31 May 2017

Pertandingan Inovasi (Produk) Kaunseling : PERKAMA

Pertandingan Inovasi (Produk) Kaunseling : PERKAMA



Jika semalam saya update mengenai tajuk- tajuk pertandingan kaunseling dari kategori modul, boleh rujuk link berikut http://nurhaizachemat.blogspot.my/2017/05/pertandingan-inovasi-kaunseling-modul.html

 maka hari ini saya kongsikan tajuk pertandingan dari kategori produk pula untuk melihat kepelbagaian inovasi bagi memertabatkan profesion psikologi kaunseling. Antara produk kaunseling yang dipertandingkan ialah

1) Inovasi Telegram Dalam Kesihatan Mental oleh Kamariah Bt Derasol dan Prof Madya Dr Salleh Amat
2) Buku 100 Things To Think About For A Better Life oleh Surenthiran Pillai a/l Venayagam Pillai
3) Mental Health And Trauma Education Kits oleh Samsiah Bt Mohd Jais dan Mohammad Nasir B Bistaman
4) Teknik Stay & Stray Dan 'Rally Robin' Dalam Bimbingan Kelompok: Suatu Nafas Baru Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Abad Ke 21 oleh Rozlina Bt Mohd Rosmi dan teamnya
5) Alat Bantu Mengajar/ Kaunseling Teknik ABCDE- REBT oleh Sharifah Muzila Syed Mustafa dan teamnya
6) Aplikasi Sistem E- Psikometrik oleh Che Mohammad Padali B Che Mat
7) Sarawak Sivil Service Communities Of Practice (SCS-COP) oleh Riziandy Nawawi
8) Dam Kerjaya oleh Mohd Shahrul Bin Kamaruddin dan team
9) Personal Solving Card oleh Zarina Bt Samin dan team
10) Pembinaan Program Kesejahteraan Psikologi Menggunakan Kaedah Bermain Kepada Kanak Kanak Sekolah Rendah oleh Norsayyidatina Bt Che Rozubi dan team
11) E-Sprosurvey oleh Rashidi Hamzah dan team
12) Road To Success oleh Mohd Shahrul Bin Kamaruddin dan team
13) Teknik Lukisan 8 Frame Dalam Sesi Kaunseling oleh Salahuddin B Haron
14) Soal Selidik Kebimbangan pelajar Edisi Maktab Rendah Sains MARA (SSKP -E- MRSM) oleh Siti Roslina Mohammad dan team.


After 7 hours intensively 
Done my article jurnal
Jurnal Pendidikan 2017 :)












e psikometrik anugerah emas

30 May 2017

Pertandingan Inovasi Kaunseling (Modul) anjuran PERKAMA 2017

Pertandingan Inovasi Kaunseling (Modul) anjuran PERKAMA 2017



Hari ini saya nak kongsikan mengenai kepelbagaian tajuk modul dan produk yang dipertandingkan dalam pertandingan inovasi kaunseling anjuran PERKAMA. iaitu persatuan kaunseling malaysia.

Bagi tajuk inovasi kategori produk boleh klik link berikut http://nurhaizachemat.blogspot.my/2017/05/pertandingan-inovasi-produk-kaunseling.html


Antara tajuk inovasi modul yang dipertandingkan ialah:
1) Modul Kefungsian Kaunseling Sekolah Rendah oleh Ibrahim Bin Abd Ghani
2) Modul Latihan Kompetensi kaunseling Pelbagai Budaya oleh Azad Athahiri Bin Anuar dan 3 lagi ahli pasukan
3) Modul Pemantapan Sahsiah (MOPES) dalam menangani salah laku pelajar oleh Dr Mashira Bt Yahaya
4) Intervensi Modul Pendidikan Hisbah Psikospiritual oleh Dr Mardzelah Makhsin dan teamnya
5) Development Of Employee Excellence Programme Counselling Intervention: A Counselling Product oleh Riziandy Nawawi dan teamnya
6) Modul SPOT SUIT Dalam Menangani Masalah Murid Keciciran oleh Nurhaiza Che Mat
7) Perwani Lay Counselor oleh Dr Raja Kamariah Bt Raja Mohd Khalid dan team
8) Dasar Pemisah Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam oleh Puan Mahani Bt Muhazir dan teamnya
9) Teknik Hypno Mind Booster Meningkatkan Motivasi Instrinsik Murid  oleh Saiful Lizan @Hasnul Hisham Bin Suparman dan teamnya
10) Aplikasi Modul Motivasi Kerjaya Untuk Meningkatkan Produktiviti oleh Siti Marziah Zakaria dan team
11) Pendekatan Lepas (Luah Emosi Positifkan Akal Sihat) Menggunakan Kaedah Terapi Seni Untuk Meneroka Emosi Pelajar Berpencapaian Sederhana Di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman oleh Siti Nurulhida Abdul Rahman dan teamnya
12) Bobcomp oleh Jafny Bin Hj Jaapar dan teamnya
13) Modul Intervensi Terapi Seni Untuk Kesihatan Dan Kesejahteraan oleh Jamaida Bt Jamaludin
14) Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya Mengurangkan Ketidakfungsian Pemikiran Kerjaya Individu oleh Dr Hjh Nur Liyana Bt Mohd Ibrahim
15) Terapi Kelompok Psikopendidikan Penagihan Dadah oleh Mohd Rafidi Bin Jusoh dan teamnya.

Oleh kerana saya juga terlibat dengan pameran dan pertandingan, saya tidak sempat untuk meninjau pameran dan modul orang lain yang dihasilkan. Ini kerana pada hari kedua hampir semua pempamer tidak mempamerkan lagi bahan inovasi mereka dan menunggu untuk upacara penyampaian hadiah.
Oleh itu jika ada pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul -modul tersebut, boleh menghubungi individu yang mencipta inovasi tersebut. 




















Anugerah Gangsa: Modul LEPAS



Anugerah Emas Bobcomp
SMK Seafield


Anugerah Gangsa untuk Modul Terapi Seni








Sesi pembentangan dengan hakim oleh saya


Anugerah Perak : Modul SPOT SUIT



Iftar with my beloved parent
Alor Pongsu :)



29 May 2017

Happy Birthday Cherasian: April Mei

Happy Birthday Cherasian: April Mei




Selamat Hari Jadi warga Cherasian yg lahir pada bulan April dan Mei. Kami bagi serentak pada 25 Mei 2017 untuk warga Cherasian yg menyambutnya pada bulan April dan Mei ini. Cupcake murid diserahkan dari kelas ke kelas untuk murid menengah rendah tingkatan 1 hingga 3 manakala murid ting 4 dan ting 5 menerima cup cake sewaktu Mesy Agong Koperasi pada 25 Mei yg lalu sbg simbolik cup cake tajaan koperasi untuk sepanjang tahun. 

Salam Ramadhan ke 3
Kajang-Perak

























28 May 2017

Ujian Permata Pintar Di Sekolah

Ujian Permata Pintar Di Sekolah

Orait dengan entri saya bertajuk ujian permata pintar itu, ia bukan bermakna guru kaunseling wajib sebagai the person in charge untuk menguruskan murid yang ingin menjawab program permata pintar ini. Di sekolah saya, pentadbir menyerahkan urusan promosi kepada UBK untuk menyebarluaskan kepada murid agar mengambil ujian permata pintar ini. Tapi tak tahulah di sekolah lain, di sekolah saya ini jika kita promosi cakap cakap pun murid ini tidak mengambil inisiatif untuk menjawab soalan ujian permata pintar ini. Then nanti apabila pihak JPWPKL mengeluarkan senarai sekolah yang telah key in ujian permata pintar ni, huhu apa agaknya yang anda rasa apabila senarai nama sekolah anda tiada dalam list? Dan anda adalah person in charge untuk menyebarluaskan maklumat mengenai ujian permata pintar ini..:)

Saya kongsikan strategi saya menyusun giliran kelas demi kelas untuk masuk ke bilik komputer dan akses ujian permata pintar ini di hadapan saya agar saya dapat update berapa bilangan murid sekolah ini yang berjaya menjawab ujian permata pintar ini dan mendapat sijil dan berapa orang yang tidak layak mendapat sijil. Sekurang kurangnya strategi ini membolehkan nama sekolah saya bukan berada dalam kalangan sekolah yang tiada langsung murid key in atau terlalu rendah murid yang key in. At least 50 orang miniumum...dengan bilangan 13 buah kelas yang bergilir datang menjawab soalan ujian permata pintar ini saya dah capai target murid yang menjawab soalan ujian permata pintar ini malahan lebih lagi. Dan satu lagi ujian ini diletakkan di tapak VLE Frog dan murid perlu akses melalui VLE Frog untuk meningkatkan juga rating VLE Frog umpama dua perkara yang anda boleh buat untuk satu aktiviti.

Ujian ini nampak sama tetapi berbeza dari segi jawapan maka jika anda meniru huhuhu memang salah jawapan anda kerana soalan kawan di sebelah nampak sama tetapi tidak sebenarnya. Ujian ini bagus untuk menguji kefahaman murid. Orait yang berminat untuk mengujinya pastikan anda adalah murid tingkatan satu hingga tingkatan tiga bagi sekolah menengah. Jika anda tidak berminat untuk menyertai program permata pintar ini pun takpe, sekurang -kurangnya jawablah ujian ini untuk mengetahui tahap keupayaan keintelektualan anda.

PLUS Highway
Trip Subuh yang mengantuknya...:)



 

Telegram Channel