Kali terakhir mengendalikan ice breaking PERASA ialah pada tahun 2009 dan ini ialah skrip yang sama gunakan pada waktu itu. Tidak sangka selepas 7 tahun, pengetua yang baru pula meminta agar diadakan sekali lagi program ini. Saya share disini kertas kerja dan modul sebagai panduan guru kaunseling lain yang terlibat dalam mengendalikan LADAP sekolah masing- masing sebagai satu sumbanagn dari UBK . Walaubagaimanapun banyak juga aktiviti yang tidak dijalankan kerana masa yang sepatutnya sejam setengah telah menjadi sejam 10 minit sahaja. Saya tidak pasti adakah objektif kami tercapai untuk 120 orang yang menyertai LDP ini atau hanya sebahagian sahaja. walaupun respon selepas tamat program ialah positif, kami akan mengintai borang penilaian slot kami nanti.
PENDAHULUAN
Modal insan di dalam sesebuah organisasi
adalah aset yang amat bernilai. Mempunyai modal insan yang mampu menjalankan tugas dan
tanggungjawab dalam suasana harmoni dan kondusif adalah salah satu matlamat dalam pengurusan
organisasi yang berkesan. Sehubungan itu, modal insane organisasi harus
digerakkan secara produktif agar motivasi, kesungguhan dan komitmen untuk
mengembangkan organisasi dapat dioptimumkan. Apa yang wajar dilakukan kini
adalah untuk memastikan modal insan ini komited terhadap organisasi, dapat
menyerlahkan potensi diri untuk dimanfaatkan oleh organisasi dan boleh bekerja
dalam pasukan organisasi. Setiap individu dalam organisasi adalah penting dan
mempunyai peranan serta tanggungjawab yang tersendiri. .Mereka berhak mendapat
penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan yang diberikan . Antara faktor
yang dikenalpasti mempengaruhi kepuasan
kerja seseorang individu ialah pencapaian, pengiktirafan dan penghargaan,
hubungan interpersonal dan suasana di tempat kerja. Justeru, penjanaan
modal insan ke arah pembudayaan nilai-nilai humanistik yang tinggi perlu
dimantapkan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling membantu
dan memahami sesama rakan. Melalui aktiviti pecah bending(ice breaking) yang
dilaksanakan, ianya diharapkan akan menjadi titik tolak kepada hubungan
interpersonal yang lebih positif dalam kalangan guru di SMK Cheras.
MATLAMAT
Modul ‘Ice Breaking’ ini dilaksanakan bagi
melahirkan warga guru SMK Cheras yang memiliki dan menerapkan ciri-ciri seorang
Pembing Rakan Sekerja iaitu Caring, Understanding,Trusting,
Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Accepting dan
Respect (CUT APPLE Ar) dan mengaplikasikannya dalam perkhidmatan di sekolah
dan kehidupan seharian.
OBJEKTIF
1.
Melahirkan warga guru yang prihatin, menghargai dan saling mempercayai antara rakan sekerja.
2.
Menanam sikap yakin diri dan memupuk sifat menerima,
menghormati dan mengiktiraf peranan dan
tugas rakan sekerja yang lain.
3.
Menanam sikap ambil berat , menyayangi dan
empati dalam kalangan guru .
4.
Mewujudkan hubungan yang kondusif dan sihat
dalam suasana kerja yang harmoni dalam kalangan guru.
5.
Melahirkan warga guru yang bertimbang rasa,
bertolak ansur, bertanggungjawab dan saling mempercayai antara satu sama lain
dalam menjalankan tugas.
6.
Mengikis sikap iri hati, prejudis, dengki,
dendam dan khianat terhadap rakan sekerja.
7.
Mambantu warga guru untuk berfikiran
rasional, asertif dan mampu mengawal dan menguruskan emosi secara berkesan
sewaktu bekerja
TARIKH PELAKSANAAN
27 Februari 2016 (Sabtu)
TEMPOH
Satu setengah jam (90 minit)
SASARAN
Guru-guru SMK Cheras
PENDEKATAN
DAN KAEDAH PELAKSANAAN
Modul Ice Breaking yang akan dilaksanakan ini
menggunakan modul yang menerapkan pendekatan Pembimbing
Rakan Sekerja (PERASA) yang menerapkan ciri-ciri Caring, Understanding,Trusting, Asertive, Positive Thinking, Patience,
Listening, Empathy, Accepting dan Respect (CUT APPLE Ar). Modul ini akan
dijalankan secara 3 fasa yang berkaitan
dengan konsep dan teori humanistik iaitu :
1)
Fasa Jelekit
Objektif
:
Meningkatkan
hubungan interpersonal melalui rangsangan tingkah laku dan komunikasi.
2)
Fasa Pendedahan dan Penerokaan Kendiri
Objektif
:
Mengaplikasi
konsep Tingkap Johari (Saya Tahu Anda Tak
Tahu, Saya Tak Tahu Anda Tahu, Saya Tak Tahu Anda Tak Tahu dan Saya Tahu Anda
Tahu)- Id, Ego dan Superego.
3)
Fasa
Penghargaan Kendiri –
Objektif
:
Memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada individu (Teori Maslow)
Aktiviti ice breaking akan dilaksanakan dalam
kumpulan besar. Fasilitator akan memberi arahan kepada guru-guru dan mereka
dimestikan untuk melakukan seperti apa yang diarahkan setelah wisel dibunyikan.
Faslitator akan memberi ulasan dengan mengaitkan beberapa konsep dan teori
humanistik serta menjelaskan falsafah
daripada aktiviti yang dilakukan untuk dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab
mereka di sekolah dan peranan sebagai rakan sekerja.
BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN
·
Wisel
·
Sistem Audio (Muzik/Lagu latar)
·
Buah Epal
·
Kertas A4
1)
FASA
JELEKIT (15 - 20 minit)
Langkah-langkah
:
1. Fasilitator
meminta guru-guru duduk di atas kerusi
dan membentuk bulatan besar.
2. Fasilitator
menjelaskan kepada guru-guru tentang perlunya penglibatan mereka secara aktif.
Fasilitator akan memberikan beberapa arahan dan diikuti dengan tiupan wisel
bagi setiap arahan. Setiap guru yang ‘berkaitan’ dikehendaki bangun dan
bergerak mencari tempat duduk yang lain. Guru digalakkan mencari tempat duduk
yang jauh dari tempat duduk asal.
3. Fasilitator
seterusnya menjelaskan bahawa setelah guru-guru bergerak ke tempat duduk yang
baru, mereka dikehendaki berkenalan dengan orang yang ada di sebelah kanan dan
kirinya dengan menyebut nama glamour/panggilannya, hobi, satu kekuatan dan satu
kelemahan diri dalam masa 15 saat.
4. Berikut
adalah arahan-arahan daripada fasilitator (diiringi dengan muzik latar) :
a. Bergerak
orang yang ada kad pengenalan….
b. Bergerak
orang yang pernah ambil SPM.....
c. Bergerak
orang yang ada rambut….
d. Bergerak
orang yang ada tanda nama….
e. Bergerak
orang yang pernah pergi Jabatan Pelajaran WPKL…
(Fasilitator
memerhatikan pergerakan guru-guru dengan memberi fokus mereka
yang
bergerak dalam jarak yang dekat dan
yang bergerak dalam jarak yang jauh.)
*Andaian : Arahan a hingga e akan
melibatkan pergerakan semua guru. Arahan
f dan seterusnya akan melibatkan pergerakan
sebahagian guru sahaja. Bilangan arahan bergantung kepada masa dan kesesuaian…)
f. Bergerak
orang yang tidak ada misai….
g. Bergerak
orang memakai pakaian yang ada warna putih…
h. Bergerak
orang yang memakai jam tangan…..
i. Bergerak
orang yang memakai cincin di tangan kiri..
j. Bergerak
orang yang memakai seluar…..
5. Fasilitator
membuat rumusan kecil dengan menerangkan tentang falsafah di sebalik aktiviti
fasa 1. Fasilitator memberi fokus terhadap pergerakan guru-guru yang aktif
apabila arahan diberi dan wisel ditiupkan. Falsafah yang boleh dihuraikan ialah
:
i.
Manusia boleh melakukan sesuatu dengan
bersungguh-sungguh dan bermotivasi apabila dirangsang. Kaitkan dengan Teori
Behavioural di mana ujian Pavlov(anjing dan bunyi loceng) serta ujian Skinner
(tikus).
ii.
Manusia boleh dibentuk dan dibimbing dari
segi tingkah laku dan sikap untuk melakukan sesuatu secara positif atau
sebaliknya. Kaitkan elemen rangsangan dengan peranan guru dengan murid, ketua
dengan ahli/AJK, pemimpin dengan anak buah dan ibu bapa dengan anak-anak di
rumah.
iii.
Manusia ramai yang suka melakukan perkara
yang mudah dan kurang berisiko berbanding dengan perkara-perkara yang mencabar
dan berani mengambil risiko. Kaitkan dengan aktiviti di mana guru ada yang
bergerak dalam jarak yang dekat/bersebelahan sahaja dan ada yang bergerak dalam
jarak yang jauh. Guru yang bergerak jauh ibarat ianya sanggup bekerja kuat,
menunjukkan kesungguhan melakukan sesuatu dan berani mengambil risiko dan
mengharungi cabaran untuk memajukan dirinya. Dalam kehidupan seharian boleh
dikaitkan dengan kesanggupan menziarah rakan atau hadir jemputan ke majlis
rakan walaupun jarak yang jauh dan mengambil masa serta melibatkan kos. Ibarat
kata pepatah ‘Jauh Berjalan Luas
Pandangan’ Mereka sangat menghargai persahabatan dan tidak pernah timbul
soal jauh, tiada masa atau lain kali..
iv.
Dalam perkhidmatan, ada guru yang berani menerima tugasan yang
mencabar dan mengambil risiko tanpa mengungkit atau berkira seperti bergerak
dari kelas ke kelas yang jauh dan melaksanakan pelbagai peranan dan
tanggungjawab tanpa rasa dipaksa.
v.
Dalam hubungan interpersonal, ada guru yang
sanggup pergi ke sana sini dari satu blok ke satu blok, dari satu bilik ke satu
bilik dalam kawasan sekolah untuk bertanya khabar sesama rakan sekerja atau
untuk mendapatkan sesuatu maklumat serta belajar sesuatu pengalaman daripada orang lain.
vi.
Manusia
mempunyai motivasi dan tingkah lakunya boleh dibentuk serta dibimbing ke
arah yang positif atau sebaliknya jika diberi rangsangan. Kaitkan dengan rangsangan
positif seperti guru dengan murid, ketua dengan ahli/AJK, pemimpin dengan
pengikut, orang atasan dengan orang bawahan serta ibu bapa dengan anak.
2)
FASA
PENEROKAAN DAN PENDEDAHAN KENDIRI (15 - 20 minit)
Menggunakan
Konsep Tingkap Johary :
Langkah-langkah
:
1.
Fasilitator memberi arahan yang seterusnya dan diikuti
dengan tiupan wisel serta diiringi dengan muzik latar.(Andaian bahawa pada fasa 2 ini setiap arahan hanya melibatkan
pergerakan guru yang berkaitan sahaja)
2. Arahan-arahan
yang seterusnya adalah seperti berikut :
a.
Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang
dilahirkan di Kelantan dan Terengganu. Orang yang asalnya Kelantan, maju lagi
dua tapak ke hadapan. Fasilitator seterusnya memperkenalkan secara umum
guru-guru berkenaan.
b.
Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang
kampungya di Kedah, Perak atau Pulau Pinang. Orang Kedah maju lagi dua tapak ke
hadapan dan orang Penang sila pusing ke belakang. Fasilitator secara umum
memperkenalkan guru-guru berkenaan.
c.
Bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang made in Selangor, K.L dan Melaka. Orang
Selangor sila goyangkan pinggang 3 kali, orang K.L sila lambaikan tangan,
d.
Orang Negeri Sembilan, Johor dan Pahang sila
berdiri. Orang Johor sila maju 3 tapak lagi dan orang Pahang undur dua tapak ke
belakang. Orang Negeri Sembilan angkat tangan dan jerit Hobin Jang Hobin.
3.
Fasilitator seterusnya memaklumkan bahawa
guru perlu bergerak dari tempat duduknya dan mencari tempat duduk lain. Setelah
duduk, guru dikehendaki memberitahu orang di sebelah kiri dan kanannya tentang
bilangan adik beradik, anak yang ke berapa, status perkahwinan dan bilangan
anak sehingga tahun 2009 dan bilangan cucu (jika ada). Yang masih bujang
dikehendaki memberiyahu tentang bilangan adik beradik, anak yang ke berapa dan
bilangan anak saudara. Arahan yang seterusnya (diikuti dengan tiupan wisel dan muzik latar) adalah seperti berikut
1.
Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :
a.
Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai
diri rakan-rakan sekerja kita walaupun sudah bertahun-tahun kita bekerja
bersama-sama di bawah satu bangaunan. Begitu juga orang lain, mungkin banyak
perkara yang mereka tidak tahu mengenai diri kita walaupun setiap hari orang
itu bertemu dan menyapa kita.
b.
Kita perlu mencari dan meluangkan masa untuk
mengenali rakan sekerja kita dengan lebih dekat jika kita ingin mengetahui dan
memahami tentang perwatakan, personality dan tabiatnya. Dengan hanya bertegur
sapa belum cukup untuk kita memahami diri seseorang.
c.
Dalam hubungan personal kita dengan rakan
sekerja kita, berapa kerap kita memuji, mengucapkan terima kasih, bertanya
khabar keluarga dan menyatakan bahawa kita bangga mempunyai rakan sekerja
seperti mereka ataupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
1)
FASA
PENGHARGAAN KENDIRI (15 - 20 Minit)
Pada fasa ini, setiap tahap yang melibatkan fasilitator
menganugerahkan buah epal kepada guru. Fasilitator akan memeluk guru tersebut
(sama jantina sahaja) dengan pelukan PERASA. Bagi guru yang berlainan jantina,
fasilitator memberi salam/tabik PERASA sebelum menyerahkan buah epal tersebut.
a.
Fasilitator meneruskan iaitu bergerak tiga
langkah ke hadapan orang yang sudah bertugas di sekolah ini lebih daripada lima
belas tahun. Fasilitator mengajak guru-guru lain menepuk tangan dan memberikan
ucapan tahniah kepada mereka. Seterusnya fasilitator meneruskan arahan iaitu
bergerak dua lagi langkah ke hadapan orang yang akan membuat keputusan untuk
bersara di sekolah ini. Jika ada tidak lebih dua orang guru, fasilitator
menganugerahkan buah epal dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka.
Selepas itu, fasilitator meneroka mereka dengan memberi fokus kepada sebab dan
faktor yang mempengaruhi dan menyebabkan mereka memilih untuk bersara di
sekolah ini.
Falsafah
:
Situasi kerja yang kondusif, harmoni
serta ceria boleh mempengaruhi sebahagian individu untuk berkhidmat bagi
jangkamasa lama di sesebuah organisasi. Mereka juga akan setia dan
mempertahankan organisasi mereka serta amat bangga dengan organisasi mereka.
Mereka merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada entity organisasi dan
ada peranan dan fungsi untuk organisasi. Tetapi persoalannya, berapa ramai di
antara kita yang betul-betul meliliki sifat setia, bangga dan seronok sehingga
ke hujung perkhidmatan mereka di sesebuah organisasi. Apabila berlaku sesuatu
yang tidak menyebelahi mereka, maka mereka mudah menuding jari dan menyalahkan
organisasi. Malahan ada yang sanggup menjaja cerita di mana-mana tentang apa
yang berlaku dengan harapan orang melihat dirinya sentiasa betul dan segala
kesalahan adalah di pihak organisasi.
1.
Fasilitator membuat rumusan kecil dengan
menerangkan tentang falsafah di sebalik aktiviti fasa 3 dengan
mengaitkan Hirarki Keperluan Manusia berdasarkan Teori Maslow. Fokus kepada
keperluan Penghargaan Kendiri di
mana manusia biasa akan berasa perlu
dihargai, dihormati dan merasakan bahawa diri mereka bernilai dan
berharga kepada orang lain.Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :
i.
Setiap manusia ada kehendak dan keperluan
yang perlu dicapai untuk menruskan kehidupan dengan harmoni dan sejahtera.
ii.
Setelah keperluan fisiologi, keselamatan dan
kasih saying dipenuhi, manusia memerlukan kepada keperluan penghargaan kendiri
sebelum mencapai tahap kesempurnaan kendiri.
iii.
Rasa dihormati, dihargai dan diiktiraf mampu
meningkatkan motivasi dan prestasi diri seseorang.
iv.
Setiap manusia adalah penting dan berharga
kepada orang lain. Mereka ada peranan dan tanggungjawab tersendiri dan
menyumbang kepada keberkesanan sesebuah organisasi.
v.
Manusia kebiasaannya susah untuk memuji dan
menghargai orang lain ketika orang itu berada dekat dengan kita tetapi akan
terasa kehilangannya setelah orang itu tiada di depan mata atau telah
meninggalkannya sama ada ke tempat lain lain atau meninggal dunia.
RUMUSAN
BESAR
Sebelum menamatkan
ice breaking, fasilitator perlu membuat rumusan besar (binding) terhadap apa
yang telah dilalui dan dialami oleh guru-guru.
1.
Bermula dengan fasa jelekit, matlamat utama
adalah untuk merapatkan silaturrahim dalam kalangan guru. Selain itu, tujuan
utama fasa ini adalah mewujudkan suasana yang ceria dan santai serta mengikis
sifat malu yang keterlaluan dan memecah bending perkara-perkara yang menghalang
guru-guru daripada mewujudkan hubungan interpersonal yang mantap melalui
interaksi, tindakan psikomotor dan penerapan semangat kerja berpasukan.
2.
Fasa penerokaan dan pendedahan kendiri
bertujuan untuk guru-guru mengenal dengan lebih dekat rakan-rakan sekerja
mereka tentang beberapa perkara dari aspek latar belakang dan personality
mereka. Fasa ini member peluang guru-guru untuk mengetahui tentang rakan
sekerja mereka yang selama ini mungkin mereka tidak tahu walaupun beekerja di
bawah satu bumbung. Pengalaman mengenali rakan sekerja dengan lebih mendalam
diharap dapat membantu guru-guru untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan
lebih baik daslam kalangan rakan sekerja mereka selain mewujudkan semangat
bekerjasama antara satu sama lain.
3.
Fasa penghargaan kendiri adalah untuk
menghormati, mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan peranan guru-guru. Selain
itu, fasa ini juga ingin menerapkan sifat rasa bangga, rasa penting diri
guru-guru terhadap sekolah. Masing-masing ada peranan dan fungsi tersendiri dan
setiap orang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan kecemerlangan
pelajar-pelajar.
Fasilitator akhirnya
meninggalkan beberapa persoalan kepada guru-guru untuk sama-sama difikirkan dan
mencari jawapan kepada persoalan itu. Persoalan-persoalannya adalah :
i.
Selama ini, berapa kerap dalam sehari kita
menegur dan bertanya khabar rakan sekerja di dalam bilik guru?
ii.
Selama ini, berapa banyak dalam sehari kita
mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja di atas peranannya di sekolah?
iii.
Selama ini berapa ramai rakan sekerja yang
sudah kita nyatakan rasa bangga kita kerana mempunyai rakan sepertinya dan
menyatakan bahawa mereka penting kepada kita?
iv.
Selama ini berapa kerap kita telah memohon
maaf di atas kesalahan yang pernah dilakukan sama ada secara disedari atau
tidak? Atau kita sebenarnya menunggu orang tersebut untuk meminta maaf dari
kita terlebih dahulu?Persoalannya ialah adakah kita sentiasa berkesempatan
menunggu orang itu memohon maaf dari kita atau kita yang memohon maaf
daripadanya?Atau kita amat yakin sempat meminta maaf pada hari raya akan datang?bagaimana
jika orang itu pergi meninggalkan kita dahulu atau kita yang meninggalkannya
terlebih dahulu…ambillah kesempatan dan peluang yang diberikan oleh tuhan untuk
saling bermaafan antara satu sama lain sementara orang itu masih berada di
depan mata. Jika mereka telah meninggalkan kita sama ada berpindah, nazak di
hospital atau meninggalkan dunia maka segalanya sudah tidak bermakna. Memang resmi
manusia, jika orang itu sudah tiada , baru rasa menyesal dan terasa
kehilangannya..
(Jika ada kesempatan
masa, di akhir slot mainkan lagu dan para guru bermaafan dan berpelukan antara
satu sama lain (sama jantina sahaja) dari satu orang ke satu orang lain
sehingga selesai kesemuanya)
Salam Hari Sahabat
Buat semua sahabat saya
Yeah..kamu, kamu, kamu dan kamu :)