Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Hari ini saya mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bekerjasama dengan unit peningkatan akademik untuk murid kelas sains dan al farabi. projek peruntukan khas program kemerdekaan yang majoriti dari murid murid kelas ini terlibat tahun lepas, maka bengkel ini dijalankan khusus untuk topik yang mereka lemah sewaktu peperiksaan akhir tahun ting 4 yang lepas.
Selepas ini, untuk dua kelas lagi iaitu Al Khawarizmi dan Al Biruni yang mana seramai 10 murid dari kelas ini terlibat dalam projek kemerdekaan tahun lepas. Saya membantu untuk projek ini memandangkan ia tiada dalam takwim sekolah tahun ini dan peruntukan khas pula diperolehi. Maka saya memegang amanah pentadbir untuk run program ini.
Terima kasih kepada kawan-kawan saya guru -guru cemerlang dari sekolah lain yang kaya pengalaman dan yang sudi membantu melaangkan masa untuk hadir ke sekolah saya.
KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1.0
PENGENALAN
Bengkel Peningkatan Akademik adalah bengkel yang
dijalankan untuk murid –murid calon SPM 2020 yang akan menduduki peperiksaan
penting tahun ini. Pelbagai aktiviti yang melibatkan peningkatan akademik
disusun dari awal tahun lagi hingga menjelang pepeiksaan SPM. Aktiviti bengkel
melibatkan teknik menjawab soalan SPM bagi subjek –subjek yang mempunyai
peratus kelulusan yang rendah iaitu subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik
dan Kimia dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan empat 2019. Unit peperiksaan
sekolah mensasarkan peningkatan calon lulus bagi subjek –subjek tersebut
berbanding akhir tahun tingkatan empat. Oleh itu strategi mengadakan bengkel
teknik menjawab soalan dengan menjemput guru yang berpengalaman dalam subjek
–subjek tersebut diharapkan dapat membantu murid. Ini kerana guru-guru subjek
juga berperanan sebagai fasilitator di dalam bengkel ini dapat saling
mempelajari teknik mengajar dari guru cemerlang yang berpengalaman dalam soalan
–soalan peperiksaan SPM. Murid –murid juga berpeluang mempelajari teknik
pembelajaran dan gaya pembelajaran dengan guru yang lain pula dan meluaskan
pemahaman murid.
2.0 MATLAMAT
Murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan
SPM bagi topik pilihan panitia untuk murid menguasai asas dalam
subjek tersebut untuk meningkatkan peratus lulus subjek-subjek berkenaan dalam
peperiksaan.
3.0 TARIKH/ MASA/
TEMPAT :
14 Mac dan 4 April 2020
4.0 SASARAN
14 Mac 2020: Semua
murid kelas 5 Alpha, 5 Beta, 5 Gamma, 5 Al Farabi
4 APril 2020 : Semua murid 5 Al Khawarizmi, 5 Al Biruni, 5 Ar Razi,
4 APril 2020 : Semua murid 5 Al Khawarizmi, 5 Al Biruni, 5 Ar Razi,
5..0
OBJEKTIF
1)
Meningkatkan kefahaman murid mengenai teknik menjawab soalan SPM
dalam subjek-subjek yang mempunyai peratus lulus yang rendah pada peperiksaan
akhir tahun 2019 iaitu Kimia, Fizik, Matematik Tambahan Matematik. Prinsip
Akaun dan Bahasa Inggeris
6.0 KPI
Output
|
Murid belajar
mengenai topik yang paling lemah untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka.
|
Outcome
|
Peningkatan pencapaian
lulus subjek tersebut sewaktu peperiksaan pertengahan tahun 2020
|
7.0
ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
Bil
|
Perkara
|
Sumber
|
Kos
|
Jumlah
|
1.
|
Penceramah
|
program kemerdekaan
|
RM 300 x 6 orang
|
RM 1,800
|
2
|
Sarapan pagi
14 Mac 2020
|
program kemerdekaan
|
RM 3 x 40 orang
|
RM 120
|
3
|
Makan tengah hari
14 Mac 2020
|
program kemerdekaan
|
RM 6 x 60 orang
|
RM 360
|
4
|
Minum pagi
|
program kemerdekaan
|
RM 4.4 x 50 orang
|
RM 220
|
Jumlah
|
RM 2,500
|
8,.0
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: En Jamil Bin Jamaludin
Timbalan Pengerusi : Cik
Lee Swee Ching
Setiausaha : Puan Nurhaiza Binti Che Mat
Naib Setiausaha: Puan
Kanagambigai a/p Ramoo
BIDANG
|
NAMA GURU
|
BIDANG TUGAS
|
AJK Pengacara Majlis & Cenderamata
|
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
1.
Bertindak selaku
juruacara majlis dan melantik pembaca doa.
2.
Menguruskan
cenderamata dan sagu hati penceramah
|
AJK Pendaftaran
& AJK Jemputan Penceramah
|
Puan Kanagambigai a/p Ramoo
|
1.
Menyediakan borang
kebenaran ibu bapa dan mengutipnya kembali.
2.
Menyediakan borang
pendaftaran kehadiran murid
3.
Menyediakan surat
jemputan penceramah dan menghubungi penceramah
|
AJK Penilaian
|
1. Puan Sharihan Bt
Shaari
2. 2. Pn Rita Indraiani
Bt Surip
|
Menganalisa
penilaian murid dan menyerahkannya kepada AJK Dokumentasi
|
AJK Makanan
|
1.
Puan
Amirah Bt Kamil
2.
Cik Nor Zalifah Bt
Hanafi
3. Puan Farah Hanum Bt
Ramli
4.
Puan
Solehah Bt Ahmad
|
1. Memastikan makanan
telah disediakan oleh pihak kantin
2. Menjemput penceramah
untuk makan bersama
|
AJK
Dokumentasi & Jurugambar
|
1. Puan Nurhaiza Che Mat
2. En Rahimi Bin Abd Karim
|
1. Menyiapkan laporan
dokumentasi
2. Mengambil gambar
sepanjang program
|
Fasilitator
|
Guru
|
1. Membantu murid
sepanjang slot teknik menjawab soalan
|
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan
Kaunseling
Unit
Peningkatan Akademik
9.2
TENTATIF
14 Mac 2020 (Sabtu)
7.30 pagi :
Pendaftaran Dan Sarapan pagi
8.00 pagi :
Teknik Menjawab Soalan Kimia
10.00 pagi :
Rehat
10.15 pagi :
Teknik Menjawab Soalan Matematik Tambahan
12.15 t/hari : Rehat
1.00 t/hari :
Teknik Menjawab Soalan Matematik
3.00 petang :
Bersurai
2 April 2020 ( Khamis)
10.00 – 12.00 t/hari : perniagaan
4 April 2020 (Sabtu)
7.30 pagi : Pendaftaran Dan Sarapan pagi
8.00 pagi :
Teknik Menjawab Soalan Fizik
10.00 pagi :
Rehat
10.15 pagi :
Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris
12.15 t/hari :
Bersurai
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Tiada elektrik di dewan
|
Masalah teknikal
|
Bertukar ke pusat sumber sekolah
|
Guru bertugas
|
Kemalangan
|
Kecuaian
|
Bawa ke hospital
|
Guru bertugas
|
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kumpulan Juara ini
akan dapat direalisasikan dan murid mendapat kefahaman yang lebih baik dan
seterusnya bermotivasi untuk lulus dalam subjek tersebut.
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Tarikh:
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diluluskan oleh/ Tidak
diluluskan oleh,
(Jamil Bin Jamaludin AMP)
Pengetua
Tarikh :
Terima kasih kawan-kawan
Semoga murah rezeki kalian
Semoga murah rezeki kalian