Total Pageviews

10 May 2015

Dokumentasi spsk: Kursus PRS Tahap Bongsu dan Muda

1.0            Pengenalan

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Ini kerana guru kaunseling di sekolah merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah pelajar. Oleh itu, guru kaunseling memerlukan pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah. Mereka yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan dikenali sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah. Oleh itu, PRS perlu dibekalkan kemahiran menolong dan komunikasi agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Selain itu, mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna di kalangan pelajar.

2.0       Latar belakang
            Di SMK Cheras, bilangan PRS bagi sesi pagi mencecah 100 orang apabila pelajar kelas          
2C juga diletakkan di sesi pagi. Manakala sesi petang hanya 20 orang sahaja Tingkatan 2
yang ada. Oleh itu Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1 yang terpilih untuk mengikuti kursus ini dan di akhir kursus mereka akan mendapat sijil perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya. Manakala bagi pelajar PRS senior, mereka perlu mengikuti Kursus Peningkatan PRS bagi meningkatkan ilmu tersebut.

2.1       Tarikh
28 Feb – 1 Mac 2015




2.2       Ahli Jawatankuasa

Pengerusi          : Puan Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi  : Pn Sapura Bt Amat
Setiausaha          : Pn Nurhaiza Bt Che Mat

AJK Kerja
Penyelaras                                 : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Pendaftaran/Makanan       : Pn Rozinani Bt Awang
AJK  Peralatan/Kebajikan        : En Che Mohamad Padali B Che Mat
AJK Sijil / Permainan                           : Pn Raudah Bt Abdul Rahman
AJK Modul / Penilaian /Dokumentasi : Pn Nurhaiza Bt Che Mat

2.3       Objektif

1)     Agar PRS  dapat menjalani kursus  PRS seperti kemahiran lanjutan  menolong, kemahiran  komunikasi lanjutan dan lain-lain.
2)     Agar PRS yang  dapat mengaplikasikan kemahiran dengan lebih baik dalam membantu pelajar lain.
3)     Agar PRS dapat berkenalan dengan PRS dari semua tahap tingkatan agar dapat mengeratkan silaturahim.

2.4     KAEDAH PERLAKSANAAN
          Ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan

2.5     BAHAN YANG DIGUNAKAN       
          Modul untuk LDK, Peralatan permainan seperti surat khabar, tali, kacang, belon,
reben, baldi untuk aktiviti team building.


3.0     AKTIVITI  PROGRAM
1 Mac 2015

7 .30 pagi                    : Pendaftaran di Astaka

                                      Pelajar telah diberikan tanda nombor di pergelangan tangan

                                      menunjukkan nombor kumpulan masing-masing

8.00  pagi                    : Taklimat dari guru kaunseling Pn Nurhaiza Che Mat

8.30  pagi                    :Taklimat dari ketua kem komandan

                                      Berkenalan dengan fasilitator

9.00 pagi                     : Sesi berkenalan – ice breaking

                                      Agihan kumpulan dan pembahagian kumpulan

9.30 pagi                     : Perlantikan penghulu
                                     
                                      Perlantikan penghuluwati  

                                    :  Agihan kumpulan.

10.00 pagi                   : Rehat

10.30 pagi                   : Pengenalan PRS : Tahap Bongsu
                                     Buku Log: Tahap Muda
                                     
11.00 pagi                   : LDK 1 Ice breaking
                                     
12.00 t/hari                 : LDK 2 : Logo  kumpulan
                                      Pembentangan kumpulan

1.00 t/hari                   : Makan tengah hari/ Solat Zohor

2.30 petang                 :LDK 3 : Konsep Kendiri :Kursus Bongsu
                                     
                                                 : Kemahiran Penyelesaian Masalah: Kursus Muda

3.30 petang                 : LDK 4 : Komunikasi Sehala Dua Hala: Kursus Bongsu

                                                  : Kemahiran Mengendalikan Emosi: Kursus Muda

4.30 petang                 : Bersurai                   
                       

 (Ahad)

6.30 pagi         : Solat Subuh/ Mandi

7.00 pagi         : Riadah

8.00 pagi         : Sarapan pagi

8.30  pagi        : Team Buiding

10.30 pagi       : Bergotong - royong

11.30 pagi       : Majlis Penutup

12.30 t/h          : Makan tengah hari


4.0     PENCAPAIAN PROGRAM
          1) Di akhir kursus, ahli PRS baru mengetahui mengenai asas kaunseling
          2) Di akhir kursus, ahli PRS mengetahui mengenai semangat berpasukan untuk
     bersama-sama menggerakkan badan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah.
3) Di akhir kursus, ahli PRS senior dapat mengetahui cara penulisan rekod sesi
     membantu
4) Di akhir kursus, fasilitator PRS Tingkatan 5 berjaya mengendalikan kursus 
    latihan dalam kumpulan sebagai tugasan kepimpinan untuk mereka

5.0     KEMAJUAN/ MASALAH
1)  Guru praktikal datang membantu untuk mengendalikan slot Kursus Peningkatan PRS manakala fasilitator PRS Ting 5 mengendalikan slot Kursus Asas PRS sewaktu gurur-guru kaunseling menghadiri Mesyuarat Agong PIBG.

          2) Mengadakan kursus latihan fasilitator untuk mengendalikan kursus ini dan
    fasilitator berperanan dengan baik menjayakan slot kursus.

Masalah
1)  Pelajar sesi petang perlu diserap lebih ramai sebagai PRS kerana pelajar
      PRS Ting 2C ke sesi pagi pada tahun ini. Oleh sebab itu saringan pemilihan
      PRS sesi petang tidak dijalankan kerana bilangan yang memohon masih berkurangan untuk kuota sesi petang.
2)  Cuaca yang panas menyebabkan aktiviti dijalankan di kawasan yang tertutup selepas pukul 10.00 pagi.

6.0     CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
          1)  Mengadakan kursus seawal Februari kerana tarikh yang berdekatan dengan
                ujian bulanan dan kerja rumah yang banyak menyebabkan ada peserta PRS
                yang tidak hadir.


7.0            PENUTUP


Kursus   PRS  ini diharapkan dapat  dijalankan dengan jayanya dan diharapkan ahli PRS dapat memenuhi kedatangan yang ditetapkan selepas kursus ini agar mendapatkan input lanjut untuk melengkapkan diri sebagai pelajar yang dapat membantu pelajar lain.


Disediakan oleh,                                                                  Tarikh: 12 Mac 2015


( Nurhaiza Bt Che Mat)


Disahkan oleh,                                                                    Tarikh: 12 Mac 2015

( Kamariah Bt Abu)



Can't wait hi tea with my sisters
When the younger open table huhu:)













No comments: