
Baru ada masa nak upload entri blog ini mengenai kem membaca 1 malaysia sempena bulan bahasa di sekolah. Aktiviti perasmian telah dijalankan pada 12 April dan antara aktivitinya ialah sepanjang bulan bahasa ini ada pertandingan kuiz, sahibba, bersajak, VLE Frog dan pelbagai lagi memandangkan kem membaca ini melibatkan 4 panitia iaitu panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Mandarin dan aktiviti dari pusat sumber sendiri.
Ucapan perasmian oleh puan pengetua
Bersajak oleh murid iaitu Amal Amani
Bercerita oleh murid iaitu Siva
Membacakan sebuah sinopsis cerita oleh Fatihah
Kemudian warga sekolah diminta untuk membaca bahan bacaan dalam senyap selama 20 minit.
Pengacara majlis memaklumkan mengenai aktiviti sepanjang bulan April yg boleh disertai oleh murid.
Baca...baca...dan baca
Key of success
Baca...baca...dan baca
Key of success