29 July 2014

Idola Alumni PRS

Bagan Serai - Sungai Petani - Parit Buntar - Bagan Serai.

"Selamat hari raya cikgu. Maaf zahir dan batin". Mesej ringkas dari Perancis oleh Zahidah Sharif. Bekas pelajarku dari tingkatan 2 Cempaka tahun 2001. Seorang pelajar yg sangat berdedikasi dan bersemangat. Merupakan AJK PRS pada tahun 2001 dan 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke MRSM sewaktu di Ting 4. Sebagai AJK PRS, hubungan kami memang sangat rapat kerana Zahidah kerap ke UBK. Malah ibunya sendiri akan ke UBK jika ingin menjemputnya pulang ke rumah sekiranya dia tidak berada di tempat yang biasa diambil ibunya. Keakraban kami tidak berakhir di situ kerana walaupun bertukar sekolah semasa ting 4, dia kerap menghubungi saya dan melawat saya di UBK bila bila masa yg dia terluang. 

Seorang yang sangat ringan tulang membantu dan mengambil tahu apa sahaja projek UBK dari menjadi AJK, penceramah, fasilitator atau pengarah projek walaupun sudah bertukar sekolah dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Itulah yang menyebabkan kami sangat akrab hingga sekarang. Bersemangat waja, sangat fokus dalam mengejar impian dan yakin berjaya dalam apa yang diinginkannya. Saya memang selalu memuji dan menggunakan Zahidah sebagai idola untuk PRS lain sebagai sumber inspirasi pelajar lain. Sangat cemerlang dalam akademik dan memperolehi anugerah dekan hampir setiap semester dari peringkat diploma hinggalah ke ijazah pertama.  Sekarang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Perancis. Seorang yang sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Membina modul kecemerlangan pelajar, mencipta menu masakan untuk dijual di talian internet, menjual makanan dan kadangkala berkhidmat dengan rangkaian konsultan untuk aktiviti ceramah atau perlaksanaan modul kecemerlangan dan kepimpinan. Sebagai guru juga, saya sangat kagum dengan hasil usahanya sendiri dan sangat berdikari. Walaupun jauh beribu batu, dia masih lagi menghubungi saya dan menelefon saya menggunakan viber atau line telefon. Sebagai guru, saya tidak membezakan antara bekas pelajar yang cemerlang atau tidak ...tetapi ingatan berterusan dan sikap ingin membantu Zahidah terhadap saya dan UBK membuatkan hubungan kami bertambah erat. Sama ada waktu formal atau di masa santai, kami spent masa bersama pergi shopping, makan makan atau bertandang ke rumah. Semoga Zahidah selamat di perantauan.

 

Telegram Channel