4 October 2014

Permarkahan Inventori Kecekapan Pelbagai Kertas 1

The making of
Nasi himpit & rendang & kuah kacang
While enjoy my first day nurhaizachemat@unifi

Uhuk ..mengadap kertas kertas jawapan OMR untuk 200 lebih pelajar akan menjadi tugasan yang boleh meloyakan perut jika mengadap tidak berhenti henti. So cara terbaik ialah menanda dari kelas ke kelas dan break lama untuk bergerak menanda kelas yang berikutnya...huhu bagi cikgu mata pelajaran yang dah biasa menanda ia umpama di hujung jari tapi bila guru kaunseling yang dah hampir 12 tahun tidak terlibat dengan sebarang kertas peperiksaan untuk ditanda so terkial kial sikit :)

Kertas 1 Ujian Kecekapan Pelbagai perlu dijalankan dalam masa 1 jam 50 minit. Terdiri dari Bahagian A yang mengandungi soalan kecekapan verbal linguistik BM dan BI dan pelajar diberikan masa rehat selama 15 minit sebelum meneruskan ke Bahagian B yang mengandungi kecekapan logik matematik dan kecekapan ruang visual. 

Apakah itu verbal linguistik?
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.

Apakah itu verbal ruang?
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.  Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual. 

Orait  disinilah trickynya kerana 10 soalan dari kecekapan verbal ruang berada pada kertas 1 manakala 10 soalan lagi berada dikertas 2. Jumlah jawapan yang betul oleh murid bagi setiap bahagian kertas 1 ditukar dalam bentuk peratus dan dipindahkan ke dalam borang rumusan skor. Manakala jumlah jawapan ya pada kertas 2 akan ditukar dalam bentuk peratus dan dipindahkan ke borang rumusan skor.
 

Telegram Channel