5 May 2015

Bengkel Kerjaya Untuk Kaunselor Oleh ARK Publications


Hari ini keluar lagi untuk menghadiri kursus yang dijalankan iaitu bengkel kerjaya yang dikendalikan sendiri oleh pengarah ARK iaitu En K. Krishnan kepada guru kaunseling Zon Pudu di KLMU, Kuala Lumpur. Menarik kad kad permainan yang digunakan. Saya ingat lagi sewaktu awal posting di sekolah, kad -kad bimbingan kerjaya ini ada banyak di bilik kaunseling tetapi dengan versi lama iaitu tiada label nombor dan warna juga rasanya hitam dan putih. Tidak pasti bagaimana menggunakan kad tersebut maklumlah sewaktu posting saya tidak mempunyai senior guru kaunseling yang dapat memberi tunjuk ajar di situ. 

Modul kursus hari ini merangkumi panduan perancangan kerjaya, memahami teori Holland, instrumen untuk mengukur minat, kerjaya impian, minat yang mentafsirkan, pengiraan dan analisis skor, jenis-jenis personaliti, suasana pekerjaan, pemadanan personaliti dan suasana pekerjaan, bagaimana menggunakan kamus pekerjaan ARK, borang skor SDS dan lain -lain. Yang menariknya kad yang digunakan berwarna warni sudah pasti sangat menangkap minat pelajar untuk menggunakannya sewaktu bimbingan kerjaya bersama guru. 

Aktiviti dikendalikan oleh En K.Krishnan dari 

LANGKAH SATU
Mengenali Diri Sendiri
1) mencatat kerjaya impian
2) menjalankan ujian kerjaya
3) mencatat skor ujian dan kad -kad iaitu kad kemahiran, kad nilai, kad hobi, kad pekerjaan
4) mengira jumlah skor untuk setiap RIASEC
5) mengetahui kombinasi Kod Holland untuk kod yang dipilih

yang menarik mengenai pengiraan skor, minat tidak boleh dinilai jika jika skor RIASEC lebih kurang sama, atau tiada skor langsung . Skor dianggap sama melainkan jika terdapat perbezaan lebih kurang 8 markah antara kod Holland tersebut. Kerjaya impian akan diambilkira jika skor RIASEC tiada yang signifikan.

LANGKAH DUA
Meneroka pilihan yang ada
- Senaraikan kerjaya yang anda suka
-Suasana Pekerjaan
-Baca mengenai kerjaya tersebut
-Dapatkan maklumat syarat untuk kemasukan ke IPT
Tips untuk kaunselor: jika pelajar dari kelas aliran sains tetapi berminat dengan bidang artistik galakan mereka teroka kerjaya sains berasaskan artistik seperti arkitek, pengarah kreatif, rekacipta industri, 

LANGKAH TIGA
Membuat Keputusan
Keperluan Anda : Kemahuan, minat, kemahiran, nilai, tahap pendidikan, halangan dan lain-lain
Keperluan Keluarga : Keperluan Keluarga anda, tanggungan lain, halangan sosial, kekurangan sosial dan lain-lain.
Keperluan Masyarakat: Tempat tinggal, pilihan anda, peluang pekerjaan pada masa akan datang

LANGKAH EMPAT
Mengambil Tindakan
-Kumpulkan maklumat Peluang Pekerjaan Di Malaysia
- Pelan Tindakan
- Panduan Pendapatan

Terima kasih kepada Ark Publications dan KLMU yang menaja kursus pada hari ini.

Newborn in the house
Nurul Syafira...our new family



 
Borang kerjaya impian
Borang skor SDS
Kad pekerjaan dengan kod Holland
Pilih pekerjaan yang anda suka
8 Kad Hobi dengan dibelakangnya kod Holland dengan skor
Contoh 8 Kad Hobi yang disukai
Contoh 8 Kad Nilai yang disukai

Kusyuk menggunakan kad dan penskoran
Terima kasih KLMU dan ARK Publications

3 comments

salam..saya nak tanye di mana saya boleh dapatkan kamus ARK ni yer sebab kamus yg lama dah hilang so nak beli yang baru tapi tak tahu kat mna..terima kasih...

Salam. Anda boleh menghubungi nombor pembekal ARK ini iaitu Micheal 0169173483

SALAM,

ADAKAH TERDAPAT KAD HOBI, PEKERJAAN DAN SEBAGAINYA DALAM KAMUS ARK?

 

Telegram Channel