9 February 2016

Isu Ponteng Bandar Di Kawasan PPR

Memandu selama 4 jam di highway menuju ke kampung merupakan satu terapi untuk saya dan lalalalala memandu di highway yg sangat lengang. Maklumlah cuti umum berakhir hari ini dan orang ramai menuju ke ibu kota manakala saya pula baru nak menuju ke kampung :)

Rencana di surat khabar ini benar-benar menangkap mata saya sangat signifikan dengan hidup saya sebagai guru kaunseling di bandar yang dikelilingi dengan kawasan perumahan PPR seperti Flat Sri Melaka, Flat Sri Sabah, Flat Sri Labuan, Flat Sri Pulau Pinang, Flat Sri Kota selama 16 tahun.

Bulan pertama persekolahan sahaja saya berurusan dengan pertukaran masuk murid -murid dari kawasan sekolah yang berhampiran sahaja kerana masalah yang sama membawa surat disiplin dengan pengakuan daripada sekolah lama bahawa murid ponteng selama 50 hari lebih dan memang belum dibuang tetapi pertukaran begini adalah 'biasa' di sekolah menengah harian biasa. Latar belakang kawasan perumahan yang sama iaitu di kawasan salah satu PPR yang saya sebutkan di atas. Dan tidak ketinggalan juga murid -murid dari sekolah saya sendiri yang mendapat surat rayuan semula dari PPW Bangsar Pudu untuk mengesahkan kemasukan mereka semula ke SMK Cheras. Ya...persamaan mereka adalah tinggal di kawasan PPR dan mereka kenal antara satu sama lain.

Apabila melihat tagline mengatasi isu ponteng di bandar kerana murid bekerja untuk membantu keluarga saya makin tertarik untuk membaca isi seterusnya..ya saya menarik nafas tanda setuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan mengenai ponteng kerana membantu keluarga adalah isu terpencil. Dari 30 murid yang masuk ke sekolah saya pada bulan pertama sahaja, yang masuk ke sekolah kerana masalah disiplin ponteng ialah 25 orang iaitu hampir 85% murid dari PPR. Apabila diteroka dengan lebih lanjut, murid ini mengaku mereka bukannya bekerja yang menyebabkan mereka ponteng sekolah tetapi lebih kepada ponteng kerana mengikut kawan, ponteng ke siber cafe dan ada yang ponteng kerana masalah dengan orang lain dan pelbagai alasan lagi.

Dari 25 orang murid ini, 20 orang yang datang dari latar belakang keluarga yang bermasalah sama ada dijaga oleh ibu tunggal, ibu bapa bercerai, ibu yang diabaikan. Kawalan disiplin di rumah yang longgar menyebabkan mereka ini mudah menipu ibu untuk ponteng sekolah malahan dalam satu kes yang saya kendalikan, hampir setahun murid ini menipu! Ini kerana apabila murid ini dibuang sekolah semasa ting 2 dengan pengetahuan bapanya. Tetapi apa yang bapanya tidak ketahui ialah sewaktu di ting 3 murid ini tidak membuat rayuan masuk semula ke sekolah dan pergi ke sekolah setiap hari dengan berbaju seragam sekolah hinggalah tembelangnya pecah sewaktu keputusan PT3 keluar , barulah bapanya terkejut bahawa anaknya tidak bersekolah sepanjang ting 3.

Memang tidak dinafikan ada murid sekolah yang bekerja. Namun murid ini tidak bekerja sewaktu hari persekolahan kebanyakan mereka membuat part time. Kebanyakan ibu bapa mengetahui anak mereka bekerja dan memaklumkan bahawa anak mereka bekerja bukan sewaktu masa persekolahan.. Ibu bapa masih lagi boleh menyara anak tetapi kehendak anak yang mengatasi permintaan  ibu bapa agar murid tidak bekerja kerana ingin mendapatkan wang perbelanjaan sendiri.

Di sini apa yang saya boleh rumuskan dengan kes yang berlaku setiap tahun mengenai isu ponteng sekolah di bandar berdasarkan kes di sekolah saya sendiri mengikut keutamaan dan majoriti kes ialah:

1) 85% murid yang masuk semula ke sekolah setelah dibuang, berhenti sekolah mahu pun ditukar kerana masalah ponteng tegar di sekolah lama adalah murid yang tinggal di kawasan PPR. Mengaku ponteng sekolah kerana keseronokan melepak di luar sekolah sama ada mengikut kawan atau kerana kehendak sendiri. Apabila sudah terbiasa ponteng, mereka akan dilabel apabila masuk ke kelas sama ada dipulau kawan dalam kelas, atau tidak berani menjawab apabila guru meminta kerja rumah. Ini menyebabkan mereka meneruskan tabiat tersebut. Yang datang dari keluarga bermasalah, anak agak bebas tanpa konkongan dan kawalan ibu bapa yang mengambil berat menyebabkan mereka berani untuk mengulang ponteng tersebut hingga dibuang.

2) Murid yang ponteng kerana tanpa pengetahuan ibu bapa yang keluar awal bekerja sebelum murid ke sekolah. Ada yang duduk di rumah sahaja sehingga ibu bapa pulang dan ada yang berpura-pura ke sekolah dan balik ke sekolah seperti biasa tetapi ponteng kerana waktu itu sahaja mereka boleh keluar dari rumah manakala selepas waktu tertentu mereka tidak dibenarkan keluar rumah

3) Murid membuat part time dari pukul 6 petang hingga 11 malam dan tersasar bangun lewat di awal pagi menyebabkan mereka ini tidak datang ke sekolah. Persekitaran shopping complex seperti Low Yat, Times Square, Jaya Jusco, Tesco, restoran makanan segera menyebabkan permintaan kerja part time sentiasa wujud dari kerja 6 jam sehari hinggalah ke separuh hari atau kerja sewaktu hari Sabtu dan Ahad sahaja.

4) Murid yang bekerja dengan permintaan ibu bapa yang meminta pertolongan dengan perniagaan keluarga mereka pada hari hari tertentu tetapi apabila dalam sebulan melebihi 7 hari berkala mereka akan mendapat surat amaran. Ibu bapa sedar akan surat amaran ini tetapi kurang mengendahkannya kerana anak masih bersama mereka walaupun sekolah menganggap murid ini ponteng sekolah. Dalam dua kes yang saya kendalikan, seorang murid leka di stesen cyber cafe hingga tidak sedar waktu persekolahan sesi petang setelah menjual kuih di waktu pagi sehingga lama kelamaan menjadi tabiat ponteng bukan kerana menjual kuih tetapi berada di pusat siber. Oh ya..si ibu membenarkan kerana sebagai upah membantu menjual kuih. Tetapi apabila menjadi tabiat, walau si ibu mengamuk dan menangis merayu pun si anak sudah tidak betah untuk ke sekolah. 

5) Murid ponteng kerana sudah terikat dengan majikan di mana jika tiada staf yang bertugas di sesi pagi maka mereka perlu menggantikan tempat staf tersebut. Apabila murid menerima surat amaran ponteng dan diberi amaran oleh ibu bapa atau guru, barulah murid ini tidak mengambil tawaran bekerja ini lagi. 

6) Murid yang mempunyai masalah dengan kawan di sekolah atau persekitarannya

7) Murid yang miskin kerana tiada wang untuk pengangkutan dan makanan. Namun apabila masalah dapat dikesan, murid ini dibantu dan tiada lagi ponteng ke sekolah.


Angin kampung yang mendamaikan
Ikan puyu di tali air sudah kelihatan 
Pemandangan sawah padi yg melekakan
Dari celah kelapa sawit yg ku rindukan 
Memberikanku ilham dan  ketenangan 
Mencoret rasa menulis pengalaman



2 comments

Syabas puan. Saya dapat merasakan puan seorang yang komited dalam menjalan gerak kerja. semoga ALLAH merahmati usaha puan selama ini.
"Demi Ummah Aku Melangkah"
:)

Terima kasih. Alhamdulillah diberikan kekuatan fizikal dan mental utk komited dgn tugas.

 

Telegram Channel