Saya share kertas kerja untuk program gotong royong sewaktu penutup sesi persekolahan dan pembuka awal sesi persekolahan
KERTAS KERJA
RIMUP GOTONG ROYONG
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
SEKOLAH
1.0
PENGENALAN
Program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang
dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMK Cheras yang
mempunyai peratus kaum Cina lebih kurang 48% , Melayu 50% dan pelajar India 2%
program RIMUP amat penting untuk dilaksanakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling
mengambil inisiatif untuk mengadakan program RIMUP dalam bentuk aktiviti gotong
royong penutup sekolah dan gotong royong sewaktu buka sekolah di samping program Guru Penyayang yang dijalankan agar
amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui
aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra bersama dan sesi jamuan makan
bersama-sama murid. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah
masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku
sekolah lagi agar murid dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Aktiviti gotong royong dan kebersihan dijalankan agar murid
meninggalkan sekolah dalam keadaan terjaga, dihias indah dan yang paling
penting kebersihan dan keceriaan sekolah. Aktiviti ini juga dijalankan bersama
– sama antara guru dan murid yang berbilang bangsa.
2.0
Objektif
1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang
kukuh dan saling hormat-
menghormati
antara pelbagai budaya di sekolah.
2)
Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain
walaupun berlainan agama dan bangsa.
3)
Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat
3.0 TARIKH : 25 November 2016
4.0 TEMPAT : Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/
Astaka Sekolah
5.0
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan Pengerusi: Puan Maznah Bt
Musa
Naib Pengerusi
: Cik Lee Swee Ching
Puan Chong Moi Lan
Encik Raheman
Ahmad
Setiausaha
: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Naib Setiausaha : Puan
Rozinani Awang
6.0
AKTIVITI
25 November 2016
7.30
pagi : Pendaftaran murid yang hadir
:
Taklimat aktiviti
:
Aktiviti senam robik memanaskan badan
8.00
pagi : Pembahagian kumpulan
aktiviti gotong royong
8.15
pagi : Bergerak ke stesen gotong
royong
11.30
pagi : Rehat
12.30
tgh hari: Bersurai
29 Disember 2016
7.30
pagi : Pendaftaran murid yang hadir
7.40
pagi : Pembahagian kumpulan
aktiviti gotong royong
:
Bergerak ke stesen gotong royong
10.00
pagi : Rehat
10.30
pagi : Bersurai
7.0 LAPORAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
Moral = RM 500
Agama
Islam = RM 500
Jumlah = RM 1,000
Perbelanjaan
25
November 2016
Jamuan
makan = RM 2.50 x 200 orang = RM 500
29
Disember 2016
Jamuan
makan = RM 2.50 x 200 orang = RM 500
8.0 PENUTUP
Diharapkan
agar program ini berjalan lancar
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
(
Nurhaiza Bt Che Mat) (
Kamariah Bt Abu)
Guru
Kaunseling Pengetua
Officially from
SJKCSC ke SKSI2