Hari terakhir kami berkampung di sini. Pagi ini saya selaku juruacara dan mengendalikan slot pembentangan strategik untuk kumpulan AJK JK Guru Kaunseling WPKL dan JK Guru Disiplin WPKL yang terdiri dari 4 kumpulan iaitu kumpulan guru kaunseling sekolah rendah, kumpulan guru kaunseling sekolah menengah, kumpulan guru disiplin sekolah rendah dan kumpulan guru disiplin sekolah menengah. Perancangan strategik perlu didraf terlebih dahulu sebelum membuat kertas kerja dan menjalankan aktiviti. Perancangan strategik unit kaunseling perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling dan perancangan strategik disiplin pula dari guru disiplin sendiri. Melalui perancangan strategik pihak pengurusan dapat memahami keperluan guru kaunseling dan guru disiplin dalam melaksanakan aktiviti dengan peruntukan kewangan yang sepatutnya pada tahun tersebut. Antara idea yang menarik dari guru kaunseling rendah mengenai melukis mural oleh murid -murid yang berisiko tinggi dan yang ada kes ponteng untuk membina self esteem yang tinggi. Pelan operasi dan taktikal mengenai program dibentangkan sebagai panduan. Selain itu guru kaunseling dari SK Setiawangsa yang menjadi wakil JPWPKL dalam Konvensyen Amalan Terbaik Kaunseling Peringkat Kebangsaan dan mendapat tempat sagu hati membentangkan mengenai amalan menjaga keselamatan diri kepada murid -murid sekolah rendah.
Guru kaunseling sekolah menengah membentangkan mengenai inisiatif meningkatkan kehadiran murid dengan insentif lawatan dan hadiah bulanan dan menurunkan salah laku dengan insentif program Best Student bagi meningkatkan sahsiah murid yang pernah mempunyai masalah salah laku. Guru disiplin menengah membentangkan mengenai sudut untuk murid murid menunjukkan bakat dalam seni untuk menarik ke sekolah dan guru disiplin sekolah rendah lebih kepada menurunkan salah laku dengan program. Saya akan cuba kongsikan hasil pembentangan perancangan strategik di lain masa pada entri blog berikutnya.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh KPP Puan Sharifah. Bengkel yang sangat memberi input yang berguna dan memberi pelbagai idea dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
#Bride Of The Century