20 May 2016

Naib Johan Pertandingan Bahas Guru Peringkat WPKL




Johan dan naib johan bergambar bersama-sama

Pertandingan akhir bahas diadakan di Auditorium JPWPKL hari ini sempena Sambutan Hari Guru. Mendapat naib johan selaku pembangkang untuk usul Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara..haisyy kalo dah jadi pembangkang usul apa yang kuat untuk menolak usul ini?
sedangkan diri sendiri mendapat gelaran guru inovatif ..ahaks. 

Hadiah berupa wang tunai RM250 dan buku menjadi Guru Yang Hebat diterima oleh kami.
Akhirnya rasmi  tamat juga latihan bahas hari ini. Selama semingggu berkampung di SMK Seri Bintang Selatan dari pukul 10.00 pagi hingga 4 petang menyebabkan team kami akrab. Terima kasih kepada ketua kumpulan kami iaitu Gunalan yang berpengalaman sebagai pembahas guru peringkat kebangsaan. Dengan sabar membimbing kami yang mana 2 dari ahli team tiada pengalaman langsung manakala 2 lagi mempunyai kurang pengalaman dalam berbahas. Terima kasih Kak Haslindar yang sentiasa bersemangat berkobar-kobar, terima kasih Kak Yati yang sanggup menjadi pembahas ketiga sewaktu pertama kali bertanding dan terima kasih Afiqah yang secara spontan kaya bermain pantun dan peribahasa. 

Saya rasa ini adalah pengalaman yang baik. Menyebabkan otak saya asyik berfikir tentang what dan how tentang pelbagai isu. Tetapi pengalaman ini juga membuatkan saya berpendapat ini adalah pengalaman terakhir saya ahaks..ayat saya kepada Afiqah memandangkan bahas tidak sesuai dengan jiwa saya dan yang paling penting melalui pengalaman ini saya rasa bakat berbahas juga perlu ada pada seseorang sama ada semula jadi mahu pun melalui latihan demi latihan :)  
Apabila anda seorang yang sentiasa pro kerajaan dan berfikiran positif tentang pelbagai isu dan dasar tetapi dua kali bertanding sentiasa mendapat tiket pembangkang menyebabkan minda kena kreatif dan provokatif tentang isu isu yang diusulkan untuk dihujahkan menjadi tidak bagus..gagal..tidak berkesan..pembaziran.. dan sebagainya. Ayat-ayat penegasan negatif yang kurang selesa selama ini untuk saya gunakan. 

Tak sangka sejauh ini team kami yang novis hanya Gunalan sahaja yang pro dapat membawa pasukan ke final. Kepada kawan-kawan sepasukan...semoga anda meneruskan minat anda dalam perdebatan dan semoga cemerlang :)

Hari Ini Dalam Sejarah :)

Team pembangkang
Terima kasih puan pengetua memberikan semangat



Kuarantin time

Kuarantin ialah waktu yang sangat stres





Yeah...Secret Recipe hadiah untuk diri sendiri


Team SMK Cheras

Team SMK Seri Bintang Selatan

Latihan bahas di SBS

3 comments

Best moment...salam perkenalan salam perdebatan salam ukhwah....

Sila respon Yang Berhormat😄 moment mana yang paling best.

Semua moment YB... Haha

 

Telegram Channel