31 March 2016

Program RAI Birthday Mac 16 Mac hingga 31 Mac

Program RAI Birthday Mac 16 Mac hingga 31 Mac

Selamat hari jadi kepada warga SMK Cheras yang menyambut hari jadi pada 16 Mac hingga 31 Mac setiap tahun. Bagi sesi pagi kami mengadakan sambutan sebanyak dua kali sebulan. 

Untuk hari ini dijemput Ketua Bidang Sains Dan Matematik iaitu Puan Noor Aini Ibrahim untuk menyampaikan hadiah kek hari jadi dan kad kepada murid

INTAN SUFIA BINTI AMRAN 5 Ibnu Sina
TEO JING MAN 5 Ibnu Khaldun
WONG CHUN WAI 5 Ar Razi
LEONG WAI SHUM 5 Alpha
WONG YING WEI 5 Alpha
MEGAT MUHAMMAD FIRDAUS BIN WAN SAFARIZZUDIN 5 AlKhaw
NUR ATIKAH BINTI ISMAIL 5 AlFarabi
PUTRIE AYU NUR ARISYA BINTI ZOHISAM 5 AlFArabi
VINOD A/L PALANISAMY 5 AlFarabi
SAMSURI BIN SHAMSUL 5 Al Biruni
WONG MUN YEE 4 Gamma
YEOH CHIA ROU 4 Alpha
NOOR AIDIL AKMAL BIN MOHD KHAIRUDIN 4 AlFarabi
TAW SEN KANG 4 AlFarabi
MUHAMMAD HANAFI BIN KHAIRUL SAFINAZ 3 Setia
NOR LAILY BINTI ALIAR 3 Makmur
RAVIKUMAR A/L GUNASEKARAN 3 Luhur
AZARUDEEN B MOHAMED APPAS 3 Gigih
KHOO YING JIE 3 Gigih
LAU JIAN MING 3 Gigih
MUHAMMAD SUFIAN BIN SALIM MOHAMMAD 3 Gamelan
MUHD FARID ISKANDAR B. M. FAIZAL 3Bestari
LOH KAE SHYAN 3 Amanah
NUR SARAH ALEESA 3 Amanah
NUR HANA HUMAIRA BT. RODZAINI 1 Imtiyaz
SHASA SAZIRAH BINTI ABDULLAH 1 Imtiyaz
MUHAMMAD HAKIMI BIN KAMARUDIN 2 Imtiyaz
NUR SHAZWANI BINTI YUSRI


SElamat hari jadi juga kepada guru iaitu
En Amiruddin
Pn Kavitha

Bye Mac


30 March 2016

 Sistem Dashboard e Kaunselor Sekolah Untuk Sekolah PPW Pudu

Sistem Dashboard e Kaunselor Sekolah Untuk Sekolah PPW Pudu



                                        

Hari ini saya dan partner saya ke SMK Seri Bintang Selatan untuk program taklimat sistem D' eKS kepada sekolah sekolah terpilih di PPW Pudu. Sistem inovasi ini dilebarkan ke sekolah sekolah terpilih di PPW Pudu iaitu SMK Orkid Desa, SM Agama WPKL, SMK Aminuddin Baki, SMK Cochrane, SMK Seri Bintang Selatan. Sekolah yang memohon tempahan dengan bayaran ialah SMK Seri Bintang Utara dan SM Teknik WPKL. Cikgu Padali memberikan taklimat mengenai sistem ini dan saya membantu dari segi amali perlaksanaan sistem ini. Pegawai kaunseling PPW Pudu iaitu Encik Rohaidatul Akmal dan Pegawai Kaunseling Unit HEM JPWPKL iaitu En Rofii juga hadir bersama untuk sesi taklimat sistem ini

Tahniah
Penerima APC 2015
Semoga kalian terus cemerlang

29 March 2016

Instrumen Pentaksiran Psikometrik

Instrumen Pentaksiran Psikometrik


Sudahkah geng guru-guru kaunseling menerima instrumen pentaksiran psikometrik ini? Sila update dan buat penilaian kendiri sebelum dipantau. ia merupakan satu panduan yang berguna mengenai apakah yang perlu dilakukan oleh guru kaunseling yang menguruskan psikometrik di sekolah. Sila klik di sebelah  Instrumen Pentaksiran Psikometrik untuk download psikometrik ini. 

Don't feel bad if people remember you 
Only when they need you
Feel privilaged that you are
Like a candle 
That comes to their mind
When there is darkness

28 March 2016

PRS Bestari: Jemputan Fasilitator Kem Kepimpinan Pengawas SK Sri Cheras

PRS Bestari: Jemputan Fasilitator Kem Kepimpinan Pengawas SK Sri Cheras


                                   


Hari ni ialah hari cuti peristiwa bagi warga Cherasian kerana Sabtu lepas ialah Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang. Pagi ni saya terlibat dengan Mesyuarat Pengurusan Sekolah dari pukul 9.45 pagi. Sebaik tamat pukul 2 ptg, saya bersiap untuk ke SK Sri Cheras pula meninjau PRS Ting 5 Tahap Bestari yang telah dijemput oleh UBK SK Sri Cheras mengendalikan slot ice breaking untuk Bengkel Kepimpinan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber untuk tahun 3, 4, 5 dan 6  selama sejam. 

Well done to them! Berjaya mengendalikan slot dalam keadaan santai dan bergembira. Sepanjang sesi berlangsung, GBK HEM malah Guru Besar nya juga turut berada di sana.
Terima kasih kepada Cikgu Hashifa GBK SK Sri Cheras yang telah memberikan kepercayaan kpd team PRS SMK Cheras


Klinik Saiful..

27 March 2016

Mesyuarat Agong PIBG: AJK PIBG sesi 2016/2017

Mesyuarat Agong PIBG: AJK PIBG sesi 2016/2017




Selamat hari minggu!
Semalam merupakan Mesyuarat Agong PIBG 2016 yang mana saya membantu pengurusan program berjalan lancar. Oleh kerana saya asyik ke sana ke mari tidak dapat fokus dengan rakaman gambar, maka gambar -gambar yang dipost hari ini merupakan gambar ehsan dari jurukamera sekolah iaitu Cik Noraini Jamaluddin. Terima kasih ye :)

Majlis perletakan jawatan berjalan lancar begitu juga pemilihan jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2016 dan 2017. Agak aktif ibu bapa yang hadir pada hari ini dengan respon yang pelbagai. 
Saya juga mengedarkan borang senarai nama untuk aktiviti kesukarelawan dalam KSIB sekolah.

Ahli Jawatankausa PIBG yang baru dilantik ialah seperti berikut:
YDP : En Romzee Bin Abd Rahman
Naib YDP : Puan Rina Kusnin Bt Ismail
Setiausaha: Puan Rozita Musa
Bendahari : Pn Kanagambigai 

AJK Ibu Bapa:
Dato' Jasudass a/l A. Sebastian
Pn Jawaiyah Ngah
Pn Tan Siew Hong
En Azizul Azhar B Mohd Yusop
Nur Hananis Bt Daud
Siti Julaila Bt Othman
En Hanafiah Hanafi

AJK Guru
Puan Ang 
Ustaz Nasrun Ahmad
Cik Zalifah

Juruaudit Ibu Bapa
En Noor Azhar


Never say never because limits
Like fears
Are often just an illusion
-Micheal Jordan quote-


 

Telegram Channel