11 August 2014

Pencalonan Guru Bestari YPC 2014

Batuk...batuk..batuk
Penangan open house
Penangan kenduri kawin
Penangan musim buah

Hari  ni dipanggil oleh PK Tadbir dan Kurikulum mengenai anugerah guru bestari YPC. Pihak pentadbir ingin mencalonkan saya untuk anugerah ini walhal dua tahun lepas saya baru sahaja mendapat anugerah ini. Terima kasih kepada pentadbir kerana mempercayai saya...maklumlah pengetua dan PK Kurikulum adalah orang baru. Rasa cam.best je kalo.dapat lagi tapi saya dengan jujurnya memaklumkan yang saya baru menerima anugerah ini dan meminta dicalonkan guru lain yg belum menerima anugerah ini. Maklumlah kuota seorang sahaja untuk setiap sekolah dan acara dwitahunan pula. 

Teringat pada tahun 2012 acara diadakan pada waktu malam 2 November 2014 di Hall Times Square. Tarikh yg sangat sangat dìingati kerana tarikh lahir adik saya dan kononnya belanja makan hotel sewaktu hari anugerah tersebut dijalankan. Adik saya menemani di sebelah sepanjang anugerah dijalankan manakala satu meja lain khas untuk guru sekolah saya dan of course my partner Rozinani turut hadir bersama. Menerima wang tunai, telefon bimbit, laptop, baucer dan pelbagai hadiah sampingan hasil pencalonan daripada Tn Hj Juahir Mondakir dan Pn Hanim Kamari boss saya ketika itu. Terima kasih kerana mencalonkan saya.
Tak banyak gambar yang diambil hanya ni sahaja kenangan yang tinggal. Gambar lain semua dah hilang.
 

Telegram Channel