30 August 2015

Kertas Kerja LADAP: Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkumpulan

KERTAS KERJA
KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERPASUKAN
KE ARAH PEMANTAPAN ORGANISASI
SMK CHERAS

               1.0           Pengenalan

Kursus Latihan Dalam Perkhdimatan merupakan kursus latihan perkhidmatan berasaskan sekolah yang dianjurkan oleh Urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) peringkat sekolah bagi melengkapkan kursus latihan staf sekolah sebanyak sekurang-kurangnya 7 hari seminggu. Untuk slot LADAP yang terakhir bagi tahun 2015, pihak sekolah menganjurkan ‘soft skill’ iaitu kemahiran penyelesaian masalah berasaskan tugasan berkumpulan berdasarkan soalan –soalan yang memerlukan kerja berpasukan untuk diselesaikan melalui aktiviti luar sekolah. Memandangkan pada tahun ini, sekolah tidak lagi diperuntukkan dengan kewangan LADAP, maka semua kursus dijalankan di dalam kawasan sekolah sahaja. Hanya slot terakhir LADAP ini yang akan dijalankan di luar kawasan sekolah bagi mencipta suasana kelainan  dan keterujaan dalam menjalankan aktiviti kerja berpasukan.   Kursus dijalankan di luar kawasan dewan atau bilik darjah bagi meningkatkan lagi suasana keseronokan pembelajaran seperti mana suasana pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang dialami oleh murid sekolah. Diharapkan melalui aktiviti simulasi ini, warga sekolah dapat meningkatkan lagi kejelekitan di antara satu sama lain dan mencipta keseronokan bekerja bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perguruan di sekolah.

                   2.0           Objektif

1)    Agar para guru  dapat  menjalankan aktiviti  kerja berpasukan untuk membina semangat pasukan
2)    Agar para guru  dapat mengaplikasikan kursus ini dengan rutin seharian di tempat kerja agar meningkatkan semangat bekerjasama antara satu sama lain
3)    Agar para guru dapat  mengeratkan silaturahim dan membina kejelekitan perhubungan di antara mereka

                  3.0           Tarikh
19 September 2015

                 4.0           Tempat
A Famosa Resort, Melaka

                 5.0           Ahli Jawatankuasa

Pengerusi                 : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
Timbalan Pengerusi  : Puan Maznah Bt Musa
Setiausaha       : Puan Looi Lin Eng
Bendahari        : Puan Ang Choon Ai

AJK Kerja
AJK Kertas Kerja                            : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Juruacara                               : En Mohd Fadzil B Lebai Lutfi
AJK  Team Building                        : Cik Noraini Bt Jamaluddin
AJK Makanan                                : Puan Normilah Bt Mohd Noh
AJK Sijil                                         : Puan Raudzah Bt Abd Rahman
AJK Pengangkutan                           : Encik Amiruddin Bin Mohd Yusoff
AJK Hadiah                                     : Puan Rozita Bt  Musa/
                                                        Puan Narinder Kaur a/p Peara Singh
AJK Dokumentasi/Penilaian             : Puan Nor Haiza Bt Jaine/ Puan Faezah Bt                                                               Rahim/ Puan Norhaniza Bt Abd Jamil
AJK Jurufoto                                   : Encik Rahimi B Abd Karim
AJK Buku Aturcara/Pendaftaran       : Puan Zeiti Anis Husaina Bt Zakaria/
                                                        Puan Suhaibah Bt Mat                                            

              6.0     TENTATIF PROGRAM
19 September 2015
7.00 pagi      : Pendaftaran
7.30 pagi      : Bertolak ke A Famosa Resort, Melaka.
9.00 pagi      : Tiba di A Famosa Resort, Melaka
9.10 pagi      : Ice breaking/ Pembahagian kumpulan
10.00 pagi     : Rehat
 10.30 pagi    : Kemahiran Penyelesaian Masalah Berpasukan
1.30 t/hari     : Makan tengah hari/ Solat Zohor
2.30 petang  : Pembentangan kumpulan
3.30 petang   : Majlis penyampaian sijil dan cenderamata
                    : Rumusan Dan Penilaian
4.00 petang  : Bertolak ke SMK Cheras
5.30 petang  : Tiba di sekolah



7.0     ANGGARAN BELANJAWAN
Sumber Kewangan
Tajaan YPC            :                                                               RM    1,000  
Yuran                               :         RM 80 x 100 orang             RM    8,000
Jumlah                                                                                     RM    9,000

Perbelanjaan:
Pakej  A Famosa     : RM 50 x 100                             RM 5,000
Makanan                   : RM 10 x 100                             RM 1,000
Hadiah hamper        :                                                     RM 1,000
Pengangkutan          : RM 1,000 x 2 bas                     RM  2,000     RM 9,000     



8.0     PENUTUP

Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para peserta dan  mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakan sekerja agar mudah memberikan kerjasama dalam berdepan dengan pelbagai isu di sekolah.

Disediakan oleh,                                              Diluluskan oleh,

(Puan Nurhaiza Bt Che Mat)                            ( Pn Kamariah Bt Abu)

#sehatisejiwa #Di Ambang Merdeka



 




 

Telegram Channel