Total Pageviews

19 April 2017

Majlis Perpisahan Padali



 Hari ini sekolah mengadakan majlis perpisahan untuk guru kaunseling En Che Mohamad Padali Bin Che Mat yg telah berkhidmat selama 10 tahun di SMK Cheras. Kaunselor yg kedua berkhidmat paling lama dengan saya di sekolah selepas Rozinani. Rozinani still nombor one hampir 12 tahun menjadi partner saya. 
Masih teringat lagi hari mendaftar dia kali pertama di sekolah, guru guru lain mengusik saya mengatakan adik saya sudah sampai ke sekolah. Huhuhu..maka saya pun mengintai la kat ofis..jeng jeng rupanya dia memiliki nama bapa yg sama seperti saya.iaitu Che Mat. Sejak itu murid dan guru guru mengusik, dia adik lelaki saya..dan sy akan bagi respon aha..adik yg lahir di bulan yg gelap ahaks. Saya di bulan cerah :)
Kami berzodiak Libra..dengan dia di awal Oktober dan sy di tgh Oktober menyebabkan saya rasa kami serasi. Kelebihannya adalah kelemahan saya terutama dalam grafik komputer dan sistem komputer untuk memudahkan kerja. Hampir semua layout fail cantik diolah olehnya sampai saya wow..dari situ semua buku program, grafik banner anjuran UBK  mmg dia kena buat :)






Tidak hairanlah dia dipinang oleh Bhgn Psikologi Kaunseling KPM apabila sistem dashboard kaunselor sekolah dan sistem e klien hasil inisiatifnya mendapat johan kategori sistem malumat psikologi kaunseling anjuran Bhgn Psikoligi Kaunseling KPM bagi tahun 2015 dan 2016. Anugerah pingat emas. 

Mmg saya dah terbiasa ditinggalkan oleh rakan sekerja yg bersilih ganti dan spjg 16 tahun sudah 6 org guru kaunseling yg pernah berkhidmat di sini yg dapat bertukar. Semoga ukhwah dan persahabatan terjalin erat walau di mana sahaja mereka berkhidmat. 

Yeah..team UBK kakak kakaknya ini menempah khas kek pulut kuning rendang ayam untuk Padali memandangkn mkn tu mmg favouritenya yg akan dimakan sbg pengganti kek perpisahan yg takkan dijamahnya..hahaha. Kena ingat tau Padali memori ini sepanjang hayat nanti diraikan dgn pulut kuning yg sangat besar mengalahkan org yg bersara..

Terima kasihlah krn dalam ucapan perpisahannya , Padali menyebut terima kasih kpd saya selaku mentornya :) Terima kasih adik yg baik..semoga lebih cemerlang di tempat baru. Masa depan anda akan bersinar terang dgn personaliti dan bakat yang ada.

Climb high
Aims the star













3 comments:

Unknown said...

😭😭😭😭

Unknown said...

Minggu pertama masuk sekolah dh kene berkebun oleh ex pk koko. 😀

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Oh yekan..kak zah ajak dia g pilih pokok untuk landskap sekolah. 😀