14 September 2014

Isu Guru Kaunseling Dihentam

Family day bff
Drive from PD - Morib
Gold Coast Resort Morib

                                             


Hari bercuti yang panas hati huhuhu inilah tajuk yg paling menyentap guru guru kauseling Malaysia. Meriah group whatsapp dari group geng degree kaunseling, group gbk zon, group apa je yg related dgn ubk.
Secara ikhlasnya...memang terkilan dengan ayat tu. Ayat penyejuk hati bagi saya untuk cool ialah cikgu tu mempunyai masalah dgn guru kaunseling di sekolahnya dan kesian kat cikgu ni tak dapat berbincang dan melepaskan kepada org berkenaan dan melepaskannya di fb hingga melibatkan guru guru kaunseling satu Malaysia yg mengena tempias kemarahannya.. Memang berjaya menjadi viral dalam kalangan guru kaunseling berbincang mengenai topik ini hari ini.  Ini kerana jika dia hanya bercakap guru kaunseling di sekolahnya yang tak buat kerja ke, yang makan gaji buta ke terpulanglah tapi bila dibilas pukul rata standard guru kaunseling sekolahnya adalah seperti guru kaunseling satu Malaysia ia satu perkara yg salah.

Lagipun dari isu yang dibaca boleh mengelirukan. Contohnya masa guru kaunseling bertugas telah berubah. Memang dari saya posting tahun 2000 masa bekerja ialah 7.30 pagi hingga 3.30 petang atau 11 pagi hingga 6.45 petang bagi sekolah menengah harian biasa iaitu masa wajib bagi guru kaunseling sepenuh masa. Tetapi sejak tahun 2005 atau 2006 rasanya masa bekerja yg rasmi mengikut guru akademik biasa di sekolah tersebut. Maka tidak timbul soal balik cepat dari guru akademik lain kecuali arahan yg dikeluarkan oleh pentadbir sek men harian biasa berbeza dengan KPM. Jika guru kaunseling itu balik lewat sekalipun dari guru lain di sekolahnya, itu adalah kerana keperluannya sendiri bukan arahan. Saya sendiri punch out kebiasaanya pukul 4.30 hingga 5 petang walaupun saya guru sesi pagi. Tetapi apabila rakan sekerja saya masuk dan balik kerja seperti guru akademik biasa, ia bukan menjadi satu masalah disiplin bagi guru berkenaan kerana balik awal. 

Masalah disiplin memang core business untuk menangani permasalahan disiplin pelajar sebagai guru disiplin. Tetapi perkhidmatan UBK menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling untuk 7 bidang utama iaitu membantu menangani masalah disiplin pelajar, sosial, emosi dan mental pelajar, pembangunan diri pelajar, psikososial, perkembangan kerjaya dan perkembangan akademik. Program pemantapan sahsiah dan disiplin juga dijalankan di sekolah dengan KERJASAMA dengan guru disiplin tetapi kebiasaannya guru kaunseling merupakan penyelaras program PPSDM dibantu oleh guru disiplin. Jadi apabila melontarkan pendapat 95% masalah disiplin di atasi oleh guru disiplin yang saya rasa hanya satu perempat dari jumlah pelajar, mengapa tidak terfikir mungkin juga 80 peratus dari jumlah pelajar yang tidak terlibat dengan masalah disiplin kerana melalui program pencegahan, pendidikan dan pemantapan sahsiah melalui perkhidmatan UBK? 95 peratus masalah disiplin diatasi oleh guru disiplin. Apakah petunjuk prestasi yang digunakan bahawa ia adalah sumbangan guru disiplin semata mata. Adakah semata mata kerana kadar ponteng kelas yg semakin berkurangan kerana guru disiplin meronda dan mengenakan hukuman? Bagaimana pelajar yg telah menjalani sesi kaunseling, intervensi dan pemantauan selepas dijatuhkan hukuman? Adakah kes merokok di sekolah berkurangan krn diatasi oleh guru disiplin yg menjalankan spot check. Bagaimana dengan sumbangan guru kaunseling mengadakan program pencegahan, pendidikan pemulihan masalah merokok hingga kes disiplin merokok tidak meningkat atau pelajar yg bermasalah merokok di sekolah dapat ditangani agar mengawal dari menjadi perokok tegar. Bukankah itu juga membantu mengatasi masalah disiplin pelajar?

Satu lagi idea darinya mengatakan guru kaunseling patut diberi jadual waktu seperti guru akademik biasa, baru adil... yang ni saya rasa memang orang luar tidak faham tugas kami. Saya sendiri pernah mengalaminya.. mengajar Sains 25 masa, diberi rumah sukan, dan persatuan serta tugas khas sebagai guru kaunseling, guru kelas lagi. Jadi di sini saya ialah guru akademik sepenuh masa bukan lagi guru kaunseling sepenuh masa. Jika persatuan perjumpaan dijalankan dua minggu sekali. Bolehkah saya beranggapan begitu juga menjalankan sesi kaunseling dua minggu sekali kerana dianggap UBK umpama persatuan? Tentulah tidak bukan.. 

Sebagai guru tugas khas kaunseling bolehkah saya bertugas seperti guru khas koperasi atau pusat sumber kerana portfolio sama guru akademik sepenuh masa dan memegang satu tugas khas. Mereka bertugas mengikut masa kelapangan jika tiada pdp dan boleh dibuat jadual tetap. Saya masih ingat saya mengajar di makmal, student cari sambil menangis nangis, guru disiplin bagi list nama untuk rujukan begitu juga guru kelas lain, parent nak datang jumpa adhoc huhu macam tugas guru kelas kan tetapi bezanya klien saya adalah satu sekolah bukan pelajar kelas saya sahaja. Mungkin ada yg mengatakan pulak macam guru disiplinlah waktu bukan pdp settlekan kes. Ia tidak semudah itu bagi guru kaunseling, kerana guru disiplin ramai lebih 10 org AJK dalam satu sekolah. Jadi bab ini pun saya hairan bagaimana pemilik fb ini boleh mengatakan masalah disiplin diatasi oleh guru disiplin dari kaunselor yang ramai tu. Kuota sekolah 500 pelajar untuk seorang guru kaunseling sahaja padahal AJK Disiplin lebih dari itu. Saya percaya dalam 6 hingga 10 orang. 

Pengalaman saya selaku guru akademik sepenuh masa dan tugas khas selaku menjadi guru kaunseling, tamat je pdp Sains saya akan ke bilik kaunseling. 25 masa mengajar ibarat 5 masa seminggu berbaki 3 masa je lagi untuk  tidak masuk kelas dalam sehari untuk aktiviti menyediakan aktiviti pdp seterusnya, menanda buku dan pengurusan lain dan juga makan. Saya tidak dapat fokus menyediakan pdp atau menanda buku pelajar dalam waktu sekolah kerana bilik kaunseling saya sentiasa ada je pelajar mencari atau saya sendiri mempunyai senarai rujukan kes segera yang patut dicari. Dengan kekuatan 2 org guru kaunseling dengan sentiasa membuka pintu ubk untuk 1600 pelajar ketika itu, memang tak menang tangan. Banyak juga kes yg tak sempat berjumpa hingga berminggu minggu bertangguh. Ini kerana waktu sekolah kami mengejar kes segera dan memudaratkan. Kerana selepas tamat sekolah, pelajar bermasalah disiplin tidak memberi kerjasama untuk stayback. Jadi apabila mengajar, saya terpaksa menyusun jadual saya yg tiada kelas Sains untuk mengejar klien berisiko tinggi yg kadangkala datang atau tidak. Begitu juga kes pelajar dirujuk. Jadi apabila adanya jadual mengajar penuh, sehari saya hanya mampu membuat satu sesi kaunseling dlm waktu formal sekolah yg memakan masa satu hingga satu setengah masa pdp. Ini kerana satu hari formal di sekolah ialah 8 masa. 5 masa mengajar dan satu setengah sesi kaunseling memang tidak byk sesi kaunseling boleh dijalankan apatah lagi menjalankan program. Ekspektasi yg tinggi dari orang sekeliling, tapi kudrat yg terhad dan masa yg terhad. 

 Bunyi loceng waktu balik, mungkin guru biasa boleh menanda buku atau ada masa nak buat tugas lain, tetapi saya masih lagi terikat menjalankan sesi kaunseling atau bimbingan kerana klien kami adalah pelajar sesi pagi dan petang atau menyediakan laporan dan persediaan program ubk. At the end buku buku yang perlu ditanda dimasukkan ke dalam bonet kereta kerana jika saya masih menunggu di bilik kaunseling, saya tidak boleh mengatakan tidak kepada pelajar yg mengalami krisis untuk berjumpa atau guru yg datang membawa pelajar untuk rujukan. Selalu juga saya menjalankan sesi dan tersasar masuk kelas lewat, dan untuk kes kritikal saya letak di bilik kaunseling dan bersambung selepas dua masa pdp maklumlah kelas Sains mmg banyak waktu berkembar esp waktu masuk lab. 

Oh ye satu lagi pentadbir sentiasa mempunyai satu stigma bahawa kaunselor mengendalikan program program di sekolah berbentuk motivasi dan apa sahaja yg berkaitan dengan 7 bidang tugas kami walaupun kami bukan guru kaunseling sepenuh masa! Kami adalah guru akademik sepenuh masa ! Cuma memegang tugas khas sampingan guru kaunseling seperti mana guru akademik yang memegang tugas khas guru disiplin. Semua kertas kerja dan pengurusan program kebiasaannya saya terpaksa menyediakan di rumah. Cuma beza yg sangat ketara kami tiada pengagihan tugas memang guru kaunseling perlu bertugas di bilik kaunseling seperti saya berdua dengan partner saya sahaja menjalankan sesi dan program dalam 7 bidang utama. Semua guru khas lain seperti guru disiplin, guru pusat sumber ada pengagihan tugas lagi untuk semua AJK. Guru disiplin dan bertugas di bilik disiplin pun ada giliran bertugas seperti guru disiplin di sekolah saya. Tetapi alhamdulillah hubungan saya dengan guru disiplin dari awal posting tidak pernah bermasalah. Walaupun ketua disiplin dan AJK Disiplin sentiasa bertukar ganti. 

Saya percaya KPM telah membuat kajian yang rapi sebelum melantik guru kaunseling sepenuh masa diwujudkan. Pentadbir sekolah.saya sendiri apabila melihat beban tugas saya sebagai guru akademik sepenuh masa dan memegang tugas sampingan guru kaunseling menyedari bebanan ini umpama satu jasad tapi kerja umpama dari dua guru yg berbeza. Lalu selepas setahun setengah, mereka memberikan masa 15 masa mengajar saja untuk mengurangkan beban saya..yang saya tidak minta dikurangkan pun. Menjalankan satu sesi kaunseling atau bimbingan umpama satu masa mengajar. Jadi memang mustahil saya dapat menjalankan program UBK lebih dari asas yg wajib sahaja atau mengadakan kelas tambahan Sains untuk pelajar saya kerana jawatan hakiki adalah guru akademik tetapi SKT tugas khas guru kaunseling juga mempunyai list yg panjang melebihi tugas hakiki mengajar. Maklumlah ketika itu jika ada apa urusan melibatkan guru kaunseling di luar, saya terlibat dan urusan membawa pelajar ke hulu hilir di bawah kaunseling juga adalah saya, maka tak masuk kelas selalu juga adalah saya sbb biasanya guru akademik sukar menggantikan tempat guru kaunseling yg kena bawa pelajar keluar, yg kena bermalam di hutan di sungai. Belum lagi kena jadi guru pengiring keluar daerah dan sering bertugas hari Sabtu kerana mengadakan program.

 Sehinggalah jawatan guru kaunseling sepenuh masa diwujudkan ...terima kasih KPM. Sejak itu UBK saya agak dikenali dengan perkhidmatan dan program UBK yang aktif kerana apabila kita dapat mengoptimumkan bidang tugas kita yang memang kita dilatih dan bonus pula apabila kita suka dengan kerja kita, segala perkara dapat dipermudahkan dengan lancar dan kreatif.

Saya berharap orang di luar sana serba sedikit memahami tugas guru kaunseling sebelum melabel kami...barulah adil namanya.


2 comments

Salam cg, sejak dr degree blog cg menjadi sumber rujukan dan inspirasi sy. segala yg cg katakan itu betul. dilema seorang kaunselor. sy gbk muda baru beberapa tahun jagung. masih baru menghadapi cabaran dan rintangan. mengajar 24waktu kerana kekurangan guru. sudi kiranya cg meninggalkan sedikit pesanan atau kata2 semangat buat sy yg sedang bertarung dgn semangat yg makin hilang. bukan kerana tekanan kerja, sebenarnya yg menjadi masalah gbk ialah rakan gbk sendiri saling bercakaran dan tikam menikam. maaf cg sy luahkn disini, memandangkan pihak pentadbiran bertindak utk tidak mengendahkan isu ini dan tidak mendengar penjelasan dr sy, dan sy juga cuba merujuk kpd pihak ppd utk dikaunselingkan diri sy. krn mungin sy yg bermasalah, namun masih tiada jawapan. sy meminta maaf dan mengajak berdamai tetap tidak diendahkan. sehinggakan sy terpaksa keluar dr ubk dan menjalankan sesi di surau kerana tidak tahan tekanan dibuli secara psikologi dan lisan. sedangkan ketua panitia MP subjek2 diajar tidak pula memaklumkan sy bermasalah. setiap kali memikirkan sekolah sy tertekan. sudi kiranya cg meninggalkan beberapa pesanan sbg ubat menguatkn jiwa sy. kaunseling ialah cinta saya, jiwa saya. tetapi skrg sy tak tahu semuanya kemana. kekuatan sy ialah client2 sy sekarang. itu sahaja.

Salam tarianaksara,

Persekitaran kerja yg kondusif akan membuatkan kita rasa seronok untuk berada di tempat itu. Kondusif dari segi organisasinya, bebanan tugasnya dan sistem sokongannya. Bagi kes anda, berkonflik dgn rakan sejawat yg sebumbung dan sebilik untuk tempoh 7 hingga 9 jam di sekolah setiap hari akan menyebabkan nanah di hati, negatif pada pemikiran dan bertingkahlaku yg agak menjengkelkan seperti tidak bertegur sapa, mendiamkan diri untuk tempoh yg lama, mati kutu bila bersama, mengelak untuk tugasan yg memerlukan kolaborasi bersama.
Dari ringkasan cerita anda, nampaknya anda mula meminta maaf jika konflik bermula dari anda. Tetapi manusia ni unik mcm mcm perangai. Andai masih dingin, bermakna belum ada keredhaan untuk bekerja bersama sama anda semula. Di part anda, anda dah buat yg terbaik. Iye..situasi berkonflik dgn rakan sekerja sendiri adalah sesuatu yg menjengkelkan..dan menyebabkan anda pula yg stress.
Dari segi kerja, ketua panitia sendiri tidak pernah komplen mengenai kamu..menunjukkan prestasi kerja kamu adalah terbaik. Tetapi apabila anda diberikan tugas mengajar yg byk seperti tugas guru akademik, kawan sekerja sepatutnya memahami limitasi anda, sekiranya GBK itu adalah kaunselor sepenuh masa. Mungkin juga partner anda itu dalam keadaan stress juga krn kehilangan seorg guru kaunseling yg diharapkan untuk membantunya menguruskan UBK menyebabkan byk emosi dan tidak puas hati terpendam. Ini sudah tentu di luar kawalan anda untuk memberikan komitmen yg tingg dgn jadual guru seperti guru akademik.
Jika hingga anda perlu menjalankan sesi kaunseling di luar bilik kaundeling dan tidak mempunyai komunikasi mesra dgn partner, maka sudah terdapat negatif interprestasi warga sekolah terhadap profesion kaunselor itu sendiri. Cara terbaik ialah memilih setting fokus kerja. Bukannya bererti anda yg salah anda yg beralah..tetapi mencari persekitaran kerja yg lebih kondusif untuk anda. Bekerja sbg kaunselor, minda amat letih bila memikirkan hari hari untuk berhadapan dgn partner yg betkonflik itu. Lagipun kamu sudah mengusahakan perdamaian. Jika partner itu memilih utk.tidak berdamai..tiada guna lagi istilah kolaborasi. Anda fokus dgn SKT baru anda sbg guru akademik. Menjalankan sesi kaunseling agar dapat mengasah latihan sesi kaunseling anda dan sbg terapi diri sendiri membantu meringankan masalah org lain. Andai kata diperlukan pertolongan untuk membantu UBK, anda hulurkan bantuan. Andai kata mendiamkan seribu bahasa, anda anggaplah menjalankan tugas dgn kreativiti dan inisiatif anda tanpa wujudnya partner UBK untuk run program anda. Kita empati pada klien..tetapi adakalanya kita perlu masuk kasut org lain untuk empati pada diri sendiri. Jika melayan tekanan , maka keseronokan bekerja akan hilang. Anda pula yg kemurungan. Jika dia memilih ingin bermasalah dgn kita, anggaplah kita sedang berhadapan dgn org yg sakit. Diberi ubat tidak mahu, maka kenalah sabar dan berfikir positif. Jangan kita pula yg sakit kerana menjaga org yg sakit. Ada beratus student atau pesakit lagi yg memerlukan anda untuk dijaga.Itulah prinsip saya dari dulu, oleh itu pemikiran, perasaan dan emosi sy setiap hari perlu dikawal. Seperti mana kita membantu klien mengawal rasa marah, putus asa dan derita, begitu juga diaplikasikan dlm kehidupan seharian kita. Jgn kerana deal dgn seorg yg 'sakit" menjejaskan kehidupan kita pula dan seterusnya mengorbankan beratus klien yg mengharapkan kita. Semoga anda dapat melalui hari hari dgn aman dan tenteram dan sentiasa tersenyum. Semoga ada hati yg terbuka menerima kemaafan anda suatu masa nanti.

 

Telegram Channel