2 May 2015

Malaysia Automotive Institute (MAI): Peluang kemahiran tanpa lulusan SPM

Taklimat yang disampikan sendiri oleh staf MAI sewaktu seminar profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling peringkat kebangsaan di Pekan, Pahang pada 28 April 2015. Buat para pelajar yang berminat menceburi bidang automotif, walau apa sahaja result yang anda dapat sama ada pencapaian  SPM yang rendah atau gagal SPM, bahkan bagi yang pernah keciciran sekolah dan tidak menduduki SPM juga layak untuk memohon asalkan anda berumur 18 tahun hingga 35 tahun. Ibu pejabat MAI terletak di Blok 2280, 2, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, Cyberjaya . Sebuah agensi dibawah MITI

klik disini http://mai.org.my/v3/

Technician/ Operator 
IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi, autonomous maintenence dan kawalan kualiti.

Para pelatih yang berminat tiada bayaran dikenakan kerana IPC bukan kursus berasaskan keuntungan. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Makan minum disediakan secara percuma, penempatan disediakan .Kelas diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu. Semua staff tinggal bersama. 
Latihan industri selama 4 bulan. Lulusan IKBN dan ILP boleh masuk ke MAI dan bekerja. Bulan pertama dengan elaun RM200 manakala pada bulan kedua terus mendapat gaji dan EPF.Gaji minimum sebanyak RM900 dengan bayaran percuma asrama. Makan minum percuma bergantung kepada tempat latihan. Selepas disahkan jawatan dalam sebulan, gaji akan naik.  Lulusan MAI mempunyai sijil yang diiktiraf oleh CIDB. Pelatih akan menerima sijil yang diiktiraf dari MAI dan JPK.


Struktur Program di IPC
Bulan pertama
Bentuk latihan dalam bilik darjah yang diadakan di pusat latihan MAI.  Antara aktiviti ialah ceramah dan lawatan industri. Latihan berbentuk pembangunan sahsiah, pengetahuan teknikal dan spesifik, keselamatan, laluan kerjaya, budaya kerja, kualiti, penyelenggaraan dan pengurusan kewangan diri. Peserta akan mendapat elaun RM 200 selepas tamat bulan pertama. Insuran semasa latihan disediakan. Latihan sepenuhnya ditaja dan latihan jurulatih diiktiraf.

Bulan ketiga
On job training di tempat latihan industri umpama bekerja sepenuh masa menggunakan pendekatan pendedahan industri, kemahiran latihan spesifik, kemahiran komunikasi. Prestasi kerja vs sasaran kerja yang ditetapkan.

Bulan keempat-enam
Latihan di bawah pemantauan MAI. Merupakan pekerja tetap sepenuh masa. Menggunakan suntikan motivasi pada bulan pertama dan dipantau setiap bulan 

Kerangka program IPC ini untuk UPSR/PMR/SPM/SKM/Diploma Lepasan Sekolah/ Sekolah tahfiz atau gagal SPM yang boleh memohon ke arah tenaga kerja berdaya saing dan mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran.

Selain itu di bawah MAI terdapat 2 kursus lagi untuk :

Engineer : 
Menguruskan program Automotive Graduate Apprenticeship dan Automotif Industry Certification Engineering (AICE). Pemegang ijazah kejuruteraan  yang berminat dengan automotif boleh memasuki program MAI. 2 bulan pembelajaran di bilik darjah dengan MAI dan menjalani latihan industri selama 6 bulan on job training. Pada masa ini pelatih menerima gaji penuh seperti pekerja tetap. 

Technician/ Mechanic:
SAYIM ( Strategic Action For Youth 1 Malaysia)


Program dibuat sebagai tuntutan industri dan mempunyai pengkhususan tertentu. Bagi pemegang SKM 3 atau setara. Tamat sahaja SKM3, terus mendaftar untuk satu pengkhususan tertentu contohnya Honda untuk dilatih dengan syarikat Honda. 

Selamat petang 
Angin kampung yang mendamaikan

60 comments

Bila intake??
Nk msuk..

Kamu boleh direct ke link yang disediakan dalam entri di atas mengenai MAI dan nombor telefon untuk dihubungi.

sijil ipc boleh guna utk smbung degree ke ?

sijil ipc boleh digunakan untuk menyambung ke diploma terlebih dahulu dengan sijil kemahiran tahap 3 dan seterusnya menyambung ke degree jika anda berjaya memiliki sijil kemahiran tahap 4

Bagaimana cara untuk memohon?

Kamu boleh email kepada info@mai.org.my untuk mengetahui tarikh pengambilan baru atau menghubungi 8318 7742

salam cik/pn.. sy mhu bertanya dan juga ingin minta pendapat.. so sy skrang ni bkas pelajar lepasan spm.. jdi lgkah mna yg ptut dan lagi elok sy ambil.. adakah ptot sy ambil diploma at KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA di Masjid Tanah,Melaka.. dlam jurusan automotif gk.. ataupun lagi elok sy memohon jew ngan (M.A.I)? Skadar mtk pendapat.. tiada niat lain slain ingin mngejar cita2 dan azam.. mf jikalau ada kata2 yg terlanjur.. TQ

Salam ahmad kamil
Dalam membuat pertimbangan antara kolej kemahiran tinggi dan MAI perkara yg perlu dipertimbangkan ialah syaeat kelulusan kerana KKTM memerlukan kelulusan yg lebih tinggi berbanding MAI. Dari aspek kualiti sijil sama ada diploma atau skm semata mata dalam tempoh masa yg sama. Pembiayaan samaada pinjaman atau elaun yg lebih berbaloi. Pastikan kemudahan pembiayaan samaada separuh atau sepenuhnya yuran pengajian ditaja krn ia faktor utama bg yg kurang berkemampuan. Anda perlu menimbangkan semua faktor di atas dan membuat pilihan berdasarkan Kelebihan yg terbaik

aslmualaikm..
sy nk brtnya di mana sy boleh smbung diploma mngunakn sijil ipc

Salam

Sijil ipc tahap skm tahap 1 dan 2 setrsunya skm tahap 3 dan 4 setaraf diploma kemahiran dan diploma lanjutan kemahiran atau ijazah. Anda boleh menggunakan skm untuk permohonan ke mana -mana institusi yang mempunyai kursus dalam bidang automotif juga.

assalamualaikum, bila tarikh pendaftaran? kalau gagal spm layak ke utk mohon

Salam bahrum.
Anda boleh menghubungi nombor yg tertera atau email mereka di laman web. Ya..yg gagal juga boleh memohon utk kursus IPC

Salam

Sy mahu tanya..sy lepasan spm.mahu ambil sijil skm 3 dan ingin meneruskan pengajian di peringkat diploma bidang automotif dan setelah habis tempoh pengajian..adakah sy layak memohon bekerja di MAI dan menjadi pekerja tetap

Jika anda telah menamatkan pengajian sehingga ke tahap diploma anda layak memohon pekerjaan walau di mana shj bidang automotif untuk menjadi pekerja tetap sama ada di tempat praktikal anda yg menjalankan kolaborasi atau di.mai sendiri

kalau macam sy bru habis giat mara.skm 1 dan 2.bagaiman cara permohonan kursus ini?

Your work are so good and amazing i really love to see this kind of helpful and positive post thank you for sharing this with us. You shared the great information with us i read this blog and it was so impressive and mind-blowing thank you so much for sharing this info with us. hacking courses

Saya memang berminat dalam permotoran sejak saya kecil lagi,cita2 saya jururawat,tetapi hasratnya terbatal kerana nak masuk kolej kejururawatan kena lulus matematik,dan subjek2 lain...saya memang lemah matematik sejak tingkatan 1 lagi (2012),jadi nak memohon kolej ni camner?...sy calon SPM 2016

Maaf baru perasan pertanyaan ini. Jika anda tamat skm tahap 2..anda boleh juga memohon kursus ni ditahap 3 jika ia berkaitan dgn kursus anda skrg. Jika tidak..anda perlu mengikuti skm tahap 1 semula dibidang automotif

Walaupun kolej ini ditawarkan juga untuk murid gagal SPM, cikgu berharap anda berusaha bersungguh untuk mendapatkan sijil SPM dgn lulus semua subjek. Anda boleh ke laman web dlm atau email info@mai.org.my

Bolehkah saya memohon kerja dgn MAI?
untuk makluman, saya memiliki sijil vto dan skm 3 automotif selepas jualan.
saya pernah bekerja di Naza Automotive selama 9 tahun dan pernah bekerja di Tan Chong Motor Assemblies selama 2.5 tahun.
sekarang saya bertugas di sebuah pusat bertauliah sldn automotive, tetapi majikan saya ada masalah kewangan.
saya memerlukan tempat kerja yg lebih kukuh dan terjamin...


Salam Yusri
Anda boleh memohon atau bertanya lebihblanjut kpd pihak MAI sendiri mengenai kekosongan jawatan. Dengan pengalaman dan kepakaran anda, peluang tinggi tetapi masih lagi tawaran kerja jika ada kekosongan dan keperluan. Semoga anda mendapat tempat kerja yg lebih stabil dgn kepakaran anda.

hi..saya berminat..macam mana ye untuk menyertai?saya sudah tekan link ke laman web mai tapi fail

Cikgu try tekan link pada entri blog ini, terus ke laman web MAI masih ada. Tapi jika tidak dapat juga, cuba email pula info@mai.org.my atau walk in ke sana

assalamualaikum saya muhd zulfaqar umur 22 boleh kew saya msuk kursus ney dan mcm mner cara nk daftar

saya berminat sila terangkan cara kemasukakan

Nama saya Ahmad. Saya sedang belajar di UIA dalam mech engineering/automotive. Saya ingin mencari tempat untuk latihan industri.Adakah peluang begitu di MAI? Terima kasih.

Sy lepasan degree engineering. Sepanjang 2 bulan training tu tmpat tinggal disediakan ke? Elaun ada disediakan jugak ke ?

Anda boleh berhubung terus dgn tempat ini sepwrti di tel dan alamat yg tertera. Ini krn apa yg cikgu upload di entri ini adalah hasil taklimat pada ketika itu. Jika ada perubahan anda boleh tanyakan untuk kepastian dgm pegawai di sana

Cikgu tidak pasti mengenai latihan industri untuk pelajar dari luar MAI tetapi sila hubungi mereka untuk penjelasan lanjut

Semasa taklimat difahamkan yg pelatih untuk lepasan degree engineeringnakan menerima gaji penuh dlm tempoh tersebut. Tetapi tpt tinggal cikgu kurang pasti

asalamualaikum.....
saya seorang pelatih dan sedang menjalankan program dibawah MAI dibidang perbuatan.
Tapi yang mendukacitakan saya ialah pemohonan saya untuk Enginering Automobil. Walaupun saya tidak mempunyai sebarang asas dalam kursus ini. Jadi macamana saya hendak mencapaikan cita cita saya untuk kursus dibidang Enginering. tolong bagi pencerahan untuk tindakan saya selanjutnya.

Salam
Anda boleh memohon pusat latihan tinggi ADTEC, kolej kemahiran tinggi MARA dan institut kemahiran MARA. Semoga berjaya

Salam..sy ad bce stu ikln pasal kursus IPC ni.kmsukn pada 4.1.2017 selama 24 hari.kursus ni dibuat di rawang.adakah kursus ini dibawah MAI atau tidak?

Kursus di bawah MAI untuk IPC sepwrti di rawang atau cyberjaya selama beberapa bulan. Saya tidak pasti jika 24 hari ni dibawah MAI. Anda boleh menghubungi pegawai IPC tersebut untuk kepastian.

Sy nk minta pendapat cik/puan adakah patut sy brhenti teruskn blajaq d kktm balik pulau diploma manufacturing atau teruskn smpai tamat belajaq..tapi sy minat automotif.sy brminat nk p MAI seperti yg dceritakn oleh cik/puan

Tempoh blajaq brapa lama

Kktm adalah institusi yg diiktiraf dan telah byk mengeluarkan graduan yg mendapat tempat dlm pekerjaan. Namun jika anda mmg berminat dgn MAI lebih baik anda menghubungi tempat tersebut dan buat prosedur permohonan mengikut saluran yg ditetapkan dan pastikan anda mendapat info lengkap mengenai yuran, tempat tinggal dan sbgnya krn cikgu bimbang jika anda berhenti kkm tetapi anda tidak.mendapat tempat pula di MAI

Utk IPC 6 bulan tetapi cikgu tidak pasti jika ada perubahan utk tahun 2017. Memandangkn taklimat ini dojalankan pada tahun 2016

Maaf..taklimat ini dijalankan pd tahun 2015.

assalamualaikum...
sy nak tnye...boleh x sy nk sambung skm tahap 3 di IPC?, dan tempoh untuk dptkn sijil skm tahap 3 di situ..

assalamualaikum...
sy nak tnye...boleh x sy nk sambung skm tahap 3 di IPC?, dan tempoh untuk dptkn sijil skm tahap 3 di situ..

Salam
Cikgu tidak pasti jika pihak MAI menerima pemohon skm tahap 1 dan 2 dari tpt lain. Namun ada dinyatakan pemohon dari IKBN dan ILP boleh memohon ke MAI. Anda boleh membuat permohonan untuk menentukan kelayakan anda di HQ Cyberjaya

Assalamualaikum...sy nk brtanya...baru2 ni sy dpt info dari JKM dimana mereka akan mengadakan 1 program usahama bersama MAI belajar sambil bekerja di perodua rawang selama 3 tahun...dan 15 ari yg pertama ada kursus di bukit mertajam...sy nk pastikan adakah peluang utk dapat krja tetap tu ada selepas tamat latihan???if disediakn tmpat tnggal boleh ke sy duduk di rumah sewa???

Salam
Cikgu tidak pasti sama ada IPC ditawarkan hingga skm tahap 3. Sila berhubung dgn tpt tersebut

Salam Rashaina
Diserap ke jawatan tetap bukanlah satu jaminan. Anda perlu menunjukkan prestasi yg baik untuk memdapat pekerjaan tetap. Disediakan tempat tinggal bermakna anda tidak perlu membayar extra kewangan tetapi anda boleh memohon pertimbangan

macam mana nak mohon program AICE?

Boleh berurusan dgn alamat yg tertera di atas ye. Semoga berjaya

Assalam.

Info yang amat berguna

koperasiperpaduan.blogspot.my

Tuan.....bagaimana untuk masuk ke MAI..DENGAN CARA ONLINE

salam , klau sy nk buat internship kt mai bleh x ? sy pelajar VTO .

Salam cikgu.baru2 ni anak sy ada mengikuti program yg telah di anjurkan oleh pihak M.A.I selama sebulan di pondok moden jeli kelantan.anak sy juga telah lalui sesi temuduga bersama rakan yg lain.disini sy nk ty,betul kah pihak MAI akan berusaha bagi mendapatkan peluang pekerjaan utk kesemua ahli krusus termasuk anak saya.saya sebagai ibubapa berharap agar pihak MAI dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak(pelatih).sekian terima kasih.

Assalamualaikum Cikgu,
Saya ada beberapa soalan.
1. Bolehkah mengikuti program yang di anjurkan oleh M.A.I jika SPM subjek Matematik gagal?
2. Adakah Program IPC merangkumi SKM tahap 1, 2 dan 3?

Terima Kasih.

salam cikgu, saya lepasan spm, adakah patut saya ambil aijil skm tahap 3 di kolej swasta dulu ataupun terus masuk dibawah MAI?

Salam puan.saya nak tanya. Adakah pelajar ikbn automotif boleh mendapat elaun sebanyak rm900 pada bulan kedua semasa belajar buat kali kedua atau rm900 hanya untuk MAI sahaja?.Boleh beri pencerahan.

Salam shmobile

Memandangkan entri ini pada tahun 2015 , saya kurang pasti mengenai perkembangan institut ini sekarang. Saya mencadangkan agar anda boleh melayari laman web mereka dan bertanya untuk maklumat lanjut. Andaikata jika laman web tersebut sudah tidak dapat diakses, mungkin tempat tersebut sudah tidak beroperasi dengan label tersebut

Salam puan.. Saya 20 tahun dan hnya ade sijil pt3 layak ke saya memohon?

Salam puan.. Saya 20 tahun dan hnya ade sijil pt3 layak ke saya memohon?

Waalaikummussalam
Sudah tentu boleh jika tanpa lulusan Spm pun boleh memohon.
Namun check sendiri ye jika ada syarat terkini kerana posting ini agak lama dan sudah bertahun.

Sijil kursus MAI laku tak?. Klu nak mintak bengkel proton.. Proton tirima tak?

 

Telegram Channel