12 March 2016

Kursus PRS Tahap Sulung




Selesai sahaja majlis persaraan Puan Chua, saya mengendalikan Kursus PRS pada pukul 3 petang sehingga esoknya. Cuaca sangat panas sehingga saya rasa memang sangat kenyang dengan air, waktu malam yang meriah kerana dewan sekolah disewa oleh orang luar yang mengadakan majlis kenduri kahwin dan persiapan di dewan menyebabkan kami tidak merasa sunyi sangat. Downtown yang terletak betul-betul dihadapan sekolah juga, walaupun telah ditutup untuk operasi Downtown tetapi gerai makan masih dibuka di tepi jalan memeriahkan suasana malam. 

Kursus PRS Tahap Sulung, Muda dan Bongsu dijalankan serentak pada 11 Mac hingga 12 Mac bertempat di sekolah. Antara aktiviti untuk PRS Sulung seramai 22 orang ini ialah 

Aktiviti LDK: 
Membuat Mandala untuk konsep kendiri
Melatih PRS menjadi fasilitator untuk ice breaking dan team building
Melatih PRS menjadi ahli fasilitator untuk kelompok kecil bimbingan kelompok
Melatih PRS menjalankan aktiviti Super VAKS

Aktiviti Kelompok Besar
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Penyelesaian Masalah
Kemahiran Bekerja Berpasukan

Aktiviti dijalankan pada pukul 3.00 petang pada hari Jumaat 11 Mac 2016 dan berakhir 12 Mac 2016 pada pukul 4.00 petang. Kami berpecah kumpulan. Saya mengendalikan modul untuk PRS Sulung yang majoritinya murid ting 4 manakala Puan Raudzah untuk modul PRS Bongsu Dan Muda. Latihan fasilitator dijalankan untuk PRS Ting 5 minggu ini agar dapat refresh semula aktiviti bimbingan LDK yang pernah dikendalikan mereka. Manakala pengagihan tugas dan aktiviti MASS iaitu kelompok besar perlu dibincangkan bersama. 
Saya juga menjemput PRS Bestari batch 2015 yang baru sahaaj menerima keputusan SPM mereka untuk membantu saya menguruskan murid - murid ini. Aktiviti LDK dikendalikan oleh saya untuk latihan fasilitator bimbingan kelompok manakala latihan fasilitator untuk MASS dikendalikan oleh Cikgu Padali manakala Rozi dan Raudzah mengenadlikan Peringakat Bongsu dan Muda.

Terima kasih kepada semua ahli PRS Ting 5 yang membantu mengendalikan program dan barisan fasilitator untuk tahap sulung dikendalikan oleh senior mereka tahun 2015 yang telah mencapai bestari. 


Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
Pasti ia memberi
Jikalau engkau diam, dia akan menyapamu dahulu
Jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu
Dia suka membantumu dan meringankanmu serta menghiburkanmu
-ImamAlGhazali

Latihan fasiliator bimbingan kelompok
Sesi post mortem latihan fasilitator kelompok bimbingan
Kemahiran Team Building
Aktiviti Mandala
Kumpulan terbaik PRS
Aktiviti under cover yang digemari fasilitator
Latihan Super VAKS
Aktiviti freeze ...cannot move at all
Menuggu arahan giliran
Barisan fasilitator
Aktiviti riadah petang oleh fasi...
Bersalaman selepas tamat slot agar tiada dendam dan benci
Peserta terbaik lelaki
TShirt Rami PRS
Aktiviti super VAKS
latihan fasilitator untuk MASS : Ice breaking & Team Building
 

Telegram Channel