Sidang pagi dengan sesi kedua..penerima APC 2016 bagi JPWP, PPW Pudu dan Bangsar. Terima kasih kpd pentadbir yg mencalonkan saya untuk penerima APC sekali lagi untuk 2016. Tahniah kpd penerima APC 2016 dari sekolah saya iaitu
Cikgu Chan Yong Keong
Cikgu Norliza Borhan
Cikgu Narinder
Cikgu Sharin Hanum
Cikgu Mohd Noor
Cikgu Hasmazati Hashim
Cikgu Amila
Cikgu Noor Alamiyah
Cikgu Haslina Rahim
Terus terang saya memaklumkan bahawa saya tidak menyangka akan mendapat anugerah ini. Ini krn sekarang saya dalam laluan Guru Cemerlang. Saya menyangkakan jika dlm gred laluan Guru Cemerlang, sudah semestinya penilaian cemerlang juga. Rupanya pengetahuan saya ttg APC Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan GC Guru Cemerlang masih sempit.
Jika berada dlm gred Guru Cemerlang ia adalah hadiah kenaikan gred terus tetapi dalam sepanjang gred dgn title guru cemerlang, anda boleh lagi mendapat APC untuk tahun semasa. APC mempunyai kuota tertentu untuk setiap sekolah setiap tahun dan mendapat insentif lump sum. Penilaian prestasi boleh je cemerlang 90 ke atas setiap tahun tetapi ia kekal sbg penilaian prestasi. Pengetua boleh memberikan penilaian 90 ke atas kpd seberapa ramai pun guru yg ada tetapi memilih pula untuk APC perlu menyaring beberapa nama guru prestasi 90 ke atas untuk APC.
Alhamdulillah untuk pelbagai penghargaan dan pengiktirafan sepanjang saya menjadi guru kaunseling
2008 APC kali pertama
2012 Anugerah Guru Bestari YPC
2015 Guru Cemerlang Kaunseling
2016 APC kali kedua
Diperingkat sekolah pula pelbagai anugerah penghargaan yg diberikan oleh pentadbir hampir saban tahun sewaktu Anugerah HEM atau Anugerah Kokurikukum.
Tahniah juga kepada geng guru kaunseling yg menerima APC. Semoga bersama sama kita meningkatkan profesionalisme dlm bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Saya percaya semua guru adalah guru cemerlang :)
Saya percaya semua guru adalah guru cemerlang :)
Thank you
For all the wishes
Tahniah Kak Liza
Tahniah Haslina
Tahniah Narinder
Tahniah Mohd Noor
Tahniah Kak Alamiyah
Tahniah Hasmazati
Tahniah Chan
Tahniah puan Sharin