Hari minggu saya yang agak stress menyiapkan bahan untuk pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan Wakil WPKL bersama power point untuk persembahan. Ini kerana pada awalnya sekolah saya hanya memasuki pertandingan Pengurusan Terbaik Kaunseling hingga terpilih ke peringkat mewakili WPKL. Namun inilah dinamakan rezeki apabila satu komponen program dalam Pengurusan Terbaik Kaunseling telah diminta oleh pegawai kaunseling JPWPKL untuk ditarik sebagai satu amalan terbaik kaunseling dan dipertandingkan di bawah kategori Amalan Terbaik Kaunseling bagi mewakili WPKL. Pada mulanya saya menolak dengan baik kerana tidak mampu menyiapkan dalam masa 2 hari untuk disiapkan lainlah jika 2 minggu, namun memang dikatakan rezeki apabila pegawai kaunseling JPWPKL menghubungi BPSH dan dimaklumkan boleh menghantar bahan sewaktu pertandingan iaitu 2 minggu lagi...huhu maka takkanlah nak menolak lagi. Walaupun masa yang diberi ialah dua minggu tapi pengumpulan data, penulisan ilmiah dan penyediaan power point memang menuntut komitmen saya maklumlah amalan program ini dari komponen markah 10 sahaja dalam pertandingan pengurusan perkhidmatan kaunseling menjadi 100 markah apabila ditarik ke pertandingan amalan kaunseling terbaik. Artikel ini sebenarnya dipenuhi dengan carta dan gambar-gambar yang tidak lekat apabila dicopy paste begitu sahaja.
ABSTRAK
Projek . Zoom In merupakan program bagi
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2015. Menggunakan pendekatan
psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir
ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat
jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka
aktiviti . Zoom In yang dijalankan. . Zoom
In yang dijalankan ialah . Zoom In Kelas, . Zoom In Guru Tingkatan, . Zoom
In Ibu Bapa dan . Zoom In Murid.
Melalui projek . Zoom In Kelas dan . Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa
sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala
melalui . Zoom In Murid, murid rasa
dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati
manakala bagi . Zoom In Ibu Bapa,
konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan
komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Melalui perlaksanaan program . Zoom In, ia berjaya meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah sebanyak 88 peratus berbanding 82 peratus sahaja.
Melalui nilai tambah aktiviti lawatan dwibulanan pada sasaran kelas tingkatan 5
yang akan menghadapi SPM pada tahun ini, semua kelas kecuali 5K5 berjaya
meningkatkan kehadiran murid di tingkatan lima berbanding corak kehadiran murid
tingkatan lima tahun lepas yang merundum. Begitu juga pada nilai tambah program
. Zoom In Murid Program Minda Sihat
pada 5 kelas terakhir Tingkatan 4 berjaya melonjakkan kehadiran murid
berbanding tahun lepas.
B
AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING
1.0
IDEA / INOVASI
Unit Hal Ehwal Murid akan
mengadakan pelbagai program pada tahun 2015 bagi menjayakan misi sekolah iaitu
berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan berkualiti untuk membangun potensi individu
sebagai modal insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan
insan terdidik untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai
program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari
agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan
seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan usia
yang sepatutnya di bangku sekolah lagi. .
Dalam Surat Siaran KPM Bil
12 tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,di Sekolah
bertarikh 16 April 2012 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menegaskan
bahawa guru bimbingan dan kaunseling memberi keutamaan kepada program dan
aktiviti yang berfokus kepada pembangunan dan pengembangan sahsiah murid,
peningkatan disiplin murid, pendidikan kerjaya murid dan psikososial dan
kesejahteraan mental murid. Antara intervensi yang dirancang oleh Unit
Bimbingan Kaunseling untuk fokus peningkatan disiplin murid ialah program . Zoom In. Intervensi yang dirancang untuk
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan mencegah gejala ponteng sekolah yang
melibatkan 4 sasaran utama iaitu . Zoom
In Kelas, . Zoom In Guru
Tingkatan, . Zoom In Murid melalui
aktiviti Hati Ke Hati dan . Zoom In
Ibu Bapa melalui Talian Kasih. Program ini dijalankan kepada semua murid dari
peralihan hingga ke Tingkatan Lima di SMK Cheras. Walaubagaimanapun aktiviti . Zoom In dengan aktiviti tambahan
dijalankan pada murid tingkatan 5 dan tingkatan 4 dari kelas pertengahan hingga
ke kelas kemahiran. Ini kerana tingkatan 5 dan tingkatan 4 dari kelas-kelas
terlibat merupakan penyumbang kepada kehadiran murid ke sekolah yang rendah.
Berdasarkan teori motivasi pendidikan iaitu motivasi merupakan
satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam
kelompok kumpulan, motivasi merupakan penggerak kepada kejayaan kumpulan.
Dengan adanya motivasi, wujud kerjasama antara satu sama lain. Ia juga berlaku
apabila keperluan manusia dipenuhi dan diberikan ganjaran. Berdasarkan teori
Maslow, motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat
dan kreativiti individu. Persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam
mencapai kemahuan itu. Keperluan untuk
mendapatkan hubungan yang mesra dan kasih sayang juga diperlukan. Dalam konteks
pendidikan, guru perlu memmberi tunjuk ajar
dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan
yang baik. Dengan cara ini, murid akan merasa diterima, dihormati, serta
dihargai oleh anggota lain dalam komuniti kecil dan mereka mempunyai keanggotaan dalam komuniti itu untuk
meningkatkan motivasi.
1.1
Objektif
1) Agar
dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran murid yang
rendah untuk diambil tindakan segera.
2) Agar
dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang mempunyai
peratus kehadiran murid 80 peratus ke bawah dalam bulan tertentu untuk hadir ke
sekolah
3)Agar
dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran
yang paling tinggi dan mencecah lebih 90% setiap bulan.
4) Agar
dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan peratus
kehadiran murid yang lebih baik setiap bulan.
5) Agar
dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru
kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.
1.2
Keperluan Semasa
Memandangkan pada tahun
lepas kehadiran murid ke sekolah sekitar
82% sahaja, maka kami
mensasarkan kehadiran murid ke sekolah pada tahun
ini ialah 85% dan ke atas melalui program . Zoom
In
1.3
Praktikal
Program . Zoom In ini sangat praktikal dijalankan
oleh mana –mana
sekolah
walaupun sekolah di pedalaman mahu pun di bandar besar. Ia
juga
praktikal diadakan di sekolah berasrama penuh hinggalah ke sekolah menengah harian biasa.
2.0
KREATIVITI INOVASI
2.1
Penyelesaian Masalah
Projek . Zoom In
ini memberikan pihak sekolah strategi penyelesaian masalah bagi meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.
Strategi disasarkan kepada sasaran tertentu dengan program tertentu bagi
meningkatkan impak kehadiran murid ke sekolah. Impaknya pihak sekolah berjaya
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada Januari hingga September
2015 dengan 88 peratus berbanding pada Januari hingga September 2014 dengan
hanya 82 peratus.
2.1.1 . Zoom
In Murid
Strategi :Pendekatan
Hati Ke Hati
Objektif :
Menjalankan intervensi kepada murid yang menerima surat amaran ponteng
sekolah untuk membantu mereka
menangani masalah.
Penyelesaian Masalah:
Guru
dapat meneroka masalah murid dengan lebih terperinci untuk mendapatkan bantuan kepada murid yang memerlukan dan membimbing mengenai
permasalahan
murid.
2.1.2 . Zoom In Kelas
Strategi :
Anugerah . Zoom In Cemerlang, . Zoom In Lonjakan dan . Zoom In Harapan
Objektif : Meningkatkan
motivasi murid untuk ke sekolah dan seterusnya menggalakkan kawan sekelas untuk
hadir ke
sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran
murid dalam
kelas melalui intensif sijil, hadiah dan
lawatan.
Penyelesaian Masalah:
Murid akan sentiasa memotivasikan kawan-kawan
untuk
hadir ke sekolah bagi mendapatkan intensif.
2.1.3 . Zoom In Guru Tingkatan
Strategi : Anugerah
. Zoom In Cemerlang, . Zoom In Lonjakan dan . Zoom In
Harapan
Objektif : Meningkatkan
motivasi guru tingkatan sendiri sebagai mentor untuk menggalakkan murid ke sekolah melalui
insentif sijil anugerah khas untuk guru tersebut setiap kali
murid kelasnya menerima anugerah kelas.
Penyelesaian Masalah:
Guru
yang berasa dihargai dengan penyampaian sijil anugerah di tapak
perhimpunan akan bermotivasi mendekati murid-
muridnya dengan lebih berkesan kerana ingin
mengenal
pasti masalah murid di dalam kelasnya yang tidak hadir ke sekolah dan menjalinkan rapport yang baik dengan
ibubapa.
2.1.4 . Zoom In Ibu Bapa
Strategi : Talian
Kasih dan Cakna
Objektif :
Meningkatkan hubungan komunikasi dengan ibu bapa bagi kes
murid tegar ponteng dan menziarahi ke rumah murid jika tidak dapat menghubungi melalui telefon
dan surat.
Penyelesaian Masalah:
Dapat menjalankan aktiviti konsultasi
keibubapaan melalui hubungan
yang dibina.
2.2
Nilai Tambah
Jaringan Dan Jalinan Dengan Hubungan
Luar
Bil
|
Agensi
|
Aktiviti
|
1
|
Klinik
Kesihatan Cheras
|
UBK menjalinkan kerjasama sejak 2012 dalam
projek Minda Sihat dan Kesihatan Remaja hingga kini dan mendapat sumbangan
kepakaran kemahiran dan khidmat nasihat dari pakar klinik setiap tahun.
Sekurang-kurangnya usahasama dijalinkan sebanyak 5 projek dalam setahun.
|
2
|
Yayasan
Pendidikan Cheras
|
Menjalinkan pelbagai projek pendidikan dan
aktiviti kaunseling dengan kerjasama dan sumbangan kewangan dari YPC sejak
2002 apabila mendapat status anak angkat YPC dan Puan Nurhaiza Bt Che Mat merupakan
AJK Biro Pendidikan YPC.
|
3
|
Management
And Science University
|
Menjalinkan
kerjasama dalam bentuk kemahiran soft skill kepada murid dan kerjaya dengan
sekurang-kurangnya 4 projek setahun bersama MSU.
|
4
|
Kolej
INTI
Kolej
UCSI
Kolej
YPC-IT Web
Kolej
One Academy
|
Merupakan
kolej yang sering memberikan tajaan kepada UBK SMK Cheras dalam bentuk
pengangkutan dan makanan untuk lawatan murid. Kerjasama dalam bentuk menang –
menang kerana murid tingkatan 5 SMKC melanjutkan pengajian di kolej –kolej
ini.
|
2.3
Mesra Pengguna dan
Menarik Minat
Program . Zoom In
ini mudah dilaksanakan oleh guru kaunseling walau di mana sahaja mereka
bertugas. Perlaksanaan program ini menarik minat semua golongan iaitu murid
kerana insentif yang diberikan, menarik minat guru kerana pengiktirafan juga
diberikan kepada mereka melalui sijil anugerah untuk guru tersebut, dan menarik
minat ibu bapa kerana guru akan berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa mengenai
masalah anak terutama bagi kes nombor telefon dan alamat yang tidak betul
diberikan oleh murid.
.
3.0
PELAKSANAAN INOVASI
3.1
Kaedah
Operasi Perlaksanaan Program . Zoom In
BIL
|
PROSES KERJA
|
1
|
Mesyuarat Jawatankuasa
oleh guru kaunseling, guru disiplin dan penyelaras tingkatan
|
2
|
Memaklumkan kepada warga
sekolah iaitu guru dan murid mengenai perlaksanaan program . Zoom In.
|
3
|
Mengenalpasti peratus
kehadiran murid ke sekolah melalui buku kehadiran kelas. Dari sumber utama
tersebut, . Zoom In murid, . Zoom In kelas, . Zoom In guru dan . Zoom In
ibu bapa akan dijalankan
|
3.2
Sasaran
Semua
murid SMK Cheras dan semua guru SMK Cheras
3.3
Pengurusan Sumber
Inovasi
yang dijalankan memerlukan perbelanjaan untuk membiayai insentif penerima
anugerah yang dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Manakala aktiviti lawatan
ke kolej dibiayai sepenuhnya oleh pihak kolej dari aspek pengangkutan dan
makanan. Bagi aktiviti bersama Klinik Kesihatan Cheras, kami mendapatkan tajaan
dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Menggunakan sumber tenaga dari guru
kaunseling, guru disiplin dan guru tingkatan khususnya dan semua guru amnya.
4.0 IMPAK
INOVASI
1.0
Keberhasilan Inovasi
Graf 1
Peratus kehadiran murid ke sekolah pada Jan-Sept 2014 ialah 82 peratus
berbanding peratus kehadiran murid ke sekolah bagi Jan-Sept 2015 ialah 88 %
Graf 2
Dari graf 2 di atas, menunjukkan murid tingkatan 5 pada
tahun ini berjaya melonjakkan
kehadiran murid ke sekolah berbanding kehadiran mereka
sewaktu di tingkatan empat.
Kecuali satu kelas sahaja yang tidak dapat meningkatkan kehadiran
iaitu kelas K5 di
mana peratus kehadiran murid di tingkatan empat lebih
tinggi dari peratus kehadiran
murid di tingkatan lima. Ini kerana 5K5 merupakan kelas
sasaran untuk murid yang dibuang sekolah dari sekolah lain, kes murid yang
keciciran dari aliran akademik selama bertahun-tahun dan hanya ke tingkatan 5
untuk mengambil peperiksaan dan murid dari sekolah lain yang tidak mempunyai
aliran yang sama untuk ditempatkan di kelas lain. Ini kerana 5K5 ialah kelas
mata pelajaran wajib sahaja. Ini menyebabkan kes murid dari sekolah lain yang
mendaftar masuk, dan terus tidak hadir selepas itu walaupun baru seminggu
persekolahan dan ada yang baru sehari sedangkan pendaftaran dan kehadiran sudah
dikira. Namun melalui program . Zoom In,
penurunan kehadiran murid 5K5 dapat dikawal sehingga dua peratus berbanding 5K5
tahun 2014 mengalami penurunan hingga empat peratus. Jika dibandingkan graf 2
dengan graf 3 iaitu tingkatan 5 2014, perubahan corak kehadiran murid sangat
jelas menunjukkan perubahan sikap murid –murid tingkatan 5 2015 kerana kehadiran
murid dari tingkatan 4 semakin baik apabila berada di tingkatan lima kelas
peperiksaan SPM hasil kejayaan program . Zoom
In. Melalui program . Zoom In dan
nilai tambah kerjasama dengan IPTS untuk lawatan murid secara dwibulanan, ia
jelas menunjukkan motivasi murid tingkatan 5 perlu sentiasa diransang.
Graf 3
Graf di atas menunjukkan kehadiran murid tingkatan 5
tahun lepas 2014 yang semakin menurun dibandingkan dengan kehadiran murid
sewaktu mereka berada di tingkatan 4 2013. Walhal tingkatan lima adalah kelas
peperiksaan SPM.
Graf 4 menunjukkan bahawa Gred Purata Peperiksaan
Percubaan SPM dari 6.0 mengalami penurunan yang lebih baik iaitu 5.8. GP
sekolah semakin baik apabila semakin menurun. Gred Purata Peperiksaan SPM pada
2014 ialah 5.3 dan sekolah menganggarkan pada 5.0 Gred Purata boleh dicapai
pada tahun 2015-10-28
Graf 5
Data di atas menunjukkan graf peratus kehadiran murid ke
sekolah untuk tingkatan 4. Kelas yang di . Zoom
In secara agresif ialah 4K3, 4K4,4K5, 4V1 dan 4V2 iaitu lima kelas yang
terakhir dari senarai kelas tingkatan 4 yang menyumbang kepada penurunan
peratus kehadiran murid ke sekolah. Pada tahun ini, semua kelas sasaran ini
berjaya ditingkatkan kehadiran murid ke sekolah berbanding tingkatan empat tahun
lepas melalui program . Zoom In dan
nilai tambah program Minda Sihat untuk sasaran murid tidak hadir ke sekolah.
Graf 6
Berdasarkan graf 6, dari segi kualiti kehadiran murid,
didapati peningkatan kualiti kehadiran murid dari Januari hingga September 2015 berbanding Januari
hingga September 2014. Murid –murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah
lebih ramai dan melonjak sekali ganda berbanding tahun 2014. Begitu juga dengan
bilangan murid yang hanya sehari tidak hadir ke sekolah dan murid yang tidak
hadir 2 hingga 3 hari ke sekolah lebih ramai pada tahun 2015 berbanding 2014.
Graf 7
Berdasarkan graf 7, didapati salahlaku murid ponteng juga
semakin berkurangan sekali ganda berbanding tahun lepas. Penurunan kes ponteng
sekolah dengan surat amaran 1 hanya 178 berbanding 313 tahun 2014. Begitu juga
dengan surat amaran kedua dan surat amaran ketiga dikeluarkan, didapati
mengalami penurunan yang menunjukkan murid salah laku ponteng sekolah semakin
berkurangan berbanding tahun 2014.
4.2 Bukti Yang Disahkan Dan
4.3 Pencapaian Inovasi
Kajian tindakan program . Zoom In disahkan mencapai impak yang baik kerana mendapat sijil pengiktirafan
dari PPW Bangsar
Pudu kerana memberikan impak yang besar dalam membantu meningkatkan kehadiran murid
ke sekolah.
Selain itu, guru kaunseling
Puan Nurhaiza Bt Che Mat juga dijemput selaku fasilitator di peringkat
Jabatan Pendidikan WPKL untuk mengendalikan bengkel
perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan unit disiplin kepada guru kaunseling dan guru disiplin
sekolah di JPWPKL yang mempunyai peratus
kehadiran murid yang rendah. Puan Nurhaiza memberikan bimbingan bagaimana menjalankan perancangan taktikal
dan operasi mengikut model . Zoom In dalam meningkatkan kehadiran
murid ke sekolah.
Sijil penyertaan
disampaikan oleh En Rohaidatul Akhmal Bin Rosedi selaku pegawai kaunseling PPW
Bangsar Pudu kepada guru-guru kaunseling SMK Cheras dalam menghasilkan kajian
tindakan yang memberikan impak yang tinggi dalam menangani masalah disiplin di
sekolah.
Puan
Nurhaiza selaku fasilitator Bengkel Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan
Dan
Kaunseling JPWPKL dalam menangani masalah ponteng murid di JPWPKL
kepada
guru disiplin dan guru kaunseling sekolah yang mempunyai peratus kehadiran yang
rendah.
4.4 Tempoh Dan Kesan
Dalam masa 3 bulan
sahaja, impak program ini akan jelas kelihatan
meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah. Manakala bagi murid
kelas yang baik
memberikan impak hanya sebulan sahaja.
Kesan
jangka pendek
Meningkatkan
motivasi murid untuk hadir ke sekolah bagi meningkatkan
peratus kehadiran kelas.
Meningkatkan
motivasi murid di dalam kelas untuk mengambil peduli
setiap murid di dalam kelasnya dari aspek perubahan tingkah laku yang negatif
untuk memaklumkan kepada guru tingkatan
atau guru kaunseling.
Kesan
jangka panjang
Apabila
program ini menjadi budaya kerja semua guru tingkatan maka pengurusan kehadiran
murid lebih baik sama ada dari aspek mengikut
prosedur yang betul untuk pengiraan kehadiran murid di buku register kelas
Bagi
murid pula, pelan tindakan . Zoom In
ini merupakan satu amalan sekolah
yang akan menjadi budaya untuk hadir juga ke sekolah dan menurunkan peratus murid
menerima surat amaran kerana tidak
mahu melibatkan diri dengan . Zoom In
Ibu Bapa mereka.
4.5 PENGLIBATAN
Program . Zoom In ini melibatkan penglibatan yang
menyeluruh dari semua guru. Ini kerana berdasarkan konsep guru penyayang,
setiap guru merupakan mentor dan setiap kelas mempunyai guru tingkatan dan guru
mata pelajaran yang lain selaku mentor. Oleh itu anugerah . Zoom In diberikan kepada guru tingkatan
dan mentor yang berjaya memotivasikan murid ke sekolah dan menguruskan
kehadiran muridnya dengan prosedur kehadiran yang betul.
5.0 PENUTUP
Melalui program yang dirancang, pihak
sekolah telah berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Sasarn sekolah
yang meletakkan 85 peratus kehadiran murid berbanding 82 peratus kehadiran
murid tahun lepas telah melonjakkan ke 88 peratus kehadiran murid ke sekolah.
Program ini akan diteruskan ke tahun hadapan dengan penambahbaikan aktiviti
yang dijalankan bagi memaksimumkan potensi dan sumber yang ada. Pihak sekolah
berharap sasaran 90 peratus kehadiran ke sekolah pada tahun hadapan akan
tercapai.
Countdown Sarawak
When your mind get stress
A