Total Pageviews

16 August 2014

Lawatan Ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

Subhanallah
Cantiknya matahari terbenam
Pemandangan indah dirakam
Dari Wad S561

Program ke sekolah Jalinan Kasih. Sekolah pertama di Malaysia yang mesra pelajar. Khas untuk para pelajar keciciran yang tidak dapat mengikuti pelajaran dalam sistem persekolahan biasa. Bukan calang calang guru yang boleh mengajar di sini ..kebajikan nombor satu! Pelbagai latar belakang dari kemiskinan, masalah sijil beranak, masalah sosial dan pelbagai lagi. Mengajar mereka juga memerlukan guru lebih fleksibel tanpa terikat dengan peraturan seperti sistem sekolah biasa. Ini kerana konsep mengalu alukan kehadiran pelajar lebih diutamakan. Saya sangat tersentuh hati mendengar penerangan dari penolong kanan kurikulum seorang yang mendapat kelulusan kaunseling di peringkat ijazah dan ijazah lanjutan yang sangat memahami bagaimana sesuatu perkara boleh diaplikasikan dan dipraktikan untuk memenuhi kehendak klien. Pentadbir juga mengalu alukan agar dapat sukarelawan dari kalangan kaunselor untuk berkongsi kepakaran kami mengendalikan pelajar. Ini kerana sumbangan yang diterima berbentuk material dan makanan amat mudah diperolehi tapi sumbangan dalam bentuk kepakaran kaunseling untuk mengendalikan pelajar agak sedikit. Dengan bilangan kaunselor yang hanya seorang sahaja, maka penglibatan kaunselor dari luar dialu alukan. Kami dibawa melawat sekitar tempat ini dan kagum dengan prasarana yang disediakan. Memang sangat selesa. Bilik muzik yang ekslusif memang kalah bilik muzik sekolah saya..dan bilik permainan yang mendapat tajaan penuh dari pelbagai pihak. 

No comments: