5 June 2016

Gathering Alumi PRS Batch 2003



Cuti hujung minggu yang mana saya ingin update mengenai perjumpaan dengan alumni PRS batch 2003 Tingkatan 5 pada Jumaat lepas. Azrol, Afiqah, Dalida dan Amin yang signifikan dalam hidup saya mengenai batch PRS ini ialah ..saya posting pada pertengahan  tahun 2000 ketika mereka berada di tingkatan 2. Pada tahun 2001 hingga 2003 mereka berada di sesi pagi dan oleh kerana pada tahun 2001 saya mula fokus untuk membina team PRS di bawah saya, maka saya memerlukan senior untuk membantu saya build up team PRS baru. Itu menyebabkan kami rapat. Maklumlah ketika itu umur saya baru 24 tahun dan masih lagi belum berkahwin dan kami memang lepak bersama selepas program di fast food atau gerai. Dari tahun 2001 hingga 2003 jika ada kem di sekolah pun, geng perempuan ni akan tidur dengan saya..punyalah tidak ada jurang guru murid ketika ini. hampir semua jenis pertandingan atau kursus PRS ketika itu di bolot oleh mereka memandangkan batch mereka tidak ramai hanya 4 orang ini sahaja yang aktif pun dari tahun ke tahun meningkat naik. Hanya team batch di bawah mereka yang mula menunjukkan pertambahan ahli setiap tahun hasil promosi dan kejelekitan junior senior. 

Saya masih ingat sewaktu pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya batch mereka..saya tidak dapat memberikan komitmen kerana mengalami alahan teruk mengandungkan anak sulung pada tahun 2003. Sebelum itu pertandingan EAK ini sering mendapat top 3 di peringkat WPKL hasil bimbingan saya. Oleh itu saya perlu membimbing guru kaunseling lain bagi membantu saya menguruskan mereka. Akhirnya mereka berjaya menjadi johan untuk WPKL dan bertanding peringkat kebangsaan di Kelantan pada cuti sekolah bulan Ogos. Zaman tiada whatsapp ketika itu menyebabkan kami hanya bermesej biasa dan menelefon sepanjang mereka di Kelantan. Dalam keadaan saya berpantang anak sulung, mereka menelefon saya meminta didoakan persembahan multimedia mereka. Buku dokumentasi telah saya check sebelum mereka ke Kelantan agar dapat memaksimumkan markah pada buku dokumentasi tersebut kerana persembahan multimedia hanyalah 20 -30% dari markah keseluruhan. Mendapat johan sahaja untuk pertandingan ini, mereka menelefon saya sambil menjerit kegembiraan. Oh ye saya dalam pantang ketika itu..hahaha. Momento yang paling signifikan mengenai mereka sehingga kini :) Dengan hadiah lumayan RM2,000 ketika itu memang jumlah yang sangat banyak untuk 4 orang peserta sekolah menengah!

Selepas tamat sekolah, kami masih lagi keep in touch tapi ini adalah kali pertama kami dapat berkumpul 3 orang ..ada seorang lagi tak cukup korum kerana berada di luar WPKL. Bila dah lama tak berkumpul, macam macam cerita nak cerita. Hahaha kami begerak dari pukul 5.30 petang hingga 10.00 malam dari restoren Thai untuk minum minum ke food court untuk dinner dan ending di restoren MAD untuk kek dan coffee serta hot choc. Terima kasih buat kalian yang masih sudi mengajak cikgu keluar dan sanggup untuk balik kerja ke IOI Mall memandangkan hari ini sahaja cikgu berpeluang dan semuanya sanggup ikut date dan tempat yang cikgu sarankan. 

Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf zahir batin
Dari Alor Pongsu, Perak














 

Telegram Channel