18 January 2015

Cara Menulis Analisa Mingguan Buku Rekod Kaunseling

#Romancinta #AJL29 #Caliphbuskers


Berakhir satu minggu persekolahan bagi sesi 2015. Mesej whatsapp dari group Majlis Guru Kaunseling KL dan Jawatankuasa Guru Kaunseling Pudu sendiri tertanya tanya bagaimana cara penulisan buku rekod mengikut format baru memandangkan pelbagai format yang baru diperkenalkan dalam buku rekod 2015. Namun taklimat tidak diberikan kepada guru kaunseling mahu pun kepada pengerusi - pengerusi Zon Pudu. 

Sejujurnya format baru ini lebih mudah untuk orang luar melihat sekali imbas apa yang dilakukan oleh guru kaunseling dalam minggu tersebut. Memandangkan mesyuarat JK Zon Pudu akan dijalankan minggu hadapan, saya membelek analisa mingguan ini dan study cara mengisi analisa ini untuk taklimat akan datang untuk diseragamkan kepada guru kaunseling dalam Zon Pudu.

Analisa mingguan ini hanya perlu memasukkan bilangan aktiviti yang dijalankan setiap hari. Kelas ganti ialah aktiviti yang dijalankan menggunakan bahan orang lain manakala bimbingan kelompok ialah aktiviti menggunakan bahan UBK. Ramai guru kaunseling terutama yang baru dalam perkhidmatan agak keliru dengan istilah bimbingan atau kaunseling. Kaunseling ialah sesi membantu yang melibatkan interaksi antara kaunselor dengan klien dalam keadaan sulit untuk membantu klien menyesuaikan diri dengan lebih berkesan terhadap diri sendiri dan persekitaran menggunakan proses, teknik dan kemahiran kaunseling. Manakala bimbingan ialah aktiviti membimbing agar individu mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan persekitaran. Adakalanya bimbingan dan kaunseling digunakan dalam membantu seorang individu yang akan kita kategorikan dalam kaunseling.

Bagi memudahkan guru kaunseling memahaminya, sekiranya menjalankan interaksi mengenai pelajar yang tidak mengetahui hala tuju hidupnya dipanggil sesi kaunseling. Sesi berikutnya 
membimbing pelajar mengisi borang UPU atau membimbing pelajar melakukan teknik relaksasi yang betul ialah aktiviti bimbingan. Begitu juga dengan aktiviti kaunseling kelompok dan bimbingan kelompok. Jika kita menjalankan sesi membantu contohnya kepada kumpulan pelajar yang merokok, ponteng dengan penstrukturan dan pendekatan kaunseling untuk berubah maka dipanggil kaunseling kelompok. Tetapi jika dengan kumpulan yang sama dalam masa 20 minit kita menujukkan jenis - jenis dadah yang bahaya dan sekadar memberi penerangan ia dinamakan bimbingan kelompok. Tetapi jika di dalam sesi kelompok kita memberi penerangan mengenai jenis dadah dan seterusnya menjalankan proses kaunseling tentang siapa yang pernah mengambil jenis jenis tersebut dan intervensi mengenai kaunseling pendidikan pencegahan dadah maka ia adalah bimbingan dan kaunseling yang dimasukkan dalam kategori kaunseling pelajar . 

Lain-lain sumbangan di sekolah ialah apa sahaja aktiviti yang dijalankan bukan anjuran UBK. 
Contohnya AJK Program Maulidur Rasul, AJK Hakim Penamat Merentas Desa, AJK Dokumentasi Majlis Anugerah Cemerlang.

Manakala apa sahaja aktiviti dan program UBK akan dimasukkan dalam kategori program kaunseling dan tidak perlu dinyatakan sekali lagi dalam ruang lain - lain sumbangan di sekolah.


Lain - lain ialah aktiviti luar anda yang tidak melibatkan sekolah. Contohnya Pengacara Majlis Program KBAT anjuran Yayasan Pendidikan, Fasilitator Kursus PRS peringkat WPKL dan sebagainya.Sekiranya kita hanya selaku peserta program, mesyuarat atau taklimat memadai ditanda dalam ruang perkhidmatan luar anjuran pihak mana.

Orait catatan terakhir ialah ulasan pengetua. Kalau dahulu catatan guru kaunseling juga dimasukkan tetapi dengan format baru, catatan guru kaunseling tidak diletakkan. Pastikan ulasan itu diberikan ulasan oleh pentadbir. Apa sahaja ulasan perlu diletakkan dan nazir juga pernah mengingatkan saya agar menegur pentadbir jika mereka tidak meletakkan apa - apa ulasan.


1 comments

Howdy! Thiѕ is my first visit to your blog! We are a collection οf
volunteers аnd starting a neѡ initiative іn a community іn the samе niche.
Youг blog provided us valuable informatiⲟn to wоrk on. You havе done а extraordinary job!

 

Telegram Channel