15 February 2015

Kertas Kerja Sambutan Tahun Baru Cina: Ke Arah Memupuk Integrasi Kaum Untuk Perpaduan

Shopping with emak
Just two of us

Kertas kerja ini disediakan bagi menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah dengan tema Ke Arah Memupuk Integrasi Kaum Untuk Perpaduan . Ini kerana ratio pelajar sekolah ini 48% pelajar Melayu dan hampir 48% juga pelajar Cina. Oleh itu dalam projek guru penyayang, sambutan perayaan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar kerana saling menghormati budaya dan agama yang diamalkan oleh pelajar dan guru yang pelbagai kaum. Oleh kerana saya selaku setiausaha program guru penyayang, saya sentiasa kena memikirkan aktiviti yang menarik agar ia bukan sekadar makan-makan sahaja tanpa meninggalkan nilai murni untuk dihayati oleh warga sekolah. Oleh kerana saya juga merupakan AJK RIMUP sekolah iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, maka program ini umpama pakej dua dalam satu. Selepas berjumpa dengan boss dan berbincang mengenai penambahbaikan program..inilah hasilnya selepas kertas kerja diedit.

1.0     PENGENALAN
          Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Amalan guru penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program mentor mantee seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama, meraikan hari lahir, bimbingan hala tuju hidup, lawatan/ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan jamuan mentor mantee sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat memupuk semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan para pelajar sekolah ini terdiri dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.

2.0     Objektif
          1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor dan mantee
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

3.0     TARIKH : 25 Februari 2015
4.0     TEMPAT :  Kantin sekolah


5.0     AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               :       Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi :    Puan Sapura Bt Amat
          Naib Pengerusi        :    Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
                                                  Puan Maznah Bt Musa
                                                  Encik Raheman Ahmad
          Setiausaha              :     Puan Nurhaiza Bt Che Mat
        
         AJK Makanan sesi pagi :
          Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
          Puan Karamjit Kaur a/p Surinder Singh
          Puan Salina Bt Mohd Isa
          Puan Roszita Md Toff
                   
          AJK Makanan Sesi Petang:
          Puan Rozinani Awang         
           Puan Haslina Hashim
          Puan Kanagambigai
          Encik Chen For Loi
         
AJK Persembahan  : Cik Wong Mun Yee/ Puan Tan Nyok Moi/ Pn Lee Soo Heong
                                       Cik Tuong Loy Mui/ Pn Lee Wan Yee/ Pn Ang Choon Ai
AJK Banner               : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Dokumentasi    : Puan Nurhaiza Che Mat
AJK Penilaian           : Puan Raudzah Bt A. Rahman

6.0     TENTATIF PROGRAM
Sesi pagi :
1.10 – 1.50 tengah hari : Para pelajar mengambil tempat mengikut kelas masing-
        masing
1.50 – 2.30 petang        : Persembahan di dewan
2.30 petang                    : Bersurai

Sesi petang:
10.15 – 10.30 pagi        : Para pelajar mengambil tempat masing-masing
10.30 – 11.00 pagi        : Persembahan di dewan
11.00 pagi                       : Bersurai

Jamuan makan program Guru Penyayang bersama mentor dan mantee kelas
-Sambutan Tahun Baru Cina
-Sambutan hari jadi Januari dan Februari

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
          Kos makanan : RM 3  x  1356                =        RM 4,068
          Banner                                                      =        RM    100
          Hadiah                                                      =        RM    100
                                                                                       RM 4,268

8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang                         diharapkan dan seterusnya menggalakkan amalan budaya penyayang  
          dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh,                                                                  Disahkan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)


 

Telegram Channel