALBIAH BT ABDUL RAHMAN
15
AJK DOKUMENTASI& FOTOGRAFI
PN UMIZAM ZAHARAH BT
16
AJK PERALATAN DAN KELENGKAPAN
EN AMIRUDDIN BIN MOHD YUSOFF           
      17
AJK JUALAN MEJA- IBU BAPA
                                   - KORPORAT                 
                                   - ALUMNI
                                   - GURU

EN RAHIMI BIN ABD KARIM
PN NURHAIZA BT CHE MAT
PN HAJAH NOOR AINI BT IBRAHIM
      18
AJK TRAFIK DAN KESELAMATAN
EN MOHD NOOR BIN MAT DERIS

      19
AJK SUMBANGAN DAN PENAJAAN
PN
      20
PENGURUS ACARA
PN CHE MA RABITAH BT HJ KAMARUDDIN

                                                           




·        JAWATANKUASA KERJA


AJK
NAMA  AJK
 BIDANG TUGAS




2
AJK JEMPUTAN/ SAMBUTAN / PROTOKOL /
*PN SHARIN HANUM BT  ABD RAHMAN
*PN SOLEHAH BT 
  AHMAD
* PN KOGILAM A/P
  SUBRAMANIAM
*CIK HUFAIDAH BT
   ZAKARIA
*CIK TAN BEE LENG
Ø  Menyenaraikan pihak-pihak yang perlu dijemput ke Majlis Makan Malam
Ø  Menyediakan kad jemputan/surat kepada tetamu jemputan
Ø  Menguruskan sambutan tetamu dan pihak yang hadir ke majlis
Ø  Memastikan perjalanan majlis mengikut protocol terutama yang melibatkan tatamu kehormat

3
AJK PUBLISITI DAN BACKDROP
*EN CHE MOHAMAD
  PADALI BIN CHE MAT
*EN ABDULL AZIS BIN
  ARBI
 *MURID-MURID SENI
  REKA TANDA
*MENYEDIAKAN, MEMASANG   
   DAN MENURUNKAN
   BACKDROP
*MERANGKA DAN     
  MELAKSANAKAN STRATEGI 
  PUBLISITI
4
AJK HIASAN DAN PERSIAPAN TEMPAT
*PN MURNI YATI BT
   MASARI 
*PN ROSEMARIZA BT
  ABDUL AZIZ
*NUR ADILAH BT ABDULLAH
 *PN HARYANI FAIDZA      
   BT AHMED NAJIB

* MEMASTIKAN DEWAN
   DALAM KEADAAN BERSIH
* BEKERJASAMA DENGAN 
   AJK PERALATAN UNTUK  
   SETTING TEMPAT
 * MENYEDIAKAN DAN
   MELETAKKAN ALAS MEJA
   BAGI SETIAP MEJA YANG 
   DIGUNAKAN 
* MENGHIAS DEWAN
   MENGIKUT KESESUAIAN
5
AJK BUKU PROGRAM

* PN SITI HAJAR BT    
  HAMZAH
*PN NORRIZA BT
  JUMAAT
*MENYEDIAKAN , MENCETAK
  DAN MENGEDARKAN BUKU 
  PROGRAM


6
JURUACARA MAJLIS
*PN NOOR ALAMIYAH  
  BT ZAKARIA

* PN. FAIZAH BT
  RAHIM
* MENYEDIAKAN SKRIP YANG 
   SESUAI
* MENGENDALIKAN MAJLIS
   SUPAYA  BERJALAN
   DENGAN LANCAR
8
AJK SIARAYA
* EN. BALA  SEGAR A/L 
   MUNIANDY
* EN. LAU LIANG
   CHUAN
*MEMASTIKAN SISTEM 
  SIARAYA BERFUNGSI SEMASA
  MAJLIS BERLANGSUNG   
* LAIN-LAIN YANG DIFIKIRKAN 
   PERLU
9
AJK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI
*PN UMIZAM ZAHARAH BT 
   ISMAIL
* CIK NOR ZALIFAH BT  
   HANAFI
* MENGAMBIL GAMBAR   
   DAN MENYEDIAKAN   
   LAPORAN
10
AJK PENDAFTARAN DAN GOODY BAGS
*PN. NORLELA BT   
  KAMARUDDIN
*PN AISYATUL 
  NAZLIAH BT ABDUL 
  RANI
*PN ZEITI ANIS 
  HUSAINA BT ZAKARIA
*PN ROZITA BT MUSA
* MENDAFTARKAN
   KEHADIRAN TETAMU DAN  
   MENGEDARKAN GOODY 
   BAGS




11
AJK JAMUAN
*PN. NORAZLINDA BT
 ABD RAZAK
*PN KHAIRUL  
   AKHMAR BT OMAR
* PN SAEDAH BT MOHD 
  JAIS
*PN AZIMAH BT 
  IBRAHIM
*PN AZIYANTI BT ABU 
  KHANIPAH
*PN FARAH HANUM BT
  RAMLY
*CIK AIDA AZLINA BT 
  RAMLI
* MENETAPKAN MENU  
   JAMUAN
* MEMASTIKAN DAN
  MEMANTAU MAKANAN 
  MENCUKUPI BAGI 
  SETIAP  MEJA
  
12
PEMBACA DOA
* EN. MOHD NASRUN 
  BIN AHMAD
* MENYEDIAKAN TEKS DOA
* MEMBACA DOA PEMBUKAAN
13
AJK MULTIMEDIA
*PN. NORLIZA BT. 
  BORHAN
*EN CHEN FOR LOI

* MENYUNTING DAN
   MENYEDIAKAN
   PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

15
AJK PERSEMBAHAN MURID / ALUMNI
*PN UMI SALBIAH BT  
  ABDUL RAHMAN
*PN NORLAILI BT ANI

*MENJEMPUT  BEKAS  
   PELAJAR
  UNTUK MEMBUAT
  PERSEMBAHAN AMAL   
   DAN 
  MENYEDIAKAN
  PERSEMBAHAN SAPELELE

16
AJK PERALATAN DAN KELENGKAPAN
*EN AMIRUDDIN BIN  
 MOHD YUSOFF
*EN MOHD HASBI BIN
  RAMLI
* EN AHMAD AZRAN B  
  ABDUL RAHMAN
*EN MASRIZAL B ABU BAKAR
*EN MAZLIE B MUHAMMAD


           
*MENYEDIAKAN
  PERALATAN 
  YANG DIPERLUKAN

           
      17
AJK JUALAN MEJA
IBU BAPA                
                                  



KORPORAT             
                                  




ALUMNI                  

                                 



GURU                       
DATO’JASUDASS A/L SEBASTIAN/
EN MOHD KHIRUDDIN BIN AWANG/



EN RAHIMI BIN ABD KARIM/ PN GOH SEE HOOK/ PN ZIZAWANI FAUZI/ PN SAPURA AMAT


 PN NURHAIZA CHE MAT/ CIK NOR AFIQAH SIDEK/ PN ROZINANI AWANG/ EN ABDUL HALIM BIN MUSA


PN HAJAH NOOR AINI BT IBRAHIM/
PN NORAIDA / EN JAMIL

*MELAKUKAN JUALAN MEJA  KEPADA YANG BERKENAAN









      18
AJK TRAFIK DAN KESELAMATAN
*EN MOHD NOOR BIN 
  MAT DERIS
*EN JAZVIR SINGH
*EN CHAN
*EN MOHD RIZAL
*EN CHEAH WAI 
  CHONG
*MENGAWAL KEADAAN
  TRAFIK








      19
AJK SUMBANGAN DAN PENAJAAN
*PN ZALILAH BT A.
  JALIL
* PN NOR ASYIKIN HO BT 
   ABDULLAH
*PN. LEE WAN YEE
* PN SUMATHI A/P
   MARIMUTHU
* DATIN MALIKKA A/P
    MURUGAM (PIBG)
* PN GOH SHIEH LENG(PIBG)


*MENCARI SUMBANGAN BAGI
  MENJAYAKAN PROGRAM

20

PENGURUS ACARA
*PN CHE MA RABITAH
*PN ROSZITA BT MD.  
  TOFF
*MEMASTIKAN MAJLIS 
   BERJALAN LANCAR


9.0    ANGGARAN SASARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN DANA MAJLIS    AMAL MAKAN MALAM PIBG
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL
SUMBANGAN/TAJAAN
JUMLAH (RM)
1
Tajaan Meja Perdana (Emas)
§  Meja di barisan hadapan
§  Makanan hidang

5  meja/8 org X RM 2,000 =
RM 10,000
2
Tajaan Meja Utama (Perak)
§  Meja
§  Makanan hidang
10  meja/8 org X RM 1500 =
RM 15,000
3
Jualan kerusi/kepala
§  Makan bufet
150 kerusi(15 meja)  x RM 100 =
RM 15,000
4
Sumbangan guru dan ibu bapa
RM 10,000
2
Sumbangan Syarikat Keselamatan, Pengusaha Kantin, Syarikat Pembersihan dan Kedai Buku  sekolah
           5,000.00
3
Sumbangan Syarikat/Agensi Korporat, Swasta dan Persendirian
          20,000.00
4
Iklan buku cenderamata
             5,000.00

JUMLAH PENDAPATAN
           80,000.00

10.2     ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
CATATAN
1
Jamuan
RM 4,500
RM 15  x 300
2
Buku cenderamata
           RM 1,350
            270 x RM 5
3
Alat tulis, kertas, bahan cetak dan lain-lain
           RM 2,000

4
Hadiah dan cenderamata cabutan bertuah
           RM 2,000

5
Publisiti
RM 1,000

6
Kontigensi
RM 2,150


JUMLAH PERBELANJAAN
         RM 13,000.


ANGGARAN PENDAPATAN BERSIH     =   RM 80,000.00 – RM 13,000.00
 =   RM 67,000.00



























22 comments:

Anonymous said...

whoah this weblog is great i love reading your posts.
Keep up the good work! You realize, many people are looking around for
this info, you can help them greatly.

Sarah Imtiyaz said...

Saya mohon menjadikan post ini sebagai rujukan saya dalam membuat kertas kerja bagi makan malam amal ye. Terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Silakan. Boleh roger jika ada masalah ☺

Nur said...

Terima kasih atas perkongsian puan..mohon izin utk dijadikan rujukan...terima kasih

Unknown said...

Saya mohon kertas kerja ini sebagai rujukan saya dalam membuat kertas kerja bagi makan malam amal bagi tempat saya bertugas. Terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Saya izinkan. Terima kasih

TEACHER SURIATI said...

mohon izin kertas kerja ini dijadikan rujukan saya

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Saya izinkan norazman. Terima kasih.

Nurul haqq said...

Terima kasih atas perkongsian murni ini. Saya dengan rendah hati meminta izin untuk menjadikan panduan ini sebagai sebahagian dari rujukan saya. Terima kasih Puan Kaunselor.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Saya izinkan Siti Nurul. Semoga projek anda berjalan lancar

Unknown said...

TK atas perkongsian. sy mohon guna kertas kerja ini sebagai rujukan

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sama sama. Semoga bermanfaat

gorgon kelantan said...

mohon copy tuan

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Dihalalkan untuk tuan copy :)

noraidahali said...

Assalam....terima kasih atas perkongsian.
Saya ingin minta izin untuk copy sebagai penyediaan mengadakan acara yang sama tahun hadapan. Terima kasih Puan Kaunselor.

azfar_HPA: "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA" said...

Masya Allah..very complete references, izinkan sy merujuk utk jamuan Amal mkn mlm NGO WADAH kami hujung thn ini. T kasih cgu. Sgt bermanfaat.Sampaikan slm sy kpd pn roszita M Toff jg baru discve beliau jg di sek puan ya, last hersama beliau thn 1987.-faridah che hashim

Unknown said...

Assalamualaikum, saya mohon copy paperwork ni puan...nak kena buat program mcm ni juga :) ... terima kasih byk puan..

Unknown said...

ASSALAMUALAKUM WBT.SAYA POHON KEBENARANUNTUK MENGGUNAKAN KERTAS KERJA INI UNTUK DIBUAT DI SEKOLAH SAYA

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Azfar,
In sha Allah saya kirimkan salam buat cikgu roszita. Dia dah tidak bertugas di smk cheras dah sudah naik pangkat menjadi ketua bidang smk yaakob latiff. Terima kasih memanfaatkan perkongsian ini

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam buat semua yang meminta izin menggunakan kertas kerja ini, saya halalkan dan semoga dipermudahkan urusan tuan puan dalam menjalankan program ini

Unknown said...

MOHON IZIN UTK MENGGUNAKAN KERTAS KERJA INI. TERIMA KASIH

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

boleh saya izinkan. sama sama