Total Pageviews

27 February 2017

Kertas Kerja Bengkel PRS Tahap Bongsu

1.O      PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk membantu murid di sekolah dari aspek  disiplin dan masalah sosial. Seramai lebih kurang 73 orang ahli pembimbing rakan sebaya dari sesi pagi dan petang telah menyertai unit ini dibawah bimbingan Puan Nurhaiza Bt Che Mat, En Che Mohamad Padali Bin Che Mat, Puan Rozinani Bt Awang dan Puan Raudzah Bt Ab Rahman. Pembimbing Rakan Sebaya perlu menghadiri Bengkel Pembimbing Rakan Sebaya untuk mendedahkan ahli-ahli tentang asas komunikasi bagi membimbing rakan-rakan yang memerlukan bimbingan dan kaunseling. Projek ini dijalankan bertujuan mengajar ali Pembimbing Rakan Sebaya untuk lebih berani dan cekap dalam menguruskan dan mengetuai sebarang kem dan kursus anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Melalui projek ini,ahli Pembimbing Rakan Sebaya dapat mengetahui cara-cara untuk melakukan ice-breaking, latihan dalam kumpulan (LDK) dan membimbing rakan sebaya yang mempunyai masalah tetapi segan untuk bertemu guru. Seterusnya, PRS dapat menambahkan keyakinan diri untuk menguruskan program sekolah.

2.0       OBJEKTIF:
1) Agar ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dapat meningkatkan ilmu profesionalisme.
2) Agar ahli- ahli Pembimbing Rakan Sebaya   lebih mahir mengenai tugasan yang akan   dijalankan

3.0       TARIKH/MASA:
25 Febuari 2017 (Sabtu)

4.0       TEMPAT:
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur

5.0       AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi: Puan Kamariah Bt. Abu
Naib Pengerusi: Puan Chong Moi Lian
Setiausaha: Puan Nurhaiza Bt. Che Mat


AHLI JAWATANKUASA:
Pengerusi: Muhammad Azri B. Abdullah
AJK Pendaftaran: Nur Hasanah Bt. Abu Bakar
AJK Makanan: Ainur Aizeah Bt. Azman Husni
Fasilatator: 1) Muhammad Aliff
                  2)Muhammad Aiman Aliff
                  3) Alia Nur Syuhada
                  4) Atiqah Irdina
                  5) Nur Carmila Zulaikha

6.0 AKTIVITI
7:30-8:00 – Pendaftaran
8:00-9;00 – Ice Breaking
9:00-9:30 – SLOT 1 : Pengenalan PRS Bongsu ( Puan Raudzah Bt Ab Rahman)
                                    Pengenalan PRS Muda  ( Puan Nurhaiza Bt Che Mat)
9:30-10:00 – Rehat
10:00-10:40 – SLOT 2: Konsep Kendiri (Logo Diri)
10;40-11:20 – SLOT 3: Kemahiran Asas Kaunseling: PRS Bongsu
                                       Kemahiran Kaunseling Lanjutan: PRS Muda 
11:20-11:50 – SLOT 4: Kemahiran Komunikasi : PRS Bongsu
                                       Kemahiran Pengucapan Awam : PRS Muda
11:50-1.30 t/hari          : Ceramah Kepimpinan oleh MSU
1:30 t/hari                    : Bersurai


7.0       ANGGARAN PEMBELAJAAN
Sumber Kewangan
PCG Unit Bimbingan Kaunseling                                          =  RM 400
Perbelanjaan
Makanan                     RM 5.00 x  50 Orang      =  RM 250
Hamper                       RM 30    x  5 kumpulan  = RM  150   = RM 400




Disediakan:                                                                             Diluluskan:

________________________                                                __________________________
Nurhaiza Bt Che Mat                                                          Kamariah Bt Abu
Guru Kaunseling                                                                 Pengetua



 Balik kampung..huhu..happy holiday


No comments: