25 May 2022

Kertas Kerja RAI Hari Lahir



Saya meneruskan aktiviti meraikan birthday  murid dengan pemberian cup cake masih dengan pembekal yang sama haha di sekolah ini. Dengan nilai tambah iaitu awal tahun dengan up video hari lahir dengan nama guru dan nama murid murid siap dengan tarikh hari lahir akan di post di group telegram sekolah dan group kelas murid murid. Kemudian pada minggu terakhir bulan tersebut pemberian cup cake untuk yang meraikan birthday pada bulan tersebut akan menerima bukan sahaja cup cake tapi hadiah sampingan seperti buku nota yang kami perolehi dari tajaan. 

Murid akan dipanggil secara rawak untuk penyampaian rasmi di tapak perhimpunan dan murid -murid yang lain akan ke bilik kaunseling sewaktu rehat untuk menuntut cup cake dan hadiah buku nota yang diberikan oleh kami. 

Cuma pada bulan Mei kami gabungkan dengan April, maklumlah saya masuk sekolah ini pada bulan April observe dulu dalam sebulan dan baru panaskan enjin hihi. Orait saya share di sini kertas kerja untuk sesiapa yang berminat meneruskan di sekolah anda. 




KERTAS KERJA

PROGRAM RAIKAN HARI LAHIR

SMK SERI BINTANG SELATAN

 

 

1.0       Pengenalan

 

Program Sekolah Penyayang merupakan program merealisasikan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan program sekolah penyayang bagi membentuk sekolah yang menyeronokkan bagi murid-murid hadir ke sekolah dan belajar dalam suasana yang kondusif. Ia   merangkumi mengalu-alukan kehadiran murid, program mentor mantee, menghargai murid dengan sambutan hari jadi dan sambutan perayaan. Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil inisiatif menyambut sambutan hari jadi dengan murid setiap bulan. Memandangkan bilangan murid sekolah ini yang hampir 968 orang, maka penghargaan sesama murid di dalam kelas dengan inisiatif guru kelas atau rakan sekelas ada juga dijalankan. Di pihak Unit Bimbingan Dan Kaunseling akan meraikan murid -murid dengan cara mengedarkan alat tulis kepada murid.  Walaupun sambutan yang ringkas, namun objektif program ini dapat meninggalkan impak yang besar kepada yang diraikan.

 

2.0     Matlamat

            Membudayakan aktiviti menghargai hari lahir dan meningkatkan penghargaan

kendiri murid.

 

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  

          2 Mei 2022

 

4.0       Sasaran

           Semua murid SMK Seri Bintang Selatan (tulis jumlah murid berdasarkan pengagihan bulan tersebut)

 

5.0       Objektif

 

1)    Menghargai murid melalui ucapan selamat hari jadi kepada murid- murid dan guru-guru  

 2)  Meraikan murid –murid dengan  kek cawan sebagai tanda ingatan.

 

 

 

6.0       KPI

 

Output

 

Menjalankan aktiviti yang dapat menunjukkan bahawa hari lahir adalah hari yang bermakna untuk diingati

Outcome

 

Membudayakan amalan sekolah penyayang dengan aktiviti menghargai sesama murid dan warga sekolah

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

Bil

 

Perkara

 

Kuantiti

 

Jumlah

 

Sumber

1.

Kek cawan

150 x RM 1.50

RM 300.00

PCG Kaunseling

2

Buku nota

Tajaan

Tajaan

IPTS/ Agensi

 

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA 

          Pengerusi                  :  Puan Aziah Bt Amir (Pengetua)

          Timbalan Pengerusi  :  Puan Hamimah Bt Shamsuddin (PK HEM)                     

          Setiausaha                :  Puan Nurhaiza Binti Che Mat 

          AJK Poster              :   Puan Loh Chin Ying

          AJK Agihan               :   Puan Norfaizah Bt Mohamad   

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

         

 

9.2     TENTATIF PROGRAM

Setiap akhir bulan pengagihan dijalankan/ pada waktu rehat/ di kelas

           

Bil

Tarikh Edar Poster

Tarikh Agihan Cenderamata

1

1  APRIL 2022

28 APRIL 2022

2

2 MEI 2022

26 MEI 2022

 

  

10.0     PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

Punca

 

Penyelesaian

Tanggungjawab

Cenderamata tidak dapat dijalankan

Murid tidak hadir sewaktu agihan  cenderamata dijalankan

Murid akan diminta hadir ke bilik kaunseling untuk menuntut cenderamata

Guru kaunseling

 

 

11.0     PENILAIAN PROGRAM

 

           Borang Maklum Balas Penilaian AJK, guru dan murid.

 

 

12.0    PENUTUP

 

 Diharapkan agar program RAI ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan seterusnya menjadi budaya saling mengingati hari lahir di sekolah kepada murid malah kepada guru.

 

Disediakan oleh,

 

(Nurhaiza Binti Che Mat)

Setiausaha Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

         

First project ...happy birthday ;) 




 

Telegram Channel