23 April 2017

Majlis Persaraan Pn Lee Wan Yee




Majlis persaraan Pn Lee Wan Yee dijalankan dalam suasana sederhana tetapi meriah pada 19 April 2017. Pn Lee bertegas tidak mahu sebarang upacara untuk majlis persaraannya walau berkali kali kami memujuknya sbg upacara rasmi sekolah untuk diabadikan. Akhirnya apabila seorang guru sesi pagi iaitu Cikgu Padali dapat bertukar ke KPM, maka sekolah dari plan awal pot luck sahaja untuk sesi petang krn Pn Lee Wan Yee adalah guru sesi petang, menjadi jamuan besar untuk semua guru pagi petang dgn majlis persaraan Pn Lee dan majlis perpisahan Padali.
Majlis diadakan di bilik guru dan pada tarikh sebenar persaraan Pn Lee, baru kami bercadang mengadakannya di tapak perhimpunan bersalaman dgn muridnya. Mengenali Pn Lee sbg seorang yg suka merendah diri, saya selesa bekerjasama dgnnya. Tugas yg dipikulnya mmg benar benar dilaksanakan dgn komited..dan tak banyak karenahnya. Jarang mengeluh sbb tu kelihatan awet muda :)
Terima kasih Pn Lee atas jasa bakti di sekolah ini. Beliau memilih persaraan pilihan dan semoga kita boleh bersua di lain masa.

Happy weekend everyone :)







 

Telegram Channel